PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- TERBAKAU HATINYA......
- MyMassa: SPRM AKAN BUKA KES PENYELEWENGAN BERATUS RIBU KUTI...
- MARI BACA INI....
- TALAM VS FIDLOT : MANA LEBIH HEBAT ?
- MUSANG BERBULU AYAM......SIAPAKAH DIA?
- MyMassa: SPRM AKAN BUKA KES PENYELEWENGAN BERATUS RIBU KUTI...
- BERAPA KOSNYA PAK? MARI KITA BACA....
- MENJELANG PRU 13 : PAS SUKAR TEMBUSI JASIN.
- MENJELANG PRU 13 : ADAKAH DAP BERSETUJU PAS TERAJUI PAKATAN RAKYAT ?
- Tengku Adnan: Barisan Nasional yakin menang 2/3 kerusi Parlimen
- MENJELANG PRU 13 :MAMPUKAH MEREKA ?
Posted: 10 Jul 2012 12:19 AM PDT @NikAbdulAziz dan @HairieOthman mesti hangus terbakar bila tengok gambar ini!Cuba teka siapa yang jadi imam itu?!! Nampak macam kenal bukan?!! Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam. "Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama," kata penyerang New York Red Bulls. Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. "Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya." Nampaknya Thierry Henry bukan setakat mengamalkan Islam dengan sepenuhnya, bahkan berusaha lagi untuk mendakwahkannya kembali! Alhamdulillah! Dan yang lebih manis, beliau memeluk Islam tanpa perlu mengisi borang sorga PAS pun. Jangan jadi macam makhluk yang seorang itu. Dia ingat lepas berkhalwat, boleh isi borang hamPAS untuk short cut redeem pahala dan tiket ke sorga. Itu yang bila orang tanya kenapa masuk PAS dia jawab sebab nak cukupkan solat LIMA waktu itu. Tapi hasilnya lain pula... Rupa-rupanya ini sebab sebenar beliau jadi biawak hijau penchacai kapir DAP yang tidak pandai cebok. Ketagih minta sedekah kepada zombie-zombie PAS untuk cukupkan RM50K semalam... Inikah hasil dakwah PAS kepada artis terlanjur dan tidak laku macam Hairie Othman?!! *Naik menyampah tengok poster Filem Leftenan Adnan. Yalah, ada ke bagi pengkhianat bangsa lakonkan watak pejuang bangsa?!! | ||||||||
MyMassa: SPRM AKAN BUKA KES PENYELEWENGAN BERATUS RIBU KUTI... Posted: 10 Jul 2012 12:17 AM PDT MyMassa: SPRM AKAN BUKA KES PENYELEWENGAN BERATUS RIBU KUTI...: Mymassa telah mendedahkan perkara ini pada 19 Disember 2011, http://mymassa.blogspot.com/2011/12/bahagian-3-penyelewengan-wang-yb.html,... | ||||||||
Posted: 10 Jul 2012 12:16 AM PDT | ||||||||
TALAM VS FIDLOT : MANA LEBIH HEBAT ? Posted: 10 Jul 2012 12:11 AM PDT July 6, 2012Skandal Talam Corp Jauh Lebih Dahsyat daripada Skandal Fidlot..Nampaknya skandal Talam Corp semakin terlondeh. Nilai skandal kewangan Talam Corp yang mencecah 1 billion adalah 4 kali ganda lebih besar saiznya daripada skandal lembu Fidlot Shahrizat. Cuba bayangkan, baru sebuah negeri DAP berkuasa, skandal penyelewengannya sudah mencecah 1 billion, apakah yang akan terjadi sekiranya satu Malaysia dikuasai oleh Pakatan Rakyat? Hal ini belum dicampur lagi dengan skandal di Pulau Pinang. Hebat tu..Talam 1 billion vs Fidlot 250 juta mana lebih dahsyat? KUALA LUMPUR 5 Julai - Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong hari ini muncul dengan pendedahan baru melibatkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan Talam Corporation Berhad tanpa gentar dengan ancaman saman oleh kerajaan negeri. Pada sidang akhbar di Wisma MCA, di sini, beliau tampil mendedahkan bukti baru tindakan kerajaan PKR Selangor yang didakwa membeli tanah pajakan milik Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Chan Ah Chye dengan harga RM42 juta lebih mahal daripada nilai pasaran. Dakwanya, tanah seluas 2,263 ekar (916 hektar) di Bestari Jaya adalah antara aset milik Talam yang dibeli kerajaan negeri dengan harga RM80,000 seekar atau nilai keseluruhan RM181 juta ketika pelan 'menyelamat' syarikat itu yang berhutang RM392 juta dengan beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri dibuat. Sedangkan jelas beliau, mengikut laporan penilaian oleh Mitra Valuers and Property Consultants Sdn. Bhd. kepada Talam bertarikh 11 Oktober 2010, harga pasaran tanah berkenaan hanya RM139 juta atau RM60,000 seekar dan ia beserta syarat iaitu mesti bebas daripada sebarang bebanan (komplikasi). "Persoalan yang saya hendak tanya kerajaan PKR Selangor adalah bagaimana Talam berjaya menjual tanah itu dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran memandangkan tanah itu tidak bebas daripada bebanan selain masih digadai kepada institusi kewangan? Apakah Talam mempunyai skil perundingan yang bagus? "Apakah kerajaan PKR Selangor tidak faham senario sebenar? Tidak kompeten atau memang tidak kisah untuk memperalat duit rakyat? Saya bingung memikirkan perkara ini kerana tanah berkenaan tidak bebas bebanan, seluas 405 hektar tanah itu mempunyai komplikasi," dakwanya. Kelmarin, Tee Yong dalam pendedahannya mendakwa kerajaan PKR Selangor terbabit dalam penyelewengan bernilai RM1 bilion yang dikatakan berselindung di sebalik pelan 'menyelamat' Talam, yang dibebani hutang sebanyak RM392 juta dengan beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri, dua tahun lalu. Mengulas mengenai komplikasi tanah, Tee Yong mendakwa, 438 ekar (175 hektar) daripada tanah tersebut berada di bawah air dan memerlukan antara RM50 juta dan RM100 juta tambahan untuk kerja-kerja menimbus serta 575 ekar (230 hektar) lagi dinyatakan sebagai kawasan simpanan hutan yang tidak banyak nilai komersialnya. Tee Yong juga membidas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat dakwaan mengenai penyelewengan bernilai RM1 bilion itu. Beliau mempersoalkan kenapa Abdul Khalid memilih jalan mahkamah berbanding tampil menjelaskan segala pendedahan tersebut kerana politik bukan seperti mengurus firma perniagaan dan selaku Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok itu perlu tampil menjelaskan hal sebenar kepada rakyat. "Beliau sekarang mentadbir negeri dan bukan firma, sepatutnya beliau harus berani untuk tampil berdepan dengan rakyat bagi menjawab semua pendedahan ini, bukannya berselindung di sebalik mahkamah. Tetapi itu mungkin cara dia dan biarlah kalau itu yang dipilih, tetapi saya akan tetap dedahkan segala penyelewengan ini," katanya Kata Tee Yong, beliau akan membuat laporan tentang skandal berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Talam memberi maklum balas. | ||||||||
MUSANG BERBULU AYAM......SIAPAKAH DIA? Posted: 10 Jul 2012 12:07 AM PDT SIAPA KONDUKTOR YANG MENGOKESTRAKAN ISU PEMBANGKANG?
SIAPA sebenarnya yang menjadi konduktor untuk mengokestrakan isu terutamanya yang membabitkan Perdana Menteri Najib dan isteri beliau Rosmah Mansor hingga sehingga ke hari ini Najib dan isterinya dijadikan sasaran serangan bertubi-tubi daripada pihak pembangkang. Serangan terhadap Najib,keluarganya serta kepimpinan beliau dilihat begitu tersusun rapi dan sebagai contoh isu lama seperti Scorpene,kematian Alatantunya dan mengaitkan kononnya Rosmah sebagai Perdana Menteri terus dicanangkan. Pemerhati politik tempatan melihat bahawa ada konduktor sebenarnya yang menjadi perancang kepada segalanya ini malah bukan sahaja isu Scorpene yang sedang hangat diputarbelitkan oleh pembangkang,kebocoran maklumat juga menjadi begitu tidak terkawal sejak akhir-akhir ini malah terbaru pemerhati politik dan rakyat mula berteka teki bagaimana Minit Mesyuarat Pelaksanaan projek MRT boleh jatuh ke tangan pembangkang. Berbagai-bagai tekanan sedang diberikan terhadap Najib dan kepimpinannya. Berbagai-bagai serangan peribadi sedang dihalakan kepada beliau seolah-olah mahu Najib mengaku kalah . Rakyat dibawah menjadi hairan bagaimana dokumen itu boleh berada ditangan Rafizi Ramli dan didedahkan oleh bloger AnakSungaiDerhaka tapi kita percaya kepada kecekapan polis yang pasti akan berjaya membawa tali barut ini ke muka pengadilan.Dan kita sedang menunggu siapa dalangnya? Itu yang paling baru,sebelum ini bocor juga satu Minit Mesyuarat berkaitan FELDA terutamanya membabitkan penyenaraian Felda Global Venture Holding hingga otak para peneroka ada yang berjaya diputarsongsang oleh pembangkang.
Kebocoran maklumat sebegini tidak harus dipandang ringan dan sesiapa sahaja,tidak kira siapa yang terlibat harus dihadapkan di muka pengadilan dan diberikan hukuman setimpal senadainya terbukti mereka menjual maklumat dan hidup kaya raya,bermewahan hingga mampu membina rumah berharga jutaan ringgit(khabarnya ada lift). Pembocoran maklumat dalaman yang diklasfikasikan dibawah Akta Rahsia Rasmi membuatkan pihak polis menubuh pasukan untuk menyiasat bagi mencari dalang sehingga pembangkang memperolehi segala dokumen-dikumen itu dan polis sudahpun mula menyiasat siapa konduktor tersebut. Kita juga menjadi hairan bagaimana senarai keanggoatan petugas untuk Ops 2020 (sebelum ini saya sebut Ops Kampus) boleh jatuh ketangan Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution dan kerana kebocoran maklumat tersebut Ops ini dihentikan dan Bilek gerakan diarahkan agar ditutup.Siapa atau agensi mana yang mencatat Minit Mesyuarat Sekretariat itu yang diPengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Razali Ibrahim?
Kita juga hairan bagaimana SUA PKR ini dengan segala pembuktian melalui dokumen seperti laporan perubatan Psurawi dibenarkan sewenang-wenangnya menghina mahkamah sedangkan ketika itu sedang berlangsung perbicaraan Anwar Ibrahim.Adakah Saifuddin juga kebal dari tindakan polis ataupun tindakan undang-undang sepertimana kebalnya Anwar dan siapa yang melindungi beliau?Betulkah ada yang mengarahkan pihak polis supaya tidak menangkap SUA PKR itu?Siapa yang mengarahkannya? Adakah Najib membela biawak hidup disekelilingnya?Adakah Najib bersetuju pada perlantikan yang salah pegawai-pegawai yang sepatutnya membantu beliau mengukuhkan parti dan kerajaan?Gerakan pembangkang menjadi semakin kuat apabila penededahan-pendedahan maklumat sebegini jatuh ke tangan mereka dan Anwar terus beraja dimata,bersultan dihati walaupun selayaknya beliau tidak harus lagi mendapat tempat walau seinci pun dinegara ini. Adakah kebocoran maklumat ini datang dari Pejabat Perdana Menteri? Datang dari Biro Tata Negara atau Majlis Keselamatan Negara ataupun JASA?Kita bukan mahu prejudis tetapi bila melihat kebocoran maklumat berlaku,kita merasakan ada yang tidak kena dan kalau ini dianggap ringan pasti pihak Polis tidak menubuhkan Pasukan Khas Siasatan yang di ketuai oleh Dato Hadi Ho Abdullah,Timbalan ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman. Isu Scorpene sepatutnya sudah lama mati sepertimana matinya Alatntunya dan mahkamah sudahpun memutuskan keputusan yang tidak ada kaitan dengan PM Najib termasuklah Rosmah tetapi pembangkang terus memainkan isu ini dan seolah-olah ada arahan agar isu ini terus didendangkan.Moga saya tidak prejudis ketika menulis tentang ini.
Mahkamah memutuskan dalam kes Alatantunya,bukan sahaja Najib,Rosmah pun tidak terlibat baik secara langsung atau tidak langsung tetapi bila berkaitkan Najib pembangkang seolah-olah tidak mahu menerima dan tetap menganggap Anwar yang keji itu lebih mulia moralnya dari Najib. Kisah percintaan hingga membawa kepada pertunangan anak PM Najib dan Rosmah juga sedang dimainkan oleh pembangkang di pentas ceramah.Dimana salah Najib dan Rosmah dalam soal anaknya ini dan kalau benar tuning anak Najib itu terlibat dalam kegiatan jenayah,adakah Najib dan Rosmah akan dipersalahkan malah kita percaya kalau benar tunangnya itu seorang penjenayah seperti yang dilaporkan,kita pasti anak Najib dan Rosmah ini akan memutuskan pertunangan tersebut. Tapi pembangkang mainkan isu ini seolah-oleh menjadikan Najib,Rosmah dan anaknya itu sebagai seoarang penjenayah.Lihatlah betapa jahat,kotor serta kejinyanya pembangkang manipulasikan isu tetapi yang nyata Najib sedang ditikam dari belakang malah apa yang sedang berlakui seolah-olah mahu menamatkan pemerintahan Najib sebagai Perdana menteri dan meruntuhkan keperkasaan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah. | ||||||||
MyMassa: SPRM AKAN BUKA KES PENYELEWENGAN BERATUS RIBU KUTI... Posted: 10 Jul 2012 12:05 AM PDT MyMassa: SPRM AKAN BUKA KES PENYELEWENGAN BERATUS RIBU KUTI...: Mymassa telah mendedahkan perkara ini pada 19 Disember 2011, http://mymassa.blogspot.com/2011/12/bahagian-3-penyelewengan-wang-yb.html,... | ||||||||
BERAPA KOSNYA PAK? MARI KITA BACA.... Posted: 10 Jul 2012 12:03 AM PDT Jika Anwar Jadi PM, Berapa Kos Ke Luar Negara ?AIDCNews – 16/06/12 – Sebagai menyambut perang psikologi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amat yakin dapat menawan Putrajaya dan berjaya menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13, soalan pertama yang perlu rakyat tahu adalah, berapakah kos perbelanjaan yang akan diambil dari tabung negara untuk menampung kos perbelanjaan beliau ke luar negara?. Pertanyaan ini amat relevan kerana semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid membuat pengakuan berkanun bahawa Anwar Ibrahim telah mengawal 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion. Daripada RM3 billion itu, bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu berkata Anwar telah mengarahkan membayar USD 1O Million kepada sebuah badan pemikir Asia Pasific Policy Centre (APPC) milik Douglas H. Paal untuk melobi imej Anwar di Amerika Syarikat (AS). Berikut petikan kenyataan berkanun Abdul Murad tentang badan pelobi APPC : "Saya mesti membuat pendedahan khas tentang sebuah Pertubuhan Amerika yang dipanggil Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas Pengarah Kanan untuk Hal Ehwal Asia (1989 hingga 1993) Majlis Keselamatan Negara (NSC) Amerika Syarikat. Douglas H. Paal meninggalkan Majlis Keselamatan Negara untuk memulakan APPC pada tahun 1993 yang dibiayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bertanggungjawab untuk mengatur sumbangan sebanyak USD IO Million kepada APPC dan Douglas. H. Paal atas arahan Datuk Seri Anwar". "Saya percaya bahawa kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lain juga membuat sumbangan besar kepada APPC dan Douglas H. Paal. Walaupun saya tidak dapat memastikan jumlah sumbangan mereka secara tepat, saya yakin jumlahnya juga mencecah berjuta-juta dolar AS". "APPC dan Douglas H. Paal adalah salah satu daripada jentera utama yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan imej beliau di negara-negara Barat, terutamanya di Washington, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain. APPC juga pelobi utama untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan organisasi media antarabangsa". "APPC menganjurkan "Dialog Pasifik" iaitu satu persidangan di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang pada November 1994. Dialog Pasifik Kedua telah diadakan pada bulan Januari 1996, Dialog Pasifik Ketiga pada bulan November 1996 dan Dialog Pasifik Keempat pada bulan Januari 1998. Sepatutnya akan dibuat Dialog Pasifik Kelima yang dirancang pada bulan Disember 1998 tetapi telah dibatalkan kerana penaung persidangan itu tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Semua persidangan Dialog Pasifik telah diadakan di Malaysia kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sumber utama pembiayaan untuk APPC". "Dalam apa yang saya percaya seperti yang dianggap sebagai pengkhianatan kepercayaan orang ramai, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa APPC harus menguruskan rizab BNM sebanyak RM50 Bilion dan dana KWSP sebagai balasan untuk perkhidmatan yang telah diberikan. Alternatif yuran besar sebanyak USD 3 Juta akan dibayar setiap tahun kepada APPC untuk kos menjalankan Pusat di Washington. Nasib baik ini arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk APPC menguruskan dana di atas tidak dapat dikuatkuasakan". "Apa yang saya telah saya nyatakan di atas tanpa keraguan membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang bersedia mengorbankan tabung-tabung negara untuk faedah cita-cita politik dengan bantuan elemen-elemen asing". "Perkembangan semasa yang sedang berlaku di negara ini yang mengancam ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat untuk melanjutkan cita-cita politik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti yang mencukupi bagi menyokong dakwaan ini". Kenyataan Abdul Murad berkenaan dengan kecenderungan Anwar sujud ke AS terbukti setelah beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, beliau mengambil keputusan untuk berhijrah dan menetap di AS selama dua tahun sebelum kembali semula aktif sepenuh masa dalam politik negara pada tahun 2008. Ketika menetap di AS, di antara tahun 2005 hingga 2007, Anwar juga sering berulang alik dari Washington ke Kuala Lumpur untuk membantu kempen-kempen parti naungannya, PKR. Sudah tentu, proses ulang alik itu menelan kos yang tinggi yang mungkin tidak mampu ditampung oleh seorang pensyarah pelawat biasa yang pernah bekerja di AS. Berikut disertakan beberapa dokumen berkenaan butiran perbelanjaan tiket penerbangan Anwar sekitar tahun 2006 hingga 2007. Sekiranya Anwar berada di AS, beliau menggunakan agensi pelancongan 'Dollar Wise Travel' dan 'Sultan Travel Inc' untuk urusan tempahan tiket ke Tokyo, Honolulu, Los Angeles, Washington, New York, Amman dan lain-lain. Manakala, jika Anwar berada di Malaysia, beliau menggunakan agensi pelancongan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd, Ampang untuk urusan tempahan tiket ke Washington (IAD), Singapura (SIN), Dubai (DXB), Heathrow (LHR), Brussels (BRU), Jeddah (JED), Bangkok (BKK), Vancouver (YVR), Toronto (YYZ), Riyadh (RUH), Itali (MXP), Amsterdam (AMS), Bahrain (BAH), Abu Dhabi (AUH), Istanbul (IST), Amman (AMN), dan lain-lain. Terdapat satu dokumen yang dikeluarkan oleh Center for Advanced Orthopedics yang mencadangkan Anwar hanya menaiki penerbangan kelas bisnes atau kelas pertama kerana rekod kesihatan sakit tulang belakangnya. Terdapat dua dokumen lain yang menunjukkan arahan pembayaran daripada Anwar Ibrahim kepada Brenda Martin dari Old Line Bank, sebuah bank yang berpangkalan di Clinton, Maryland, AS. Anwar menggunakan kepala surat Anwar Ibrahim & Associates yang mengarahkan Brenda membayar melalui akauan Anwar Ibrahim Consulting Associates LLC kepada YHA Travel & Tours (M) Sdn. Bhd di Ampang, Selangor. Dokumen bertarikh 17 Mei 2007 bernilai $18,000.00 dan dokumen bertarikh 17 Jun 2007 bernilai $14,620.00. Butiran perbelanjaan ini dilakukan Anwar ketika beliau belum lagi dilantik sebagai Ketua Pembangkang dan Penasihat Ekonomi Selangor. Selain itu, butir perbelanjaan itu hanya melibatkan kos tiket penerbangan dan tidak termasuk kos penginapan, makan minum dan kos-kos lain yang sudah tentu menelan perbelanjaan yang lebih besar. B | ||||||||
MENJELANG PRU 13 : PAS SUKAR TEMBUSI JASIN. Posted: 09 Jul 2012 11:01 PM PDT Mahathir: FAKTOR 1 : Pakatan tidak yakin menang PRU 6 Mei 2012 Pembangkang jelas tidak mempunyai keyakinan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyebabkan mereka melemparkan pelbagai tuduhan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada zalim dan perlu digulingkan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembangkang sudah banyak kali berdepan dengan kekalahan malah sejak negara ini merdeka, mereka tidak pernah menang di peringkat pusat. "Sebab itu mereka mahu bersedia, kalau kalah kali ini (PRU13), mereka akan cetuskan huru-hara, buat demonstrasi dan desakan yang kononnya kerajaan menipu untuk menang. "Ini memang pendekatan pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi, bahkan Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) sendiri turut mengatakan bahawa demontrasi ini halal," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Wacana Tokoh Negarawan bersama penjawat awam, hari ini. Dalam ucapannya, Mahathir berkata, pembangkang melihat bahawa mereka tidak mungkin memenangi pilihan raya atau membentuk kerajaan menerusi sistem demokrasi. "Saya percaya pembangkang kurang yakin untuk menang dalam pilihan raya. Mereka sudah cuba 55 tahun tetapi rakyat tetap pilih kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan, tidak pilih parti lawan. "Ada juga negeri yang pilih mereka tetapi tidak di peringkat pusat. Mereka tidak pernah menang, sebab itu mereka sekarang ini cuba menggambarkan kerajaan ini zalim dan harus digulingkan (oleh rakyat)," katanya. Menurutnya, usaha dan dakwaan memburuk-burukkan imej polis merupakan satu lagi helah pembangkang untuk menggulingkan kerajaan. "Ada usaha yang sedang dibuat untuk memburuk-burukkan polis, dan menunjukkan ia sebagai satu lagi bukti kezaliman kerajaan, agar rakyat memberontak bagi menjatuhkan kerajaan. "Betulkah kerajaan ini zalim sedangkan banyak nikmat yang sudah dikecapi rakyat selama ini. Namun mereka tetap menyatakan kerajaan zalim untuk menghalalkan tindakan yang mereka lakukan," katanya. FAKTOR 2 : Hudud Pas bukan hudud Islam 1 Januari 2012 MACHANG - Demi kepentingan politik, perjuangan Pas kini didakwa membelakangi perjuangan asal parti itu termasuk bekerjasama dengan parti bukan Islam. Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad mendakwa, pemimpin ulama Pas berjaya dipengaruhi golongan profesional bersifat sekular dengan menguasai pemikiran dan meyakinkan mereka akan menang besar dalam pilihanraya. Beliau berkata, akibat penyelewengan itu, Pas menggubal Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan memberi pilihan kepada bukan Islam sama ada mahu menerima hudud atau tidak. Menurutnya, ia sekali gus bertentangan perjuangan asal Pas, iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan bangsa, agama, pangkat kecuali dalam perkara yang berhubung ibadat dan undang-undang kekeluargaan. "Manifesto kulit hijau pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1986, muka surat lima jelas membincangkan berkaitan hukum hudud tersebut dan pada muka surat 24 turut tercatat: "Orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam". "Namun, pada PRU 1990, perjuangan Pas mula terpesong apabila bersekongkol dengan Semangat 46, apabila parti itu bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan alasan akan menang besar dan ia benar-benar berlaku. Oleh itu, dalam sudut ini, Pas dan Umno tidak berbeza," katanya kepada pada sidang media di sini, semalam. Berliau berkata demikian sebagai menyahut cabaran Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semasa wacana Sinar Harian November lalu yang mahukan mana-mana pihak tampil ke depan dan mendedahkan sekiranya hudud yang ingin dilaksanakan Pas Kelantan tidak betul. Wan Ismail yang pernah menjadi calon Pas di Parlimen Machang pada PRU 1986 berkata, hukum hudud yang diluluskan dalam mesyuarat Dun Kelantan pada 1993 adalah hudud Pas, bukannya hudud Islam. Beliau percaya perkara tersebut turut didorong perasaan takut kepada pemimpin DAP, terutama Pengerusinya, Karpal Singh yang secara terang-terangan menentang hukum hudud. Malah, katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa masalah mengenakan hukum hudud kepada orang bukan Islam, tidak termasuk dalam perkara yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadis. "Pada pandangan Hadi dalam kenyataan berkenaan, hukuman hudud yang dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja tidak akan berjaya bagi mengurangkan kes jenayah bahkan akan menimbulkan masalah baru," katanya. Wan Ismail berkata, Hadi memberi contoh, seorang pencuri bukan Islam tidak akan dipotong tangan walaupun sah dia mencuri dan orang Islam pula akan dipotong jika sabit kesalahan. "Orang mencuri itu sudah tentu tidak takut dosa, kalau takut dosa, dia tidak akan mencuri, orang macam ini, terlalu mudah akan mengisytiharkan dia bukan Islam bagi mengelakkan tangannya dipotong. "Saya tiada kepentingan dalam politik dan pendedahan ini kerana tanggungjawab terhadap seluruh umat Islam," katanya yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1967. FAKTOR 3 : Cina pura-pura sokong Pas 1 Februari 2012 KLANG – MCA menganggap sokongan Cina terhadap Pas hanya sementara kerana mengetahui mereka tidak mampu memajukan ekonomi bangsa itu dan pada masa yang sama melaksanakan dasar mendiskriminasikan golongan wanita . Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, orang Cina telah tersedar dari mimpi indah dan janji-janji yang ditaburkan parti Islam itu sebenarnya tidak memberi manfaat kepada bangsanya. "Pas banyak tabur janji kepada orang Cina daripada bekerja kuat membuktikan mereka berjaya melaksanakan apa yang dijanjikan dan ini dapat dilihat pemerintahannya di Kedah dan Kelantan. Mereka tidak boleh menipu kami setiap masa dengan kenyataan untuk menyedapkan mulut. "Mereka perlu sedar, orang Cina mahu pembangunan dalam ekonomi sedangkan Pas tidak mempunyai kemahiran itu. Atas sebab itu Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan, bukan Pas ataupun Pakatan," katanya selepas membuat lawatan ke Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz, semalam. Hadir sama, Tengku Indera Pahlawan DiRaja, Datuk Tengku Putra al-Haj Tengku Bendahara Azman Shah al-Haj dan Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Klang, Datuk Teh Kim Poo. Beliau yang juga Ahli Parlimen Raub berkata, Pas perlu sedar, orang Cina tidak sepenuh hati menyokong mereka dan kerjasama parti itu dengan DAP juga dilihat satu lakonan untuk mendapatkan kuasa serta menang pilihan raya sahaja. Lebih tepat, menurutnya, orang Cina hanya berpura-pura menyokong Pas kerana parti itu tidak boleh dipercayai dan ini dapat dilihat apabila gagal berbuat demikian pada orang Melayu. "Di Kedah, orang Cina masih sakit hati apabila dilarang mengusahakan ladang khinzir dan Pas seolah-olah memilih makanan mana yang boleh makan, mana yang tidak boleh kepada kami. Isu ini belum selesai dan ia menunjukkan Pas gagal di negeri berkenaan. "Bukan itu sahaja, kami melihat Pas tidak banyak membantu kehidupan seharian dan dasarnya yang mahu melaksanakan hudud dan pada masa yang sama, DAP menentang, menunjukkan kedua-dua parti itu tidak ada persefahaman," katanya. Yen Yen berkata, cukuplah dengan pura-pura itu. Mengulas mengenai kenyataannya yang Pas gagal memartabatkan kedudukan golongan wanita, beliau berkata, parti itu sejak sekian lama mahu wanita tinggal di rumah dan tidak pernah mengiktiraf dalam arus pembangunan negara. "Pernah lihat Pas memberi bantuan kewangan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina? Itu sudah cukup mempersoalkan sumbangannya kepada orang Cina," katanya. Mengulas mengenai janji parti Islam itu mahu melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yen Yen berkata, ia jelas menunjukkan Pas bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan mengambil jalan mudah mendapat undi, malah bukti mereka tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya. "Pas mahu kerajaan yang mereka tubuhkan nanti, setiap hari kerjanya mencetak wang untuk menampung perbelanjaan pelajar berkenaan," katanya. FAKTOR 4: Pas tidak akan khianati janji dalam Pakatan. FAKTOR 5 :Pas Melaka terima bukan Melayu jadi Ketua Menteri. FAKTOR 6 :Kepimpinan PAS Melaka cuma berubah wajah tapi tidak pada pendekatan politik. FAKTOR 7 : Kepimpinan PAS Jasin berfikiran tertutup dan jumud terhadap persekitaran dan landskap politik yang telah berubah. | ||||||||
MENJELANG PRU 13 : ADAKAH DAP BERSETUJU PAS TERAJUI PAKATAN RAKYAT ? Posted: 09 Jul 2012 10:43 PM PDT Hadi: Pas, PKR tiada masalah soal bahagi kerusi 6 Februari 2012 KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan Pas dan rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR), Parti Keadilan Rakyat berhadapan dengan masalah dalam soal pembahagian kerusi di beberapa negeri termasuk Terengganu. Sebaliknya Presiden Pas itu menegaskan, perbincangan sudah menghampiri peringkat akhir dan hanya tinggal kira-kira 10 peratus belum selesai. Beliau berkata, sama ada Pas atau PKR, masing-masing akur dengan keputusan yang dicapai di peringkat kepimpinan pusat. "Kita mendapat maklumat lebih 90 peratus sudah selesai. Terlalu sedikit belum selesai di peringkat negeri, bahagian dan mereka patuh kepada keputusan pimpinan Pusat," katanya kepada ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Cina, di sini. Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak kira siapa calon pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, yang penting calon tersebut boleh memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR). Bagi Pas, pihaknya melalui Majlis Syura Ulama akan memutuskan seseorang calon itu bertanding selepas 'lulus ujian' berdasarkan syarat dan kriteria yang ditetapkan. "Majlis Syura Ulama perlu meluluskan calon berdasarkan ketokohan dan konsisten dengan parti, serta moral dia. Ini syarat jadi calon Pas," katanya. Beliau juga yakin dengan perkembangan politik ketika ini termasuk di Terengganu apabila sokongan Cina dilihat semakin meningkat kepada Pas dan beliau turut mengakui mendapat undi besar daripada masyarakat Cina di Wakaf Tapai bagi kerusi Parlimen Marang dalam pilihan raya umum lepas. Ditanya sama ada Pas mengehadkan kuota calon ulama dan profesional, beliau menolak perkara itu. Jelasnya, Pas memperjuangkan satu konsep, satu dasar dan satu matlamat melalui kepimpinan secara kolektif, bukan bersifat individu. Beliau juga turut menolak ulama dalam Pas semakin berkurangan ekoran beberapa isu yang berlaku sebelum ini, sebaliknya menyifatkan Pas masih mempunyai bilangan ulama yang ramai. "Kita ada ramai ulama muda bahkan majoriti ulama bersama dengan kita dan segelintir sahaja bersama dengan Umno," katanya. Hadi: Pas paling kuat dalam PR 10 Julai 2012 MARANG – Pas menolak dakwaan kononnya DAP akan bertanding sehingga 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP adalah tidak lebih daripada Pas. "Pas parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR). Kita (Pas) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi. "Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam," katanya. Selain itu, kata Abdul Hadi, tanda kekuatan Pas ialah parti itu mempunyai banyak jentera dan sedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain. Pemimpin Pas itu menjelaskan demikian ketika diminta mengulas dakwaan blogsuarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing hanya 66 kerusi. Dakwa blog itu, DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas PRU13 apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen. "Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas. Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri daripada parti itu. "Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu," dakwa blog itu lagi. Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang ditemui pada Program Sarapan Pagi Bersama Presiden Pas di Jalan Bukit Kor di sini, berkata, pengagihan kuota kerusi pembangkang secara rasmi dalam PR masih belum dibuat sehingga tarikh PRU13 diketahui. Dalam pada itu, Abdul Hadi ketika berucap di Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Batu 10, Bukit Payong, dekat sini, baru-baru ini, memberikan jaminan bahawa DAP tidak akan mengepalai PR sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara. Pada PRU12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula di 31 kawasan. Dakwaan DAP tanding 90 kerusi Parlimen tak berasas 10 Julai 2012 ALOR SETAR - Dakwaan DAP bakal bertanding 90 kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah tidak rasional dan sengaja dibangkitkan pihak tertentu dalam usaha menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Melayu. Pengerusi DAP Kedah/ Perlis, Lee Guan Aik percaya laporan tidak berasas seperti itu dibangkitkan menjelang PRU13 bagi menakut-nakutkan orang Melayu kononnya DAP akan menguasai Putrajaya, seterusnya melantik Perdana Menteri dari kalangan pemimpin DAP. "Secara rasionalnya, DAP hanya layak bertanding paling banyak pun sekitar lebih 50 kerusi Parlimen, tak mungkin boleh cecah hingga 90 kawasan. Berdasarkan persefahaman sebelum ini, Pas akan bertanding lebih banyak kerusi, mungkin lebih 60 kawasan manakala selebihnya milik PKR," katanya ketika dihubungi. Guan Aik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebuah akhbar yang memetik pendedahan itu menerusi sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com. Menurutnya, laporan itu boleh dipertikai kerana pengagihan kerusi antara rakan pakatan masih belum selesai sehingga kini. "Kita tidak boleh percaya laporan daripada blog 100 peratus, jika benar dari blog propembangkang, dibimbangi diputar belit pihak tertentu. Seeloknya semua pihak tunggu keputusan rasmi agihan kerusi yang akan diumumkan Sekretariat PR," katanya. Guan Aik berkata, isu terbabit sengaja diperbesarkan supaya timbul kebencian orang Melayu terhadap DAP, yang digambarkan seolah rakus kuasa. "DAP hanya akan diberi mandat wakili 1/3 jumlah kerusi dipertandingkan PR, di kawasan campuran atau majoriti Cina. Tak mungkin boleh ambil 2/3 kuota kerusi," katanya. Menurutnya, walaupun pelbagai dakwaan ditimbulkan untuk memburuk-burukkan imej PR termasuk isu terbaru skandal membabitkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak memberi kesan besar terhadap pengundi. "Saya yakin pengaruh PR di negeri dikuasai PR tidak terjejas walaupun BN mainkan beberapa isu kebelakangan ini. Isu Bersih-Ambiga dan skandal DAP sebaliknya memberi kesan positif apabila pengundi Cina dan India kembali menyokong PR," katanya. Nik Aziz: Berita DAP tanding 90 kerusi Parlimen 'karut' 10 Julai 2012 KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan DAP akan bertanding 90 kerusi melebihi kerusi yang ditanding Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah tuduhan mengarut. Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, beliau tidak akan mengulas mengenai percaturan kerusi sama ada Pas ataupun Pakatan Rakyat selagi mana Parlimen belum dibubarkan. "Saya tidak mahu bercakap perkara yang karut maruk itu, sedangkan dalam Pas sendiripun saya tidak mahu membangkitkan isu tersebut," katanya ketika ditemui di Majlis Perjanjian Pembangunan Pusat Kitar Semula dan Kompos antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-Bri) dan SS Microbial Sdn Bhd di sini, semalam. DAP perlu ikut garis panduan agihan kerusi 27 Mac 2012 ALOR SETAR - PKR tidak mahu terus bertikam lidah dengan DAP mengenai isu agihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebaliknya mengingatkan rakan komponennya itu supaya kembali kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, adalah tidak rasional sekiranya DAP masih mahu menuntut sebahagian kerusi yang dimenangi PKR pada PRU12. "Saya sudah serahkan kepada pimpinan Pusat untuk capai keputusan dan akan akur apa jua keputusan kelak. Tidak perlu lagi pemimpin di peringkat negeri bergaduh sesama sendiri kerana kita sudah serahkan perkara ini untuk diputuskan Pusat," katanya. Menurutnya, berdasarkan garis panduan sedia ada, mana-mana parti yang menang bertanding di kerusi yang diwakilinya pada PRU12, kerusi itu akan kekal ditandingi parti berkenaan pada pilihan raya akan datang. "Tuntutan bertindih DAP itu turut babitkan kerusi yang dimenangi PKR, adalah tidak wajar untuk mereka tuntut kerusi itu. Antaranya kerusi Dun Bakar Arang dan Lunas serta parlimen Padang Serai," katanya. Wan Salleh berkata, pihaknya enggan memanjangkan lagi isu itu kerana yakin Sekretariat PR akan menyelesaikan kemelut itu dalam masa terdekat. "Pintu rundingan masih terbuka di peringkat Pusat, biarlah pemimpin pusat bincang dan teliti mana yang terbaik untuk Kedah," katanya. Wan Salleh berharap selepas keputusan diumumkan Pusat kelak, DAP menerima keputusan dengan hati terbuka demi kesinambungan pentadbiran Kerajaan Negeri. "Kita pemimpin di negeri perlu akur pada arahan pemimpin Pusat. Kita tidak boleh buat sesuka hati walaupun membabitkan isu di negeri ini," katanya. 105 kerusi 'di tangan', PR yakin boleh dapat majoriti mudah 12 Jun 2012 SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memperoleh sekurang-kurangnya 105 kerusi Parlimen dengan selesa, dan boleh menambah tujuh lagi kerusi untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRu13). Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pihaknya meletakkan keyakinan itu berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Johor, Sabah dan Sarawak. "Ini bukan lagi harapan, tetapi keyakinan. Kami yakin boleh memperoleh 105 kerusi selepas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki sekarang boleh kalah, tetapi kami akan menang di tempat-tempat lain. "Pada pilihan raya umum 2008, kami (PR) menang 82 kerusi. Status quo jumlah kerusi 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperoleh kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian. Secara purata, katanya, Rafizi berkata, PR boleh memperoleh 24 kerusi, masing-masing lapan dari Johor, Sabah dan Sarawak. "Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran," kata beliau. "Kalau tengok keadaan 'mood', saya yakin kami boleh mendapat lapan kerusi di Johor. "Begitu juga di Sarawak, dengan mengambil kira perkembangan politik dan prestasi pilihan raya negeri tahun lalu, kami boleh memperoleh tambahan lapan kerusi Parlimen dan begitu juga di Sabah," katanya lagi. Rafizi melahirkan keyakinan itu khususnya di kawasan-kawasan majoriti bukan Muslim di Sabah dan Sarawak. Pada PRU12, PR yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas, pembangkang menang satu kerusi Parlimen dan 25 oleh BN. Di Sabah dan Sarawak, yang masing-masing menawarkan 25 dan 31 kerusi, BN memperoleh 54 kerusi. "Kira-kira 100 daripada 140 kerusi dimenangi BN empat tahun lalu datang dari tiga negeri ini," katanya. | ||||||||
Tengku Adnan: Barisan Nasional yakin menang 2/3 kerusi Parlimen Posted: 09 Jul 2012 10:40 PM PDT | ||||||||
MENJELANG PRU 13 :MAMPUKAH MEREKA ? Posted: 09 Jul 2012 10:33 PM PDT Pas mahu bertanding 80 kerusiPas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai Kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang. Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan, jumlah kerusi yang akan ditandingi parti tersebut mungkin meningkat sehingga 80 berbanding 66 kerusi dalam pilihan raya umum lalu. Katanya, Pas akan memikul tanggungjawab itu sebagaimana UMNO menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) dalam mencorak hala tuju negara dengan kedudukannya sebagai parti paling kuat. Beliau menarik perhatian, jika DAP bertanding 40 hingga 60 kerusi Parlimen, malah jika menang 50 kerusi sekali pun, parti itu tidak dapat memerintah negara bersendirian. "Pakatan Rakyat telah menerima kita (Pas) sebagai parti yang paling kuat serta mempunyai jentera ramai malah kita juga sanggup pikul tanggungjawab untuk bertanding di kawasan yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak mahu bertanding. "Jadi, jika mereka (DAP) menang sekali pun mereka tidak boleh memerintah sendiri kerana kita adalah tulang belakang rakyat dan tulang belakang itu adalah orang Melayu kita," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana sempena Himpunan Hijau Pas ke Putrajaya Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu di Padang Mengkuang, Bukit Payung di sini malam tadi. Pada pilihan raya umum ke-12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan menang 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31. "Kita telah berdebat 20 tahun dengan bukan Islam, akhirnya DAP terima keputusan, sekiranya kita memerintah mereka akan terima semua syarat kita tetapkan seperti (kedudukan) agama Islam, bahasa Melayu dan hak orang Melayu," ujar Abdul Hadi. Sementara itu, ketika ditanya oleh pemberita sekiranya Pas memperoleh kemenangan terbesar kelak, apakah ia masih ingin melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Abdul Hadi berkata: "Belum ada keputusan lagi siapa...nanti selepas menang baru kita putuskan. Sebelum ini, Pas pernah menyatakan persetujuan sebulat suara dengan parti komponen pembangkang lain untuk melantik ketua pembangkang itu sebagai Perdana Menteri. Pas berhimpun untuk kemenangan DAP? KELMARIN, pemimpin dan penyokong Pas berkumpul di Stadium Darul Aman, Alor Setar bagi menyertai 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya'. - Sudah pasti matlamat perhimpunan itu adalah bagi membakar semangat ahli-ahli parti tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Pas semakin menunjukkan keterujaan dan keghairahan mereka untuk menumbangkan UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya tersebut. Sememangnya kita kagum dengan semangat Pas itu tetapi apakah himpunan yang diadakan di Alor Setar tersebut menguntungkan Pas? Apakah himpunan itu demi perjuangan politik Pas atau ia akan menjadi alat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Ia kerana realitinya Pas tidak akan mampu berseorangan untuk ke Putrajaya kerana sejarah penglibatan parti itu dalam pilihan raya menunjukkan Pas tidak pernah bertanding dalam jumlah kerusi yang mencukupi bagi membolehkan ia memerintah. Malahan Pas juga tidak pernah memenangi lebih daripada 30 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang disertainya. Tambahan pula, apabila Pas mengikat hubungan politik dengan PKR dan DAP, kedua-dua parti itu sudah tentulah tidak akan membenarkan Pas dominan dalam pilihan raya umum nanti. Oleh itu adalah jelas himpunan hijau yang diadakan hanya ilusi Pas sahaja untuk menawan Putrajaya dan kalau pun berjaya sudah pasti Pas tidak akan menjadi tonggak utama. Ini memandangkan sudah ada ura-ura Pas hanya akan dibenarkan oleh PKR dan DAP bertanding tidak lebih 60 kerusi dalam pilihan raya akan datang, biar pun parti itu berhasrat bertanding 80 kerusi. Parti yang akan meraih keuntungan besar hasil daripada kegigihan ahli dan penyokong Pas menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum nanti ialah DAP. Pas akan menjadi 'kuda tunggangan' utama kepada DAP untuk meraih sokongan orang Melayu kerana DAP amat memahami PKR tiada kekuatan seperti mana Pas. Sememangnya kita harus mengakui bahawa Pas mempunyai pengikut tegarnya tersendiri berbanding PKR malahan sejarah perjalanan politik Pas jauh lebih hebat daripada PKR hatta DAP sendiri. Tetapi malangnya, Pas sudah merelakan parti itu hanya menjadi 'pak turut' kepada PKR dan DAP sehingga ia akhirnya akan merugikan parti itu. Pemimpin-pemimpin Pas boleh berhujah apa sahaja bagi menafikan fakta ini tetapi umum khususnya orang Melayu amat memahami siapa yang akan meraih keuntungan hasil perjuangan Pas untuk ke Putrajaya. Hakikatnya, DAP tidak pernah melihat Pas sebagai sebuah parti yang perlu dihormati dan diberi tempat istimewa dalam pakatan pembangkang. Sebab itulah, DAP lebih bersedia menyerahkan kerusi ketua pembangkang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim biar pun PKR memiliki kurang kerusi berbanding Pas. Keadaan itu sudah membuktikan bahawa Pas hanyalah alat kepada DAP untuk meraih sokongan orang Melayu, tidak lebih daripada itu. |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |