Pengikut

Nuffnang

Khamis, 4 Ogos 2011

umno bahagian cheras

sumber :-

umno bahagian cheras


Syed Ali : Tuduhan blogger kononnya Muhyiddin cuba jatuhkan Najib berniat jahat

Posted: 04 Aug 2011 12:17 AM PDT

"DAKWAAN blogger pro-pembangkang kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba jatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dakyah jahat dan tidak berasas", tegas Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Sebaliknya, hubungan baik dan keserasian antara Perdana Menteri dan timbalannya cukup baik dalam usaha mereka memacu pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Malah rakyat pelbagai kaum turut memberikan sokongan padu kepada Najib dan Muhyiddin," jelasnya.


Beliau menyifatkan laporan lama blog pro-pembangkang yang mendakwa ada gerakan untuk menjatuhkan Najib sebagai komplot jahat dan provokasi politik murahan.

Katanya, dakwaan tersebut sengaja direka untuk mengalih perhatian rakyat terhadap krsisis yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) terutama membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

"Untuk meredakan isu Anwar yang dikatakan bakal diganti oleh Tengku Razaleih Hamzah, mereka cuba lemparkan fitnah kononnya hubungan Najib – Muhyiddin semakin renggang," ujarnya.

Beliau berkata, dakwaan laman blog po-pembangkang yang menuduh Muhyiddin dengan bantuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad cuba untuk menjatuhkan Najib sebagai berniat jahat untuk memecabelahkan UMNO.

Mereka juga turut mengaitkan sebuah badan Ngo - PENAWAR yang dikatakan mahukan Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.


"Dakwaan tersebut adalah karut, sebaliknya kepimpinan UMNO di bawah Najib semakin mantap dan terus mendapat kepercayaan rakyat," tegasnya.

Sehubungan itu, Syed Ali meminta ahli-ahli UMNO supaya tidak terpedaya dengan dakyah yang disebarkan pembangkang ketika kedudukan Anwar semakin terancam.

Katanya, pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk mengalih perhatian rakyat demi menyelamatkan kedudukan Anwar yang sekarang ini sedang menghadapi perbicaraan kes meliwat.

"Oleh sebab itu ada usaha sulit untuk menarik Ku Li menyertai pembangkang kerana mereka sudah dapat menjangkakan kemungkinan Anwar tidak akan terlepas terhadap tuduhan meliwat," katanya.

Desak Najib letak jawatan; Syed Ali tegur PENAWAR

Posted: 03 Aug 2011 11:02 PM PDT

PENAWAR, sebuah Ngo dianggotai oleh bekas ahli-ahli parlimen UMNO tidak seharusnya memberi tekanan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ketua UMNO Bahgaian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Badan itu dikatakan diketuai oleh bekas Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin. ( Gambar bawah)

Menurutnya, jika PENAWAR tidak berpuashati dengan cara pentadbiran Perdana Menteri, ia sepatutnya dikemukaan mengikut saluran yang betul.

"Teguran dan kritikan boleh dilakukan secara berhemah, tetapi saya berpendapat tidak wajar PENAWAR mendesak Najib melepaskan jawatannya sekarang," tegasnya.

Malah kata Syed Ali, beliau berpendapat Perdana Menteri juga sedia mendengar pandangan dan teguran yang dibuat secra membina.

Katanya, sebagai mereka yang berpengalaman sepatutnya lebih mengutamakan kepentingan parti dan perpaduan orang Melayu daripada agenda politik.

Syed Ali bimbang tindakan mengkritik kepimpinan kerajaan secara terbuka oleh veteran UMNO hanya akan memberi kesan kurang baik kepada perpaduan rakyat.

Beliau berkata, PENAWAR yang dipelopori oleh bekas pemimpin veteranUMNO tidak perlu mengikut rentak pembangkang.

"Dalam keadaan sekarang, kita tidak perlu mengeruhkan keadaan kerana pembangkang hanya mengintai peluang untuk meruntuhkan kestabilan kerajaan dan UMNO," tegasnya.

"Sepatutnya sebagai Ngo yang disertai oleh bekas Ahli Parlimen UMNO, PENAWAR memberikan pandangan dan saranan berhemah kearah penambahbaikan kepimpinan Najib.

Beliau mengulas laporan yang mendakwa PENAWAR dalam mesyuaratnya minggu lalu telah mengambil keputusan mendesak Najib segera melepaskan jawatannya.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Aziz Shamsuddin

Beliau merupakan bekas Setiausaha Politik Tun Dr. Mahathir Mohammad daripada tahun 1981 hingga 2002.

Antara yang dipercayai turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Tamrin Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba.

Najib didakwa oleh PENAWAR sebagai gagal menyelesaikan banyak isu membabitkan kepentingan negara seperti Bersih 2.0 disamping dikaitkan dengan kontroversil Datin Seri Paduka Rosmah Mansor.

Perdana Menteri juga didakwa gagal membela kepentingan orang Melayu sebaliknya terlalu berlembut kepada bukan Melayu kerana ingin mengekalkan kuasa politik.

Dalam perkembangan yang sama, Syed Ali juga menyifatkan dakwaan sesetengah blogger yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan PENAWAR sebagai tidak berasas.

"Mereka cuba laga-lagakan antara Muhyiddin dengan Najib, ini perbuatan keterlaluan yang cuba menjejaskan hubungan baik diantara mereka berdua," tegasnya.

Malah nama Dr. Mahathir juga dikatakan turut dikaitkan dengan agenda PENAWAR.

Beberpa portal berita dan para blogger mula meyebarkan isu PENAWAR dan gerakan untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Isu Unisel : bukti kerajaan PKR Selangor gila kuasa

Posted: 03 Aug 2011 09:22 PM PDT

PERLETAKAN jawatan Datuk Dr. Rosti Saruwono (gambar bawah) sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam membuktikan kerajaan PKR pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai gila kuasa.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, jika Khalid tidak gila kuasa sudah tentu kerajaan PKR tidak akan mengeluarkan arahan supaya Dr. Rosti melucutkn tiga pegawai kanan universiti tersebut.


Katanya, arahan yang dipercayai dikeluarkan oleh Khalid itu dikatakan menjadi punca perletakan jawatan Dr. Rosti.


"Ini menunjukkan ada campur tangan politik yang cuba mengekang kekebebasan Unisel sebagai institusi pendidikan sehingga memberi tekanan kepada bekas Naib Canselornya," tegas beliau.

Beliau berkata, kerajaan PKR Selangor pimpinan Khalid sebenarnya tidak bijak mengurus-tadbir negeri tersebut sehingga menghancurkan reputasi dan prestasi Unisel.

"Amat malang sebuah universiti yang dibina oleh tokoh akademik bumiputera kini mengalami masa depan suram akibat campur tangan politik pembangkang yang terlalu rakus," tegasnya.

Syed Ali yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menyelar sikap Menteri Besar Selangor yang lebih mementingkan agenda politik daripada institusi pendidikan di negeri tersebut.

Beliau juga menyifatkan campur tangan politik dalam pentadbiran Unisel disamping sikap gila kuasa Khalid merupakan satu penghinaan kepada golongan akademik dan profesional tempatan.

Katanya, kerakusan politik PKR juga mencerminkan perlakuan sebenar para pemimpinnya termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak memperdulikan kebajikan rakyat.

"Selama ini Anwar menuduh UMNO salah guna kuasa seperti mengarahkan polis dan sebagainya, tetapi dalam kes Unisel, PKR yang bertanggungjawab menghancurkannya," tegas beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera menyiasat berhubung kes pengundi hantu di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Beliau mendakwa kerja penipuan tersebut dilakukan oleh PKR tetapi mereka menunding jari kepada UMNO.

"Bila lagi SPR nak siasat kes tersebut, memandangkan beberapa desakan telah dibuat sebelum ini," katanya.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian