Puteri Bahagian Segambut |
Tindakan Kurang Cerdik SPA Susahkan PM @najibrazak? @umbkl Posted: 12 Jul 2012 08:37 PM PDT Bukan nak mengata apa lagi nak menghina tetapi apa yang berlaku memang menyusahkan rakyat. Seperti pengumuman baru-baru ni pu3 anggap ia adalah tindakan 'kurang bijak' Suruhanjaya Perkhidmatan Awam [SPA] yang memperkenalkan dua dasar baru "kununnnya" bertujuan mahu meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam sebagai menindas dan tidak berdaya maju… Dasar baru yang berkuatkuasa 2 Julai 2012 sebenarnya menindas kerana menutup peluang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana sudah pasti keutamaan akan diberikan kepada pemegang ijazah. Tahniah kepada CUEPACS dalam raeksi segera menyifatkan tindakan SPA membernarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan diperingkat lulusan SPM sebagai suatu tindakan tidak relevan dan "langkah kebelakang". Dasar SPA ini langsung tidak mencerminkan daya saing dalam kalangan pemohon yang berbeza kelayakan malah mendakwa ia adalah satu pembaziran. Dasar seumpamanya pernah diamalkan dahulu, calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda layak memohon jawatan di peringkat SPM. Bagaimanapun, ia lebih banyak mendatangkan masalah berbanding menyelesaikannya…. Apa akan berlaku kepada calon yang memiliki diploma atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)…?.kalau nak kata calon Ijazah melambak tiada pekerjaan bagaimana mereka yang memiliki diploma, STPM dan SPM? Adakah masalah memenuhi ruang bekerja sudah dipenuhi untuk mereka sehingga diambil bahagian mereka untuk diserahkan kepada mereka yang memiliki ijazah? Sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang setimpal dengan kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang dimiliki. Kemudian, SPA perlu buat lagi temuduga untuk cari pengganti, ia adalah pembaziran dan menyebabkan kekecohan. Ia bukanlah penyelesaian yang realistik kepada masalah 35,000 pemilik ijazah yang bekerja secara kontrak ketika ini…!!
Tak taulah tan sri mahmood ni bodoh sangat atau terlalu bijak. Tetapi bagi pu3 tindakannya ini tak bijak langsung! Membuat keputusan yang mencetuskan kontrovesi sekaligus menyusahkan hidup YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib!!! Sepatutnya sebagai pegawai SPA tertinggi atau mana3 atasan kerajaan, mereka mempunyai tanggungjawab dalam membantu agar segala urus kerja YAB PM kita sentiasa didokong, dibantu oleh mereka yang boleh memainkan peranan menjayakannya .. Bukan menyusahkannya! Pu3 tidak mahu melihat sebarang keputusan dimana akan berkesudahan dengan mengheret Najib menjadi seperti Badut ditertawakan oleh rakyat kerana silap langkah beberapa spesis pegawai atasan kerajaan yang BEB..AL!! Belum redah kes Najib dimalukan kerana kesilapan bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam isu hangat SPBA, dahulu. Ini timbul pula kes baru! Mahmmod sewajarnya membalas kepercayaan Najib terhadapnya walaupun Program 6P menemui kegagalan namun tetap terpilih mengetuai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Masuk je dah menunjukkan simptom-simptom menyusahkan pula. Sebarang keputusan melaksanakan dasar yang tidak sesuai seperti yang baru baru ini diumumkan oleh SPA sebenarnya mengundang padah dan sebarang protes berkesudahan dengan BN akan kehilangan undi rakyat pada PRU ke 13. Kata MIK : "Kesian sungguh kita menyaksikan kerja kuat dan usaha gigih Datuk Seri Najib dengan mudah dijahanamkan oleh spesis seperti individu bergelar Tan Sri Mahmood Adam…!" Pu3 sedih, pegawai-pegawai kerajaan seperti Tan sri Mahmood adam yang hanya tahu akal nya konon nak advanted tetapi menyusah dan menambah beban kepada kerajaan sekarang terutama kepada Najib. Rasanya, perlu ada penilaian semula lantikan pegawai pengurusan tertinggi kepada mereka yang banyak berkaitab dengan hubungan rakyat. Ini bukan kali pertama. Dah 2 kali!
|
Benarkah DAP Hanya Akan Bertanding 60 Kerusi? Posted: 12 Jul 2012 01:00 AM PDT Pengagihan kerusi pilihanraya bagi parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih kabur. Walhal, Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan bahawa pembahagian kerusi PRU telah pun dimuktamadkan.
Dan nampaknya sekali lagi Anwar menipu.
Dari sumber-sumber tertentu, kita telah dimaklumkan bahawa PKR akan bertanding 66 kerusi. Manakala PAS sebelum ini ada mewar-warkan bahawa mereka akan bertanding 80 kerusi. Namun, mengikut perkiraan berdasarkan PRU yang lepas, PAS hanya mampu meletakkan 66 kerusi sahaja dan itupun hanya berjaya memenangi 22 kerusi.
Justeru, jika PAS ingin bertanding 80 kerusi menunjukkan betapa PAS itu akan tetap dengan angan-angan Mat Jeninnya.
Kita juga dapat membaca sikap berhati-hati Hadi Awang dalam memperkatakan soal kerusi, kerana Hadi hanya menyebut 'mungkin akan bertanding 80 kerusi' iaitu bukannya satu kepastian lagi.
Kita amat faham betapa hati Hadi Awang akan bergetar apabila menyebut nama DAP. Kerana itu, Hadi tidak berani meletakkan angka muktamad, tetapi hanya menganggarkan sahaja akan jumlah kerusi yang akan ditandingi PAS dalam PRU nanti. Tidak mungkin Hadi akan mengumumkan jumlah muktamad tanpa restu DAP terlebih dahulu.
Bagaimanapun, elok kita ketepikan angan-angan Mat Jenin PAS dan melihat dari segi logik. Logiknya, PAS hanya akan bertanding sekitar 66 kerusi, dan PKR telah pun memuktamadkan bertanding 66 kerusi juga, maka pastinya kerusi lebihan sebanyak 90 lagi adalah milik DAP.
Tidak mungkin DAP akan benar-benar bertanding 60 kerusi sahaja seperti kata Lim Kit Siang kepada Malaysian Insider, kerana jika benar, bermakna PR hanya akan bertanding 192 kerusi sahaja keseluruhannya.
Mungkin ada yang terpedaya dengan hujah DAP dan PAS bahawa ini hanyalah spekulasi jahat BN untuk memecahbelahkan PR, tetapi apa yang dinyatakan di sini adalah analisis berdasarkan logik dan bukannya angan-angan Mat Jenin.
Perlu diingatkan bahawa DAP telah bertanding 47 kerusi dalam PRU yang lepas dan memenangi 28 darinya, yang mana mengatasi jumlah yang dimenangi oleh kedua-dua rakan sekutunya. Maka tidak mungkin DAP akan mengalah meletakkan kerusi yang jauh lebih sedikit dari kedua-dua mereka dalam PRU kali ini.
Percayalah, seperti yang ditekankan oleh Lim Guan Eng secara tidak langsung dalam perdebatannya dengan Chua Soi Lek baru-baru ini, iaitu DAP tidak sekali-kali menerima konsep kerjasama dengan PAS dan PKR sepertimana UMNO-MCA-MIC. Sebaliknya DAP akan sentiasa memastikan kedudukannya jauh lebih tinggi dari sekutu-sekutu hapraknya.
Justeru, kesukaran DAP dan PAS menyatakan jumlah muktamad kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRU nanti adalah bukti bahawa PR menghadapi krisis dalaman iaitu dilema antara sikap kiasu (DAP) dengan tekanan majoriti (pengundi Melayu).
Yang pasti, perkataan kiasu (takut kalah) itu sendiri sudah menyatakan segala-galanya iaitu DAP tidak akan sekali-kali beralah. |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan