Sabtu, 14 Julai 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Sukarelawan #1M4U di PPR Batu Muda @umbkl

Posted: 14 Jul 2012 10:13 PM PDT

Sukarelawan #1M4U bersama2 Persatuan Penduduk PPR Batu Muda, DBKl dan Kementerian Belia dan Sukan telah menjayakan Program Gotong Royong cegah Aedes bertempat di PPR Batu Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lunpur.

Perasmian telah dilakukan oleh YBhg Encik Affendy Razali, Ketua Pen. Setiausaha, Bhgn Perhubungan & Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Program ini sangat baik memandangkan kes demam denggi dan denggi berdarah di kawasan Batu adalah sebanyak 119 kes dan melalui program ini dapat memberi kesedaran kepada penduduk tentang betapa pentingnya menjaga persekitaran daripada aedes membiak.

Celebriti daripada rancangan Mentor musim ke 2, Keena juga turut sama bergotong-royong bersama2 penduduk setempat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jom Join Flashmob @1m4youth di KLCC #1M4U #We1Peace @umbkl

Posted: 14 Jul 2012 05:00 PM PDT


Kalau tak tahu nak kemana hari ni apa kata kalau ramai2 kita turun KLCC untuk join rakan2 yang lain. Ada macam2 event yang dah disusun khusus untuk pengunjung 1Malaysia For Youth di Esplanade Park KLCC dan salah satu daripadanya adalah Flashmob.

Tak tau Flashmob tu apa? Flashmob ialah sekumpulan besar orang ramai yang berhimpun secara mengejut di tempat awam untuk melakukan persembahan yang aneh dan tidak bererti untuk seketika, kemudian bersurai.-wikipedia

Takleh nak imagine eik? Haaaaahhhhhhh apa kata petang ni turun KLCC. Bole tengok flashmob tue apa. Kalau nak join pun bole gak. Selain flashmob ada Kempen Go Green, ada persembahan artis dan macam2 lagi.








#1M4U #We1Peace

16 AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEMPENA PELANCARAN #1M4U @umbkl @1m4youth

Posted: 14 Jul 2012 08:38 AM PDT


PUTRAJAYA, 10 JULAI 2012 – Sebanyak 16 aktiviti kemasyarakatan akan dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sempena Pelancaran 1 Malaysia For Youth (1M4U) oleh Perdana Menteri pada 15 Julai ini bertempat di Esplanade KLCC.

Aktiviti yang membabitkan kira-kira 500 peserta termasuk sukarelawan dari pelbagai Kementerian, Agensi serta pertubuhan sukarela di samping penyertaan dari penduduk setempat seperti aktiviti gotong royong perdana, menderma darah, pemeriksaan kesihatan, membersihkan sungai, menanam pokok, membina jambatan, bersama anak-anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga usia emas, kitar semula dan [program amal di perkampungan Orang Asli di daerah Gombak.

Menurut sumber, sebanyak 16 lokasi terpilih untuk diadakan program-program ini dengan menjangkakan kira-kira 500 peserta bagi setiap lokasi termasuk penyertaan dari pendududk setempat.

Beberapa kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ( KPWM), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani , Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta disokong beberapa syarikat swasta untuk melaksanakan aktiviti masing-masing nengikut kecenderungan dan plihan mereka.

Selain itu, aktiviti ini adalah sebahagian dari usaha menyemarakkan gelombang kesukarelawanan di negara ini yang dikatakan kurang aktif sejak akhir-akhir. Melalui cara ini, setiap invidu dapat mengambi bahagian disamping memantapkan perpaduan.

Orang ramai juga dipelawa untuk menderma darah yang disediakan di Explande KLCC bermula dari pagi 15 Julai untuk mengisi keperluan di Pusat Darah Negara.

Wartawan Malaysiakini Kena Halau Keluar Dewan @mediaumno @umbkl

Posted: 14 Jul 2012 06:29 AM PDT


Gempar sekejap semasa sesi penutup Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia WP tengahari tadi apabila tiba-tiba Pengarah Sekretariat konvensyen menghalau wartawan Malaysiakini keluar daripada dewan. SP yang turut hadir di konvensyen tersebut turut dapat menyaksikan kejadian tersebut. Rupa2nya wartawan tersebut telah memanipulasi berita berkaitan konvensyen tersebut.

Malaysiakini memang tidak patut diberi ruang dan peluang kerana laman berita ini lebih banyak memanipulasi berita sebenar sebelum disiarkan. Bila tak diberi peluang dituduh macam2 bila diberi peluang lain lak jadinya.


inilah dia mamat yg kena halau tue tapi ni di majlis yang lain


Bawak2lah muhasabah diri wahai encik wartawan malaysiakini. Awak tue bangsa melayu beragama islam. Adakah berkat rezeki yang kita cari hasil daripada fitnah yang kita sebarkan?

Renung2kan dan Selamat beramal!!!!


Berita Baik Utk Peminat Manchester City #1M4U #We1Peace @umbkl

Posted: 14 Jul 2012 03:34 AM PDT

Berita baik kepada peminat2 Juara BPL musim 2011/2012, Manchester City.

PM DS Najib Razak bahawa 15,000 keping tiket perlawanan Malaysia menentang Manchester City akan dijual pada harga RM10.00 sahaja kepada pengunjung2 ke program 1Youth For Malaysia di KLCC esok.

So tunggu apa lagi. Takkan korang nak lepaskan peluang menyaksikan pemain2 kesayangan korang beraksi? Jom ramai2 turun KLCC esok kerana selaian daripada itu ada banyak lagi acara menarik menanti anda.

Antaranyan persembahan Flashmob, persembahan artis2, gerai2 pameran, aktiviti kesukarelaan dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang. Jom ramai2 kita turun Esplanade Park, KLCC seawal jam 9.00 pagi.

"Golongan Muda Pemangkin Semangat Sukarelawan"


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Pengikut