Pengikut

Nuffnang

Khamis, 26 April 2012

Puteri Bahagian Segambut

sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Bah 9 : SPR Menjawab Fitnah Pembangkang

Posted: 26 Apr 2012 10:00 PM PDT


Dakwaan 9:

SPR gagal memastikan akses media yang saksama kepada semua pihak semasa berlangsungnya sesuatu pilihan raya

Kuasa untuk mengawal media semasa pilihan raya tidak terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab SPR. Apatah lagi bagi media milik swasta yang mempunyai dasar dan pendekatan berbeza berhubung dengan sokongan dan sikap mereka terhadap isu-isu yang berbangkit tentang pilihan raya. Justeru, mereka bebas untuk membuat laporan mengikut selera dan kepentingan mereka. SPR tidak diperuntukkan kuasa bagi mengawal mana-mana media supaya menyediakan akses yang saksama kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Walaubagaimanapun, untuk PRU-13, SPR akan berbincang dengan pihak yang berkenaan dalam usaha untuk mewujudkan ruang dan akses yang saksama terhadap media awam kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Selain itu SPR juga akan berbincang dengan beberapa pemilik media swasta utama (media elektronik dan media cetak) untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha mewujudkan akses media yang saksama kepada semua parti politik dan calon yang bertanding.

Bah 8 : SPR Menjawab Fitnah Pembangkang

Posted: 26 Apr 2012 08:00 PM PDT


Dakwaan 8:

SPR sengaja menambah ramai petugas yang akan mengundi secara pos pada PRU Ke-13 nanti

Sub peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 memperuntukkan kepada mana-mana Pegawai Pilihan Raya yang menjalankan tugas pada hari pengundian boleh memohon untuk mengundi secara pos. Justeru, melalui peruntukan tersebut petugas-petugas SPR dibenarkan membuat permohonan kepada Pegawai Pengurus di kawasan masing-masing untuk mengundi secara pos.

Bagaimanapun, tidak kesemua petugas SPR akan mengundi secara pos. Bagi mana-mana petugas yang bertugas di Pusat Mengundi di mana dia adalah pemilih berdaftar di kawasan berkenaan, petugas tersebut biasanya akan mengundi secara pengundian biasa, sama seperti pemilih awam yang lain. Demikian juga, sekiranya seseorang petugas SPR itu bertugas di sebuah Pusat Mengundi yang berdekatan dengan Pusat Mengundi lain di mana nama beliau berdaftar di kawasan berkenaan, beliau akan diberi kelonggaran untuk pergi mengundi sebagai pengundi biasa di Pusat Mengundi berkenaan.

Adalah menjadi amalan SPR untuk melantik seseorang petugas dari kalangan mereka yang datang dari sesuatu kawasan di mana mereka mendaftar sebagai pemilih. Ini akan membolehkan mereka mengundi sebagai pengundi biasa pada hari pengundian. Bagaimanapun perlu disedari untuk pilihan raya umum, SPR perlu melantik jumlah petugas yang ramai. Justeru itu, amatlah sukar untuk SPR memastikan mereka yang dilantik itu terdiri daripada pemilih di kawasan mereka bertugas.

Perhimpunan BERSIH Untuk Tujuan Peribadi - Senator Tunku Abd Aziz Ibrahim, Naib Pengerusi DAP #Bersih3Suku

Posted: 26 Apr 2012 07:04 PM PDT




Kalau dah Naib Pengerusi DAP sendiri yang kata Bersih 3 Suku adalah untuk tujuan peribadi so kenapa perlu jadi bodoh nak susahkan diri join Bersih? Lebih baik duduk di rumah boleh layan 130 channel Astro yang Astro bagi percuma sampai 6hb Mei ini. Lagi best.


Bah 7 : SPR Menjawab Fitnah Pembangkang

Posted: 26 Apr 2012 06:00 PM PDT


Dakwaan 7

Berlaku peningkatan pengundi secara yang mendadak di beberapa kawasan yang diwakili calon pembangkang

Langkah SPR secara agresif menjalankan promosi menyeru rakyat mendaftar sebagai pengundi, ditambah pula dengan suasana semasa yang hampir dengan PRU-13 merupakan faktor utama yang menyebabkan pendaftaran pemilih mencatatkan peningkatan yang tinggi sehingga suku tahun keempat tahun 2011. Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya di seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat bahagian-bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang lebih tinggi daripada yang lain seperti yang berlaku di beberapa negeri dan di beberapa bahagian pilihan raya tertentu. Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat sejumlah 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. Jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di negeri Selangor diikuti dengan Wilayah Persekutuan, Johor, Perak dan lain-lain. Maka, jika peningkatan pendaftaran yang tinggi berlaku di negeri Selangor, itu adalah sesuatu yang selari dengan fakta di mana seramai 750,000 warga yang masih belum mendaftar sehingga Jun 2011 adalah terdiri daripada warga Selangor.

Di sesetengah bahagian pilihan raya peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku dalam kadar yang tinggi dengan peratusan melebihi 30 peratus berbanding dengan kedudukan bilangan pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008). Ini termasuklah kawasan-kawasan seperti P.107 Subang (34%), P.158 Tebrau (34%), P.111 Kota Raja (33%), P.086 Pekan (33%), dan P.032 Gua Musang (30%).

Pertambahan jumlah pendaftaran pengundi ini bukanlah satu perkara yang dirancang oleh SPR bagi tujuan tertentu sepertimana yang didakwa oleh beberapa pihak. Sebaliknya ianya berlaku disebabkan masih terlalu ramai mereka yang layak mendaftar sebagai pemilih di seluruh negara, termasuk Selangor, yang belum mendaftar sebagai pemilih. Ekoran dari promosi pendaftaran yang agresif dan berterusan, mereka mula sedar dan tampil mendaftar secara besar-besaran melalui pejabat-pejabat pos dan penolong-penolong pendaftar yang dilantik oleh SPR di seluruh negara.

Bah 6 : SPR Menjawab Fitnah Pembangkang

Posted: 26 Apr 2012 03:00 AM PDT


Dakwaan 6:

Daftar pemilih SPR kotor kerana mengandungi ramai pemilih yang didaftarkan di satu-satu alamat

Tanggapan umum terhadap kajian MIMOS bahawa terdapat ramai pemilih yang berdaftar secara berkelompok di satu-satu alamat adalah tidak tepat. Apa yang berlaku ialah pihak MIMOS telah tersalah tafsir dengan menganggap pemilih yang mendaftar dalam suatu kawasan Lokaliti yang sama sebagai pendaftaran di satu alamat yang sama. Hakikatnya ialah apa yang dilakukan oleh SPR adalah untuk membolehkan mereka yang mendaftar dapat ditentukan Daerah Mengundi dan Pusat Mengundinya. Untuk itu, SPR menetapkan dasar dengan merangkumkan beberapa alamat pendaftaran tersebut di dalam sebuah Lokaliti. Dalam peta pilihan raya, Lokaliti adalah unit yang terkecil yang mengandungi beberapa alamat, dan kemudiannya melalui beberapa Lokaliti dibentuk menjadi Daerah Mengundi dan daripada beberapa Daerah Mengundi pula terbentuknya bahagian pilihan raya DUN dan seterusnya menjadi bahagian pilihan raya Parlimen.

Sebagai contoh, di Lokaliti Kampung Melayu Majidee di Johor, yang telah dianggap sebagai satu alamat yang mempunyai lebih daripada 100 pemilih, di Lokaliti berkenaan sebenarnya terdapat berpuluh-puluh alamat lengkap dan yang tidak lengkap. Alamat-alamat tersebut kemudiannya disatukan sebagai satu Lokaliti iaitu Lokaliti Kampung Melayu Majidee. Hal ini telah disalah tafsir oleh MIMOS sebagai satu alamat, walhal ia sebenarnya adalah merupakan satu Lokaliti dalam Daerah Mengundi.

Bah 5 : SPR Menjawab Fitnah Pembangkang

Posted: 26 Apr 2012 01:00 AM PDT


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 21 false false false MS X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Dakwaan 5:


Masih ramai pemilih berusia lebih 100 tahun berada dalam daftar pemilih SPR


Pemotongan nama seseorang pemilih berdaftar hanya dapat dibuat atas dua sebab iaitu pertama, pemilih telah meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di JPN dan kedua, pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi berdasarkan bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib. Justeru itu, walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun, undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sewenang-wenangnya atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia. Jikalau ada mana-mana pihak yang mengetahui dan dapat membuktikan bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia, SPR berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskinikan rekod kematian waris berkenaan. Dalam soal pengesahan rekod kematian seseorang warganegara, SPR terpaksa bersandarkan kepada maklumat yang sahih daripada pihak JPN bagi mengelak penipuan atau sebagainya.

Bah 4 : SPR Menjawab Fitnah Pembangkang

Posted: 26 Apr 2012 12:00 AM PDT


Dakwaan 4:


SPR telah mendaftar pemilih yang terdiri daripada warga asing yang telah mendapat taraf warganegara


Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini. Mereka yang bukan warganegara mustahil akan dapat mendaftar sebagai pengundi. Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas yang memohon untuk di daftarkan sebagai pemilih, permohonan mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang. Justeru itu, tidak timbul persoalan tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk menjadi pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah Perlembagaan.

Bah 3 : SPR Menjawab Fitnah Pembangkang

Posted: 25 Apr 2012 11:45 PM PDT

Dakwaan 3:

SPR gagal membersihkan daftar pemilih. Seramai 42,051 pengundi awam ragu masih berada dalam daftar pemilih SPR hingga sekarang

Sebagai langkah yang berterusan untuk membersihkan Daftar Pemilih, SPR telah menghantar Daftar Pemilih Induk (DPI) yang melibatkan kesemua nama 12.5 juta pemilih berdaftar kepada pihak JPN pada bulan Julai 2011 untuk semakan secara menyeluruh bagi tujuan pengesahan dan pembersihan. Pada bulan September 2011, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa dari jumlah 12.5 juta tersebut, terdapat sebanyak 42,051 nama-nama pemilih yang tidak memiliki maklumat yang jelas dan sahih. Ini bermakna nama-nama 42,051 pemilih berdaftar berkenaan ada di dalam rekod di JPN, tetapi masalahnya mereka tidak dapat dihubungi untuk diminta datang mengemaskini status terkini kedudukan mereka kerana ketiadaan alamat yang jelas. Di waktu yang sama mereka juga telah tidak datang ke mana-mana pejabat JPN untuk mengemaskinikan status mereka. Oleh yang demikian, SPR membuat keputusan mengkategorikan 42,051 nama-nama berkenaan sebagai pemilih awam di bawah status yang diragui kesahihannya disebabkan ketiadaan maklumat yang terkini tentang status mereka.

Berikutan itu, sebagai langkah yang betul serta bagi menjamin hak rakyat selaku pemilih berdaftar yang dijamin di bawah Perlembagaan, SPR tidak boleh memotong nama-nama mereka dari daftar pemilih sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dari jabatan yang berwajib iaitu JPN. SPR sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempamerkan kesemua 42,051 nama berkenaan selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya pemilih untuk tampil mengemaskinikan maklumat mereka di JPN dan SPR supaya nama mereka dapat dikemaskini atau dikeluarkan daripada senarai pemilih awam ragu tersebut.

Dalam tempoh pemeran itu juga, SPR telah turut mengedarkan nama-nama berkenaan kepada Ibu Pejabat semua parti politik utama serta pemimpin-pemimpin politik di peringkat Parlimen dan DUN yang berkenaan di seluruh negara untuk mendapat bantuan dalam usaha mencari pengesahan dan maklum balas berhubung dengan kedudukan alamat dan status terkini pemilih-pemilih yang berkenaan. Bagaimanapun, di sepanjang tempoh tiga bulan pemeran tersebut berlangsung, sambutan yang diterima oleh SPR sama ada dari parti-parti politik atau orang ramai amat dingin.

Pada 28 Mac 2012, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa melalui semakan yang terperinci dan berterusan oleh pihak mereka, jumlah pemilih yang diragui itu telah berkurangan kepada 40,803 orang. Ini berikutan terdapat di kalangan mereka yang tampil ke JPN untuk mengemaskini maklumat kad pengenalan mereka manakala yang lain terdapat waris-waris yang tampil dengan membawa bukti kepada JPN mengenai kematian ahli keluarga atau saudara mara mereka.

6

Undang-undang SPR tidak membenarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan oleh pihak JPN. Oleh yang demikian, nama 40,803 pemilih awam ragu tersebut perlu terus kekal berada di dalam daftar pemilih bagi menjamin hak mereka yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan. SPR hanya memotong nama-nama mereka daripada daftar pemilih setelah mendapat pengesahan secara rasmi dari pihak berwajib iaitu JPN sama ada mereka telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan, atau hilang kelayakan atas sebab-sebab lain seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.


Oleh yang demikian, selagi pengesahan muktamad tidak diperolehi dari pihak JPN, kesemua nama 40,803 pemilih berkenaan perlu dikekalkan di dalam Daftar Pemilih Induk.

PANAS: AGENDA JAHAT PUAK PAKATAN HARAM KETIKA #Bersih3

Posted: 25 Apr 2012 11:30 PM PDT


Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim mendakwa bahawa wujud usaha pihak tertentu dari Bersih yang akan mencederakan penyokong sendiri pada himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Menurut bekas 'orang kuat' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, berkemungkinan pihak tersebut akan menyamar dengan memakai seragam lengkap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyerang penyokong mereka sendiri atas tujuan mahu memburuk-burukkan pihak berkuasa dan kerajaan.

"Ada pihak tertentu yang akan mencedera para penyokong sendiri supaya pihak anggota-angota polis dipersalahkan dan ini akan membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan dan pihak polis. "Pengkhianat ini mungkin akan pakai uniform polis. Ini adalah tujuan dan matlamat utama perhimpunan Bersih bagi pihak tertentu ini. Mereka tidak ada isu tapi mereka ada matlamat iaitu mewujudkan suasana sama seperti Arab Spring," katanya di sini hari ini.

Justeru itu, beliau menggesa agar pihak berkuasa agar mengambil tindakan segera bagi mematahkan usaha pihak tersebut sebelum ia berlangsung kerana ia dijangka akan mencetus huru-hara terhadap ketenteraman awam.

"Kita mendesak pihak polis mematahkan usaha ini diperingkat awal. Tanggungjawab utama pihak polis adalah kepada ketenteraman awam. "Jika pihak polis takut untuk menghalang niat jahat kumpulan ini maka saya meminta Ketua Polis Negara letak jawatan sebelum negara hancur akibat niat jahat pihak tertentu ini," katanya lagi.

Ruslan yang dahulu mempertaruhkan nyawa demi Anwar di era reformasi sebelum meninggalkan Ketua Pembangkang itu turut menegaskan bahawa himpuna........Baca selanjutnya di GOSSIP RAKYAT


Sp:



0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian