Puteri Bahagian Segambut |
BERSIH - Hanyalah Politik Kotor Pakatan Haram?? Posted: 24 Apr 2012 12:00 AM PDT Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0? Apakah tuntutan mereka? 1. Bersihkan senarai undi 2. Reformasikan Undi Pos 3. Gunakan Dakwat Kekal 4. Akses Media yang Bebas dan Adil 5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari 6. Kukuhkan Institusi Awam 7. Hentikan Rasuah 8. Hentikan Politik Kotor Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka? 1. Bersihkan senarai undi 2. Reformasikan Undi Pos 3. Gunakan Dakwat Kekal 4. Akses Media yang Bebas dan Adil 5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari 6. Kukuhkan Institusi Awam 7. Hentikan Rasuah 8. Hentikan Politik Kotor Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012. Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:
Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang. Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat. Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap. Semuanya berjalan dengan lancar dan professional. Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM. Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan? Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0. Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969? Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara. Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka. Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini? Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara. Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang. Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi. Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas. Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih. | |||||||||||||||
PANAS!!!!!! Penduduk Lembah Pantai Mengamuk @n_izzah Kantoi Menipu?? Posted: 23 Apr 2012 11:25 PM PDT Malam semalam lebih kurang jam 11 malam, wartawan BLP menerima panggilan daripada beberapa rakan dari Flat Sri Pahang. Mereka dalam perjalanan ke Balai Polis Travers untuk membuat laporan polis. Apa yang memeranjatkan ialah mereka membuat laporan polis menuduh Ahli Parlimen Lembah Pantai cuba untuk MENIPU pengundi di Lembah Pantai!. Wartawan kami pergi untuk mendapatkan berita yang lebih terperinci namun, mereka meminta agar kami bersabar dan hadir sekali untuk sidang akhbar yang dijadualkan pada pukul 11.30 pagi tadi. Semua persoalan terjawab apabila Setiausaha BN Lembah Pantai, Y Bhg Dato' Sazali Kamilan menerangkan bahawa pada hari Isnin 23hb April 2012 pihak beliau telah menerima puluhan panggilan dan ada juga yang datang ke pejabat dengan membawa surat dengan letterhead dan ditandatangani oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai atau diberi nama MP Zombie oleh Penduduk Flat Sri Pahang di sini Antara lain, kandungan surat ini: Memulakan dengan menyatakan KERAGUAN terhadap Daftar Pemilih SPR dan mempromosikan Perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April 2012 2. Memaklumkan penerima surat samaada mereka a) dibuang dari daftar pemilih, b) dipindahkan ke kawasan Parlimen lain c) disenaraikan sbg pengundi di laman web SPR tetapi tiada dalam daftar pemilih SPR Justeru – penerima tidak lagi LAYAK mengundi di Lembah Pantai Namun yang demikian, penerima surat pertama yang disemak oleh Persatuan Penduduk iaitu Encik Kamarudin Bin Dali melalui laman web SPR DAN melalui daftar pemilih SPR menunjukkan beliau masih mengundi di Lembah Pantai, di kawasan yang SAMA seperti sebelum ini. Lihat gambar dibawah ini menunjukkan nama Kamarudin Bin Dali masih tersenarai sebagai pengundi Lembah Pantai. Mungkin beratus atau mungkin beribu surat yang telah diedarkan oleh Nurul Izzah. Semakan ini telah menaikkan kerisauan penduduk tentang tujuan dan matlamat surat ini dikeluarkan. Ketika ditanya Sdr Kamarudin merayu kepada Nurul Izzah agar menghentikan perbuatan jahat yang mengelirukan rakyat seperti ini. Ini merupakan satu PENIPUAN dan cubaan MENGELIRUKAN rakyat yang dilakukan oleh PKR dan secara khususnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. BLP boleh merumuskan, TUJUAN DAN MATLAMAT PENIPUAN ini: · Provokasi dan menaikkan kemarahan rakyat terhadap SPR agar mereka turun beramai-ramai untuk BERSIH 3.0 – ini antara sebab perenggan permulaan surat ini mempromosikan BERSIH 3.0 ini. · Mengelirukan pengundi terutama di kawasan kubu kuat Barisan Nasional agar mereka tidak keluar mengundi(BN menang di Peti Undi Bukit Bangsar walaupun Tsunami melanda di Lembah Pantai) · Menaikkan kemarahan rakyat agar mereka tidak keluar mengundi pada PRU 13 yang akan datang ini. Puluhan surat yang ditunjukkan kepada kami merupakan dari Bangsa Melayu di kubu kuat Barisan Nasional. · Kaedah yang sama telah digunakan oleh Nurul Izzah Anwar ketika pertandingan cabang di Lembah Pantai iaitu dengan mengelirukan penyokong-penyokong lawannya Akibat dari PENIPUAN YANG TERANG LAGI BERSULUH ini dan memandangkan ini bukan kali pertama ahli politik PKR ini cuba menipu rakyat dengan dakyah yang tidak berasas Nurul Izzah Anwar perlu bertanggungjawab – · Menarik balik semua surat tersebut dan menghantar surat memohon maaf kepada setiap penerima surat tersebut serta setiap pengundi di Lembah Pantai dan seterusnya seluruh rakyat Malaysia yang sayang kepada demokrasi, kebenaran dan ketelusan · Memohon maaf kepada SPR kerana selama ini menuduh SPR bukan sahaja tanpa asas tetapi sebenarnya beliau sendiri yang mengelirukan rakyat dan mencetus rasa ketidak puas hatian kepada agensi ini · Memohon maaf kepada semua penjawat awam terutama yang bekerja di SPR kerana selama ini menuduh SPR tanpa asas, mengaibkan penjawat awam sebagai dalang penipuan dan pecah amanah tetapi sebenarnya beliau sendiri yang mengelirukan rakyat dan mencetus rasa ketidak puas hatian kepada agensi ini dan kakitangan agensi ini · Memohon maaf kepada penganjur BERSIH kerana akibat penipuan yang dirancang dan dicanang oleh beliau telah mencetuskan kekeliruan dan ketidakpuas hatian segelintir rakyat · Membatalkan perhimpunan BERSIH 3.0 kerana terbukti segala tuduhan yang dilemparkan kepada SPR sebenarnya bertunjangkan penipuan dan KEPENTINGAN POLITIK JUMUD Pakatan Rakyat semata-mata. · Meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR kerana telah didapati menipu rakyat di dalam kawasan beliau sendiri, menidakkan hak demokrasi rakyat dengan penipuan, demi kepentingan politik. Ini merupakan PENYELEWENGAN proses DEMOKRASI secara terbuka yang tidak dapat dimaafkan. PKR telah cuba untuk memanupulasi hak dan suara rakyat dengan penipuan. Nurul Izzah Anwar HARUS BERTANGGUNGJAWAB terhadap tindakan beliau menghancurkan proses demokrasi yang kita perjuangkan selama ini! Ikuti lagi pendedahan penuh emosi seorang lagi pengundi yang menceritakan bagaimana Nurul Izzah mempolitikkan arwah isterinya akan datang! Lagi berita di BERITA LEMBAH PANTAI |
You are subscribed to email updates from Puteri Bahagian Segambut To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan