Puteri Bahagian Segambut |
- RAFIZI RAMLI VS NURUL IZZAH THE PROXY WAR - Part 2
- Penggabungan PKR-DAP: Apa Kata PAS?
- Kepentingan DAP di sebalik Isu LYNAS
- Salman Rushdie, Anwar & PKR Serasi Bersama
RAFIZI RAMLI VS NURUL IZZAH THE PROXY WAR - Part 2 Posted: 21 Mar 2012 11:00 PM PDT
On the 20th March 2012, Two (2) youth were caught impersonating Election Commission (EC) staff at PPR Kampung Limau, Lembah Pantai. This was possible when the local community and residence of the PPR became suspicious with the behavior of both these youth and their appearance. One (1) youth had long hair and another was just wearing a pink tshirt and jeans with fake EC tags, a far shot from the well mannered and groomed civil service.
Once being caught by the residence and handed over to the local police officers, the two (2) youth admitted to be employed by Lembah Pantai Member of Parliament, Nurul Izzah to impersonate as EC officers and go from house to house and do survery on PKR chances in the General Election (GE). If my readers are now claiming that this is all a conspiracy by UMNO Federal Territories (FT), please mind your language and read the facts presented here. Nurul Izzah so called political secretary Fahmi Fadzil himself admitted that these two (2) youth are from PKR. Look at the screenshot that was taken from his twitter account:
This irresponsible action taken by Nurul Izzah, the Vice-President of PKR and so called future Prime Minister is a disgrace and blatant disregard to the laws of this country. How can a so called leader, employ two (2) innocent youth to impersonate as government offices, knowing well that if they were caught definitely they would be investigated and put behind bars for a foreseeable future. Nurul Izzah talks about youth as the driver for future growth, but she himself is exploiting these youths for her own political benefits. Would she be responsible and meet the parents of this youth and apologize for her irresponsible behavior? Read more in THE KUALA LUMPUR CHRONICLE | ||||||
Penggabungan PKR-DAP: Apa Kata PAS? Posted: 21 Mar 2012 09:16 PM PDT Berikut adalah laporan akhbar the Star hari ini di bawah tajuk "Merging Will Make Us Stronger" (Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat).
Tidak sabar kita menunggu respon PAS mengenai perkara ini. Antara respon yang dijangka ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR. Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa. Kita setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera. Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka. Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu. Beberapa kenyataan membela Melayu dibuat selepas itu sebagai 'damage control', antaranya oleh Nurul Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan. Namun, niat sebenar PKR kini terserlah apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan. Hakikatnya, PKR turut menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat? Walhal, PAS telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR? Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah mempercayai PAS. Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam. Seperti kata Jason Ong, PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya. Pendek kata, PAS boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan melaksanakannya. Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara Islam kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya tiada maruah belaka. PAS akan sanggup melakukan apa saja, hatta memperhambakan diri dan menerima cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke Putrajaya. Justeru, kenyataan Jason Ong itu perlu dilihat secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi PAS. Kenyataan tersebut lebih menunjukkan ketidakyakinan PKR dalam menghadapi pilihanraya kali ini. PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan nazak. Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di Permatang Pauh dan Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai. Kita juga tidak boleh menolak desas-desus bahawa Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana sedar yang dirinya sudah tidak lagi popular di sini. Dia dijangka hanya akan melancarkan serangan dari luar di samping menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi 'menjajah' Malaysia. Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga orang ketua sekali gus. Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, semuanya gila kuasa dan mempunyai sikap diktator. Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3. Namun, dengan segala rahsia Anwar di dalam genggaman Karpal dan Kit Siang, kita tidak boleh menolak bahawa gabungan ini akan direalisasikan walaupun jika Anwar tidak lari keluar negara. Ini kerana, walaupun Anwar berada di atas, dia akan terpaksa akur kepada Karpal dan Kit Siang selama-lamanya. Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan menguntungkan DAP sahaja. Apapun kita tunggu dan lihat respon DAP dan PAS mengenai perkara ini. | ||||||
Kepentingan DAP di sebalik Isu LYNAS Posted: 21 Mar 2012 08:30 PM PDT Penulis sedikit hairan kenapa DAP bersungguh-sungguh menentang penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Balok, Pahang. Parlimen ialah tempat wakil-wakil rakyat bersidang, dimana lagi tempat yang sesuai untuk menggambarkan sama ada rakyat menyokong atau tidak penubuhan kilang tersebut kalau bukan di Parlimen?
Ini kumpul orang ramai-ramai, angkut naik bas ke Kuantan dan kemudian gebang besar kata rakyat membantah penubuhan Lynas. Walhal berapa ramai orang disitu dibanding dengan rakyat Malaysia sehingga nak diiktiraf perhimpunan itu mewakili suara rakyat? Lainlah kalau di Parlimen, itu baru betul mewakili suara rakyat.
Penulis jadi tak hairan kalau DAP takut kebenaran mengenai Lynas ini terdedah kepada umum. Maklumlah, sudah banyak pembohongan yang dilemparkan DAP lanjutan dari penubuhan kilang Lyans ini, sudah tentu mereka tidak mahu dimalukan dengan perbahasan mengenai kebenarannya di Parlimen pula. Sudah sampai masanya rakyat disedarkan bahawa mereka sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh DAP dalam soal penubuhan kilang Lyans ini. Sudah sampai masanya tembelang DAP ini dipecahkan, dan sudah sampai masanya juga dalang dibelakang bantahan DAP ini didedahkan kepada umum.
Secara ringkasnya beginilah. Bantahan DAP adalah mewakili gabungan pengeluar nadir bumi di negara asal nenek moyang mereka yang berasa terancam dengan kehadiran Lynas. Kelompok inilah yang selama ini mengawal pasaran, bakal terjejas dengan teruk dengan kehadiran Lynas dan DAP menjadi ejen mereka di Malaysia untuk membantah penubuhan Lynas.
Jangan salah faham, ini bukan tentang persaingan harga. Produk nadir bumi yang bakal dikeluarkan Lynas adalah jauh lebih mahal daripada harga yang dikeluarkan negara pengeluar yang memonopoli pengeluaranya sekarang. Tapi ini tentang kualiti dan kesannya kepada alam sekitar yang lebih memihak kepada produk keluaran Lynas serta memudahkannya menembusi pasaran Eropah.
Yang kita didendangkan kononnya bantahan ini ada kaitan dengan alam sekitar dan sebagainya tu hanyalah cubaan untuk mengalihkan perhatian dari motif sebenar.
Kalau nak kira radiokatif, radiasi dan nuklear, lebih baik Fuziah Salleh yang diperalatkan DAP itu mengadakan bantahan di loji nuklear milik Nuklear Malaysia di Bangi. Kebetulan Bangi juga adalah Fuziah Salleh bermaustatin, bukan di Pahang. Itu baru betul isu nuklear, yang di Lynas ini bukan kilang nuklear pun hanya kilang kimia biasa.
Kenapa Fuziah tidak mengadakan demonstrasi disitu atau Himpunan Hijau yang digebang hebat sangat tu?
Sebab Fuziah bukan tahu apa benda, dia hanya diperalatkan parti cauvanis cina DAP, atau nampak sangatlah isu ini bukan berkenaan alam sekitar tapi mengelakkan periuk nasik nenek moyang pemimpin DAP di Tanah Besar sana terjejas olehnya. Iu belum lagi kita bercakap tentang sokongan ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat, YB Dr. Che Rosli yang juga seorang pakar nuklear ke atas pembinaan Lynas di Malaysia.
Ini bukan ahli Parlimen BN pun tapi PAS dan beliau turut sama membantah penipuan dan pembohongan yang dilemparkan partinya sendiri serta rakan gabungan dalam Pakatan Harami, DAP mengenai Lynas ini dengan ilmu, bukan retorik.
Tuan tuan, ini belum lagi DAP jadi kerajaan atau sebahagiah dari kerajaan Malaysia, DAP sudah sanggup menjadi alat negara luar untuk mensabotaj ekonomi negara kita. Bayangkanlah kalau mereka sudah jadi sebahagian dari kerajaan besok. Isu ini sebenarnya lebih besar dan bersifat perkauman dengan DAP menjuarainya. Yang bodoh-bodoh macam Fuziah Salleh dan Khalid Samad ini hanya nampak duit dan kuasa sehingga sanggup diperalatkan DAP.
Sebab itu penulis dimaklumkan semalam, yang hebat membantah di Parlimen adalah ahli Parlimen DAP. Kenapa mengapa? Rujuklah fakta di atas. | ||||||
Salman Rushdie, Anwar & PKR Serasi Bersama Posted: 21 Mar 2012 09:30 AM PDT Kehadiran Anwar Ibrahim di India Today Conclave 2012 (ITC 2012) mudah untuk di fahami kerana objektif penganjuran forum India Today Conclave itu sendiri yang memperjuangkan kebebasan bersuara agak serasi dengan aliran pemikiran Anwar yang diketahui umum agak liberal. Kebetulan ataupun sememangnya sudah tersurat sejak azali, Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie kemudiannya berkongsi majlis tersebut yang berlangsung di New Delhi, India pada 16 & 17 Mac 2012. Salman Rushdie dikenali umum selepas buku karangannya The Satanic Verses secara terbuka menghina sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w yang mengundang kemarahan & bantahan di seluruh dunia Islam. Antara isi kandungan buku itu ialah;-
Boikot ITC 2012 Tatkala Anwar Ibrahim selesa menjayakan ITC 2012 bersama-sama Salman Rushdie, lain pula halnya dengan bekas pemain kriket popular Pakistan, Imran Khan yang mengambil langkah berbeza. Imran Khan yang juga pemimpin pembangkang Pakistan tegas & tekad memboikot acara tersebut sebagai tanda bantahan langsung di atas penyertaan Salman Rushdie ke ITC 2012. Pendirian itu bagaimanapun mengundang cemuhan Salman Rushdie apabila menggambarkan Imran Khan sebagai tindakan ahli politik yang bakal menjadi pemimpin diktator.
Namun demikian dalam satu undian internet di tribune.com.pk, reaksi positif umum menyebelahi Imran apabila lebih 70% menyokong ketegasannya mengasingkan dirinya dari majlis yang turut membabitkan Salman Rushdie. Pandangan ramai yang menyokong Imran Khan itu menunjukkan majoriti khalayak umum khususnya umat Islam, tidak pernah mengambil mudah atau melupakan saja penghinaan yang pernah dilemparkan oleh Salman Rushdie terhadap Rasulullah s.a.w dalam buku karangannya The Satanic Verses. Najeeb Kashgari Hina Rasulullah S.A.W Pada pertengahan Februari lepas, Najeeb A Kashagari seorang wartawan warga Arab Saudi telah ditangkap di KLIA, kerajaan Barisan Nasional (BN) kemudiannya mengambil langkah segera menghantar pulang semula ke negaranya untuk menghadapi pendakwaan menghina keperibadian Rasulullah s.a.w. Najeeb, juga dikenali sebagai Hamza Kashgari dalam twitternya dilaporkan memperlekehkan keperibadian Rasulullah s.a.w melalui beberapa penyataan yang jelas menghina & merendahkan martabat Baginda.
Tindakan penghantaran pulang Hamza ke Arab Saudi bagaimanapun mengundang kecaman pembangkang khususnya dari PKR apabila melabelkan langkah tersebut sebagai melanggar hak asasi manusia & melanggar undang-undang.
Serasi Bersama Dalam isu Najeeb A Kashagari & Salman Rushdie, kedua-duanya memiliki aliran pemikiran yang hampir sama, agak liberal dan begitu kritikal terhadap keperibadian Rasulullah s.a.w. Sedar atau tidak, dalam isu membabitkan kedua-dua individu tersebut, baik Anwar mahupun PKR seakan memandang sepi penghinaan yang pernah dilakukan oleh individu terbabit. Anwar tidak kekok bersama-sama Salman Rushdie menjayakan majlis yang berorientasikan pemikiran liberal & terbuka, manakala pemimpin PKR yang lain lebih mengutamakan hak asasi Najeeb A Kashgari berbanding penghinaan yang dilemparkan terhadap Rasulullah s.a.w. Titik temu di antara Salman, Kashgari, Anwar & pemimpin PKR yang lain ialah semangat liberalisme yang tersemat di hati masing-masing. Corak pemikiran mereka bebas & liberal. Pendek kata mereka semua serasi bersama. |
You are subscribed to email updates from Puteri Bahagian Segambut To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan