Khamis, 3 Mei 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Jom Tengok Wajah2 Bangsat Bersih 3.0 @PDRMsia

Posted: 03 May 2012 08:00 PM PDT

Gambar di bawah ini adalah wajah perusuh BERSIH 3.0 yang dikehendaki polis yang melakukan keganasan samada terhadap polis ,wartawandan orang awam semasa himpunan terbabit.



KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0 bertukar ganas dekat Dataran Merdeka, Sabtu lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu.


Beliau berkata, polis sudah mengenal pasti alamat sebahagian mereka, memapar gambar mereka di akhbar dan meminta mereka hadir secepat mungkin di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Jika mereka enggan, katanya, polis akan bertindak, termasuklah mengesan mereka di rumah.


Bagaimanapun, beliau tidak memberi tempoh untuk mereka tampil memberi kerjasama.


"Kita juga minta mereka yang ada maklumat, melihat kejadian atau terkilan dengan apa-apa juga tindakan polis semasa bersurai atau mengenai penangkapan ketika perhimpunan Sabtu lalu untuk tampil ke balai polis terdekat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, hari ini.


Mereka boleh hubungi pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dan Kongsi Gelap Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Aziz di talian 019-2602344 atau 019-3872344.




Berguru Dengan Orang Cina Cara Berdemo Yang Betul

Posted: 03 May 2012 06:00 PM PDT

Kenapa kali ni ramai Cina turun berdemo???


Untuk sesiapa sahaja yang berminat berdemonstrasi lagi pada masa hadapan, sila ikut petua cara masyarakat Cina berdemonstrasi.
Tips ini penting terutama kepada bebudak Melayu yang akan join kalau ada lagi siri Bersih selepas ini. Orang Melayu selalu over sampai terbawak-bawak, so kenalah bagi panduan.
Tips ni macam work smart la, dont have to work hard. kita ubah jadi demo smart, not demo samdol.
1) Banyak buat bising dan bakar sentimen di Facebook dan Twitter serta medium sosial lain. Kalau banyak masa lapang, mula buat camni berbulan awal.Pemuda Cina banyak buat camni. Risiko sangat rendah kalau camni tapi boleh menyumbang memporak-perandakan negara.
Sebelum, semasa dan selepas demonstrasi. Buat camni. Gagah tak ingat maki hamun orang dan kerajaan di Facebook. Namun hari demonstrasi tak turun, cuma teruskan mengutuk dan membakar semangat di media sosial.
2) Kalau untuk Bersih, datang pakai baju warna kuning tapi cop lain. Contohnya, baju kuning tapi gambar babi. Buat-buat macam join demo Bersih tapi bila dengar polis mula nak bertindak, berlari masuk ke shopping complex terdekat, buat-buat shopping dan minum-minum dengan rakan-rakan (kalu macam Bersih 3.0 semalam, sepatutnya masuk Sogo). Budak Melayu ramai yang terus duduk nak lawan polis, sedangkan remaja Cina lari duduk pusat membeli-belah. Bijaklah sikit. Last-last free kena angkut duduk balai.
3) DAP ka, MCA ka- gaduh pun untuk faedah bangsa sendiri sahaja. Apa boleh dapat melalui kerajaan – MCA taram. Apa kena bagi tekanan dalam Parlimen – DAP muncul. Bila MCA dan DAP tak boleh nak bagi nampak kat orang Melayu yang diaorang rasis sangat dalam sesuatu isu – maka ketika itulah munculnya dajal dalam bentuk Dong Key Zhong (Dong Jiao Zhong ke apalah nama pertubuhan tu). Puak ni pulak akan bagi tekanan tanpa peduli kena label rasis ke apa.


Jadi secara prinsipnya, pergi demo berjuang untuk faedah sendiri. Sentiasa fikir diri sendiri dalam apa keadaan pun. Jangan jadi kuda tunggangan sesiapa.
4) Satu jam sebelum demonstrasi bermula, pastikan muncul di kawasan demonstrasi, kalau boleh duduk barisan hadapan untuk menampakkan macam bersemangat. Pemuda DAP banyak buat camtu.
Dan setengah jam sebelum ia benar-benar bermula, pastikan anda hilangkan diri di medan selera atau kompleks membeli-belah terdekat.
5) Pastikan turun bawak pasangan yang seksi, kalau boleh awek pakai seluar pendek dengan andaian polis tak kacau pasangan bercinta.
6) Buat-buat bawak borang kaji selidik, bila polis tahan, cakap buat kaji selidik dengan rakyat. Bawak dua tiga helai borang aje pun dah cukup. Lepas tu bila polis beredar, jerit balik polis tu anjing.
7) Pemuda Cina kalau datang mesti buat-buat tayang tatoo kat badan walaupun sekadar kain sarung tangan yang gambar tatoo. Kononnya polis akan gentar pasal yang datang tu taiko besar. Budak Melayu pun kena pikir benda-benda camni. Setakat topi tiga line buat apa, kang ada yang ingat kerja jaga lampu isyarat ke apa.
8) Kalau demonstrasi tengah hari buta, pastikan bawak air dalam botol 1.5 liter, tak mau lebih tak mau kurang. Satu untuk elak mati kehausan, kedua dijadikan senjata untuk takutkan polis dari menghampiri anda.
Semua tips ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian beberapa orang wartawan Mynewshub yang bertugas di sekitar kawasan Dataran Merdeka semalam.
Ini bukan entri rasis, tapi realiti untuk bagi pemuda dan bangsa Melayu faham agar jadi jadi bodoh. Kalau tak puas hati pun, gunalah saluran yang lebih bijak lain kali.


Sumber: MYNEWSHUB dan BUKAN SEKADAR POLITIK

PKR Tipu Wang Rakyat RM2 Juta????

Posted: 03 May 2012 07:11 AM PDT


Selepas kejayaan besar BERSIH 3.0, seperti yang dikemukakan oleh Anwar, PKR sedang menunggu tarikh 04.05.2012 untuk mengadakan Malam Gala yang dijangka dapat mengumpulkan dana yang besar untuk pilihanraya. Kalau menurut rakan-rakan di HQ, Anwar menjangka dan mengharapkan mendapat sumbangan sekurang-kurangnya RM2 juta pada malam gala itu sahaja.

Soalnya, bukan pasal RM2juta. Anwar nak RM2juta boleh dapat bila-bila. Tapi lebih kepada nak tunjuk kepada rakyat bahawa PKR ini susah dan masih memerlukan dana rakyat.



Ini semua soal imej dan persepsi. Jika Anwar kelihatan terlalu berkemampuan dan kaya; ia tidak sesuai dengan imej 'demi rakyat' yang ingin dibawa oleh Anwar sendiri. Itulah sebabnya, agenda malam gala ini nanti adalah kononnya usaha mencari dana kewangan pilihanraya.

Apakah anda percaya PKR masih mencari dana pilihanraya? Minta maaf cakaplah, kami yang dalam PKR sendiri pun tak percaya. Kami sendiri melihat bagaimana pemimpin peringkat Pusat dan Cabang, bergaya dengan kemewahan baru yang mereka peroleh sepanjang tempoh 2008-2012. Ramai kontraktor PKR yang mula merasa senang dan gembira dengan bantuan kewangan yang mereka peroleh hampir setiap masa.

Malam Gala PKR 2012 dikatakan disusun atur oleh mereka yang rapat dengan Azmin/Saifuddin/Shamsul Iskandar. Kumpulan Nurul Izzah/Nik Nazmi/Rafizi agak sedikit terkeluar daripada penganjuran Malam Gala ini. Sebab itulah, menurut kawan-kawan, teater 'Madah Berhelah' ini akan membayangkan bagaimana kumpulan-kumpulan dalam PKR sendiri terpecah dan tidak solid.




Azmin, menurut info, sudah menyusun kalangan kontraktor/sub-kontraktor PKNS untuk menyumbang kepada dana pilihanraya PKR. Sumbangan dana kepada Malam Gala ini sumbangan rasmi sahaja. Sumbangan yang tak rasmi sudah mencecah jutaan ringgit.

PKNS memang menjadi lubuk utama kepada kejayaan Malam Gala ini nanti. Azmin perlu buktikan bahawa dia mampu menyusun bala tentera korporat yang cukup bagi mempertahan Selangor. Ketika mana Azmin sendiri teruk dihentam dengan isu 'moral peribadi' yang sebenarnya sudah lama menjadi igauan di kalangan pemimpin tertinggi PKR.

Wujud teori yang berkata – bahawa pendedahan yang dilakukan oleh blogger pro-UMNO/BN ini sebenarnya hasil 'feeding' oleh pihak PKR sendiri. Setakat ini blog ini belum dapat buktikan. Mari kita sama-sama fokus kepada penganjuran Malam Gala PKR 2012. Berapa juta agaknya collection?

Malam Gala ini agenda 'face saving' kepada Azmin. Setelah terkantoi beraksi dengan gadis gebu, Azmin semakin kelam kabut dan tidak selesa. Khabarnya, Shamsidar tidak seperti Kak Wan, yang kuat menyokong Anwar dalam apa sahaja keadaan - REZQEEN HILL



Al Fatihah Buat Bob Kuman

Posted: 03 May 2012 02:45 AM PDT


Bob Kuman dilaporkan telah kembali ke Rahmatullah pada jam 4.38 petang tadi. Sekalung takziah dan belasungkawa buat keluarga Allahyarham Bob dan Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.

Anwar Atau R Thangam?

Posted: 02 May 2012 11:43 PM PDT

Penahanan R Thangam tengah malam semalam dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh pihak polis bukanlah bukti satu gambaran jelas penglibatan PKR sebagai dalang utama kekecohan semasa demonstrasi tempohari.

Walaupun R Thangam adalah Ketua Cabang PKR Rasah, tidak mustahil tindakan mencabar arahan mahkamah yang dilakukannya itu adalah inisiatif sendiri sekalipun dalam salah satu rakaman video menunjukkan R Thangam adalah antara individu yang awal sekali mengalih penghadang jalan selepas menerima greenlight dari Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Berdasarkan rakaman tersebut, selepas penghadang dialihkan ia kemudiannya diikuti dengan serbuan beramai-ramai oleh peserta Bersih 3.0 ke kawasan Dataran Merdeka yang akhirnya mendorong pihak polis berundur dan FRU mula mengambil alih dengan melancarkan langkah penguatkuasaan menghalang serbuan tersebut.

Polis yang berkawal di sebalik penghadang pun satu hal, kalau mereka tidak lari dari serbuan peserta demonstrasi Bersih 3.0 tentu saja FRU takkan menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Betul tak?
Apapun, dengan kejayaan penangkapan ini bolehlah Anwar Ibrahim mencuci tangan kerana tiada bukti fizikal yang menunjukkan Anwar adalah orang pertama menyentuh dan mengalih penghadang tersebut.

Setakat arahan isyarat saja antara Anwar dan Azmin Ali tidak memberi makna apa-apa tambahan pula ketika itu Anwar sedang memeluk bahu seorang lelaki berbaju oren, boleh jadi isyarat tersebut bermaksud mahukan privasi tanpa gangguan.

Sedangkan video chinadoll yang 99% tepat pun Anwar dapat tepis dengan selamba badaknya, apa sangatlah dengan bukti video kabur yang hanya menunjukkan permainan isyarat antara Anwar dan Azmin.

Jika sekalipun terbukti isyarat arahan itu punca utama rempuhan dan kekalutan bermula tetap ianya tidak layak dijadikan bukti. Bukankah Presiden Pas, Datuk Hadi Awang pernah berkata bukti video hanyalah besi yang tak layak menjadi saksi, tidak begitu?

Kita harap selepas ini Anwar kembali cool kerana watak utama punca kekecohan Bersih 3.0 telahpun berjaya ditahan dan tak usahlah lagi marah-marah macam dalam sidang akhbar di Pejabat PKR sehari dua lepas.

Kasihan menengokkan budak Cina bernama Benji Lim yang selama ini berjuang untuk pakatan pembangkang alih-alih dihalau keluar semata-mata untuk menjaga air muka Anwar yang terpaksa bersilat lidah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Benji Lim.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Pengikut