Pengikut

Nuffnang

Ahad, 15 Julai 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MASIH ADA LAGI YANG KALUT...

Posted: 15 Jul 2012 06:59 AM PDT


Muhyiddin Adakan Pertemuan Dengan Bahagian UMNO Yang Bermasalah Ramadhan Ini

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan bahagian UMNO yang bermasalah pada Ramadan ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata jumlah bahagian yang bermasalah tidak banyak, dan berharap sesi pertemuan itu kelak dapat diguna dengan sebaik mungkin untuk memperingatkan semua anggota parti peri pentingnya mengelak perkara yang boleh melemahkan parti.
Beliau berkata sekiranya terdapat masalah di mana-mana bahagian, semua pihak dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi perlu bersama-sama mencari penyelesaian bagi memastikan ia dapat diselesaikan secara baik.
Ini sekali gus memastikan kemenangan parti pada pilihan raya umum akan datang, katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Batu Datuk Yahaya Mat Ghani dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee.
Muhyiddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, berkata beliau sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang "saya mahu memanggil mana-mana bahagian bermasalah dan duduk berbincang dan bercakap terus terang."
"Kita ada 220 kawasan Parlimen dan kita tahu kedudukan tiap-tiap satu. Sedikit sebanyak masalah dalam bahagian itu, biasalah," katanya.
Beliau berkata bagi setiap kawasan yang ditandingi, baik di peringkat Parlimen mahupun negeri, adalah penting untuk mengembalikan kuasa Barisan Nasional (BN) yang telah hilang pada pilihan raya umum lepas.
Beliau tidak mahu apa yang berlaku pada pilihan raya umum lepas berulang kembali, iaitu apabila kekalahan BN adalah kerana faktor sabotaj atau 'cah keting' anggota Umno sendiri, dan bukannya kerana kekuatan parti pembangkang.
Muhyiddin turut menyarankan pemimpin parti komponen BN untuk turut mengenal pasti kehendak dan masalah yang dihadapi oleh pengundi bukan Melayu supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.
Mengenai pilihan raya umum ke-13, Muhyiddin turut melahirkan pandangannya bahawa ia tidak akan diadakan tahun depan memandangkan tahun ini merupakan masa yang sesuai untuk mengadakannya.
"Saya tak fikir ia akan berlarut sehingga tahun depan tahun 2013, wallahua'lam. Tetapi itu terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Tapi saya bagi tahu, saya kata yang paling baik adalah tahun inilah.
"Sekarang sudah hendak masuk bulan puasa (Ramadan). Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya? Saya kata apa salahnya. Bulan raya (Aidilfitri), apa salahnya. Selepas itu sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos), apa salahnya. Masuk September (sambutan) Hari Malaysia. Bila dah sampai waktu, maka jadilah ia (pilihan raya)," katanya.
Pada majlis sama, Muhyiddin turut menyerahkan kunci kepada 12 penerima Projek Perumahan Rakyat dan tiga daripada 69 penerima peralatan bantuan untuk memulakan perniagaan daripada Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen. – MediaUMNO

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian