Selasa, 31 Julai 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Bakti Terus ditabur UMNO Bahagian Batu @abss115 @hazehashim @umbkl #savewp #BN4WP

Posted: 31 Jul 2012 06:50 PM PDT

Alhamdulillah murah rezeki fakir miskin, anak yatim, warga emas dan OKU sepanjang bulan Ramadhan. Tak putus2 bantuan disalurkan utk mereka.

UMNO Bahagian Batu juga tidak ketinggalan meraikan golongan tersebut dalam Majlis Nur Ramadhan UMNO Bahagian Batu bertempat di Masjid Al Hidayah, Sentul. Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Seramai 315 orang telah menerima sumbangan di dalam program tersebut yang telah dihadiri oleh lebih 1000 orang tetamu.

Semoga usaha murni seperti ini akan mendapat keberkatan. Yang Pasti UMNO akan terus membela rakyat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 30 Julai 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Karpal Tidak Terima Hudud Kerana Kufur????? @umbkl

Posted: 30 Jul 2012 05:49 PM PDT

Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.

Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Kumpulan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.

Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat - BeruangBiru




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tanda Putera Menghantui Parti Rasis DAP??? @umbkl @mediaumno

Posted: 30 Jul 2012 02:00 AM PDT


Filem terbaru arahan Shuhaimi Baba berjudul "Tanda Putera" yang bakal menemui para penonton dan penggemar filem sejarah pada 13 September 2012 akan mencetuskan satu fenomena baru dalam industri filem tanah air.

Ini kerana wujud manusia-manusia yang sudah mula rasa tidak senang dengan jalan cerita dan kebenaran yang akan ditayangkan kepada penonton september ini.Filem yang diadaptasi daripada peristiwa 13 Mei 1969 ini sangat penting untuk pengetahuan generasi pasca peristiwa berkenaan kerana kisah-kisah seperti ini jarang diwar-warkan kembali kerana takut wujud sentimen perkauman.


Tetapi ,melalui bahan sejarah seperti ini yang difilemkan kembali pasti akan membuka mata generasi Y ketika ini yang masih belum faham dan kenal perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan negara daripada diragut oleh pengkhianat-pengkhianat negara yang sangat rasis dan masih kekal dalam politk Malaysia sehingga kini.

Sekarang ini,2 pelakon berbangsa Cina yang terlibat dalam lakonan dalam filem ini sedang dikecam hebat oleh bangsa mereka sendiri dengan kata mereka sudah menjual maruah bangsa mereka sendiri dengan berlakon dalam filem ini.Kenapakah DAP tidak menerima ini sebagai satu fakta sejarah dan terus menafikan kebenaran ini??

King of Frog - Lajim Ukin @umbkl

Posted: 30 Jul 2012 12:00 AM PDT


Buruk sungguh pengkhianat Lajim ni! Sahler dia ni bukan jenis pemimpin yang boleh dihormati. Kalau anak jantan, bagi keputusan CLEAR lah. Jawatan Ketua Bahagian lepaskan, Pengerusi BN bahagian Beaufort ditanggalkan. Tapi sebagai MT UMNO tak lepaskan. Jawatan Timbalan Menteri tak nak lepas. Keahlian UMNO tak nak lepas?

Sah minta tindakan dilucutkan dan dipecatlah tu! Supaya dapat raih simpati rakyat Sabah. Kononnya Lajim dizalimi kepimpinan BN dan UMNO!


Cehhhh! Pengkhianat ini memang KING OF FROG. Sesuailah dia berkawan dengan KING OF DRAMA dan KING OF CELAKO


Yang ikut si katak ni, sah macam NYAMUK sahaja. Ikut bukan kerana perjuangan tetapi kerana terHUTANG BANTUAN. Nak tolak kang kena sumpah tak kenang budi.

Pu3 tak respect manusia macam ni. Dah berkemampuan ketika memegang jawatan. Naluri kata tk diberi lagi. Cepat sungguh tunjukkan rupa sebenar. Bukan pejuang untuk rakyat tapi berjuang untuk kekal dalam kedudukan.


SP: Berapa banyak habuan yang dijanjikan oleh orang tertentu? huhuhu.....tepuk dada tanya poket.....


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Parlimen Kuala Langat bubar awal.

Posted: 29 Jul 2012 10:15 PM PDT

Yeee..tu berita betul
..Parlimen kuala langat benar awal berikutan no1 dah megamuk  sakan.Jeng..jeng..lama tak jumpa YB..harap sihatlah YB.almaklumlah...bini muda lah katakan..sudah pasti semua terurus baikkk punya...tapikan YB..kwna gak ingat..bahawa YB bukan aje Milik bini no 2 YB tau...YB ada rakyat yang memang perlukan perhatian YB sebagaimana perhatian yang kat bini muda tu oiii..banyak masalah tAK selesaikan lagi..kau kena ingat tu...lahhhh aku lupa..kau mana boleh settlekan masalah parlimen kau..sebab masalah family kau pun tak settle lagikan..hahaha..
Kalau dah settle takdelah first lady kau buat report polis dan minta polis xcort..hahaha


Pemuda UMNO Telok Datok

Posted: 29 Jul 2012 05:29 PM PDT


Tawaran Build, Operate & Transfer (BOT) biasanya memberi tempoh pajakan selama 25 thn ke atas kpd Sykt yg mengeluarkan modal untuk pembangunan semula sesuatu projek tanpa pihak pemunya mengeluarkan perbelanjaan sebagai timbal balas. Dlm kes Bgn YS di Bkt Bintang saya percayai ianya untuk di 'convert' menjadi Boutique Hotel. Cuma yg jd kemusykilan ialah terma2nya nanti sama ada pembida yg berjaya hanya selepas tempoh usaha "pajakan" akhirnya hanya memulangkan semula hartanah itu begitu shj tanpa "profit sharing" setelah mengaut keuntungan beroperasi berpuluh thn atas alasan "to justify' pelaburan mereka. Jika ini bentuk perjanjiannya maka ia boleh mengundang kpd kronisme. Bg pendapat saya pihak BN S'gor perlulah berbelanja untuk membeli/memperolehi dokumen tender itu supaya jelas apa 'muslihat' penawaran tawaran kerja ini sebelum menjadi musibat di kemudian hari yg hanya akan menyukarkan pihak BN jika ditakdirkan suatu hari nanti kembali menawan semula S'gor. Difahamkan semua bangunan2 untuk kegunaan awam yg dibina di atas tapak tanah kerajaan negeri seperti Dewan, Balai Raya, Tabika, Padang dll telah dipajakkan kpd sebuah Sykt untuk tempoh 25 thn. Anda bayangkan lah jika akhirnya berkuasa semula nanti Kerajaan Negeri yg baru tiada kawalan keatas premis2 ini untuk suatu tempoh yg cukup panjang..

"Cegah Sebelum Parah"


Pemuda UMNO Telok Datok

Tergugat ke..

Posted: 29 Jul 2012 03:47 PM PDT

Laporan daripada beberapa akhbar tempatan menunjukkan bahawa BN tergugat dibeberapa buah Negeri.



Pemuda UMNO Telok Datok

Baru umum dapat bonus..banner dab naimkk

Posted: 26 Jul 2012 05:54 PM PDT

Rentetan pengumuman pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan telah membawa kepada naiknya banner-banner yang lain daripada biasa..aku teruja lihat banner tu..dan aku pasti ianya bukan daripada umno bahagian ataupun cawangab..tapi aku rasa banner tersebut dihasilkan oleh rakyat yang senantiasa bersyukur di atas segala nikmat  dan rezeki yang telah dikurniakan..Simple tapi padat.


Pemuda UMNO cawangan Telok Datok

Ahad, 29 Julai 2012

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Akhirnya, penantian berakhir. Datuk Seri Lajim & Bumburing lompat

Posted: 29 Jul 2012 12:37 AM PDT




Akhirnya Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing membuat keputusan untuk keluar dari Barisan Nasional dan merapatkan diri dengan Pakatan Rakyat.

Walaupun BN Sabah merasa "sedih" dan "kesal' dengan berita ini tetapi secara jujur dan ikhlas, respon yang saya dapati dari kalanga ahli-ahli BN ketika ini lebih kepada menghembuskan nafas kelegaan. Lega kerana satu episod lambaian "bye-bye" politik yang terlalu lama dan yang penuh dengan babak-babak dramatik dan retorik yang memenatkan telah berakhir.

Dalam Twitter saya berjenaka, "sukan olimpik baru bermula hari ini, tetapi sudah ada rakyat Malaysia menang pingat emas acara LOMPAT!"

Kenapa Lajim dan Bumburing meninggalkan BN? Banyak spekulasi yang dibuat mengenainya. Daripada kekecewaan tidak mendapat apa yang dihajati di dalam BN kepada janji yang diumpan oleh pihak sebelah kepada tuduahan bahawa BN gagal mentadbir negara. Apa pun sebabnya, itu adalah hak kedua-dua pemimpin tersebut. Malaysia adalah negara demokrasi dan sesiapa pun berhak untuk menggunakan landasan yang disukai dalam perjuangan politik mereka.

Sejak akhir-akhir ini, pembangkang mendakwa Lajim mempunyai pengaruh di Beaufort dan perletakan jawatannya dalam UMNO akan memberi tamparan hebat kepada BN. Puluhan tahun menjadi wakil rakyat di jadikan alasan populariti tersebut. Tetapi saya mempunyai pendapat berbeza. Pengaruh beliau di situ bukan semata-mata kerana populariti beliau sendiri tetapi kerana kekuatan parti UMNO yang menjadi pilihan kepada rakyat di Beaufort. Majoriti rakyat Beaufort terutamanya pengundi Islam mempunyai pandangan jauh. Mereka mengundi parti bukan indidvidu. Sekadar seorang individu tidak akan dapat menjamin kepentingan mereka terjamin.

Membaca komen-komen dalam garisan masa Facebook saya, ramai yang menjangkakan akan berlaku pergolakan di dalam Pakatan Rakyat Sabah dalam masa yang terdekat ini. Lajim, kata mereka, sudah tentu akan menuntut tampuk kepimpinan Pakatan Rakyat jika beliau mahu menjadi Ketua Menteri Sabah. Ada juga yang mengatakan bahawa Lajim mahu senarai calonnya digunakan untuk memastikan calon-calon pilihan beliau menjadi calon Pakatan. Tujuannya ialah untuk memastikan  tidak ada tentangan dari dalaman bila beliau mahu menjadi Ketua Menteri nanti.

Persoalannya bagaimaan pula dengan pemimpin awal dan veteren Pakatan Sabah yang selama ini berhempas pulas dan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk berjuang di dalam Pakatan sejak 1998. Bagaimana perasaan mereka jika ada orang luar dari parti mereka masuk dan diangkat menjadi pemimpin dan menentukan dasar-dasar parti tanpa individu-individu ini melalui pfoses pengorbanan yang perit dalam Pakatan? Sudah tentu mereka akan tidak berpuas hati dan akan menunjukkan protes mereka. Kita tunggu dan lihat samada telaan itu benar atau tidak.



Saya ingin ambil kesempatan ini untuk membawa satu fakta yang menarik mengenai UMNO.  Ada yang hairna kenapa UMNO mampu bertahan lebih 70 tahun walaupun dalam sejarahnya ramai pemimpin kecil dan besar bertindak keluar parti, meletak jawatan atau bersara. Ada beberapa sebab.

Pertamanya UMNO ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan kerana individu. Maknanya, ahli UMNO mendokong UMNO kerana dasar perjuangannya. Oleh sebab itu, individu sebesar mana sekalipun tidak menjadi perhitungan dalam perjuangan mereka dalam UMNO. Berlainan dengan Pakatan rakyat. Padamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kepimpinan Pakatan, Pakatan akan mengalami krisis kepimpinan yang kronik. Pakatan adalah berasaskan individu bukannya kepada perjuangan.

Keduanya, struktur hierarki atau tatatingkat UMNO diolah sebegitu rupa untuk tidak terganggu gugat jika berlaku insiden pemimpin meninggalkan parti. Bagi sesetengah orang luar yang kurang faham, sistem tatatingkat pelbagai UMNO contohnya Supreme Council, Perhubungan Negeri, Bahagian, Cawangan dan sayap-sayap dilihat sebagai redundant atau berlebihan. Tetapi sebenarnya itulah yang menjadi kekuatan UMNO kerana jika ada seorang pemimpin berpaling tadah, sistem berlebihan ini sukar untuk menjadi lemah dalam sekali gus. Kalau ada pemimpin atasan meninggalkan parti, belum tentu sayap wanita, pemuda, puteri dan putera akan menyokong beliau dan struktur parti secara keseluruhan masih kekal. Bagi Pakatan, oleh kerana kepetahannya bercakap dan aura sebagai penceramah, Anwar Ibrahim bercakap terus dengan ahli partinya tanpa perlu sistem Cabang, Negeri dan Pusat. Ini menyebabkan kurang pengikhtirafan penghormatan kepada sistem Cabang, Negeri dan Pusat mereka.

Ketiga, UMNO bukan parti bermusim. Jentera UMNO sentiasa berada dalam kaedah "berjaga-jaga" sepanjang tahun. Selain daripada mesyuarat dan aktiviti, jentera UMNO didedahkan kepada latihan strategi dan perancangan sepanjang masa. Tambahan pula pilihanraya kecil yang sering berlaku juga menjadi tempat latihan terbaik untuk jentera UMNO. Dengan aktiviti sepanjang tahun sebegini, UMNO sebagai sebuah jentera politik sentiasa di dalam keadaan terbaik sepanjang tahun dan boleh diaktifkan bila-bila masa. Sudah tentu, bila ada wakil rakyat atau Ketua Bahagian UMNO meninggalkan parti, jentera UMNO masih kukuh dan efektif.

Itu beza UMNO dari yang lain.

Nota: Saya akan memberi komen kepada isu-isu dasar yang dibawa oleh Lajim dan Bumburing dalam posting yang akan datang.


*end*


Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Blogger Pro BN Hentam @DrRaisYatim?????? @umbkl

Posted: 29 Jul 2012 08:34 PM PDT

Memang patut pun seorang Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia ni diBELASAH sekali sekala oleh pengamal media sosial samada pro BN mahu pun tidak.
Saya selaku blogger pro BN terpaksa melanggar prinsip dan etika blogger yang telah berjanji tidak akan menyerang mana-mana pemimpin parti BN. Saya berharap tindakan saya ini dimaafkan ;D

Tapi disebabkan rasa sakit hati ini yang mewakili banyak pihak daripada peringkat bawahan dan pertengahan yang terlalu kecewa melihat logo sambutan Merdeka tahun ini yang dilancarkan pada 16 Julai 2012 lepas.


Pertama, saya
MENYIRAP apabila logo tersebut seakan-akan papan tanda program larian merentas desa sekolah rendah. Semalam, Rais Yatim telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan logo tersebut merupakan logo tidak rasmi.

Ok fine, tidak rasmi.

So di mana pula logo rasmi sambutan hari Merdeka 2012 ??
Tengah bertungkus lumus nak siapkan ker atau dah siap tapi tengah pikiaq nak buat 2nd launching sambutan Merdeka?

Keduanya, saya rasa nak
MENCARUT dengan Menteri ini kerana disebabkan kelembapan dirinya untuk menangkis dan menjawab segala persoalan rakyat mengenai logo tersebut telah menyebabkan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dan Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi mangsa kecaman dan cacian pihak Pembangkang.

Apahal pulak tiba-tiba PM diheret sama dalam isu logo yang boleh dianggap terlalu remeh sangat? Sebenarnya memang PM dan Isteri tak patut diheret sama tapi perangai Pembangkang lahabau ni, memang kita tak boleh nak jangka.


Ketiga, saya cukup
YAKIN apabila YAB PM mewujudkan rangkaian media sosialnya sendiri dengan tujuan merapatkan jurang antara rakyat dan pemimpin negara. Saya sendiri telah melihat beberapa keberhasilan pemimpin negara dan parti menggunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk berhubung dengan rakyat di bawah.

Suka saya sebut beberapa nama pemimpin seperti Dato Seri Hishammudin Tun Hussein, Dato Seri Noh Omar, Datuk Seri Ismail Sabri, Dato Razali Ibrahim dan lain-lain lagi Menteri menggunakan twitter dengan baik sekali berhubung dengan rakyat.


Tetapi tweet saya kepada
Menteri PENERANGAN, KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN langsung tidak dijawab walaupun ianya sudah lama (kurang seminggu kot) ditweet. Saya sangat kesal, seorang Menteri yang diletakkan portfolio Menteri KOMUNIKASI gagal menguasai media ini sebaik mungkin.


 
Saya tidak meletakkan kesalahan ini 100% kepada Rais Yatim tapi apalah kiranya jika ada kelapangan, balas la tweet dari sebilangan rakyat marhein ini. Jangan pilih kasih membalas tweet tersebut.
 
 
Boleh ikuti cerita selanjutnya di REZQEEN HILL

Sabtu, 28 Julai 2012

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Kerajaan SELANGOR dah cuakkkkk

Posted: 27 Jul 2012 04:25 PM PDT

Puak-puak pembangkang kini TERTEKAN sangat dah..lebih-lebih lagi ketika YAB PM umumkan pemberian bonus raya tempoh hari..Dan bertambah parah pabila wujudnya banner-banner seperti di atas....mau ke wad kecemasan dibuatnya..Rakyat dah tau sapa benar..sapa TIPU..sapa JANJI DITEPATI dan sapa yang kenchinggggg...

Test

Posted: 27 Jul 2012 03:40 PM PDT




Pemuda UMNO Telok Datok

Nilah dikatakan Negeri berkebajikan..

Posted: 27 Jul 2012 10:03 AM PDT

Tulah yang dikatakan indah khabar daripada rupa.Dimanakah yang dikatakan Negeri berkebajikan..gambar ni aku ambik kat sebuah Dewan di Bandar Sultan Suleiman,Port Klang.Dewan ini merupakan dewan dibawah seliaan MPK dan pada hari Jumaat,kawasan luar dewan ini dijadikan kawasan meletak kenderaan..cuba korang bayangkanlah ye,kalau bumbung tu terbang kena orang yang kat bawah tu camne...kalau.kena orang dewasa takpe g..ni kalau budak-budak..takkan mpk takde bajet kot..

Jumaat, 27 Julai 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


UMNO Teruskan Tradisi Membela Rakyat @Rizalmanmokhtar #savewp

Posted: 27 Jul 2012 05:35 AM PDT

Apalah kiranya sedikit sumbangan daripada YAB Perdana Menteri (PM), Dato Seri Najib Tun Razak jika hendak dibandingkan dengan kesetiaan rakyat yang menyokong padu kerajaan Barisan Nasional (BN) dari dulu sehingga ke hari ini.


Kesetiaan rakyat menyokong penuh hasrat dan prinsip kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia amatlah dihargai walaupun sokongan tersebut tidak ditunjukkan secara terbuka. Berkat sokongan rakyat, kerajaan melalui Yayasan Sepakat Malaysia (MySepakat) telah melancarkan program Sumbangan Kasih Sayang PM yang bertujuan khas membantu mencari, mengambil maklumat golongan sasaran.


MySepakat dengan kerjasama Pemuda UMNO Bandar Tun Razak telah turun padang bersama² dari pintu ke pintu menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur untuk diserahkan kepada penerima yang dipilih melalui tinjauan dan kaji selidik yang dilakukan terlebih dahulu.


Antara penerima yang dikenal pasti adalah seperti ibu tunggal, ahli keluarga yang menghidap penyakit² kronik seperti kanser, parkinson dan sebagainya.

Apa yang diharapkan pada program kali ini ialah ianya berterusan dan bukan diadakan untuk waktu² tertentu sahaja. Kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) seharusnya dicontohi oleh semua pihak.


"Sumbangan kami ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga penerima.
"Ini adalah tanggungjawab kita selaku wakil kepada kerajaan Barisan Nasional hari ini. Melalui program sebegini, kita dapat mengenali masyarakat dengan lebih dekat dan mendengar isi hati mereka".

"Ini kerana maklumat yang dikumpulkan tersebut boleh disalurkan kepada kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Lembaga Zakat bagi mengenal pasti individu atau keluarga yang wajar dibantu secara berterusan".
-Datuk Rizalman Dato Mokhtar, Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak & Wilayah Persekutuan


Nota : Sumbangan Kasih Sayang PM ni merupakan sumbangan terus daripada Pejabat Perdana Menteri Malaysia kepada rakyat.
Buka laman Facebook MySepakat M'sia, klik sini.
 
Cerita Selanjutnya di SINI

Pengikut