Khamis, 3 Mei 2012

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


HALAU GURU WANITA BAHASA MELAYU DISEKOLAH CINA GUNA SAMSENG: Terima Kasih PAS!

Posted: 02 May 2012 06:30 PM PDT

PETALING JAYA:Guru wanita yang mengajar disebuah sekolah jenis Kebangsaan Cina di Damansara mendakwa hidupnya dalam ketakutan berikutan di ganggu serta diugut oleh sekumpulan samseng yang disyaki upahan ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang mengajar disekolah berkenaan.


Setakat ini guru wanita itu sudah menerima lima ugutan sejak 10 April lalu manakala ugutan terbaru yang diterimanya ketika berada ditempat letak kereta dirumahnya pada jam 10 pagi pada hari sabtu lepas."ketika kejadian itu mangsa yang menuju kearah keretanya telah dihampiri oleh seorang lelaki tidak dikenali dan memarahinya kerana masih lagi mengajar disekolah tersebut walupun amaran supaya berpindah sudah diberi beberapa kali" Inilah sikap kurang ajar dan pengecut samseng upahan terhadap seorang guru wanita yang mengajar disekolah Jenis Kebangsaan Cina .

Jika dilihat konteks perjuangan Persatuan Jawatan­kuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) mungkinkah ia ada kaitan dengan kejadian ini. ,Apa dihairankan jika Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong ditumbuk dalam perhimpunan pendidikan Cina di Kajang inikan pula seorang guru wanita. Rentak perang yang dimainkan oleh sebahagian mereka boleh membawa tafsiran dari pelbagai sudut dan tidak mendatangkan keuntungan kepada bangsa Cina secara kesuluruhanya malah dilihat mengajak kaum-kaum dinegara ini membenci antara satu sama lain.

Gangguan terhadap mangsa dikatakan bermula selepas isu penggunaan bahasa Melayu disekolah berkenaan ditimbulkan oleh segelintir ibu bapa yang tidak sependapat dengan pentadbiran sekolah pada hujung tahun lalu. Boleh dilihat dengan jelas bila kata-kata ugutan " esok akan mati jika kau berdegil;dan berpindah dari sekolah berkenaan bukan satu pekara yang boleh dilihat remeh oleh pihak berkuasa sedangkan laporan polis sudah dilakukan oleh mangsa di Balai Polis Damansara, dan telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai peneraju Kemeterian Pelajaran harus bertindak dengan segera demi kebaikan dan keselamatan semua guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina agar tidak tidak dilihat lemah dan lembek.

Tunggu penjelasan Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin atau dari menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin atau dari dua timbalanya

Aman Central: Pas Kedah cuba berbohong?

Posted: 02 May 2012 06:21 PM PDT

ALOR SETAR 2 Mei - Dakwaan Kerajaan Pas Kedah yang menyatakan projek pembinaan kompleks beli-belah Aman Central bernilai RM500 juta di sini adalah projek swasta ternyata tidak benar apabila bukti menunjukkan pembangunannya turut melibatkan kerajaan negeri. Timbul persoalan apakah kerajaan negeri mahu berbohong atau cuba memberi jawapan mengelirukan untuk menutup kelemahannya tidak melaksanakan tender terbuka bagi projek tersebut?

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang berkata, Warta Kerajaan Negeri pada 9 Jun 2011 menunjukkan pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(b) dan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi pembinaan itu dikhaskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang merupakan agensi kerajaan negeri. "Pengerusi PKNK adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Majlis Peguam 'perkakas pembangkang', Chee Wee didesak letak jawatan

Posted: 02 May 2012 06:17 PM PDT

KUALA LUMPUR 2 Mei - Majlis Peguam bukan lagi sebuah badan bebas yang profesional, sebaliknya menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) suruhan kepada pembangkang. Sehubungan itu, Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor mendesak Presidennya, Lim Chee Wee meletak jawatan dan menyertai parti pembangkang dengan segera. Ini kerana, kata beliau, setiap kenyataan serta tindak-tanduk Majlis Peguam tidak lagi dibuat secara bebas dan objektif sebaliknya, bersifat memihak sepenuhnya kepada pembangkang. "Saya mendesak beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam dan sertai parti pembangkang agar lebih mudah untuk Chee Wee berdepan secara pendekatan politik. "Tindakannya memperalat Majlis Peguam untuk mengecam polis dalam isu demonstrasi ganas Bersih 3.0 bukan sahaja bersifat memihak dan tidak objektif tetapi biadab

Tiada ulasan:

Pengikut