Khamis, 4 Ogos 2011

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM YANG LEPAS

Posted: 04 Aug 2011 12:13 AM PDT






PROGRAM TERKINI PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT

Posted: 03 Aug 2011 10:46 PM PDT

Salam Ramadhan buat rakan-rakan Puteri
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan blog ini telah lama tidak dikemaskinikan dengan berita-berita terkini Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut.

Program Terdekat

8hb Ogos 2011
Program Kacau bubur Lambuk Puteri WP bersama Kakitangan Utusan
Tempat : Pejabat utusan Jalan Chan Sow Lin

13hb & 14hb Ogos 2011
Kembara Harapan Ramadhan

19hb Ogos 2011
Dapur Ramadhan
Tempat: Plaza Tol Jalan Duta

**Sebarang perubahan akan diupdate dari masa ke semasa

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


Kuasa bulan Ramadhan....

Posted: 04 Aug 2011 04:18 AM PDT

Salam ramadhan to all....

Harap x terlewat sangat nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua, hari ni dah masuk 4 ramadhan dah...kejap lagi pun dah masuk waktu berbuka. For me, this year jadi sejarah lah pulak..... Mana taknya, petang awal ramadhan dah admitted di pantai medical, until today doctor masih x melepaskan kita balik ke rumah... Adoshhhhhhh, aku sudhah rindu bangat with my little pumpkin "baby hafiy".... (sabar ye ibu...)

But, during my stay in the hospital,... I've read a lot on blogs yang begitu memberikan keterujaan pada diri ni... Ahaaaaaa....

N that is the reason y, m back .....n start menulis blog semula....(I will tell u guys bila masa yang sesuai.., insyaalllah)

Apapun, semoga ramadhan ini Akan memberikan satu titik hijrah dalam diri ini, yang Akan memberikan kesan yang positif Dan baik for myself, my family and the people that I love around me....and x lupa jugak buat sahabat2... Insyaallah.

We need to move forward.....so apa lagi...jangan buang masa...

Selamat berbuka!!!!!!

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Zambry selar Malaysian Insider kerana siar laporan palsu!

Posted: 04 Aug 2011 08:47 AM PDT

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini membidas portal berita Malaysia Insider kerana menyiarkan laporan palsu kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya olok-olok baru-baru ini.

Sambil menyifatkan pendedahan tersebut sebagai provokasi terbaru portal berita propembangkang itu, Zambry menegaskan, kerajaan BN Perak tidak pernah mengadakan pilihan raya olok-olok seperti dilaporkan itu.

"Saya tidak tahu dari mana mereka mendapat maklumat ini tetapi tidak hairan kerana ia disiarkan Malaysian Insider yang lebih suka memainkan sentimen provakasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Pada 1 Ogos lalu, portal Malaysian Insider memetik sumber UMNO yang berkata, hasil undian pilihan raya olok-olok itu menunjukkan parti tersebut hanya boleh memenangi 27 kerusi daripada 59 kerusi yang dipertandingkan.

Selain itu, laporan itu turut menyebut beberapa pemimpin UMNO bahagian kini bekerja keras berkempen dan melakukan pendaftaran pengundi baru bagi memastikan mereka dicalonkan pada pilihan raya akan datang.

Zambry berkata, tidak wujud sikap iaitu bekerja keras hanya kerana ingin menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang di kalangan pemimpin UMNO bahagian.

"Kita mempunyai 24 bahagian dan berjaya memperkukuh perpaduan khususnya ke arah persiapan menjelang pilihan raya.

''Kita mengamalkan prinsip persefahaman dan musyawarah antara semua parti komponen BN tanpa menafikan pihak lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai kajian semula fungsi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang dilakukan sebuah syarikat audit dan perundingan iaitu Ernst & Young, beliau berkata, agensi kerajaan tersebut memerlukan perubahan total supaya kekal kompetitif.

"Antara laporan awal yang dikeluarkan mereka ialah PKNP memerlukan satu hala tuju strategik selain penambahbaikan pencapaian secara keseluruhan termasuk pembangunan bakat yang seiring dengan cabaran sosio ekonomi semasa," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali : Tuduhan blogger kononnya Muhyiddin cuba jatuhkan Najib berniat jahat

Posted: 04 Aug 2011 12:17 AM PDT

"DAKWAAN blogger pro-pembangkang kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba jatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dakyah jahat dan tidak berasas", tegas Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Sebaliknya, hubungan baik dan keserasian antara Perdana Menteri dan timbalannya cukup baik dalam usaha mereka memacu pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Malah rakyat pelbagai kaum turut memberikan sokongan padu kepada Najib dan Muhyiddin," jelasnya.


Beliau menyifatkan laporan lama blog pro-pembangkang yang mendakwa ada gerakan untuk menjatuhkan Najib sebagai komplot jahat dan provokasi politik murahan.

Katanya, dakwaan tersebut sengaja direka untuk mengalih perhatian rakyat terhadap krsisis yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) terutama membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

"Untuk meredakan isu Anwar yang dikatakan bakal diganti oleh Tengku Razaleih Hamzah, mereka cuba lemparkan fitnah kononnya hubungan Najib – Muhyiddin semakin renggang," ujarnya.

Beliau berkata, dakwaan laman blog po-pembangkang yang menuduh Muhyiddin dengan bantuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad cuba untuk menjatuhkan Najib sebagai berniat jahat untuk memecabelahkan UMNO.

Mereka juga turut mengaitkan sebuah badan Ngo - PENAWAR yang dikatakan mahukan Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.


"Dakwaan tersebut adalah karut, sebaliknya kepimpinan UMNO di bawah Najib semakin mantap dan terus mendapat kepercayaan rakyat," tegasnya.

Sehubungan itu, Syed Ali meminta ahli-ahli UMNO supaya tidak terpedaya dengan dakyah yang disebarkan pembangkang ketika kedudukan Anwar semakin terancam.

Katanya, pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk mengalih perhatian rakyat demi menyelamatkan kedudukan Anwar yang sekarang ini sedang menghadapi perbicaraan kes meliwat.

"Oleh sebab itu ada usaha sulit untuk menarik Ku Li menyertai pembangkang kerana mereka sudah dapat menjangkakan kemungkinan Anwar tidak akan terlepas terhadap tuduhan meliwat," katanya.

Desak Najib letak jawatan; Syed Ali tegur PENAWAR

Posted: 03 Aug 2011 11:02 PM PDT

PENAWAR, sebuah Ngo dianggotai oleh bekas ahli-ahli parlimen UMNO tidak seharusnya memberi tekanan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ketua UMNO Bahgaian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Badan itu dikatakan diketuai oleh bekas Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin. ( Gambar bawah)

Menurutnya, jika PENAWAR tidak berpuashati dengan cara pentadbiran Perdana Menteri, ia sepatutnya dikemukaan mengikut saluran yang betul.

"Teguran dan kritikan boleh dilakukan secara berhemah, tetapi saya berpendapat tidak wajar PENAWAR mendesak Najib melepaskan jawatannya sekarang," tegasnya.

Malah kata Syed Ali, beliau berpendapat Perdana Menteri juga sedia mendengar pandangan dan teguran yang dibuat secra membina.

Katanya, sebagai mereka yang berpengalaman sepatutnya lebih mengutamakan kepentingan parti dan perpaduan orang Melayu daripada agenda politik.

Syed Ali bimbang tindakan mengkritik kepimpinan kerajaan secara terbuka oleh veteran UMNO hanya akan memberi kesan kurang baik kepada perpaduan rakyat.

Beliau berkata, PENAWAR yang dipelopori oleh bekas pemimpin veteranUMNO tidak perlu mengikut rentak pembangkang.

"Dalam keadaan sekarang, kita tidak perlu mengeruhkan keadaan kerana pembangkang hanya mengintai peluang untuk meruntuhkan kestabilan kerajaan dan UMNO," tegasnya.

"Sepatutnya sebagai Ngo yang disertai oleh bekas Ahli Parlimen UMNO, PENAWAR memberikan pandangan dan saranan berhemah kearah penambahbaikan kepimpinan Najib.

Beliau mengulas laporan yang mendakwa PENAWAR dalam mesyuaratnya minggu lalu telah mengambil keputusan mendesak Najib segera melepaskan jawatannya.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Aziz Shamsuddin

Beliau merupakan bekas Setiausaha Politik Tun Dr. Mahathir Mohammad daripada tahun 1981 hingga 2002.

Antara yang dipercayai turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Tamrin Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba.

Najib didakwa oleh PENAWAR sebagai gagal menyelesaikan banyak isu membabitkan kepentingan negara seperti Bersih 2.0 disamping dikaitkan dengan kontroversil Datin Seri Paduka Rosmah Mansor.

Perdana Menteri juga didakwa gagal membela kepentingan orang Melayu sebaliknya terlalu berlembut kepada bukan Melayu kerana ingin mengekalkan kuasa politik.

Dalam perkembangan yang sama, Syed Ali juga menyifatkan dakwaan sesetengah blogger yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan PENAWAR sebagai tidak berasas.

"Mereka cuba laga-lagakan antara Muhyiddin dengan Najib, ini perbuatan keterlaluan yang cuba menjejaskan hubungan baik diantara mereka berdua," tegasnya.

Malah nama Dr. Mahathir juga dikatakan turut dikaitkan dengan agenda PENAWAR.

Beberpa portal berita dan para blogger mula meyebarkan isu PENAWAR dan gerakan untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Isu Unisel : bukti kerajaan PKR Selangor gila kuasa

Posted: 03 Aug 2011 09:22 PM PDT

PERLETAKAN jawatan Datuk Dr. Rosti Saruwono (gambar bawah) sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam membuktikan kerajaan PKR pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai gila kuasa.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, jika Khalid tidak gila kuasa sudah tentu kerajaan PKR tidak akan mengeluarkan arahan supaya Dr. Rosti melucutkn tiga pegawai kanan universiti tersebut.


Katanya, arahan yang dipercayai dikeluarkan oleh Khalid itu dikatakan menjadi punca perletakan jawatan Dr. Rosti.


"Ini menunjukkan ada campur tangan politik yang cuba mengekang kekebebasan Unisel sebagai institusi pendidikan sehingga memberi tekanan kepada bekas Naib Canselornya," tegas beliau.

Beliau berkata, kerajaan PKR Selangor pimpinan Khalid sebenarnya tidak bijak mengurus-tadbir negeri tersebut sehingga menghancurkan reputasi dan prestasi Unisel.

"Amat malang sebuah universiti yang dibina oleh tokoh akademik bumiputera kini mengalami masa depan suram akibat campur tangan politik pembangkang yang terlalu rakus," tegasnya.

Syed Ali yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menyelar sikap Menteri Besar Selangor yang lebih mementingkan agenda politik daripada institusi pendidikan di negeri tersebut.

Beliau juga menyifatkan campur tangan politik dalam pentadbiran Unisel disamping sikap gila kuasa Khalid merupakan satu penghinaan kepada golongan akademik dan profesional tempatan.

Katanya, kerakusan politik PKR juga mencerminkan perlakuan sebenar para pemimpinnya termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak memperdulikan kebajikan rakyat.

"Selama ini Anwar menuduh UMNO salah guna kuasa seperti mengarahkan polis dan sebagainya, tetapi dalam kes Unisel, PKR yang bertanggungjawab menghancurkannya," tegas beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera menyiasat berhubung kes pengundi hantu di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Beliau mendakwa kerja penipuan tersebut dilakukan oleh PKR tetapi mereka menunding jari kepada UMNO.

"Bila lagi SPR nak siasat kes tersebut, memandangkan beberapa desakan telah dibuat sebelum ini," katanya.

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Pas Amal Politik Sampah Sarap Sebab Nik Aziz Sendiri Dikelilingi ‘Sampah’

Posted: 04 Aug 2011 03:40 AM PDT

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Alwi Che Mat melihat kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai 'sampah' bukanlah sesuatu yang menghairankan. Katanya, … Continue reading

Siapa di keliling Ku LI?

Posted: 04 Aug 2011 03:22 AM PDT

DALAM beberapa minggu ini timbul cerita mengenai Tengku Razaleigh Hamzah a.k.a Ku Li. Beliau selama ingatan kita sejak beberapa tahun ini, tidak begitu dipedulikan, baik musuh atau kawan. Tiba-tiba beliau muncul semula. Pihak-pihak tertentu mengangkat putera raja Kelantan itu sebagai … Continue reading

Pengikut