Pengikut

Nuffnang

Rabu, 18 April 2012

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

sumber :-

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


PELIK MAHASISWA ZAMAN SEKARANG

Posted: 18 Apr 2012 08:15 AM PDT


Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ini, terdapatkecenderungan golongan mahasiswa yang begitu gemar bermain politik danmenyertai politik. Tidak keterlaluan, dalam keadaan tertentu, mereka yangmendakwa sebagai mahasiswa ini lebih politik dari orang politik sendiri.

Sampai sekarang, saya masih tidakfaham mengapa adik-adik mahasiswa kita (rata-rata bangsa Melayu kita) begitughairah menyertai aktiviti berkaitan politik kepartian di negara ini, khususnyadalam gerakan menentang kerajaan.

Cuma, apa yang saya faham, ramai dikalangan mahasiswa kita telah terpedaya atau sengaja membenarkan diri merekadiperdayakan pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka. Sebagai orang Melayudan pernah belajar di Universiti, saya amat malu dengan perangai segelintirmahasiswa yang menyertai kegiatan tersebut.

Sepatutnya mahasiswa kita lebih bijak,lebih tahu di mana bumi dipijak dan di mana langit yang dijunjung. Apakahtujuan nak matlamat mereka ke menara gading?. Pastinya mahu berjaya dalampelajaran. Jadi, kalau mahasiswa sudah terlibat dengan politik mengatasi orangpolitik sendiri, apa lagi yang ada pada mereka.

Lebih menyedihkan, mahasiswa Melayupaling ramai terlibat dengan kegiatan sedemikian, manakala mahasiswa bangsa laingiat memberikan perhatian terhadap pelajaran untuk meraih kejayaan.

Kepada mahasiswa yang berkenaan,berfikiranlah dengan bijak. Kembalilah ke pangkal jalan dengan memberikanperhatian serius terhadap pelajaran. Apabila tamat pengajian nanti, buatlah apayang anda mahu buat. Sertailah politik yang anda mahu sertai. Tidak ada sesiapapun yang menghalangnya.

Adalah sesuatu yang memalukan dengansikap segelintir mahasiswa kita hari ini. Mereka tidak mencerminkan golonganberpelajaran sehingga tergamak menjadi alat pihak tertentu untuk mencapaicita-cita politik mereka.

Saya doakan, mereka akan sedar akankesilapan langkah mereka dan kembali ke pangkal jalan.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian