Selasa, 17 Julai 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Saham FGVH: MB Kedah Senyap Je?? @umbkl @mediaumno

Posted: 17 Jul 2012 10:54 PM PDT







Maka benarlah bahawa Pakatan Rakyat itu tidak sepakat.  Bukan sahaja tidak sepakat sesama parti sekutu tetapi juga di dalam parti sendiri.  PKR sudah lama diketahui mempunyai masalah dalaman antara kumpulan penyokong Azmin dengan penyokong Khalid Ibrahim.  Dan PAS pula antara Anwarinas dengan pro-Ulama. 


Tetapi, akhir-akhir ini semakin terserlah satu lagi kumpulan atau individu di dalam PAS yang tidak pro sesiapa, tidak terlibat dengan apa-apa perancangan, aspirasi atau strategi parti tetapi hanya mengikut kepala sendiri, iaitu Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah. 

Sebelum ini, Ustaz Azizan telah mencipta masalah kepada PAS dan PR dalam isu-isu agama dengan 'menyinggung' perasaan DAP, serta isu pentadbiran negeri sehingga beberapa EXCO bertindak biadap dengan menolak kepimpinannya secara terang-terangan.   Akibatnya, beliau diletakkan di bawah 'seliaan' Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan beliau tidak 'memandu' Kedah ke arah yang berlainan dari destinasi yang ditetapkan oleh PR. 

Di kalangan rakyat pula, Ustaz Azizan dilihat sebagai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa.   Tiada satu projek pun yang dapat dijayakan di bawah pemerintahannya.  Malah segala masalah dalam negeri seperti balak yang sudah sampai di tahap kronik, perobohan madrasah, krisis dalaman KUIN, dan pembaziran yang berleluasa di Kulim Hi-Tech Park diketepikan saja oleh Ustaz Azizan sebagai 'serangan tidak berasas UMNO' terhadapnya. 

Masalah-masalah lain seperti isu air dan sampah pula ditepisnya sebagai berpunca dari kerajaan terdahulu.  Pendek kata, mudah sungguh menjadi Menteri Besar di negeri Kedah di mana semua masalah akan diabaikan saja dengan kenyataan, "tiada masalah" atau "semua sudah selesai". 

Kenapa terjadi begini ialah kerana Ustaz Azizan tidak mengambil pusing terhadap apa yang dilaporkan di media sama ada media pro-kerajaan mahupun pembangkang.  Beliau juga buta IT selain angkuh dan enggan mendengar kata atau nasihat orang.   Beliau 'menguruskan' negeri serta 'menyiasat' sebarang masalah dengan cara mendengar laporan dari orang-orang kelilingnya sahaja.  Jika orang yang melapor itu menipu, maka penipuan itulah yang akan dipercayainya. 

Justeru, tidak mustahil Ustaz Azizan sebenarnya tidak tahu menahu mengenai pendirian PAS yang menentang penyenaraian Felda selama ini.  Malah, beliau juga mungkin tidak tahu menahu mengenai 'seruan rasmi' kerahan kepada ahli-ahli PAS agar meramaikan Himpunan Oren. 

Oleh itu, apabila Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datuk Abdul Rahman Ibrahim menyuarakan hasrat untuk melabur sejumlah RM2,275,000 atau 500,000 unit ke dalam saham Felda, Ustaz Azizan langsung mengiakannya kerana baginya ia pastilah sesuatu yang baik. 

Apatah lagi apabila dijelaskan yang PKNK mampu mendapat keuntungan pantas sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit berbanding harga belian RM4.55 seunit. 

Akibat dari sikap tidak ambil tahu Ustaz Azizan ini, PKNK telah membuat untung, tetapi PAS telah rugi dari segi modal politik.  Ustaz Azizan telah secara 'tidak sengaja' memalukan PAS dan membuktikan kepada penyokong dan ahli PAS bahawa pendirian parti PAS adalah salah, sekali gus keputusan kerajaan untuk menyenaraikan Felda adalah bijak. 

Beberapa pemimpin PAS telah pun menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati dengan Ustaz Azizan.  Tetapi kita percaya, selagi tiada media yang bertanyakan perkara tersebut kepadanya, Ustaz Azizan tidak akan tahu apa-apa.   Dan apabila beliau tersedar kesilapannya, beliau hanya akan berlagak selamba sahaja. 

Kini, yang pastinya PKNK telah pun berbuat keuntungan dari penyeneraian itu dan apapun alasan Ustaz Azizan kerana bertindak bertentangan dengan pendirian parti, tidak akan mengubah hakikat ini iaitu bahawa penyenaraian FGVH membawa banyak kebaikan dan keuntungan kepada banyak pihak, termasuk negeri yang ditadbir oleh PAS.   Justeru, penentangan PAS terhadap penyenaraian FGVH adalah tidak berasas dan berupa cerminan sikap hasad dengki semata-mata.

Kumpulan Anti-LYNAS Mohon Maaf

Posted: 17 Jul 2012 03:56 AM PDT

alt


KUALA LUMPUR, 17 Julai - Kumpulan protes 'Selamatkan Malaysia Stop Lynas (SMSL)', hari ini menerbitkan surat memohon maaf kepada Lynas Corp di atas menyebarkan tuntutan dan tuduhan palsu terhadap tahap keselamatan loji pemprosesan nadir bumi ini.

Dalam satu kenyataan memetik, "Kami merujuk kepada artikel yang pernah diterbitkan, yang mendakwa bahawa loji Lynas mungkin tidak selamat.

"Kami memohon maaf kerana penerbitan ini langsung tidak mempunyai asas yang saintifik. Kajian semula peraturan dan keselamatan loji Lynas telah dilakukan dengan teliti dan menyeluruh." merujuk kepada kenyataan rasmi SMSL.

Pada pertengahan April, pengeluar nadir bumi dari Australia ini telah membuat prosiding mahkamah secara berasingan terhadap portal Free Malaysia Today dan SMSL berdasarkan artikel yang berbaur fitnah, yang telah diterbitkan di portal tersebut serta laman blog, masing-masing.

Dalam permohonan injunksi, Lynas Corp mahu kedua-dua pihak yang dilarang daripada menerbitkan artikel berbaur fitnah terhadap syarikat itu serta ke atas fasiliti Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan. Syarikat tersebut turut menuntut ganti rugi am dan kos.

Mahkamah Tinggi Malaysia pada mulanya dijadualkan untuk mendengar dalam pertengahan bulan Jun permohonan injunksi, tetapi kemudiannya berpindah hingga Julai 19 untuk memberi SMSL lebih banyak masa untuk memfailkan afidavit balasan.

Lynas Corp berkata ia terpaksa memfailkan aduan kerana beberapa tuntutan SMSL telah melintasi garisan antara perdebatan dan fitnah.

Fasiliti LAMP dibawah Lynas Corp ini sudah berada pada tahap 98 peratus siap di bawah fasa satu pembinaan.


Sumber; KLPOS

Tiada ulasan:

Pengikut