Ahad, 19 Februari 2012

Razlan's

Razlan's


Kekalutan Isu Pelaburan EPF !!

Posted: 19 Feb 2012 10:01 PM PST


Isu penjualan Perumahan Rakyat dan perumahan Awan yang di usahakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah dibangkitkan semula oleh Pihak Pembangkang, YB Tony Pua dan YB Nurul Ezah.

Sebagai rakyat biasa, saya pelik melihat telatah mereka yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat, sekiranya dahulu, PKR mendapat sokongan di kebanyakkan yang menginap di PPR, namun senario hari  ini amat berbeza kerana kerajaan telah mengotakan janji-janji.

Niat Pembangkang, tidak lain tidak bukan hanya mahu mendapat populariti terhadap apa sahaja isu yang di usahakan oleh Pihak Kerajaan sehingga sanggup mempergunakan usaha pihak kerajaan memberikan keutamaan membantu orang kurang berkemampuan di Bandar memiliki rumah.

Formula kerjasama Pihak Kerajaan dan pihak Swasta serta EPF melalui "Special Purpose Vehicle" iaitu Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan telah memberi peluang kepada penyewa  PPR untuk memiliki rumah.

Antara punca penyewa gagal mendapatkan pinjaman adalah tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan tetap, ini tidak bermakna mereka tidak mampu untuk membuat bayaran bulanan kepada pihak DBKL.

Janji pihak Kementerian kepada pencarum EPF adalah, hanya mereka yang tidak mempunyai "Tungakkan Sewaan" sahaja akan dibenarkan mendapatkan pinjaman perumahan, bukan itu sahaja, Pemilik juga diberi pilihan untuk terus menyewa seperti biasa atau mengambil peluang keemasan ini untuk memiliki harta sendiri.

Penemuan formula ini hasil dari kaji selidik pihak EPF serta Kementerian, dan pelaburan yang ditawarkan kepada EPF bukanlah satu pelaburan yang merugikan kepada pencarum kerana 5.5 peratus merupakan keuntungan kepada pihak EPF.

Pembeli juga tidak harus termakan hasutan daripada pembangkang kerana anda semua mendapat peluang memiliki harta dengan kadar 3% kurang daripada pinjaman biasa yang dikenakan oleh bank swasta iaitu sekitar 9.5%.
Saya percaya, semua pihak mahukan kehidupan yang baik dan selesa, melalui skim ini, penduduk PPR mempunyai peluang untuk memiliki harta didalam bandar yang sepatutnya dibeli dengan harga sekitar RM100,000 dan inilah yang membimbangkan pihak pembangkang kerana kerajaan BN telah meneruskan usaha membela rakyat kurang berkemampuan tidak kira di kampung ataupun di bandar.

Antara mereka yang tidak mempunyai bukti pendapatan tetap adalah peniaga nasi lemak, pemandu teksi, penjual kuih dan mereka yang berniaga kecil-kecilan, dan kemampuan mereka membayar bulanan kepada DBKL telah membuktikan mereka mampu untuk membayar sewaan bulanan.

Hasrat murni kerajaan adalah untuk membantu golongan ini untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga mereka dengan memiliki harta sendiri, memiliki rumah sendiri antara keinginan setiap keluarga dan usaha pihak Pembangkang menolak golongan ini memiliki rumah merupakan penghinaan kepada mereka dan keluarga mereka.

Saya mengesyorkan pihak Pembangkang turun sendiri ke PPR dan melihat sendiri kegembiraan keluarga-keluarga ini apabila mendapat sekeping surat pemilikan rumah. Kecerian seperti inilah yang diinginkan oleh setiap masyarakat di Malaysia tidak kira apa taraf pendapatan mereka kerana setiap mereka layak mendapat bantuan daripada pihak Kerajaan.

Saya juga merupakan pencarum EPF selama 19 tahun, dan saya telah menikmati dividen setiap tahun melalui pelaburan yang telah dibuat oleh pihak EPF dan selama ini tidak pernah pencarum memperolehi kerugian daripada pelaburan EPF dan saya percaya pelaburan ini juga tidak akan merugikan saya.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii,
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Tiada ulasan:

Pengikut