PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS |
PRU 13 : 89 KERUSI PARLIMEN UNTUK DAP - SIAPA BAKAL PM? Posted: 09 Jul 2012 06:54 PM PDT Berdasarkan satu laporan yang diterima, menunjukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya akan bertanding di 66 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti, Ini jauh berkurangan berbanding sebelumnya. Penyusutan 31 kerusi Parlimen jika dibandingkan dengan 97 kerusi Parlimen yang ditandingi PKR semasa PRU 12, tahun 2008 yang lalu. Pengurangan mendadak jumlah kerusi yang ditandingi PKR ini juga berkait rapat dengan tekanan dari DAP yang melihat dirinya lebih berpotensi memberi cabaran sengit terhadap Barisan Nasional (BN). Ketetapan jumlah kerusi untuk PAS untuk bertanding pula hanyalah 67 kawasan Parlimen bermakna baki sejumlah 89 kawasan Parlimen lagi bakal menyaksikan calon DAP yang berentap menentang BN. Hampir kesemua kawasan majoriti Cina dan sebahagian kawasan Parlimen yang komposisi kaumnya bercampur-campur yang sebelum ini ditandingi PKR juga bakal ditandingi oleh calon DAP Laporan itu juga menyebut PKR turut menghadapi masalah untuk mendapatkan calon yang berkaliber bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini. Banyak kawasan Parlimen yang bakal ditandingi PKR masih kosong tidak terisi sekaligus bakal mengulangi sejarah lama bila ramai calon payung terjun dan tidak berkualiti akan diletakkan untuk mewakili PKR. Ini juga bermakna propaganda Dato Seri Anwar Ibrahim selama ini untuk merampas Putrajaya tidak lebih sekadar "seekor ayam yang riuh sekampung tapi telurnya sebiji". Untuk rekod, dalam PRU 12 tahun 2008, daripada 47 kerusi Parlimen yang ditandingi DAP 28 darinya berjaya dimenangi dengan majoriti yang selesa. Kerusi milik DAP bertambah satu melalui kemenangan di Parlimen Sibu. PKR pula hanya menang di 31 kerusi Parlimen sekalipun berbanding 97 kawasan Parlimen yang ditandingi. Manakala PAS pula bertanding di 66 kawasan Parlimen dan hanya menang di 23 kerusi Parlimen. Dalam tempoh kurang dua tahun, PKR kehilangan 5 kerusi Parlimen apabila wakilnya keluar parti menjadi wakil BEBAS termasuk satu kerusi lagi dimenangi semula oleh BN melalui pilihanraya kecil. Melihat kembali kepada rekod dan prestasi yang memihak pada DAP, seakan satu kewajaran untuk DAP menguasai pembahagian kawasan parlimen yang ditandingi pakatan pembangkang. Berdasarkan rekod pencapaiannya yang nyata lebih baik dari PKR dan PAS, tidak syak lagi DAP akan terus menguasai polisi dan dasar pakatan pembangkang. Sekiranya pembahagian kerusi itu benar-benar dimuktamadkan, maka ura-ura Lim Guan Eng mahu dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang dapat mengambil alih tampuk pemerintahan bakal menjadi kenyataan. Adakah perkara sebegini akan dibiarkan berlaku oleh orang Melayu Islam yang berada dalam PKR dan PAS? Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras hanya ingin menyatakan kepada penyokong - penyokong Pembangkang terutama yang berbangsa Melayu :- "LU FIKIR LAH SENDIRI" |
You are subscribed to email updates from PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan