Isnin, 26 Mac 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


ANALISIS CALON BOLEH MENANG PRU 13.

Posted: 26 Mar 2012 12:23 AM PDT


'winnable candidate' (calon boleh menang)


Kita rumuskan apa 'winnable candidate' itu supaya setiap kerusi yang kita bertanding, kita cuba tampilkan calon yang ada peluang terbaik untuk menang. Tapi 'winnable candidate' kita ini bukan saja kita lihat daripada segi kebolehan dan rekod kerja yang baik, tetapi juga penerimaan daripada sudut masyarakat tempatan termasuk jentera parti. 

Kalau jentera parti menolak, seorang yang ada kebolehan pada akhirnya dia tidak akan berjaya. Sebaliknya, kalau kita sebagai anggota parti tidak ada sikap yang terbuka dan tekankan orang itu, mesti merupakan calon kerana berdasarkan hirarki, tetapi calon kita itu tidak mungkin berjaya, apa yang berlaku ialah calon kita akan gagal. Jadi 'winnable candidate' ini mesti difahami. 

Kita mesti yakinkan kepada jentera (pilihan raya parti) untuk menerima siapa yang kita tonjolkan, kalau tidak sukar hendak mencapai kejayaan. Sebaliknya, kalau 'winnable candidate' itu yang ditampilkan oleh kelompok dalam sesuatu bahagian, tanpa mengambil kira kehendak pengundi teramai, calon itu pun tidak akan berjaya. 

 Identifikasi mengenai 'winnable candidate' ini. 

Kita sekarang belum lagi muktamad (mengenai calon). Kita mesti membuat penilaian secara objektif, bukan saja subjektif. Ini yang paling penting sekali. Calon yang dipilih bukanlah orang yang kita sukai secara peribadi, tetapi orang yang boleh diterima sebahagian besar pengundi dalam kawasan berkenaan. Itulah yang mesti kita lakukan. Soal menentukan calon ini adalah satu soal yang sangat mencabar dan sukar dilakukan. Mustahil kita dapat memberi kepuasan kepada semua orang. Mengikut pengalaman saya selama 35 tahun dalam politik, tidak pernah berlaku dalam pilihan raya (membuat keputusan mengenai calon yang memuaskan semua pihak).
 
Tetapi apapun keputusan yang dibuat parti, pada kesudahannya kita kena terimalah sebagai orang berparti keputusan parti, walaupun tidak mengikut selera atau kehendak kita. Saya telah mengalami banyak peristiwa di mana saya lihat orang yang setia kepada parti, walaupun keputusan yang dibuat parti tidak disenangi, tetapi dia terima.
 
Tapi jika diterima keputusan itu, calon itu akan menang, tetapi sebaliknya kalau dia terus menentang, dia hendak kata apa hendak jadi jadilah, aku nak menentang. Jadi maknanya dia tidak setia pada parti, dan calon itu kalah dan maknanya parti akan kalah. Dia patut sedar bila parti kalah, maknanya kita akan kehilangan kuasa. Sepatutnya apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2008 di mana kita (BN) tewas lima negeri adalah satu pengajaran yang seharusnya tidak dilupai oleh kita.
 
Dan akibat daripada punca kekalahan itu mesti kita sedar. Saya tidak menafikan kadang-kadang kita tidak dapat memuaskan hati semua penyokong kita pada peringkat bahagian, sebab itu saya kata sejak awal lagi mustahil kita memberi kepuasan 100 peratus kepada ahli dalam satu bahagian sebab di peringkat bahagian, mereka pun tidak sependapat. Apa yang harus ada ialah disiplin parti dan kesetiaan kepada parti. Maknanya bila sampai pada masanya keputusan itu (pemilihan calon) diterima, disokong dan terus dipertahankan oleh setiap ahli parti.




Persediaan jentera parti. 


Sebagai sebuah parti, bila menjelang tiba cabaran yang sangat besar, yakni pilihan raya umum, maka parti mesti berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang sepenuhnya. Kesiapsiagaan yang saya maksudkan ini ialah secara menyeluruh dan komprehensif sama ada dari segi latihan, keilmuan, logistik mahupun dari segi mindset kita, iaitu kerangka minda kita, untuk memberi tumpuan kepada sebarang usaha yang boleh mengukuhkan parti kita, dan sebaliknya untuk mengelak daripada melakukan sebarang perbuatan yang boleh melemahkan parti. 


Jadi pendekatan kita mesti menyediakan barisan yang ampuh, kita mesti rapatkan barisan kita dan kita mesti menampilkan kekuatan yang boleh digeruni pihak lawan.


Yalah, jika kita gunakan analogi perang, maknanya sebelum tembakan pertama diletupkan, maka sebarang angkatan tentera kena melalui proses latihan dan persediaan dari segi strategi dan persediaan dari segi logistik, kelengkapan.


Semuanya ini mesti kita lakukan dalam keadaan sebaik-baiknya untuk mencapai kemenangan yang kita harapkan. Tidak kurang penting juga ialah nilai asas kita dalam menentukan kita boleh menang dalam sebarang peperangan, iaitu nilai seperti ketaatan dan kesetiaan, disiplin, kesungguhan membuat kerja, semangat berpasukan. Semua ini, nilai asas yang kita mesti hayati dan kita tidak boleh kompromi dalam hal ini. Jika tidak parti kita boleh kecundang dalam kawasan yang berkenaan.

 
Kita kalau ada mental strength (kekuatan mental) dan kita ada jiwa yang kental, kita boleh berdepan dengan persekitaran yang sangat mencabar, walaupun pihak musuh membuat apa jua tekanan terhadap kita termasuk tekanan psikologi dan emosi. Tetapi jika kita kental dari segi kekuatan minda dan semangat kita pun kukuh,


 Sokongan pengundi muda 

40 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-13. 

Kita dapati bahawa usaha ini mesti merupakan usaha secara bersepadu, walaupun Pemuda dan Puteri mewakili generasi muda, tetapi mereka juga memerlukan keprihatinan daripada kerajaan dan pucuk pimpinan untuk mereka merealisasikan apa-apa tuntutan yang mereka lakukan bagi pihak orang muda atau generasi muda.

Umpamanya, bila kita buat projek Perumahan 1Malaysia (PRIMA), kita memansuhkan bayaran pendahuluan 10 peratus dan kita hendak menjual rumah pada harga amat berpatutan dengan 100 peratus pinjaman. Ini adalah satu yang berbangkit dalam makmal Pemuda BN yang mencadangkan kepada kerajaan, tetapi Pemuda sendiri tidak boleh menterjemahkan ini dalam bentuk sesuatu dasar atau program. 

Ini memerlukan pertimbangan kerajaan, dan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang amat peka dan prihatin kepada kehendak dan tuntutan generasi muda. Saya sendiri terbabit dengan pelbagai program secara langsung secara khusus dengan generasi muda.

 Jadi, maknanya, walaupun saya bukan orang muda... walaupun saya rasa saya muda (ketawa), tetapi maknanya kita mesti melakukan pendekatan dengan generasi muda seperti mana juga dengan wanita, seperti mana juga dengan warga emas, kelas pertengahan dan pelbagai lagi kelompok dalam masyarakat.  

PERANAN AHLI PARTI

Namun mesej paling penting kepada perwakilan dan ahli UMNO seluruhnya adalah seperti ditegaskan Presiden UMNO , mereka mesti mengutamakan parti melebihi kepentingan diri. Kita setuju bahawa bagi mencapai matlamat disasarkan itu, semua ahli parti mesti memperlihatkan iltizam serta kesungguhan melakukan pengorbanan dan tidak membiarkan kepentingan peribadi mengatasi agenda lebih besar iaitu kemenangan parti.

Ini bermakna ahli serta perwakilan hendaklah mengikiskan sikap menyertai parti untuk mendapat keuntungan diri sendiri. Apa yang perlu ada dalam sanubari setiap ahli UMNO, seperti yang dikehendaki Presiden UMNO itu bukan saja semangat, tetapi juga perasaan 'cinta dan kasih' serta kesanggupan untuk berkorban demi kelangsungan parti dan orang Melayu. 

Mereka tidak perlu melakukan sesuatu yang membahayakan diri atau bergolok bergadai kerana perjuangan. Apa yang diharapkan hanya jangan tunduk kepada tuntutan mana-mana kelompok dalam parti yang mementingkan diri. Faktor kepentingan peribadi inilah yang menjadi antara faktor kekalahan calon BN dalam PRU-12 pada 2008.

Justeru, adalah menjadi harapan pucuk pimpinan parti agar semua ahli UMNO mengekalkan prinsip perjuangan dan menjauhkan diri daripada perkara yang boleh merugikan parti kerana ia akan melemahkan perjuangan dan akhirnya memberi kelebihan kepada pembangkang. Perhimpunan agung kali ini adalah wadah bagi membuktikan perpaduan di kalangan ahli dan memperkukuhkan komitmen terhadap perjuangan parti. Kini segala keputusan berada di tangan perwakilan dan ahli UMNO. Jika kemenangan yang dicari dan mahukan UMNO terus kekal berkuasa, berkorban dan bersatulah seperti disarankan presiden parti. 







BN DAN PR : KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SELEPAS PRU 12.

Posted: 25 Mar 2012 09:19 PM PDT


PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sistem ini telah diamalkan untuk memilih pemimpin sejak tahun 1955 sebelum negara kita mencapai kemerdekaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, demokrasi bermaksudpemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya. Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh warganegara. Oleh itu, ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalampilihan raya. Sebahagian parti yang lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar dan menjadi sebuah barisan parti politik.
Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008. Parti yang bertanding dalam pilihan raya tersebut termasuk Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), calon bebas dan lain-lain. Barisan Nasional (BN) merupakan parti campuran utama di Malaysia. BN diasaskan pada tahun 1973 dan terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan),Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP),Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak.
Selain itu, Parti Pakatan Rakyat pula terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sertaParti Tindakan Demokratik (DAP) yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya. Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan lima buah negeri Malaysia selepas mencapai kemenagan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Negeri-negeri yang diterajui termasuk Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor.
Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 kurang memberangsangkan bagi Barisan Nasional (BN). Hal ini kerana BN hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas (iaitu lebih daripada 1/2 jumlah kerusi, tetapi kurang daripada 2/3 jumlah kerusi). Bagi Dewan Undangan Negeri pula, Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah,Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta gagal mencapai hasratnya untuk membentuk kerajaan di negeri Kelantan. Kebanyakan calonUMNO tewas kepada PAS. Sementara calon Gerakan, MICdan PPP kalah teruk kepada DAP, PKR dan PAS. Jumlah pengundi Pilihan Raya Umum Ke-12 ialah 10,740,227 orang dan pengundi yang keluar mengundi ialah 8,161,039 orang. Barisan Nasional telah memenangi sebanyak 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
KELEBIHAN PAKATAN RAKYAT DALAM MEMENANGI PILIHAN RAYA DAN MEMACU NEGARA PADA MASA AKAN DATANG.
Pilihan raya umum ke 12 telah lama melabuh tirainya, tetapi kehangatannya masih terasa hingga ke hari ini. Biarpun negara telah melalui pililihan raya kecil yang menunujukkan persaingan sengit antara dua gagasan yang besar iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Dalam persaingan ini kita dapat lihat kemenangan yang diperolehi oleh kedua-dua gagasan ini adalah seimbang yang itu 8-8 ini menunjukkan keseimbangan. Bermula dengan pilihan raya Parlimen Permatang Pauh, P44, sehingga baru-baru Pilihan Raya Dun Kerdau, N28 dan N 27 dan ada kemungkinan Pilihan Raya Kecil serta Pilihan raya umum ke 13 yang mana gelombang semakin kita rasai. Sebelum itu, kita perlu mengenali apa itu Pakatan Rakyat.
SEJARAH AWAL PENUBUHAN.
Dalam menyoroti sejarah pakatan ini tidak banyak yang terjadi dan perkara yang berlaku keatas pakatan ini. Seperti kita sedia maklum penubuhan Pakatan Rakyat pada 1April 2008, selepas tsunami politik pada PRU ke 12. Pada tarikh inilah terjalinlah ikata antara tiga parti yang sentiasa berada di posisi pembangkang. Parti –parti tersebut adalah PAS, PKR dan DAP . seterusnya pakatan ini telah dianggotai oleh parti dari Sarawak iaitu SNAP. Sebelum membincangkan lebih panjang lebar, lebih baik kita mengetahui sejarah satu – persatu parti dalam Rakya secara umum.
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditubuhkan pada 24 November 1951. Di peringkat awal perkembangannya , PAS telah dipengerusikan oleh haji Ahmad Fuad Hussein yang kemudianya digantikan oelh Haji Abbas Alias. Kini PAS diketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang sebagai presiden. Dasar perjuangan PAS adalah berlandaskan Islam yang bermatlamatkan menegakkan kebenaran dan menjauhi serta menegah kemungkaran sebagaimana termaktub dalam mukadimah perlembagaan PAS. PAS juga mempunyai hasrat untuk menegakkan sebuah negara Islam di negara ini. Untuk itu PAS telah menggariskan 11 cara bagi mencapai impian tersebut. Antaranya yang penting ialah:
1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan Sunnah Rasul melalui dakwah secara lisan, bertulis dan amalan
2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan ideologi politik dan memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan dalam segenap bidang.
3. Mempertahankan bangsa dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di samping mengembangkan bahasa al-Quran.
4. Memperjuangkan hak-hak kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera dalam usaha mencapai cita-cita kehormian antara kaum dalam negara.
5. Memperjuangkan kewujudan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan melayu yang tidak berlawanan dengan ajaran Islam
PAS pernah menganggotai Barisan Nasional pada tahun 1972 di bawah pimpinan Datuk Mohd. Asri Hj. Muda, tetapi kemudiannya telah di keluarkan daripada BN pada tahun 1977.
