PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
DAPATKAH KERUSI INI DIPERTAHANKAN ? Posted: 18 Feb 2012 08:53 PM PST |
MIM - BANGSA YANG BERMARTABAT. Posted: 18 Feb 2012 08:33 PM PST ANDA TAHU SUSUR-GALUR BANGSA MIM?Ruhanie Ahmad Baru-baru ini ada tokoh sejarah mengatakan Hang Tuah hanya mitos atau lagenda. Itu pandangannya sebagai sejarawan. Saya tidak mampu untuk berpolemik dengan beliau. Seorang sahabat pula memberitahu saya, Hang Tuah memang pernah wujud. Hang Tuan, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, katanya, mengaji al-Quran bersama-sama di Serambi Melaka di Pulau Besar selaku pusat ulamak Nusantara terbesar di era pra-Portugis. Oleh sebab itulah mereka dikenali sebagai lima bersaudara. Persaudaraan ini bukannya mengikut pertalian darah, tetapi persaudaraan seperguruan mengaji al-Quran. Pada tahun 2004, saya dan sahabat yang sama menjelajah ke Pulau Bentan untuk menjejakki Makam Hang Nadim Laksamana Johor-Riau. Orang Bentan sendiri tidak ramai yang tahu di mana lokasi makam berkenaan. Kami yang berbekalkan sepotong ayat "Makam Hang Nadim berada di Gunung Bentan Kapor" yang kami download daripada internet, pun menyelusur sepanjang jalan dari Pekan Tanjung Pinang hingga ke Kampung Bentan Kapor. Sesampainya di sana kami menemui Pak Iman Masjid Bentan Kapor dan bertanyakan arah Makam Hang Nadim. Pak Iman tersentak dan terkejut dengan pertanyaan kami. "Encik nak cari Makam Hang Nadim Singapura dilanggar todak atau Hang Nadim Laksamana Johor-Riau?" tanya Pak Iman dalam loghat Melayu Johor. Kami jelaskan tujuan kami. Setelah itu kami bersama Pak Imam dan dua orang anak buahnya meredah hujan lebat mendaki Gunung Bentan Kapor. Kira-kira satu jam perjalanan, meniti batang dan menuruni lurah, kami sampai ke satu kawasan dusun duku. Di sana kering kontang, tidak hujan setitik pun. "Di sinilah Makam Hang Nadim. Kawasan ini namanya Hulu Melaka. Sungai di belakang tu Sungai Duyong" jelas Pak Imam. Lantas kami pun menunaikan hajat kami untuk mengadakan tahlil di Makam Hang Nadim. Tiada makam lain di kawasan yang sama. Laksamana Hang Nadim seorang diri! Persoalannya di sini, di Melaka ada tempat dikenali sebagai Hulu Melaka dan Sungai Duyong. Mengikut riwayatnya, Hang Tuah lima bersaudara membesar di Kampung Duyong Melaka. Adakah ini satu kebetulan? Hang Nadim yang diriwayatkan sebagai anak lelaki Hang Tuah menyemadi diri keseorangan di Kampung Hulu Melaka berhampiran Sungai Duyong di Bentan. Adakah laksamana ini mengabdikan diri kepada Ilahi di sebuah kampung berhampiran Sungai Duyong untuk mengabadikan sejarah kampung Almarhum ayahandanya? Hang Tuah lima bersaudara pula berkampung di Duyong Melaka. Dan Hang Tuan lima bersaudara juga dikatakan belajar ilmu persilatan di Hulu Melaka, Melaka. Lantas adakah Laksamana Hang Nadim pula memilih kawasan persemadiannya di kampung yang bersempenakan kawasan perguruan silat Almarhum ahayandanya? Dua tiga hari lalu saya mengakses beberapa websites mengenai sejarah Nusantara. Di satu daripadanya tertulis perkataan "kami masih belum mengetahui di mana lokasi Makam Hang Nadim Laksamana Johor-Riau." Aneh, pelik dan penuh tanda tanya. Namun hati kecil saya amat yakin bahawa makam yang kami ziarahi adalah Makam Hang Nadim sebab ramai masyarakat Melayu di sana adalah keturunan beliau. Salah seorang yang membawa kami ke makamnya adalah keturunan beliau yang kini bertanggungjawab atas kebersihan makam dan dusun persekitarannya. Kesimpulannya, Hang Nadim Laksamana Johor-Riau bukannya mitos. Beliau pahlawan Melayu dari keturunan Bangsa MIM. Siapakah Bangsa MIM sebenarnya? Melayu? Malaya? Madaya atau siapa? Namun Bangsa MIM inilah umat Mohamad yang hebat keperkasaan dan kepehlawanannya! Usah dicabar Bangsa MIM dan janganlah dipecahbelahkan Bangsa MIM!! |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan