Rabu, 4 Julai 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Panas!! Datuk @ZulkifliNoordin Dakwa @AnwarIbrahim Tak Layak Jadi Ketua Pembangkang Cc: @umbkl @mediaumno

Posted: 04 Jul 2012 05:00 PM PDT


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan alasan penghakiman penuh Mahkamah Tinggi dalam kes liwat membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen.

Beliau yang dihubungi KLPOS memberitahu Anwar hanya dibebaskan dari disabitkan tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dari segi undang-undang namun dari segi moral telah hilang kelayakan dan integriti bergelar Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen.

"Dia (Anwar) sepatutnya letak jawatan kerana jelas dari penghakiman bahawa liwat berlaku."

Cuma Anwar bernasib baik dengan sistem keadilan jenayah Malaysia yang meletakkan beban bukti terlalu tinggi kepada pihak pendakwaan iaitu melampaui keraguan munasabah," katanya.

Zulkifli dalam nada sinis memberitahu Ketua Pembangkang itu patut berterima kasih kepada sistem kehakiman yang diamalkan di negara ini yang membebaskan beliau atas dasar "kekhilafan teknikal".

Beliau turut berkata penghakiman ini sama seperti penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dalam kes liwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan dengan alasan "kami percaya kejadian liwat berlaku tetapi tidak selamat untuk disabitkan kesalahan dari segi teknikaliti".

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru ini turut mendesak agar Peguam Negara membuat petisyen rayuan dengan segera sebelum berakhirnya tempoh sepuluh hari yang diperuntukkan.

(zulkifli Nordin adalah salah seorang peguambela anwar ibrahim dalam salah satu kes dakwaan liwat sebelum ini. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas PKR dan menjadi pemimpin atasan PKR sehingga memenangi kerusi parlimen. Kini zulkifli menyertai sebahagian besar pemimpin pengasas PKR yang meninggalkan parti itu setelah menyedari pembohongan anwar).


Sumber: WADAT

Rempit United = Manchester United?? Ni lagu PaduWIN dari MU @umbkl @RempitUnited #RempitUnited

Posted: 04 Jul 2012 07:04 AM PDT


Nahhhh event ni lagi paduwin. Daripada korang gi Merempit baik korang gi Lepak Santai dengan Rempit United.

Keadilan Daily dan Harakah Daily TROLL 1st Lady Malaysia!!! Cc. : @umbkl @mediaumno

Posted: 04 Jul 2012 03:37 AM PDT


Heboh di Facebook hari ni kisah Datin Seri Paduka Rosmah Mansor yang kononnya diiktiraf sebagai PM Malaysia oleh RTM dan TV3 dalam siaran Selamat Pagi Malaysia pagi tadi dan Wanita Hari Ini tengahari tadi.

Yang lagi best tue cerita tersebut turut tersiar di dalam laman web HARAKAHDAILY dan juga KEADILAN DAILY hari ini.

Kisah sebenarnya "EKSPRESI REMAJA BERSAMA PERDANA MENTERI" adalah nama salah satu program yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia DATUK SERI NAJIB RAZAK pada 7hb Julai 2012 ini. Program tersebut adalah program PM bersama-sama dengan Pandu Puteri dan Pengakap di seluruh Malaysia. Sila klik di SINI untuk info selanjutnya berkenaan program ini.

Boleh baca jugak di SINI penjelasan bekenaan isu Rosmah PM Malaysia ini.



SP: Hahahaha.....memang dasar orang2 PR ni penyebar fitnah. Memang dah terbukti. Dah tak boleh disangkal lagi. Kita tengok jelah apa jawapan CYBEROK2 PR tentang isu ini. Konon nak TROLL UMNO last2 sape yang kena TROLL?

Misteri Hilangnya Blog @Rezqeenhill Ada Cubaan Sabotaj? @umbkl

Posted: 04 Jul 2012 02:39 AM PDT

Musnahnya Empayar Blog RezqeenHill dalam sekelip mata sahaja gara-gara serangan virus melalui email.

SP amat bersimpati dengan nasib beliau kerana sampai saat artikel ini disiarkan beliau masih buntu mencari jalan penyelesaian untuk blog beliau.

Agaknya ada pihak yang cuba nak sabotaj blog RH kot sebab boleh dikatakan blog tue memang kerap menyiarkan artikel-artikel panas lebih2 lagi tentang YB2 malas oppositions.

Takpelah RH anggaplah semua ini dugaan kepada seorang Pejuang Tegar. SP doa mudah2an ada jalan penyelesaian untuk blog RH.

Walau apa pun, perjuangan tetap diteruskan.

#BN4WP #WP4BN
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

I-TR1M vs Tuisyen Rakyat

Posted: 03 Jul 2012 09:53 PM PDT

PELANCARAN I-TR1M (Interakrif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia) yang dilakukan oleh Perdana Menteri di Seri Perdana pada 28 Jun yang lepas, dijangka memanfaatkan lebih 10,000 orang calon SPM, PMR dan UPSR dari kalangan keluarga berpendapatan rendah di negeri tersebut.

Ia adalah program mulia, tidak berunsurkan politik yang dilaksanakan kerajaan persekutuan bagi membantu pelajar yang berasal dari golongan susah di Selangor.

Tapi semulia-mulia program ini pun, ia tidak terlepas dari menjadi isu politik oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, yang juga melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk calon SPM di negeri tersebut sejak tahun 2009.

Inilah yang disebut Exco Pendidikan Selangor, YB Dr. Halimah Ali yang menyifatkan 1-TR1M sebagai meniru program PTRS.

Halimah dipetik sebagai berkata "Dia suka ikut-ikut, tapi kami okay bila kita jadi contoh dan jadi model ikutan. Dia nak pakai tak apalah. Kita seronok, sebab selain manfaat daripada Tuisyen Rakyat(program kerajaan negeri) rakyat Selangor juga akan dapat manfaat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).Kami gembira,"

Penulis tidak menafikan I-TR1M dan PTRS ada persamaan kerana kedua-duanya tentang Tuisyen juga. Begitu juga bila Anwar menjanjikan untuk menurunkan harga minyak sebaik menawan kerajaan Persekutuan, itupun ditiru dari idea BN yang dimulakan Tun Dr. Mahathir semasa mula menjadi Perdana Menteri pada 1981.

Tapi yang itu dia tidak mahu sebut ditiru dari kerajaan BN, yang ada sedikit persamaan ini pulak yang heboh nak dikatakan sebagai program yang dia cipta dan kita meniru dia.

Malah kalau nak disebutkan disini juga, apa pun janji bulan bintang dibuat Pakatan Rakyat untuk mengumpan pengundi sekarang ini, adalah ditambah baik dari skim sama yang telah diberikan kerajaan BN. Contohnya, kita bagi subsidi, dia bagi percuma, kita bagi subsidi sekian banyak, dia bagi subsidi lebih banyak lagi, tapi itu juga bendanya.

Balik pada I-TR1M.

Walaupun sama dari segi nama dan matlamat perlaksanaan, tapi program I-TR1M adalah jauh lebih komprehensif dan lengkap dibandingkan dengan PTRS. PTRS hanya menawarkan Tuisyen percuma untuk pelajar SPM sahaja. Disamping itu program ini terhad kepada 100 orang pelajar bagi setiap kawasan DUN, dan hanya terbuka untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan memiliki tahap pencapaian akademik sederhana.

Yang pelajarannya merosot dan pandai, tidak layak untuk mengikuti kelas tersebut. Pendek kata tidak menyeluruh.

Maka itulah tidak hairan kenapa sejak 2009 tidak sampai 10,000 orang pelajar yang telah menyertai program ini. Angka-angka ini penulis kutip dari laman web rasmi kerajaan Selangor (Selangorkini) tanpa sebarang analisa lanjut untuk memastikan kebenaran angka-angka tersebut. Percayalah, kalau analisa yang benar-benar telus dibuat, harus jumlahnya jauh lebih kurang dari itu.

Sedangkan I-TR1M seperti yang disebutkan di atas, terbuka untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki 3 peperiksaan utama, selain perlu datang dari keluarga berpendapatan rendah. Ia juga tidak terhad kepada pelajar yang berada di tahap sederhana sahaja seperti yang digariskan dibawah PTRS.

Selain itu, proses saringan dan pembelajaran dibuat di sekolah dimana maklumat yang lebih tepat mengenai kelayakan pelajar dapat diberikan. Tenaga pengajar juga disahkan layak oleh Kementerian Pelajaran sendiri untuk mengajar semua matapelajaran yang telah diperuntukkan di bawah program ini.

Semua ini meletakkan I-TR1M berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Yang pasti, ia adalah 300% lebih baik dari PTRS yang hanya menawarkan kelas tambahan untuk pelajar SPM sahaja. Disamping itu, guru-guru yang terlibat di dalam I-TR1M adalah guru-guru yang berkelayakan dibanding dengan PTRS yang tidak dapat dipastikan sejauh mana kebolehannya untuk mengajar.

Bagaimanapun penulis tetap menyokong apa juga program yang baik untuk rakyat, PTRS tidak terkecuali. Cuma, jangan dipolitikkan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan dan kesejahteraan rakyat. Kalau benar-benar baik itu tidak mengapalah, ini setelah dibandingkan pun masih banyak kekurangan jika nak dibandingan dengan program yang dilaksanakan kerajaan pusat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Who is Azan Ismail? Cc.: @umbkl @mediaumno

Posted: 02 Jul 2012 09:00 PM PDT


Writer was quite shocked when reading a newspaper article yesterday regarding PKR's Indera Mahkota MP, Azan Ismail who claimed that he was offered millions of Ringgit by BN to jump off from his party. He said, the reward was offered by an individual who he met in a hotel in January 27, 2010.

Writer was not shocked and believe in the story. Instead, I was trying to remember who Azan Ismail is. We rarely hear his name and what is the significance of this person in Malaysian politics? If the article is true, Azan did mention that a few other opposition MPs also received the same offer, they are MPs who have quality. I repeat, with quality.

Thus, I was wondering on the fact that I do not know any opposition leaders do have such quality and is it true that opposition leaders so have quality. I then went on a little more research on this Azan person.

Few of the news related to Azan which is the most popular include on April 29, 2008 where he became rude for not shaking hands with the Prime Minister and Deputy Prime Minister in an official program. Thus, I would sense that Azan is a person who was never taught how to have manners.

In other news which I found on a website called SuaraKuantan on May 20, 2010, rakyat Kuantan mentioned that they were bored with Azan.

The report said,"To Azan Ismail, us voters for Indera Mahkota Parliament have no idea how to put this, if you cannot help us, it would be better if you resign as an MP. To all Malaysians, Azan Ismail has never done anything as an MP..."

It seems that people were really mad at him where they even included curse words which I cannot put in this article.

Another news where everyone should know is the fact that he was rejected by his own party. On June 18, Sinar Harian reported that Pahang's PKR Chairman, Datuk Fauzi Abdul Rahman made a public statement saying that he had put Lee Chean Chung as a candidate to compete at the area of Azan, Indera Mahkota Parliament for GE13. His excuse was,"I do not judge a person from his performance, but I choose candidates through their leadership which include their personality and moral."

Isn't this a clear signal that PKR itself rejected Azan and took him as a person who do not have anyy moral and good personality?

Then how can he has all the quality that he was offered tons of money to jump away from PKR? Why would BN want to buy a rude MP such as Azan?

Actually, Azan realized that he is yesterday's news for PKR, that is why he is trying his best to gain the attention from PKR by pulling some strings.

I would like to remind him that he does not need to use BN to help himself getting out of trouble because BN do not want anyone without any quality.

Even those without any quality in BN have been kicked out such as Kadir Sheikh Fadzir.


Beruangbiru

Kewujudan SUARAM Juga Berasaskan Penipuan? @Cc. @umbkl @mediaumno

Posted: 02 Jul 2012 05:00 PM PDT


Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang banyak membuat bising dan giat berusaha memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah pun dibuktikan sebagai penipu. Beberapa tuduhan mereka berkenaan isu kapal selam scorpene telah pun dikantoikan dengan jelas sekali di mana perbicaraan langsung tidak berlaku di Mahkamah Perancis.

Namun, SUARAM sudah begitu sebati dengan menipu dan mereka langsung tidak hairan jika penipuan mereka terbongkar. Apa nak dihairankan dengan sikap SUARAM ini apabila bukan sahaja aktiviti hariannya adalah menipu, tetapi asas kewujudan SUARAM itu juga adalah satu pembohongan.

SUARAM, selama ini mewar-warkan diri mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga mereka demi memperjuangkan hak asasi dan keadilan. Namun, semalam Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah telah mendedahkan bahawa menerusi semakan dokumen awam SSM, beliau mendapati SUARAM adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan sebuah NGO seperti yang diwar-warkan mereka.

Lebih menarik lagi ialah 'syarikat SUARAM' ini didapati mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010. Adalah difahamkan bahawa pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan lagi pendapat ramai bahawa SUARAM adalah talibarut asing yang tugasnya adalah untuk mencipta suasana tidak tenteram dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan yang memerintah bagi membuka jalan kepada boneka asing, iaitu pihak pembangkang untuk berkuasa sama ada melalui pilihanraya mahupun jalanraya.

Sudah lama rakyat tertanya-tanya bagaimana sebuah NGO yang tidak berorientasikan keuntungan mendapat wang untuk ke sana ke mari memburukkan kerajaan? Bagaimana mereka mengupah peguam dari luar negara dan bagaimana mereka menanggung kos perjalanan, penginapan dan makan minum pegawai serta peguam mereka dalam 'misi' memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia? Itu belum termasuk kos dokumentasi dan lain-lain kos pengurusan dan pentadbiran.

Dengan pendedahan ini, terjawablah sebahagian dari kemusykilan rakyat terhadap SUARAM.

Sebelum ini SUARAM juga telah didedah sebagai menerima bantuan dari pertubuhan-pertubuhan luar dari rangkaian CIA. Berdasarkan pendedahan rekod kewangan 'syarikat' mereka ini, tidak mustahil sama sekali bahawa semua pendedahan tersebut adalah benar belaka.

SUARAM tidak boleh lari lagi kali ini. Untuk ke sekian kalinya, selain dari menuduh dan menuntut agar orang lain menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka, SUARAM perlu menjawab tuduhan ke atas mereka pula:

Apakah ia sebuah syarikat perniagaan? Jika ya, apakah yang mereka perniagakan? Apakah ia sebuah NGO? Jika ya, dari mana datangnya sumber kewangan?

Mungkin SUARAM perlu lupakan sekejap soal kapal selam. Lagipun, menurut SUARAM kes tersebut sedang 'dibicarakan' bukan? Jadi, biarlah 'perbicaraan' berjalan dengan tenang sementara kita menunggu keputusannya.

Buat masa ini, SUARAM perlu jelaskan pertuduhan ke atas mereka terlebih dahulu iaitu benarkah mereka ditaja oleh CIA?

Jika tidak, kenapakah SUARAM perlu mencipta publisiti ke atas kes yang kononnya 'sedang dibicarakan'? Apakah yang SUARAM cuba capai sebelum 'keputusan perbicaraan' diumumkan?

Jika benar SUARAM adalah sebuah organisasi yang telus dan berniat baik, maka SUARAM tidak harus punya masalah untuk menangani persoalan mudah ini.

Pengikut