Rabu, 25 April 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Bah 2 : SPR Menjawab Fitnah Pembangkang

Posted: 25 Apr 2012 11:00 PM PDT

Dakwaan 2:

Kawasan mengundi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR

Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas. SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini. Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen.

3

Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya. Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan sub peraturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).

YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut. Pada masa itu SPR tidak menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lokaliti Jalan 16/2 di mana YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim berdaftar sebenarnya berada di dalam kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Apabila sistem EGIS dilaksanakan SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti terhadap Lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya. Di atas muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Ianya sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen.

Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.

Bah 1 : SPR Menjawab Fitnah Pembangkang

Posted: 25 Apr 2012 09:54 PM PDT

Dakwaan 1:

SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti

Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali. SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113(A) Perlembagaan Persekutuan. SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti.


1. Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan.

SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004. Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan. Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.

2. Selepas tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing. Tetapi ramai pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka didaftarkan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.

Justeru, SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan.



Baca laporan selanjutnya di THE KUALA LUMPUR CHRONICLE

Tiada ulasan:

Pengikut