DAP ( DEMOCRATIC ACTION PARTY)
DAP telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang keanggotaan terbuka kepada semua kaum pada 18 Ogos 1966. Sejarah kelahiran DAP adalah lanjutan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Ia diasaskan oleh pemimpin DAP (setelah Singapura di singkirkan dari Malaysia) seperti Cheb Man Hin, Devan nair dan Goh Hock Guan. Justeru itu, dasr perjuangan DAP pada asasnya tidak jauh berbeza dengan perjuangan PAP iaitu ke arah pembentukan ' Malaysian Malaysia' yang berdasarkan:
1. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, Malaysia bukanlah menjadi milik mana-mana satu kaum yang tertentu. Justeru itu, tidak ada satu kaum yang boleh mengganggap dirinya sebagai tipikal Malaysia. Ini adalah satu norma yang patut dipatuhi
2. Kebudayanan Malaysia adalah gabungan semua aliran kebudayaan yang ada di Malaysia.
3. Semua bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia daripada berlainan keturunan adalah bahasa Malaysia.
4. Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa bersam sebagai bahasa atau kuasa perpaduan dan bukan perpecahan
5. Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam satu sistem pelajaran yang benar-benar bersifat Malaysia dalam bentuknya.
Selain prinsip ini, DAP juga bergerak atas dasar- dasar yang dimeterai melalui Deklarasi Setapak 26 Julai 1967. Berasaskan deklarasi ini, tiga matlamat penting yang hendak dicapai oleh DAP ialah demokrasi politik, demokrasi sosial dan ekonomi serta demokrasi kebudayaan. DAP merupakan antara parti yng aktif dalam memainkan peranannya sebagai parti pembangkang . Antara pemimpin DAP yang popular termasuklah Lim Kit Siang, Lee Lam Thye( keluar parti pada tahun 1990), karpa Singh dan juga Lim Guan Eng.
PARTI KEADIALN RAKYAT (PKR)
Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah salah sebuah parti pembangkang di Malaysia yang merupakan hasil gabungan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia(PRM). Parti KeADILan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatanAnwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuanganP mereka.
Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 April 1999.
Selepas Pilihanraya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.
Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.
Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Selepas Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.
Parti Keadilan Rakyat mendapat suntikan baru selepas pembebasan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah pada 2 September 2004, selepas enam tahun di dalam tahanan dan penjara.
KELEBIHAN PAKATAN RAKYAT (PR)
Dalam membincangkan hal ini ia kurang dijumpai mana-mana media yang berkiblatkan oleh kerajaan mahupun bahan ilmiah. Tetapi melalui media alternatif banyak menceritakan hal sebegini. Pada umum kita dapat lihat pada Pakatan Rakyat membawa imej pembangkang serta sentiasa tidak mempersetujui dengan dasar yang dibawa oleh kerajaan dan sebarang yang dicorakkan oleh kerajaan di Malaysia. Persoalannya daripada perspektif manakah yang kita dapat lihat kelebihan barisan utama pembangkang ini?
Calon yang bersih serta mempunyai "Public Figure" yang baik.
Untuk menjawab persoalan ini kita lihat pada calon dan pemimpin mereka yang menang dalam kebanyakan pilihan raya. Kebanyakan pemimipin yang ditonjolkan mempunyai latarbelakang keluarga serta latar pendidikan yang hebat dan baik. Kita dapat lihat pada mursyidul am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, telah menjadi suatu ikon dikalangan ahli PAS sendiri dengan membawa imej seorang ulama' serta tokoh agama yang disegani beliau amat dihormati oleh kawan dan lawannya. Selain itu juga dikalanga pemimpin Pakatan Rakyat sendiri mempunyai imej yang bersih berbanding Pemimpin kerajaan. Maksud saya bersih adalah dikalangan mereka bebas daripada politik wang, rasuah, pecah amanah dan lain yang berkaitan keruntuhan intergriti sebagai seorang pemimpin.
Pentadbiran yang telus
Dikala kejatuhan Barisan Nasional di Kedah, Selangor,Pulau Pinang dan Perak ( kemudian dirampas semula dengan tidak mengikut perlembagaan). Serta Kelantan yang dapat dipertahankan waima menang besar. Dalam masa tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, tampuk pemerintahan mereka kurang dari segi indeks rasuah malahan mereka mencabar SPRM secara terbuka untuk menyiasat kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sekiranya ada laporan rasuah ataupun mempunyai kaitan keruntuhan intergriti. Seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan
Memberikan hak yang sepatutnya serta menjaga hak rakyat.
Oleh kerana Pakatan Rakyat adalah suatu barisan pembangkang yang masih baru. Pembuktian yang seperti mana yang di atas adalah dalam masa tiga tahun iaitu selepas kemenangan mereka pada Mac 2008 hingga ke hari ini tahun 2011. Dalam waktu singkat inilah bahawasaya Pakatan Rakyat mampu melakukan janji mereka sebelum PRU-12. Ia dapat lihat seperti mana di Selangor yang dapat memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat Selangor. Sepertimana yang diucapkan oleh saudara Rafizi Ramli iaitu pengarah strategik Pakatan Rakyat, "kerajaan Selangor dalam masa tiga tahun memerintah Selangor, kerajaan Selangor telah mengembalikanRM 280 juta kepada rakyat, seperti air percuma kos air percuma kosnya RM 12juta setiap bulan kita boleh kira kosnya dalam setahun, selain itu hadiah kepada rakyat, hadiah masuk university dan khairat kematian RM 2500.( Rafizi Ramli, forum bicara rakyat, RTM). Selain itu juga, baru-baru ini di Kelantan , di DUN Salor, kerajaan Kelantan telah memberikan skim al-Itam ataupun skim beras percuma. Skim ini adalah untuk mengurangkan bebanan rakyat yang dapt kita lihat pada masa kini harga barang keperluan semakin meningkat. Kumpulan sasaran untuk skim ini adalah warga emas, golongan miskin serta golongan petani.
BUKU JINGGA
Baru-baru banyak polimek tehadap buku ini. Walaupun banyak yang tidak setuju dengan agenda yang dibawa dalam buku ini. Kebiasaannya serangan diajukan oleh pihak kerajaan. Persoalannya, apakah sebenarnya Buku Jingga? Buku jingga ini adalah boleh dikira manifesto atau janji awal Pakatan Rakyat sekiranya memerintah Malaysia. Skop utama buku ini adalah program 100 hari sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Dalam program ini pakatan rakyat akan memberikan semula hak rakyat dan memberikan laba untuk rakyat. Selain itu juga menjalankan pemerintahan dengan adil dan bersih.
Antara lain janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga ini adalah:
1. Penghapusan tol dalam masa tujuh tahun
2.Penurunan harga minyak
3. Elaun sebanyak RM 500 kepada golongan pendidik.
Kelemahan dalam Pakatan Rakyat.
Setiap benda dalam dunia ini tidak kira, ciptaan Tuhan atau manusia mesti mempunyai kelemahan dan kekurangan. Parti Paktan Rakyat yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS, mempunyai banyak masalah dan kelemahan dalam pentadbiran, masalah pemimpin, dan sebagainya yang menyebabkan rakyat kurang yakin dengan Pakatan Rakyat untuk menerajui tampuk pemerintahan negara yang akan menguasai parlimen suatu hari nanti. Melalui kajian yang kami lakukan terdapat banyak kelemahan yang telah dikenal pasti berlaku dalam Pakatan Rakyat. Kelemahan ini sebenarnya telah lama ada dalam parti namun selepas pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008 yang mana Pakatan Rakyat berjaya mengesuai beberapa buah negeri seperti Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang yang duhalunya dikuasai oleh kerajaan. Namun selepas itu barulah kelemahan-kelemahan ini timbul dan mula disedari oleh rakyat. Antara kelemahan-kelemahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat ialah:
1. Masalah dalam pemilihan jawatan dalam parti.
Tampuk pemerintahan sesebuah parti sememangnya memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu agenda yang ingin dicapai. Mereka yang terpilih mestilah daripada mreka yang diundi oleh ahli-ahli parti. Calon yang bertanding juga mestilah mempunyai kredibiliti yang baik untuk memastikan parti dapat bergerak dan seterusnya berjaya menguasai negara. Ahli-ahli parti yang mengundi mestilah memilih calon yang benar-benar layak untuk memegang sesuatu jawatan. Namun dalam Pakatan Rakyat terdapat penyelewengan berlaku dalam menentukan calon yang layak menguasai jawatan tertinggi parti.
Sebagai contoh dalam pemilihan jawatan tertinggi PKR pada November 2010 lalu, didapati terdapat penyelewengan berlaku dalam pemilihan Timbalan Presiden parti ini. Ketua Umum parti ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dikatakan telah melakukan penyelewengan dalam memilih jawatan tertinggi parti ini. Mereka dikatakan telah menentukan siapa yang inginkan untuk menguasai sesuatu jawatan itu dan bukan berdasarkan undi ahli-ahli PKR. Misalnya dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR yang dipertandingkan, terdapat tiga calon yang merebut jawatan ini iaitu Datuk Zaib Ibrahim, Azmin Ali dan Mustapa Kamil Ayub. Dalam pemilihan jawatan ini dimenangi oleh Azmin Ali. Datuk Zaid Ibrahim telah mendakwah bahawa kemenangan ini sebenarnya telah di atur oleh pucuk pimpinan iaitu ketua umum dan presiden parti. Hal ini menyebabkan Datuk Zaib Ibrahim telah melepaskan semua jawatannya dalam parti dan telah bertindak keluar dari parti. Keadaan ini menyebabkan persepsi rakyat terhadap PKR berbentuk negatif yang menyebabkan salah seorang ahli yang merupakan antara tulang belakang parti keluar parti.
Selain PKR sebuah lagi parti Pakatan Rakyat turut memperolehi nasib yang sama iaitu Parti Demokratik Rakyat (Democratic Action Party) DAP. Dalam akhbar China Press melaporkan bahawa dalam pemilihan jawatan presiden di Pulau Pinang mendapati bahawa undian tertinggi diperolehi oleh seorang wakil yang berketurunan India, namun jawatan ini diberikan kepada wakil kaum Cina.
Keadaan ini menyebabkan ramai penyokong PKR dan Pakatan Rakyat akan berpaling tadah kepada pihak kerajaan yang menyebabkan keinginan untuk menawan Putrajaya semakin tipis. Keadaan ini harus diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan pengundi parti memandang serong terhadap parti.
2. Berlaku lompat parti/ keluar parti
Selepas tiga tahun pilihan raya umum ke-12 berlansung, ramai wakil Pakatan Rakyat telah keluar dari parti atau lompat parti. Keadaan ini menunjukkan bahawa wakil rakyat tersebut tidak yakin atau tidak pasti dengan misi utama yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Antara wakil rakyat yang berpaling tadah ialah Datuk Zaid Ibrahim yang telah keluar parti selepas tidak berpuas hati dengan pemilihan jawatan tertinggi parti yang dikatakan telah ditentukan oleh ketua umum dan presiden parti tersebut.
Lompat parti atau menjadi parti bebas telah memberi kesan kepada Pakatan Rakyat dimana mereka akan kehilangan banyak kerusi. Namun masalah yang paling terbesar dan kontoversi berlaku di Perak. Selepas pilihan raya umum ke-12 berlansung Pakatan Rakyat telah menguasai negeri Perak dengan 31buah kerusi berbanding 28 buah kerusi yang dimiliki oleh Barisan Nasional. Namun setelah beberapa bulan berlalunya pilihan raya umum 2008, seramai 4 orang wakil rakyat telah keluar dari Pakatan rakyat dan menjadi calon bebas. Hal ini menyebabkan bilangan kerusi yang dikuasai oleh Parti Pembangkang berkurang kepada 27 kerusi kurang satu kerusi dari Barisan Nasional yang masih menguasai 28 kerusi. Disebabkan hal ini, pucuk pimpinan negeri Perak telah bertukar tangan kepada Barisan Nasional kerana hilang majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN). Keadaan ini memberikan kesan kepada parti pakatan yang kehilangan kuasa di Perak dan seterusnya menyukarkan mereka untuk menakluk Putrajaya.
3. Masalah peribadi yang dihadapi pemimpin utama mereka
Seseorang pemimpin memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju sesuatu kumpulan, persatuan atau parti. Pemimpin yang baik dapat menjaga kebajikan ahli-ahlinya dan menonjolkan satu keperibadian yang baik kepada ahlinya. Jika seseorang ketua tidak dapat menampilkan keperibadian yang baik walaupun mempunyai kelebihan dalam kepimpinan, seseuatu parti juga tidak akan dapat berkembang. Seperti yang berlaku pada zaman Kerajaan Islam iaitu Kerajaan Bani Umaiyah yang jatuh disebabkan oleh masalah kepimpinan. Dalam pakatan rakyat ini, ketua pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pelbagai masalah dan yang paling mendapat perhatian ramai seluruh penduduk Malaysia dan dunia ialah kes sodomi.
Kes sodomi atau liwat ini melibatkan Saiful Bahri iaitu bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwah Anwar telah meliwat beliau di sebuah kondominium sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada dalam kabinet kerajaan. Masalah ini juga masih mendapat keputusan yang muktamat yang dapat membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bnersalah atau tidak. Walaubagaimanapun, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah sekalipun ia tetap memberikan kesan mendalam kepada Parti Perikatan yang sedang berusaha untuk mencapai impian mereka untuk menguasai pentadbiran negara. Perkara ini akan memberi kesan kepada pengaruh parti terhadap rakyat yang mengingkan keamanan dan keharmonian hidup. Kewibawaan dan personaliti seorang pemimpin sememangnya menjamin kemakmuran negara.
KEKUATAN BARISAN NASIONAL UNTUK MEMENANGI PILIHAN RAYA KE-13(PRU13) BAGI TERUS MEMACU KEMAJUAN NEGARA
1. Gagasan 1Malaysia
Gagasan ini telah diperkenalkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia yang keenam . gagasan ini telah dimulakan selepas beliau mengambil tampuk pemerintahan negara dari perdana menteri yang kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Gagasan satu Malaysia di perkenalkan adalah bertujuan untuk mencapai perpaduan diantara kaum yang terdapat dalam negara ini. Gagasan ini adalah bertujuan untuk membina sebuah negara yang dapat dikongsi bersama dengan masyarakat berbilangkaum tanpa membelakangi perlembagaan dan hak-hak bumiputera.
Antara langkah yang telah diambil dalam melaksanakan gagasan 1 Malaysia kerajaan berusaha untuk membanteras kemiskinan di kalangan masyarakat di negara ini. Kerajaan memberikan hak sama rata kepada semua kaum yang erdapat di negara tanap mengira status, namun begitu hak-hak bumiputera seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan tidak diketepikan . Ini bertujuan utnuk mengelakkan peristiwa hitam yang pernah dialami oleh negara berulang kembali. Pembangunan yang dibuat adalah lebih mengutamakan kepentingan rakyat , antaranya seperti membasmi kemiskinan, menaik taraf sistem penggangkutan awam dan keperluan yang lain.
2. Program Juara Rakyat
Program ini adalah bertujuan untuk memenagi hati rakyat dan hati pengundi terutamanya kaum melayu. Program ini merangkumi bidang ekonomi, sosial , pendidikan, pembangunan belia dan sebagainya supaya Umno dilihat lebih semarak dan bertenaga.
Gerakan juara rakyat ini adalah satu program transformasi Umno untuk mendekati masyarakat hingga peringkat akar umbi. Selepas Pilihan raya umum ke-12, kerajaan yang memerintah kini melihat bahawa trend mengundi masyarakat melayu tidak lagi berpihak kepada Umno dan berpecah mengundi pihak pembangkang. Jadi dengan adanya program seperti ini pemimpin- pemimpin kerajaan dapat menyelami dan menyelusuri kemahuan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Seterunya program ini dapat mengembalikan semula kepercayaan masyarakat kepada kerajaan yang memerintah pada masa kini dapat membela nasib rakyat.
3. Memberi Bantuan Kepada FELDA
Setiap kali apabila tiba musih pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil Felda seringkali menjadi alat permainan dan tempat bagi sesetengah pihak bagi melimparkan fitnah kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini. Pihak pembangkang terutamanya cuba mengalihkan perhatian rakyat atas masalah yang di hadapi Pakatan Rakyat. Pihak pembangkang seringkali membuat tuduhan dan cerita yang tidak berasas terhadap Felda bagi memburuk-burukkan kerajaan yang memerintah iaitu Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno. Propaganda yang di buat adalah disebabkan pembangkang ketandusan idea untuk memenangi hati masyarakat Felda yang kebanyakanya terdiri dar orang melayu.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk menfikan dakwaan tersebut. Jika kita lihat semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Hj Abdullah bin Hj Ahmad Badawi telah membawa kemajuan kepada tanah rancangan tersebut. Antara usaha yang dilakukan adalah membuka peluang kepada anak-anak peneroka Felda melibatkan diri dalam sektor pengajian dan pekerjaan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Antaranya memberi peluang kepada anak-anak Felda menceburkan diri dalam bidang aeroangkasa. Kebanyakan jurutera yang terdapat dalam Syarikat Penerbangan Malasysia(MAS) adalah terdiri dari pada anak-anak Felda.
Felda yang kini dibawah pemerintahan Dato Seri Najib Tun Razak telah menerima pelbagai insentif dan pelbagai bantuan kewangan telah diberikan, ini sebagai tanda kerajaan yang memerintah pada hari ni adalah sebuah kerajaan yang adil dan tidak seperti yang dihebahkan oleh Pakatan Pembangkang.
4. Memperoleh Kemenangan Dalam Piliharaya Kecil.
Sebelum ini kita melihat setiap kali pilihan raya kecil yang diadakan sudah pasti akan dimenangi oleh pihak pembangkang. Namun begitu trend pada hari ini dilihat agak berbeza di mana pilihan raya yang diadakan pasti akan di menangi oleh Barisan Nasional. Kemenangan ini adalah sebagai satu penanda aras kepada kerajaan terhadap sokongan yang diberikan oleh rakyat.
Kemenagan yang diperoleh Barisan Nasional adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya adalah rakyat telah mula sedar pihak yang berhak untuk terus menerajui pemerintahan negara. Selain itu, kepincangan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat juga menjadi faktor masyarakat kembali memberi sokongan kepada kerajaan. Contohnya sebelum semasa Pilihan raya Umum ke-12 pihak pembangkang telah menjanjikan pelbagai manifesto yang mengelirukan masyarakat, dimana mereka menjanjikan akan memberikan air secara percuma kepada negeri-negeri yang berjaya dikuasai. Namun begitu sehingga ke hari ini janji-janji tersebut tidak dapat ditunaikan, sebaliknya cuba untuk mengheret bersama Kerajaan Persekutuan di atas maslah yang dihadapi pakatan rakyat. Kegagalan pihak pembangkang mengotakan janji tersebut menyebabkan rakyat berasa tertipu dengan janji-janji yang ditabur oleh pembangkang.
Kelemahan Barisan Nasional Dalam Pilihan Raya Ke-12
1. Kenaikan Harga Barang
Antara kelemahan barisan nasional atau BN dapat di lihat dari segi pemerintahan yang di laksanakan selepas pilihan PRU ke 12 yang menunjukkan bahawa parti barisan nasional telah mengalami perubahan. Contoh dapat di lihat pada zaman mantan perdana menteri kita iaitu Dari Seri Ahmad Badawi telah berlaku perbagai perubahan. Perubahan ini dapat di lihat dengan corgan kata islam hadari yang menekan aspek sama rata dan mementingkan keamanan negara. Namun slogan ini hanya tinggal kenangan sahaja selepas di ambil alih kuasa dengan perdana menteri yang baru ini iaitu Dato Seri Najib bin Tun Razak yang memperkenalkan gagasan satu malaysia. Selain itu pada zaman pemerintahan mantan perdana menteri kita telah berlaku berbagai masalah yang menunjukkan kenaikan harga barang yang meningkat terutama harga barang keperluan asas seperti minyak masak. Kenaikan harga barang ini teleh membuktikan kelemahan barisan nasional yang mengatakan bahawa harga barang keperluan asas tidak akan naik. Namun harga barang tetap naik semasa pemerintahan mantan perdana menteri kita itu sebnayak 3 kali. Kenaikan harga barang ini bukan sahaja membebankan rakyat malahan rakyat terpaksa menderita akibat kenaikan harga barang ini terutama golongan yang berpendapatan rendah.
2. Masalah Rasuah Dan Pergolakkan Dalaman Parti
Seterusnya kelemahan barisan nasional dapat di lihat dari segi pemerintahan dalaman . Berlaku banyak rasuah semasa pemerintahn barisan nasional, ini dapat di lihat iaitu Khairi Jamalaudin telah mendapat tender dari syarikat tertentu tanpa membuat sebarang kertas kerja. Kelemahan barisan nasional ini dapat di lihat secara terbuka dengan berlakunya penyelewangan kuasa pemerintahan. Mereka hanya ingin mendapat keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib orang di bawahan mereka yang sentiasa di tindas oleh orang atasa. Contoh dapat di lihat dari segi pemberian rasuah. Pada satu hari seorang lelaki dari parti barisan nasional telah singgah makan di sebuah kedai makan semasa pilihan raya. Apabila lelaki itu hendak membawa makanan itu dia tiada wang kecil dan megeluarkan wang sebanyak RM 50.00 kepada pekedai itu malahan pekedai itu tiada wang kecil untuk membalikkan wang yang di berikan. Seterusnya wakil parti nasioanal itu berkata tidak apa ambil sahaja lebihnya dan undilah barisan nasional. Di sana dapat di lihat pemberian rasuah untuk menarik supaya mengundi barisan nasional. Semasa perlaksanakan projek dagangan bebas zon yang di buat oleh bekas mantan menteri pegangkutan yang Chan Kong Choi hanya projek gajah putih yang terbengkalai menjadi bangunan yang mengotorkan pemandangan apabila di lihat. Projek ini tidak di teruskan kerana berlaku peryelewangan wang yang dapat di lihat mantan menteri pengangkutan telah merahsiakan kos pembelanjaan projek itu bernilai RM13 bilion ringgit malaysia semasa pemerintahan Mantan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.
3. Manifesto Barisan Alternatif Dan Pembangkang
Kelemahan barisan nasional yang lain iaitu manisfesto Pakatan Rakyat. Manisfesto ini adalah janji semasa berlakunya pilihan raya yang dibuat oleh Pakatan Rakyat untuk menarik perhatian golongan rakyat supaya mengundi Pakatan Rakyat. Tetapi manisfesto ini hanya untuk mengkaburi mata rakyat supaya mempercayai janji yang mereka buat. Antara janji yang mereka buat ialah menberikan alauan sebanyak RM 600 sebanyak sebulan kepada mana-mana pelajar yang dapat melakyakan diri masuk ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta. Namun masih sekarang tiada tunai janji yang mereka ingin kotakan sedemikian.
KESIMPULAN
Apa yang dapat disimpulkan hasil perbincangan di atas, selepas Pilihan Raya Umum yang ke 12, telah berlaku satu perubahan yang agak besar dalam sistem politik negara kita. Keadaan ini dapat dilihat melalui penubuhan Parti Pakatan Rakyat (PR). Ini merupakan satu pencapaian yang agak baik bagi parti pembangkang. Hal ini demikian kerana, jika sebelum PRU ke 12, parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP telah bertanding anatara satu sama lain untuk menguasai pucuk pimpinan negara. Selepas PRU Ke 12, Parti pembangkang juga dapat menguasai beberapa buah negeri yang sebelum ini dikuasai oleh parti Barisan Nasional. Keadaan ini bermakna, parti pembangkang telah mendapat sokongan rakyat.
Jelaslah kepada kita juga bahawa setiap parti sama ada parti Pakatan Rakyat mahupun Parti Barisan Nasional mempunyai kelebihan dan kekurangan masing- masing. Kelebihan tersebut merupakan kekuatan mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat sehingga mereka dapat meneruskan pemerintahan ke atas negeri yang sama yang sebelu ini mereka perintah dan kekurangan mereka merupakan sebab mereka tidak mendapat sokongan daripada rakyat sehinggakan mereka tidak dapat memerintah ke atas negeri yang sebelum ini mereka perintah. Keadaan ini juga menunjukkan perubahan yang agak besar yang berlaku dalam sistem pentadbiran di negara kita.
Sebagai contoh, kelebihan Pakatan Rakyat dapat dilihat apabila usaha mereka dalam menjadikan Bandar Bangi sebagai bandar ilmu. Usaha ini adalah kerana pihak pembangkang sedar bahawa Bangi merupakan kawasan yang menempatkan 18 institusi pengajian awam dan swasta. Manakala pihak kerajaan melelui slogan 1 Malaysia telah membina Klinik 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia ditubuhkan dikawasan pedalaman dan pinggir Bandar yang bertujuan untuk memberi kemudahan perubatan yang sempurna kepada mereka yang tidak berkemampuan.
Seperti mana yang kita ketahui juga, kedua- dua parti Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai ideologi yang berbeza. .Melalui ideologi- ideologi tersebutlah yang membawa kepada penerimaan rakyat atau sebaliknya. Perbezaan ideologi bermakna perbezaan cara parti- parti tersebut untuk memajukan rakyat dan negeri yang di perntahnya. Sebenarnya, perbezaan ideologi tesebut membawa kebaikan kepada rakyat. Sebagai contoh, jika sebelum ini, pihak kerajaan yang telah memerintah sesebuah negeri, pelbagai pembangunan yang dibuat untuk memajukan negeri tersebut, apabila pihak pembangkang telah memerintah tersebut selepas PRU ke 12, mereka lebih mempergiatkan usaha untuk memajukan negeri tersebut, tetapi ideologiya adalah berbeza. Ini bermakna, rakyat di negeri tersebut mendapat kebaikan dan faedah yang berbeza.
Tidak dapat di nafikan bahawa, terdapat pemimpin yang menjanjikan pelbagai kemudahan, pembagunan dan sebagainya dalam usaha menarik perhatian rakyat supaya memilih mereka sebagai pemimpin. Keadaan ini biasanya berlaku semasa pilihan raya yang bakal diadakan. Setelah mereka berjaya memegang tampuk kepimpinan, ternyata indah khabar dari rupa. Segala yang dijanjikan hanya tinggal janji. Pembinaan rumah yang terbengkalai, jalan raya yang berlopak, kemudahan asas bagi penduduk dan sebagainya. Semua itu masih sama sebelumnya.
Masyarakat pada masa kini lebih berpengetahuan dan celik tentang politik hasil penciptaan pelbagai teknologi. Mereka bukan seperti masyarakat dahulu yang mana kekurangan teknologi menyebabkan mereka ketandusan tentang politik negara. Sebagai rakyat Malaysia terutama para belia yang bakal menerajui negara, kita seharusnya bijak dalam memilih bakal pemimpin. Hal ini kerana, jika seseorang pemimpin itu membawa kepada kemajuan dan sebaliknya, itu adalah kerana kita yang memilih mereka sebagai pemimpin. Pemimpin yang berwibawa mampu membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada negara.
Tugasan : Penuntut UPSI.

Tiada ulasan:

Pengikut