Jumaat, 3 Jun 2011

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Empangan yang mengepung pemikiran Lim Kit Siang (terjemahan blog awal saya)

Posted: 03 Jun 2011 11:15 PM PDT

Cadangan pembinaan empangan di Kota Belud telah mengundang pelbagai maklum balas. Terbaru yang bersuara ialah pemimpin pembangkang iaitu Ahli Parlimen DAP, YB Lim Kit Siang, yang melawat Kota Belud selama beberapa jam untuk meraikan sambutan Kaamatan beberapa hari lalu.

Seperti biasa, tanpa membuang masa, Lim Kit Siang melancarkan serangan politiknya, mengkritik segala dasar kerajaan BN dan menghentam wakil rakyat tempatan termasuk saya (saya adalah Ahli Parlimen Kota Belud). Kit Siang bersungguh-sungguh mahu meyakinkan rakyat betapa kejam dan tidak berperikemanusiannya kerajaan BN. Beliau mendakwa kerajaan BN cuba menghapuskan Kampung Tambatuon dari peta Sabah tanpa sebarang sebab. Saya sedia menerima kritikan, tapi dalam soal ini saya meluat terhadap kedangkalan pengetahuan Lim Kit Siang terhadap isu yang diperkatakan. 

Untuk memahami rasional di sebalik cadangan kerajaan membina empangan di Kota Belud, kita mesti mengimbau sektor pertanian Malaysia sekitar tahun 60-an dan 70-an, serta krisis makanan yang dialami pada 2007/2008.

Pada tahun 60-an dan 70-an, Malaysia berupaya menghasilkan sehingga 90% keperluan berasnya. Ketika itu, harga dan bekalan beras secara relatifnya adalah stabil. Melainkan sekali dua kes terpencil, tiada kita dengar berlaku krisis makanan yang membawa kepada pembelian besar-besaran dan penyusutan bekalan. 
Bagaimanapun, pada era 80-an ke atas, Malaysia (dan seluruh dunia) membangun dengan pantas. Ekonomi bertambah baik, kilang-kilang dibina di sana sini manakala penduduk dunia pula semakin sihat dan mewah. Dalam ertikata lain, proses industrilisasi negara bergerak dengan rancak.

Memasuki alaf baru, permintaan terhadap makanan termasuk beras mula meningkat dengan mendadak, sejajar pertambahan populasi dan kekayaan masyarakat. Pada masa sama, lebih banyak kawasan yang sepatutnya boleh digunakan untuk penanaman padi, diasingkan untuk dibangun sebagai kawasan industri (yang menyediakan peluang pekerjaan) dan kawasan perumahan. Malah, lebih banyak kawasan yang dibuka bagi perladangan kelapa sawit dan getah berbanding padi.

Pada 2007 dan 2008, Malaysia dan seluruh dunia berdepan fenomena kekurangan bekalan makanan dan ini ditambah dengan kenaikan harga beras. Ini disebabkan beberapa perkara. Negara pengeksport beras ke Malaysia seperti Thailand dan Vietnam secara tiba-tiba menghadkan pengeksportan beras bagi memastikan permintaan dalaman di negara tersebut dapat dipenuhi. Isu cuaca melampau yang mengakibatkan banjir dan kemarau turut menjejaskan jumlah penghasilan beras, di samping masalah serangan serangga tanaman di negara yang memiliki bilangan penduduk ramai seperti China dan Bangladesh. Keadaan ini memaksa mereka memperolehi bekalan daripada pasaran dunia, sekali gus mewujudkan tekanan lebih besar terhadap harga beras.

Memerhatikan perkembangan itu dengan teliti (dan penuh kebimbangan), banyak negara tambah memburukkan keadaan kekurangan bekalan beras di seluruh dunia dengan meningkatkan jumlah stok penimbal (Malaysia meningkatkan stok penimbalnya dari 92,000 tan kepada 292,000 tan). Keadaan ini dengan sendirinya melonjakkan harga beras ke paras lebih membimbangkan.

Harga beras melonjak hampir tiga kali ganda daripada AS$362 satu tan pada Disember 2007 kepada hampir AS$1,000 satu tan menjelang April 2008 berikutan stok jatuh ke paras terendah dalam 30 tahun susulan peningkatan permintaan global (maklumat Institut Kajian Beras Antarabangsa). Berlaku peningkatan harga sebanyak 30% di Bangkok dalam sehari manakala rusuhan turut berlaku di Ho Chi Minh City pada satu hujung minggu kerana berebut bekalan beras. Mesir, Filipina, Haiti, Cameroon dan beberapa negara pengeluar lain turut bergelut dalam menangani krisis kekurangan bekalan beras. Secara tiba-tiba, krisis makanan seolah-olah menjadi ancaman besar terhadap keselamatan negara!

Walaupun harga beras kembali stabil menjelang 2009 (masih agak tinggi berbanding harga sebelum krisisi), trauma krisis makanan meninggalkan kesan mendalam di jiwa rakyat Malaysia. Apakah Malaysia bakal berdepan dengan satu lagi krisis makanan? Apakah akan berlaku pembelian panik dan penyorokan bekalan? Mungkinkah harga beras melambung tinggi? Apakah Malaysia akan kembali melutut mengharapkan bekalan dari negara pengeksport? Apakah rakyat Malaysia akan kehabisan bekalan jika krisis itu berulang pada masa akan datang?

Kerajaan bertindak pantas dalam mengekang kebimbangan rakyat. Perancangan segera dibuat bagi meningkatkan keupayaan negara dalam mengeluarkan beras. Matlamat ini diterjemah sebagai komitmen padu kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang mana dokumennya menyebut: "Perhatian serius akan diambil secara strategik berhubung aspek keselamatan makanan". Lebih banyak dana disediakan bagi sektor pengeluaran beras, selain mengenal pasti lebih banyak kawasan yang boleh ditanam padi.

Apabila kerajaan mencari kawasan untuk menanam padi, sudah tentu perhatian terarah ke Sabah dan Sarawak yang masih mempunyai banyak kawasan lapang. Segala pandangn bertumpu ke kawasan padi seluas 25,000 ekar di Kota Belud yang tidak produktif. Kota Belud dipilih antara satu daripada kawasan yang akan dibangunkan bagi membantu Sabah (dengan kebergantungan sendiri di tahap 30%) dan negara (kebergantungan sendiri 70%) sebagai langkah menangani krisis bekalan beras pada masa depan.

Seterusnya, kerajaan mengarahkan pelaksanaan penyediaan infrastruktur secara besar-besaran bagi mengubah wajah Kota Belud sebagai jelapang padi baru negara. Kerajaan mahu kawasan 25,000 ekar (10,000 hektar) tanah subur di Kota Belud menghasilkan 4 tan padi seekar (ketika ini antara 1 hingga 1.8 tan seekar).

Dalam usaha mencapai hasrat menggunung itu, kerajaan ingin menaik taraf sistem pengairan, pengurusan, teknologi dan jentera di Kota Belud dengan segera. Pada tahun pertama pelaksanaannya (2009/2010), kerajaan membelanjakan RM150 juta tetapi itu cuma permulaan dan tidak mencukupi. Untuk memastikan perancangan itu berjaya, perlu ada sumber bekalan air baru dan memadai bagi mengairi 25,000 ekar kawasan penanaman. Justeru, timbullah cadangan membina empangan berkenaan.

Tanpa empangan tersebut, tiada jalan untuk lain mengairi kawasan padi seluas itu. Beberapa NGO mendakwa pengairan boleh dilakukan tanpa membina empangan. Sehingga hari ini, saya belum melihat sebarang bukti menyokong dakwaan itu. Apa yang pasti, isipadu aliran sungai pada musim kemarau tidak mencukupi untuk menampung keperluan kawasan seluas 25,000 ekar. Sebuah empangan diperlukan bagi menyimpan jumlah air yang tinggi untuk dilepaskan pada musim kemarau.

Satu daripada objektif utama apabila jelapang padi dan empangan berkenaan menjadi kenyataan ialah ribuan petani miskin di Kota Belud mampu menghasilkan 4 tan padi seeker atau 200,000 tan bagi dua musim menuai setiap tahun. Jika harga padi kekal sekitar RM1,000 setiap tan, ini bermakna jelapang padi Kota Belud berupaya menyumbang pendapatan kasar berjumlah RM200 juta setiap tahun! Sebahagian daripada wang itu akan berada dalam genggaman peniaga tempatan, sekali gus menjana ekonomi setempat menerusi kesan berganda, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan masa depan lebih cerah bagi generasi muda. Peningkatan dari segi pendapatan tahunan itu akhirnya akan mengikis label Kota Belud sebagai "antara daerah termiskin di Malaysia."

Selain memastikan air mencukupi untuk dialir ke sawah, empangan berkenaan turut memiliki manfaat lain. Pertamanya, ia dapat mengawal banjir melanda Kota Belud dengan mengawal aliran sungai ketika musim hujan. Masalah banjir yang berulang banyak memusnahkan harta benda dan tanaman penduduk di Kota Belud setiap tahun. 
Kedua, sejak merdeka, Kota Belud mengalami kekurangan bekalan elektrik sejajar pembangunan dan pembukaan kawasan perumahan baru. Empangan ini boleh digunakan untuk menjana kuasa hidro pada masa depan. Ketiga, dengan jumlah air yang banyak di takungan empangan itu, sebahagiannya boleh digunakan untuk menyediakan bekalan air terawat bagi kegunaan penduduk. Keempat, empangan berkenaan boleh menjadi tarikan pelancong dan dengan sendirinya membantu sektor pelancongan Kota Belud. Tasik buatan itu akan menarik kunjungan pengunjung dan membolehkan aktiviti seperti memancing serta perkhemahan dijalankan.

Apabila rancangan untuk menukar Kota Belud menjadi Jelapang Padi dikemukakan oleh kerajaan, Pegawai Daerah, agensi berkenaan dan wakil rakyat tempatan termasuk saya, mengadakan banyak mesyuarat bagi membincangkan rancangan itu secara terperinci. Kami mengundang perunding untuk member taklimat khusus mengenai cadangan kerajaan membina empangan tersebut. (Saya masih ingat Ketua Kampung Tambatuon dan Pengerusi JKKK turut menghadiri mesyuarat tersebut).

Pihak perunding menunjukkan kepada kami peta udara berkaitan beberapa lokasi berpotensi dan sesuai bagi empangan itu.Sebenarnya ada beberapa kawasan dinyatakan. Setiap lokasi dibincang dengan mendalam bagi tujuan mengenal pasti satu lokasi yang mempunyai kesan negative paling minimum terhadap alam sekitar dan penduduk kampung terbabit. Perunding memaklumkan ada antara lokasi berkenaan akan menyebabkan banjir merebak ke kawasan lebih besar dan menjejaskan beberapa kampung. Sesetengah lokasi pula memerlukan pembinaan dinding empangan lebih tinggi yang menelan belanja besar dan tidak stabil dari segi strukturnya.

Selepas berbincang panjang, pihak perunding menamakan Kampung Tambatuon sebagai lokasi dengan kesan kemusnahan paling minimum terhadap alam sekitar dan penduduk setempat. Walaupun pihak perunding membuat kesimpulan itu berdasarkan pemerhatian teknikal, wakil rakyat setempat melahirkan kebimbangan terhadap kesannya kepada penduduk dan alam sekitar. Kami meminta kajian mendalam dilakukan bagi menentukan sama ada Kampung Tambatuon benar-benar sesuai atau sebaliknya.Kajian ini memerlukan pihak perunding turun padang ke Kampung Tambatuon. 

Di sinilah punca segala-galanya tergendala buat masa ini. Walaupun sudah diberi jaminan kerajaan hanya akan meneruskan pembinaan jika kesan alam sekitar dan kajian kependudukan menunjukkan hasil positif, penduduk kampung tetap enggan membenarkan kumpulan perunding masuk ke kampung mereka menjalankan kajian!

Kerajaan sudah berulang kali menegaskan projek itu masih di peringkat awal dan Kampung Tambatuon hanya akan dipilih jika Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan kajian kependudukan menghasilkan keputusan positif. Malangnya, penduduk terlalu cepat membuat kesimpulan.

Lucu rasanya bila membaca kenyataan pemimpin pembangkang dan Suhakam mengenai isu ini. Semuanya mendesak kerajaan meneliti bagaimana empangan itu akan menjejaskan kehidupan penduduk dan meminta prosedur EIA dilakukan sebelum meneruskan hasrat membina empangan itu. Saya bersetuju sepenuhnya. Tapi bagaimana kita dapat melakukannya? Bukankah itu memerlukan perunding melawat ke tapak dicadangkan dan menemui penduduk bagi melakukan ujian serta kajian? Dari satu sudut,  mereka mahu kajian dilakukan tetapi pada masa yang sama mereka menghasut penduduk supaya menghalang pihak perunding daripada melawat ke kampung tersebut. Saya benar-benar tidak faham apa yang dimahukan oleh mereka.

Lim Kit Siang mempersoalkan dengan bertalu-talu mengapa tiada perbincangan dilakukan dengan penduduk kampung. Semua wakil rakyat tempatan sudah menemui Jawatankuasa Bertindak yang dibentuk khusus oleh penduduk kampung itu sendiri bagi mewakili suara hati mereka. Malah, Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK sudah diberi taklimat oleh Pegawai Daerah. Tidak syak lagi, segala kebimbangan penduduk kampung sudah didengar dengan jelas. Saya yakin memorandum yang diberi oleh Jawatankuasa Bertindak kepada semua YB dan Ketua Menteri sudah mengambil kira segala asas dan kebenaran bantahan mereka.

Mengambil kira isu ini sudah dipolitikkan (gara-gara retorik politik pembangkang), kami berpendapat adalah lebih baik untuk menunggu laporan EIA dan syarat pampasan yang dicadangkan kerajaan sebelum menemui penduduk kampung terbabit. Sekurang-kurangnya apabila laporan EIA dan syarat pampasan sudah diketahui, penduduk kampung boleh membuat pertimbangan dan semua pihak boleh menggunakannya sebagai asas dalam mengadakan perbincangan yang lebih produktif. Tanpa laporan EIA dan butiran pampasan, besar kemungkinan mesyuarat bersama penduduk kampung hanya akan mengulangi perkara yang sudah diluahkan pemimpin kampung dan Jawatankuasa Bertindak sebelum ini.

Tiada YB yang bersifat bertanggungjawab, mahu melihat sebuah kampung di kawasannya dimusnahkan atau penduduknya dipindahkan. Bagaimanapun, dqlam sejarah Malaysia penempatan semula masyarakat pernah dilakukan. Daripada mengelak pengaruh komunis menular sebelum kemerdekaan Malaysia ( contohnya kampung baru) kepada perkembangan semasa  (apabila pembinaan lebuhraya dan MRT dilaksanakan di bandar), penduduk yang terjejas dengan projek pembangunan kerajaan perlu berpindah. Ini bukan kali pertama ia dilakukan dan pastinya bukan yang terakhir. Saya cabar DAP untuk memasukkan dalam manifesto pilihan rayanya iaitu jika mereka membentuk kerajaan, tiada penduduk akan dipindahkan bagi memberi laluan kepada pembangunan dan pembinaan infrastruktur awam yang penting. Malah, tidak juga untuk yang membabitkan keselamatan negara!

Sampai sekarang, saya tidak faham mengapa Lim Kit Siang enggan mengakui kepentingan memiliki jaminan keselamatan makanan untuk negara.Apakah beliau mahu rakyat Malaysia mengharungi panik krisis beras yang berlaku pada 2008 apabila bekalan beras Malaysia terjejas berikutan sekatan eksport? Apakah beliau mahu rakyat Malaysia melalui satu lagi krisis yang mana bekalan stok negara hanya mampu bertahan untuk dua minggu? Apakah beliau peduli sama ada rakyat Malaysia mempunyai beras atau tidak pada masa akan datang? Sanggupkan beliau bertanggungjawab sepenuhnya jika rakyat Malaysia berdepan kekurangan bekalan beras meruncing dan harga melambung? Ini adala persoalan yang perlu dijawab oleh "pemimpin" dan bukannya "ahli politik".  Malangnya, dalam hal ini Lim Kit Siang bertindak lebih sebagai ahli politik dari seorang pemimpin.

Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa TIADA kampung yang dikenal pasti sebagai lokasi muktamad empangan itu. Lebih banyak kajian perlu dilakukan sebelum sebarang lokasi dipilih, termasuk Kampung Tambatuon. Bagaimanapun, saya percaya rakyat keseluruhannya memahami bahawa kemajuan dan pembasmian kemiskinan tidak akan berlaku jika tiada pembangunan yang ada kalanya memerlukan perpindahan, penempatan semula dan penyusunan semula masyarakat. Sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab, sudah tentu kami akan memastikan kerajaan memberi pampasan berpatutan dan adil kepada penduduk kampung manakala kebajikan mereka tidak diabaikan. Kerajaan mesti menyedari bahawa penduduk terbabit bakal mengorbankan kampung mereka demi masa depan yang lebih baik buat negara.

Mungkin penduduk kampung terbabit boleh memohon mendapatkan rumah yang lebih baik dan infrastruktur sistematik yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas. Mungkin mereka boleh meminta dibina sekolah baru, rumah kedai, balai polis dan klinik desa sebahagi sebahagian daripada penyelesaiannya. Apa yang ingin saya katakan ialah bawa berbincang dengan kerajaan. Tambahan pula, jika mereka menunggu pembangunan pada kadar biasa, mereka mungkin perlu menanti bertahun-tahun lamanya sebelum kerajaan dapat menyalurkan pembangunan dihajatkan. Apa sekalipun keadaannya, wakil rakyat tempatan akan memastikan penduduk kampung terbabit tidak akan mengorbankan tanah mereka dengan sia-sia.

Secara ringkasnya, matlamat Jelapang Padi dan pembinaan empangan boleh disimpulkan begini. Dalam sekali harung, kerajaan berharap pembinaan empangan dan kejayaan Jelapang Padi akan membantu membasmi kemiskinan di Kota Belud, membawa pembangunan dan kemakmuran, menyelesaikan masalah bekalan air kepada masyarakat di Kota Belud, menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik, menyelesaikan ancaman jaminan keselamatan makanan negara dan memberi pekerjaan kepada penduduk setempat. Tiada apa yang mencurigakan mengenai motif kerajaan (seperti didakwa Lim Kit Siang).


Malangnya, Lim Kit Siang tidak ragu-ragu untuk terus membiarkan penduduk luar bandar di Kota Belud tenggelam dalam kemiskinan.Beliau enggan melihat limpahan manfaat dari empangan dan Jelapang Padi. Beliau akan terus bermain politik walaupun ia bermakna mengetepikan rakyat miskin dan keselamatan makanan negara. Saya ingat bagaimana beliau kerap mendabik dada dan berbangga sebagai `Malaysian First' atau rakyat Malaysia mendahului segala-galanya. Tapi kini, semua orang boleh melihat beliau sebenarnya adalah `ahli politik dahulu, rakyat Malaysia jauh di tempat kedua' (Politician First, Malaysian A Distant Second).

Lim Kit Siang bercakap benar apabila menyatakan wakil rakyat perlu memperjuangkan hak rakyat yang diwakili mengatasi segala-galanya. Namun demikian dalam kes seperti ini, mana-mana YB sekalipun akan mendapati dirinya terhimpit di antara kepentingan penduduk kampung (kira-kira 550 orang) dengan kepentingan lebih besar mewakili ribuan petani miskin di Kota Belud, di samping masa depan jutaan rakyat Malaysia. Bagaimana kita mencari keseimbangan dalam menangani persoalan moral serba sensitive ini? Wajarkah kita mengorbankan kebajikan segolongan kecil (tetapi memastikan pampasan adil dan berpadanan) demi kepentingan kelompok lebih besar dan masa depan negara? Atau apakah kita terus bermain politik dan memperjudikan masa depan negara?

Saya tidak salahkan Lim Kit Siang jika beliau gagal menjawab soalan moral ini. Lagipun, selama menjadi YB, beliau mewakili kawasan bandar dan tidak pernah memegang jawatan dalam kerajaan yang ada kalanya memerlukan beliau membuat keputusan sukar seperti ini.

-Tamat-


Nota: terima kasih kepada sahabat wartawan yang membantu menterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia artikel awal yang ditulis dalam bahasa inggeris. 

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


3 JUN 2011 Merasmikan Makan Malam PENCINTA, Persatuan Warga Cinta Malaysia di KL

Posted: 03 Jun 2011 08:42 AM PDT

Malam 3/6 pantun berkait original sewaktu saya rasmikan Makan Malam PENCINTA, Persatuan Warga Cinta Malaysia di KL

Posted: 03 Jun 2011 08:14 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


DEWAN ULAMA TOLAK ISU VIDEO SEKS...ATAS ARAHAN SIAPA?

Posted: 03 Jun 2011 01:28 AM PDT

Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul menolak video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas dibahaskan.

Menurut usul itu, video itu disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat secara terancang oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.

Ia juga akan dibawa untuk dibincangkan dalam muktamar utamanya yang akan bermula esok.

NONEKeputusan itu diumumkan oleh pengerusi tetap Hamdan Mohamad selepas mendapat persetujuan perwakilan dalam muktamar dewan itu di markaz tarbiah PAS di Gombak, Kuala Lumpur.

Ketika membentangkan usul itu, wakil Dewan Ulama Kelantan Nik Razi Nik Mat mengutuk kerajaan Malaysia yang didakwanya membenarkan penyebaran video itu.

"Kerajaan Malaysia tidak ada imej. Dahulu perdana menteri yang memerintah 22 tahun menuduh bekas timbalannya liwat (sic), pada masa penerapan nilai-nilai Islam (dilakukan)," kata adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Selain itu, Nik Razi juga membidas mufti yang didakwanya tidak memberikan sebarang pandangan dari perspektif Islam berhubung isu berbangkit itu.

Sasar pengundi Melayu

Menyokong usul tersebut, perwakilan dari Kedah mendakwa fitnah video seks itu digunakan oleh BN bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

alleged four full sex videos on youtube 290411 13Katanya, BN tidak mempunyai modal kerana setiap isu yang dibangkitkan, mampu ditolak oleh Pakatan Rakyat.

Bahkan, menurut perwakilan itu, video seks itu digunakan untuk menghilangkan kepercayaan PAS terhadap Pakatan.

"Mereka sebenarnya sasar pengundi Melayu... PAS bertanding 65 peratus di kawasan Melayu.

"Jadi PAS akan hadapi risiko dengan (fitnah) video ini," katanya sambil mendakwa terdapat di kalangan pengundi percayai pada video itu.

Perwakilan itu juga mendakwa, ulama dalam Umno sebagai "syaitan bisu" kerana berdiam diri walaupun ada yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi

JAUHI UMNO AGENDA PAS ATAU YG TAK BERSERBAN?

Posted: 03 Jun 2011 01:09 AM PDT


PAS terus jarakkan diri dari Umno
JImadie Shah Othman
Jun 3, 11
1:54pm
Kongsi 44
Untuk tiga tahun berturut-turut, muktamar PAS terus mengulangi penegasan mereka bersama Pakatan Rakyat dan berusaha menjarakkan diri mereka dengan Umno sebagai sebuah lagi parti Melayu-Islam.

pas muktamar 030611 hadi awang"Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) yang diamalkan oleh PAS ini telah menjadi sebahagian daripada fekah politik Islam yang wajib dipelajari oleh pimpinan PAS dan diperkenalkannya kepada masyarakat supaya mereka memahami perbezaan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, dengan kerjasama wala antara Umno dalam BN..." kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ucapan itu dilihat sebagai respons kepada pelawaan berterusan Umno dalam isu kerajaan perpaduan yang mula diperkatakan sejurus selepas berlakunya 'tsunami politik' selepas 8 Mac 2008.

Ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam muktamar PAS ke-57 di Gombak hari ini, Abdul Hadi juga mendakwa kerjasama dengan Umno dan BN hanya menghilangkan jati diri Islam daripada bangsa Melayu.

Menurutnya, sebagai parti yang paling berpengalaman - sama ada sebagai pembangkang atau dalam kerajaan - PAS harus sedar tentang perkara itu.

NONETurut hadir sebagai tetamu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang.

Berucap di hadapan lebih 1,000 perwakilan, Abdul Hadi terus mengkritik Umno yang didakwanya gagal membersihkan politik dalam negara yang memisahkan ajaran agama daripadanya.

"Pemimpin Melayu Islam yang membebalkan majoriti rakyat beragama Islam dan tidak boleh menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam, kerana dijangkiti keruntuhan moral dan zalim, rasuah dan menyalahgunakan kuasa, sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya," katanya.

pas muktamar 030611 audienceBeliau terus mengulangi kritikan kerasnya pada Umno yang disifatkannya sebagai "dibarahi penyakit warisan penjajah" serta membutakan dan memekakkan orang Melayu dengan politik wang serta hiburan yang membodohkan.

"Maka menjadi tanggungjawab besar kita untuk terus menerus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu kepada seluruh rakyat dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam, supaya membebaskan diri daripada khurafat politik Umno bahawa mereka sahaja boleh memerintah," katanya.

APA PULA ULAMA PAS BUAT ? MEMBINA ATAU MEMUSNAH ?

Posted: 03 Jun 2011 01:03 AM PDT

Put your stuff here
Ulama sokong UMNO, BN tak mampu terjemah kefahaman Islam - Hadi

03/06/2011 3:16pm

KUALA LUMPUR 3 Jun - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa ulama yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai tidak berpijak dengan fiqah politik Islam dan tidak mampu menterjemah kefahaman Islam dengan ilmunya akibat dilahirkan daripada sistem pendidikan Islam yang lemah.

Beliau berkata, golongan berkenaan juga akhirnya gagal memahami ideologi dan teori moden yang bercanggah dengan Islam sehingga terperangkap di dalamnya, menjadikan mereka berilmu tetapi tidak fiqah (faham).

"Ada juga kalangan ulama di luar sana yang tidak memahami kewajipan berjamaah dan menyertai jamaah yang memenuhi ciri-ciri parti yang menegakkan ajaran Allah yang meneruskan pusaka para Rasul yang berdakwah dan berpolitik.

"Oleh yang demikian, anggota Dewan Ulama (Pas) mestilah berdepan dengan para ulama yang berdiam diri melihat kemungkaran di hadapan mata, pada hal sekurang-kurangnya mampu mencegah dengan lisan dan tulisan," katanya dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini. - Bernama

BAGAIMANA MENYATUKAN KERANGKA POLITIK YANG BERBEZA INI ?

Posted: 03 Jun 2011 01:00 AM PDT

Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO - Hadi

03/06/2011 3:51pm

KUALA LUMPUR 3 Jun — Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membayangkan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan UMNO dan menolak sebarang usaha ke arah itu.

Dalam Ucapan Dasar pada Muktamar Pas Ke-57 yang bertajuk "Membangun Negara Berkebajikan" di Taman Melewar di sini Abdul Hadi menegaskan bahawa Pas akan terus bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen polisi bersama pakatan itu.

Beliau berkata, polisi itu melibatkan satu paradigma baru pendemokrasian, satu aspek menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urus tadbir negara.

Sambil mendakwa sistem demokrasi di negara ini sudah tempang, Abdul Hadi menuduh sikap UMNO dan Barisan Nasional yang ingin mengekalkan kuasa sebagai punca ia berlaku.

Sungguhpun begitu, katanya, Pas sehingga kini tetap mendahulukan pendekatan damai secara demokrasi dan bersabar menunggu walaupun dijatuhkan secara tidak bermoral. - Bernama

SERANGAN SELEPAS JUMAAT

Posted: 03 Jun 2011 12:51 AM PDT

: KICKDEFELLA - EXCO KANAN - NAIB PRESIDEN PRO-ULAMA OR PRO-ANWAR
1. KICKDIFELLA bukanlah asing kepada penulis, kerana penulis sendiri pernah berjumpa dan bekerjasama dengan beliau dalam usaha meletakkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara ini berada di kedudukan yang terbaik.

Rujukan, Pada 18 Mei 2010 penulis sendiri telah menemuramah beliau, dan penulis memberi kesimpulan begini,http://jentayuabaka.blogspot.com/2010/05/kickdefella-seorang-yang-jujur.html

2. Apa pun, semalam selepas beberapa blogger menulis mengenai sejumlah wang yang sangat besar diterima oleh beliau, katanya dari Exco Kanan Kelantan, ia amatlah memeranjatkan. Exco anan Kelantan tersebut, yang dikaitkan sebagai ketua team Erdogan, atau team Pas Pro-Anwar, menafika perkara tersebut.

RM350,000.00 itu sangat besar. Jika wang tersebut penulis bawa ke Parlimen Kalabakan atau di DUN Merotai,Sabah penulis boleh menaiktaraf Madrasah Nurul Iman Bombalai dan membesarkan jalan masuk ke Madrasah di Sungai Imam, serta menaiktraf parking Masjid Babut Taqwa di Sungai Imam, Bombalai.

Tetapi wang itu diberikan kepada blogger.

3. Menariknya, bahasa Presiden PAS ialah, "parti itu mengalu-alukan siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas kes berkenaan demi membersihkan parti itu daripada pemimpin yang terlibat rasuah".


"Kita tidak ada kuasa, yang ada kuasa ialah SPRM. Mengikut amalan pentadbiran, orang yang hendak bertindak mesti mendapat green light daripada menteri besar dan juga menteri.

"Sebab itu menteri besar Pakatan Rakyat terbuka untuk SPRM menyiasat semua yang dituduh, yang difitnah, dibuat dengan rasuah kerana kita betul-betul hendak bersih kerajaan kita.

"Walaupun exco walaupun menteri besar sekalipun kalau tidak betul, kita pecat. Dalam sejarah PAS (ada) kita pecat. Kita tidak mahu pelihara orang yang ada penyakit ini," katanya dalam satu sidang media di muktamar parti itu di Gombak hari ini.

3. Apakah serangan ini sekali lagi membantukan perjalanan Exco Kanan Kelantan tersebut ke jawatan Naib Presiden, kita tunggu dan lihat kesannnya.

Jika pada tahun lalu, isu Erdogan berjaya menewaskan beliau dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden, kali ini serangan sebelum Jumaat nampaknya sangat bertalu-talu.
Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri Pada 2:50 PMe

Pas evolves but ulama still dominate

Posted: 03 Jun 2011 12:48 AM PDT

Pas evolves but ulama still dominate

2011/06/03
By Zubaidah Abu Bakar
zubaidah@nst.com.my
Share|






The face of Pas today (from left) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who heads the Majlis Syura Ulama; Pas Youth chief Nasrudin Hassan, who is considered a conservative; and Kuala Selangor member of parliament Dr Dzulkifly Ahmad, a moderate.
While friction between ulama-backed conservatives and more liberal-minded
reformists exists in Pas, there is no denying the superior role of the ulama, writes ZUBAIDAH ABU BAKAR
FOR many years, Pas has tolerated outsiders portraying its leaders as divided between ulama and professionals.

The ulama label refers to conservative alim (persons knowledgeable in religion) and the so-called "professionals" describe the reformists, who are adept at other fields, and include the academics, doctors, architects and engineers.


But Pas leaders always insist there is no dichotomy among the membership. "We are one team, the Pas team," they say.

Pas Youth chief Nasrudin Hassan, regarded as in the ulama camp, recently posted on his blog: "Our cause is one, that is to fight for Islam."

Labelled by the media as ultra-conservative, the turbaned and robed Nasrudin was returned unopposed for a second term as Youth chief yesterday.


He retained the post he won in 2009 after three other eligible contenders, including two non-ulama, one of them an engineer with a master's degree, withdrew in a show of support for him despite criticism from outside the party.

Most Pas leaders view the tension between ulama and professionals as a case of the two groups trying to find ways to accommodate their differing opinions.

The differences have so far been manageable. The election of Pas' "general election team" of office-bearers today is unlikely to provoke a split. The "ulama vs professional" clash can cause minor bruising but it usually heals quickly.


Pas may have two prominent schools of thoughts but their opposing stands are unlikely to divide the party, according to academic Mohammad Agus Yusoff.

"The special thing about Pas is that leaders will accept whatever the delegates decide without making much noise as they all respect the party's common ideology," he said.

The pervasive influence of the ulama in Pas and their pivotal roles in charting the party's political journey are undeniable. This is recognised and unchallenged by Pas' million-strong membership, making it the biggest opposition party in the country.

The ulama's ascendency came about at the 28th Pas general assembly in 1982, which saw the rise of a group of young preachers and the subsequent establishment of the Majlis Syura Ulama or consultative council of religious scholars a year later.

Since Pas' inception in 1951, the party's guidance has been provided by ulama and, since the adoption of kepimpinan ulama, the Majlis Syura Ulama has been its leading light.

As stipulated by the party constitution, the council interprets policies according to Islamic tenets. Its role is to:

- elaborate, explain and interpret policies and constitutional provisions, to ascertain their meaning and purpose;

- issue directives and rulings to ensure policies and decisions are adhered to and implemented; and,

- ensure that policies and decisions, as well as constitutional provisions, are adhered to in party activities and administration.

Kuala Selangor member of parliament Dr Dzulkifly Ahmad has said that non-ulama like him were not out to replace or displace the ulama but to play complementary roles in taking Pas forward.

"They are an institution in themselves. They are the pillars of the party," he was quoted as saying.

Pas icon Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who heads the Majlis Syura Ulama, in an interview with the New Straits Times some years ago, said the backgrounds of Pas leaders showed they were both ulama and professionals.

"I don't see why there is a fuss over this so-called clash between the ulama and professionals. These days, our ulama are also professionals, while our professionals are also ulama," he said.

A convergence of the two groups has been achieved to some extent and is reflected in the party membership and leadership at the grassroots, state and national levels.

As Pas evolves, many hybrid figures have joined the party and moved up the ranks to hold key posts. Slowly, the party is shedding its orthodox and militant image. Even party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, known as a hardliner in his younger days, has mellowed to embrace new political realities.

Many of the professionals who joined Pas after the sacking of former deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim in 1998 may be without formal religious education but they, as described by Nik Aziz, understand Islam and abide by its teachings.

Many Western-educated professionals coexist with the ulama to soften the Islamist party's image, enabling Pas to become more inclusive today.

Nevertheless, friction between the traditionalists and more liberal-minded reformists occurs now and then, such as during party elections, to strain the party's vaunted unity and discipline.

So far, the problems have been resolved, evaporating as quickly as they appear.

Pas delegates had decided to maintain the status quo of the 2007 and 2005 party elections in 2009, that is, having equal representation from both groups, reaffirming the party's desire for change, albeit with reservations.

They still want the ulama and professionals to continue complementing each other in pursuing Pas' dream of becoming the dominant opposition party after the next general election, which must be held by 2013.

More importantly, delegates at previous muktamar had stuck to the unwritten rule that only candidates who abide by and are pledged to the teachings of Islam, whether as ulama or professional, are fit to become leaders.

They understand that they, as party members, are obligated to act in line with the concept of kepimpinan ulama that the party upholds.



Read more: Pas evolves but ulama still dominate http://www.nst.com.my/nst/articles/16zee-2/Article/#ixzz1OCGxlgQf

ISU SAMPUL SURAT MEWARNAI PERSIDANGAN....

Posted: 03 Jun 2011 12:41 AM PDT

Dlm Umno berusaha utk menghapuskan politik wang masih ada individu yg mengejar utk menjadi G7 dgn merasuah perwakilan sahingga dlm ucapan penangguhan ada perwakilan menceritakan dpt evelope berisi RM10/.Ini amat memalukan lebih2 lagi perasuah itu menang G7 dgn modal RM10 satu perwakilan.Targetnya kpd Ketua Wanita,Pemuda dan Puteri yg baru automatic jd perwakilan.Yg tergila2 nak jd G7 tahun ni kenapa?Nak jd WRaayat?

Isu politik wang adalah satu titik hitam dalam UMNO. Ramai yang dikenakan tindakan oleh panel disiplin UMNO. Hukumannya pula adalah pelbagai, ada yang diberikan amaran malah ada juga yang digantung....keahliannya. Namun ianya tidak pernah jadi pengajaran kepada perwakilan mahu pun calon-calon yang bertanding....mungkin kegairahan untuk menjadi perwakilan mengatasio segala-galanya.....

Belum lagi pemilihan AJK Bahagian....macam-macam startegi akan digunakan....yang penting menang....walau pun telah diingatkan bahawa pemilihan calon PRU 13 tidak semestinya datang dari AJK Bahagian sahaja....ketua cawangan malah ahli UMNO pun boleh tercalon dengan syarat "Calon Menang" jika diberi peluang.

Bila isu ini dikeluarkan....ramai yang tidak suka... malah boleh jadi marah dan geram tapi sesuatu menyalahi peraturan mesti di hebahkan...

ANGIN "SYURGA' DARI DAP?

Posted: 02 Jun 2011 08:45 PM PDT



Guan Eng boleh berbangga dengan rekod tertinggi tangkapan GRO di Penang sejak dia memerintah negeri.. Guan Eng bukan saja populis didalam isu-isu rakyat, tapi cina Melaka ni juga pandai main wayang dalam mempopularkan Penang jadi Hub Hiburan setaraf dengan Pulau Bali..

Satu Malaysia tau Penang dibawah pentadbiran DAP sudah jadi Pusat GRO.. "Ayam-ayam China" ni bukan saja jadi pelayan pelanggan beb.., tapi boleh juga dijadikan teman mengentot dengan bayaran ekstra..

Begitulah makmurnya negeri yang ditadbir ala-ala pemerintahan Khalifah Umar ni.. Kalau Nik Aziz kata masuk PAS beroleh syurga.., Lim Guan Eng pun akan kata dia juga dah sediakan "SYURGA" di negeri yang dia perintah...

Kalau syurga PAS diatas langit..., "SYURGA" Guan Eng pulak terletak di celah kangkang GRO dari China... Sebab tu lah Anwar tak berani angkat kepala dengan Guan Eng ni..., dah dapat "syurga celah kangkang" rupanyaaa..... Hahahahahaha....

DAP suka.., PAS setuju!!! Take Beerrrrr!!!




30 GRO Diberkas Di Kelab 'Ala Istana' Di P.Pinang


GEORGE TOWN, 2 Jun - Polis menyerbu sebuah kelab "ala istana" di Pulau Tikus di sini Rabu malam dan menahan 30 wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) menyediakan khidmat seks.

Ketua Unit Maksiat D7 Bukit Aman, ASP Shahrulizam Jaafar, berkata pusat hiburan itu, yang sering diserbu polis tahun lepas, menggunakan taktik baru menjadi sebuah kelab eksklusif dengan memberi layanan seperti "maharaja" kepada pelanggannya.

Beliau memberitahu pemberita di sini Khamis bahawa wanita yang diberkas dalam serbuan pada 8 malam tadi itu terdiri 29 warga China dan seorang rakyat Vietnam berusia antara 20 dan 30 tahun.

Shahrulizam berkata siasatan awal mendapati kesemua wanita terbabit menyalahguna pas lawatan serta tidak mempunyai permit.

"Ketika serbuan, tiga daripada mereka cuba memasuki sebuah kedai pakaian untuk menutup pakaian seksi mereka," katanya.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen kerana menyalahguna pas lawatan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya. - BERNAMA

ANALISIS : ULAMA VS PROFESIONAL

Posted: 02 Jun 2011 08:39 PM PDT

KHAMIS, 7 MEI 2009

Dilema PAS: Ulama vs Profesional - satu analisa ringkas

Terlampau banyak yang ingin ditulis. Masa dan peluang tidak mengizinkan saya untuk bersikap produktif buat masa ini, di samping tekanan akademik di penghujung semester.


Walaubagaimanapun, saya masih memerhatikan semua konflik yang ada dalam negara ini khususnya berkenaan jemaah Islam yang dikasihi, iaitu PAS.


Bukan lagi rahsia akan konflik yang wujud dalam PAS. Blog Ustaz Nik Abduh telah meleburkan jaringan samar-samar akan intipati konflik tersebut. Ada baik dan buruknya akan pendedahan tersebut tapi bagi saya yang lebih penting adalah mencari penyelesaiaan JANGKA PANJANG akan permasalahan ini.


Apakah masalah-nya? Pada hemat saya, apa yang berlaku adalah pertembungan idealisme antara golongan Ulama' dan Profesional dalam PAS. Ini bukan kali pertama konflik sebegini telah berlaku kerana zaman IRC menyusup ke dalam PAS pun sudah cukup menggambarkan konflik dalaman PAS dahulu.


Dalam kes ini saya lebih suka menggunakan perkataan dilema. Ini kerana saya lihat kedua-dua kem penyokong Tuan Guru Haji Hadi (mewakili golongan tradisionalis dan puritan PAS) dan Tuan Guru Nik Aziz (mewakil golongan Erdogan PAS ) mempunyai hujah yang benar belaka jikalau dilihat dari pelbagai segi.


Kehadiran golongan profesional dalam PAS yang telah melalui tarbiyah Islam daripada jemaah lain (ABIM, JIM etc.) telah memberi satu dimensi baru buat perjuangan PAS di Malaysia khususnya dalam berhadapan dengan realiti zaman moden yang sarat dengan pluralisme budaya, dan idea. Tokoh seperti Husam Musa, Dr. Dzulkifli dan Khalid Samad yang dilabel sebagai pasukan Erdogan merupakan aset buat PAS dalam meletakkan parti sebagai pasukan yang berpotensi besar menerajui negara dengan baik. Kehadiran mereka telah berjaya menyingkirkan tag 'jaguh kampung, ekstremis, etc.' yang ada pada PAS sebelum ini untuk diterima ramai dan kekal relevan dalam arus politik perdana.


Banyak idea dan pendakatan baru yang ditampilkan oleh golongan Erdogan ini dalam usaha menambah baikkan mutu perjuangan PAS dalam politik tanah air. Idea dinar emas yang dicetuskan oleh Husam, penubuhan dan pengelolaan think thank PAS dibawah Dr. Dzulkifli sangat membantu PAS menjadi parti politik yang mampu menjawab pelbagai masalah politik, sosio-ekonomi kontemporari dengan berkesan (walaupun tidak semantap PKR dan DAP).


Ternyata golongan Erdogan dari satu sudut merupakan ASET PENTING buat PAS kekal relevan, khususnya politik pasca PRU 2008.


TETAPI malangnya seperti yang kerap kali di jelaskan oleh Faisal Tehrani, kebergantungan dan kepercayaan mereka yang tinggi terhadap DSAI sedikit sebanyak merumitkan lagi keadaan dalam PAS khususnya dikalangan ahli PAS yang melalui tarbiyah yang 'original'.


Ini kerana bukan lagi satu rahsia ( kecuali kita buat tak tahu atau malas ambil tahu) bahawa PKR bukanlah satu parti yang benar-benar kukuh dari segi idealismenya, khususnya dalam mempertahankan hak orang Melayu dan Islam. Ini kerana PKR adalah parti yang boleh dikategorikan sebagai parti politik pasca modenisme yang tidak empunya idealisme yang khusus dan timbul sebagai satu parti politik yang reaktif kepada situasi pasca Reformasi 1998.


Ditambah pula dengan fahaman liberalisme dalam PKR baik dari segi fahaman agamanya, ekonomi dan politiknya, semua ini menjadikan mereka satu kontradiksi yang nyata ditambah lagi dengan keberadaan DAP dalam pakatan yang sama.


Kesatuan Pakatan Rakyat lebih kepada ingin menjatuhkan UMNO (parti orang Melayu Islam yang compang-camping sifatnya) dan ini tidak menjaminkan sebarang kesepaduan yang kukuh untuk kerjasama jangka panjang.


Tetapi bagi golongan Erdogan yang mempercayai idealisme politik DSAI, semua ini tidak begitu penting untuk direnungi kerana matlamat UTAMA mereka adalah menjatuhkan UMNO. Itu yang terutama.


Ini sangat jelas sekali dapat dilihat dalam episod 'katak si katak lompat' yang dimulakan oleh DSAI sendiri pada tahun lepas yang masih tidak nampak hasilnya. Sepatutnya Pakatan Rakyat memperkukuhkan dahulu urus tadbir negeri yang mereka miliki, fokus khidmat kepada rakyat tanpa perlu bertindak gopoh merebut kekuasaan yang lebih besar. Sekali lagi, bagi yang mengkaji sifat DSAI, ternyata beliau gopoh (sejak zaman kejatuhan ABIM lagi).


Alangkah bagusnya kalau DSAI bersabar dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat di negeri masing-masing. (Saya kira negeri Selangor antara negeri yang terbaik di bawah urus tadbir Pakatan Rakyat.)


Dan sudah tentu golongan Erdogan terperangkap dalam suasana ini, dimana aroma dan retorika DSAI telah berjaya menawan hati mereka.


Golongan tradisionalis dalam PAS pula tidaklah segopoh golongan Erdogan kerana saya percaya, bagi ahli PAS yang telah melalui tarbiyah dengan baik, kemenangan hakiki itu bukan sangat terletak pada peti undi. Golongan inilah yang benar-benar faham akan sifat gerakan Islam. Mungkin sekali-sekala terikut juga dengan badai politik semasa tetapi dengan kefahaman dan kejelasan fikrah perjuangan Islam, mereka tidak mudah hanyut dengan sentimen dan retorik murahan politikus yang meletakkan KUASA sebagai matlamat akhir mereka.


Mereka inilah yang berjuang dengan ikhlas, tanpa bayaran gaji demi mencari keredhaan Allah S.W.T. Rata-rata golongan tradisionalis PAS ini lahir melalui sistem tarbiyah yang dimulai di kampus sehinggalah mendirikan Baitul Muslim masing-masing dan menjadi ahli PAS yang benar-benar jelas fikrah Islamiyahnya.


Memang benar kepimpinan ulama' tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya dalam PAS. Tanpa golongan tradisionalis mana mungkin kekuatan institusi kepimpinan ulama' dalam PAS mampu bertahan? Mereka inilah standar bearer yang tulen kepada perjuangan gerakan Islam di Malaysia khususnya di medan siasah syar'iyyah.


Walaubagaimanapun, golongan tradisionalis juga ada kelemahan yang tersendiri. Ada sesetengah daripada mereka bersikap tertutup dalam banyak hal sehingga kadang-kala membekukan dinamisme PAS itu sendiri. Golongan ini tidak mampu menjawab dan menyelesaikan banyak masalah kontemporari berbanding golongan Erdogan yang arif dengan situasi zaman moden ini (dek kerana mereka golongan profesional yang pernah dan sentiasa berhadapan dengan realiti zaman ini).


Ditambah pula kadang-kala golongan tradisionalis ini bersikap rigid dalam menilai ahli. Contohnya ahli yang tidak 'original', yang datang dari tarbiyah yang berbeza tidaklah sangat diraikan sehingga kadang-kala terbina tembok antara ahli yang datang dari jalur tarbiyah PAS yang tulen dengan ahli yang datang dari tarbiyah jemaah lain. Semua ini boleh menimbulkan konflik yang tidak diperlukan seperti yang kita saksikan pada waktu ini.


Pertembungan antara dua golongan yang berbeza dari tapi empunya tempat yang tersendiri dalam membaik pulih dan mendokong perjuangan PAS.


Pada hemat saya, yang menjadi masalah buat dua golongan ini adalah PERBEZAAN YANG TIDAK DAPAT DILEBURKAN/DIRAIKAN dengan baik.


Selaku insan yang pernah melalui jalur tarbiyah PAS di bawah kelolaan Jemaah Islam Kampus, di samping penglibatan diri secara konsisten dengan gerakan Islam apolitical (baca: jemaah bukan PAS seperti ABIM, TERAS, PUM), NGO (seperti CAP, Sahabat Alam Malaysia, Citizen International, Thirdworld Network) dan golongan intelektual di menara gading (aliran Attasian), saya sedikit sebanyak merasai 'giest' kedua-dua golongan tersebut.


Dan masalah ini sebenarnya berpunca daripada masalah metafizika umat Islam secara am-nya iaitu dualisme antara fard ayn dan fard kifayah yang kerap kali ditekankan oleh Prof. al-Attas.


Golongan tradisionalis tak faham cabaran semasa dengan baik manakala golongan Erdogan pula terperangkap dengan racun pemikiran moden yang disuntik secara separa sedar dalam politik kepartian-kekuasaan demokrasi (atau lebih tepat demagogi).


Seharusnya kedua-dua golongan ini menjadi pelengkap antara satu sama lain. Jikalau itu berjaya dilakukan maka PAS mampu pergi lebih jauh berbanding PKR dan DAP.


Saya tidak peduli sangat konflik yang ada sekarang kerana ini bukan masalah generasi saya. Saya lebih risaukan masa depan PAS itu sendiri yang sampai pada hari ini masih gagal melahirkan kepimpinan yang benar-benar mampu berdiri seperti DSAI di pentas masyarakat yang mampu dicampak ke sudut mana sekali pun, masih kekal relevan untuk semua golongan.


Atas dasar inilah saya menjadi sangat kritis kepada Jemaah Islam Kampus. Sudah puas saya melontarkan kritikan dan cadangan kepada amir kampus (seawal tahun pertama saya baru keluar tamrin perkaderan lagi) untuk fokus kepada pembudayaan intelektualisme dalam JIK bagi menampung kekurangan gerakan Islam di luar. Malangnya cadangan saya hanya tinggal cadangan. Kerisauan saya hanya tinggal kerisauan.


Masalah ini jelas makin kusut kerana melihat rakan-rakan saya yang dahulunya sebelum berjinak dengan JIK sangat dinamik dan terbuka. Masing-masing berpotensi menjadi penampung kekurangan dalam pelbagai sektor permasalahan umat tapi setelah meningkat dewasa rata-rata telah berubah menjadi aktivis dakwah yang totok kepada politik kepartian yang sempit.


Akhirnya saya tertanya-tanya apakah setakat ini sahaja nilai dan kualiti aktivis dakwah mahasiswa? Mana mungkin manusia yang tinggal dalam suasana budaya ilmu (walaupun sebenarnya tidak ada) di universiti menjadi begitu sempit, jumud dan beku dari segi idealisme perjuangan mereka? Takkan buku DPF sahaja menjadi santapan rohani dan intelek mereka sepanjang berada di kampus? Apakah hanya tahu pergi mencula, tampal poster sahaja mereka mampu dan mahu lakukan? Apakah setakat ini sahaja NILAI DAN JATI DIRI AKTIVIS ISLAM MAHASISWA??


MANA MUNGKIN DENGAN CARA SEBEGINI KITA MAHU MENAMPUNG KEKURANGAN GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA KHUSUSNYA PAS!


Maka, saya membuat kesimpulan akan perlunya meletakkan kembali kedudukan dan jati diri mahasiswa ke tempat yang sepatutnya agar keadilan dapat terhasil buat jati diri perjuangan mahasiswa itu sendiri.


Saya lihat antara punca utama kelesuan dan kebekuan dinamisme JIK yang SEPATUTNYA menjadi PENAMPUNG KEKURANGAN dalam gerakan Islam di luar adalah dari segi tarbiyah dan juga wala' atau dalam bahasa lebih kontemporari 'rujukan' (reference).


Bagi JIK yang wala' terus kepada Pemuda, selalunya mereka inilah yang totok, jumud dan sangat hizbiyyah sifatnya (jemaahisme). Berlainan pula buat JIK yang wala' kepada GAMIS, mereka ini selalunya lebih terbuka sedikti dan dinamik sifatnya.


Ini kerana JIK yang wala' kepada Pemuda sering kali meletakkan visi dan misi mereka dalam konteks yang sangat sempit iaitu melahirkan kader untuk PAS semata-mata. Selalunya JIK jenis ini sangat tandus dan miskin idealisme perjuangan mahasiwa kerana telah sarat dengan idealisme politik kepartian yang diperturunkan daripada tarbiyah Pemuda di luar kampus. Maka ahli-ahli JIK ini akan dihomogenisasikan menjadi kader PAS tanpa diberi ruang yang luas untuk menerokai potensi diri menjadi pejuang Islam yang unik dan tersendiri. Maka lahirlah generasi kader PAS yang sepesen sahaja sifatnya.


Pernah sekali sahabat dari UM menceritakan kepada saya dalam satu mesyuarat antara pimpinan JIK, dikatakan JIK yang wala' kepada Pemuda ini pernah berkata:

"Buat kali ini, kami tidak ingin lagi mengkader ahli untuk Pemuda kerana dari segi keperluan sudah mencukupi."


Ini bermakna matlamat JIK yang wala' kepada Pemuda ini sangat berorientasikan penampungan perjuangan PAS dari sudut bilangan/kuantiti ahli tanpa berfikir panjang dalam menilai kualiti yang signifikan untuk membantu perjuangan PAS atau dalam erti kata lebih luas, perjuangan Islam itu sendiri yang tidak tertakluk kepada politik semata-mata!


Kalau beginilah keadaannya, sampai bila-bila pun PAS takkan mampu melahirkan golongan Erdogan dari jalur tarbiyanhya sendiri (tanpa bergantung kepada ABIM, JIM etc.) kerana di awal usia mereka di kampus lagi sudah di canai menjadi drone kepada PAS semata-mata tanpa berfikir panjang untuk melahirkan aktivis PAS yang mempunyai niche yang tersendiri dalam mengisi kelompongan permasalahan umat.


Sebab itu seruan Presiden GAMIS untuk membaik pulih tarbiyah melahirkan kader PAS bertukar untuk melahirkan negarawan harus disahut dengan sepenuh hati! Bilamana kita ingin melahirkan negarawan, ianya tidak lagi menjadi hak milik eksklusif buat PAS tetapi untuk umat Islam secara am-nya yang akhrinya mampu melahirkan pejuang Islam yang lebih dinamik. Di penghujung hari, PAS juga yang dapat manfaat kerana perjuangan Islam baik jemaah mana pun tetap akan bersama dengan atas prinsip yang sama seperti yang golongan Erdogan tampilkan!


Contoh terbaik adalah Ustaz Zaharuddin (mantan PMIUM). Beliau memilih untuk 'berbeza' dan alhamdulillah kini sumbangan dan kedudukan beliau dalam percaturan perjuangan Islam secara am-nya sangat signifikan!


Saya bukan anti-Pemuda. Bukan begitu. Saya tidak setuju konsep wala' dan tarbiyah ikut acuan Pemuda (khususnya dari segi misi dan visi JIK) yang sempit sehingga menutupi sudut-sudut perjuangan lain yang seharusnya menjadi options kepada perjuangan mahasiswa (contoh perjuangan alam sekitar, pendidikan, budaya etc.) Ini kerana Pemuda tidak bergelumang dengan permasalahan di menara gading secara konsisten dan serius yang sebenarnya merupakan punca kepada banyak permasalahan semasa.


Pemuda tidak empunya kapasiti (buat masa ini) dalam membicarakan perihal corruption of knowledge etc. kerana sifat Pemuda itu sendiri sangat tertakluk kepada politik kepartian di luar. Gelanggang perjuangan mahasiswa bukan semuanya perlu ditiru secara verbatim seperti perjuangan Pemuda kerana masalah kita di kampus sangat berbeza!


Kerosakkan umat Islam pada hari ini banyak dikerjakan oleh golongan yang menjadi produk akhir kilang mencetak manusia iaitu menara gading yang menjadi balaci golongan kapitalis.


Semua ini tidak terjawab (buat masa ini) dalam jalur tarbiyah JIK yang wala' secara semberono kepada Pemuda. Pada hemat saya golongan Erdogan adalah golongan yang berjaya keluar dari status quo hizbiyyah yang sempit dan kerana itulah mereka sedikit sebanyak mampu menjadi golongan yang penting dalam PAS dan sangat relevan dengan situasi politik semasa.


Tapi percaturan mereka untuk memeluk erat idealisme DSAI bakal mengundang padah untuk jangka masa panjang. Di sinilah hadir dan perlunya golongan tradisionalis PAS mengimbang keadaan dengan baik kerana fikrah mereka lebih mengakar kepada hakikat dan jati diri harakah Islamiyah itu sendiri dari aspek siasah syar'iyyah.


Saya percaya, jikalau JIK dibebaskan daripada ruang lingkup Pemuda dan PAS itu sendiri, dengan mengutamakan pengtarbiayahan untuk melahirkan kader yang bersifat negarawan daripada bersifat hizbiyyah yang totok, jumud dan sempit, siapa tahu di masa hadapan, permasalahan ulama vs profesional ini akan berkurangan dengan lebih signifikan kerana kualiti kader yang PAS mampu miliki daripada visi dan misi tarbiyah yang baru ini mampu menampung kekurangan yang dimiliki oleh kedua-dua golongan tersebut.


Wallahua'lam.


Sekadar berpendapat. Kalau betul ambil dan kalau salah harap betulkan dengan baik.


P/S: tapi saya rasa topik ini lebih baik dibincang di ruang fizikal berbanding ruang maya kerana saya rasa tidak mampu menzahirkan pendapat dengan kemas berkenaan hal ini khususnya tentang rombakkan jati diri perjuangan JIK.

TIMBALAN DAN NAIB PRESIDEN DIKETAHUI HARI INI..

Posted: 02 Jun 2011 08:35 PM PDT

 

nasha-mat-tuanDatuk Tuan Ibrahim Tuan Man bukanlah nama kecil dalam PAS.  Namun, tidak seperti Nasharudin Mat Isa, Mohammad  Sabu atau Datuk Husam Musa, umum di luar PAS agak kurang mengenali Pesuruhjaya PAS Pahang ini sekalipun beliau turut menyandang jawatan Naib Presiden. 
Selasa – ketika semua pihak menduga pemilihan jawatan Timbalan Presisen PAS kali ini dua penjuru saja antara Nasha dan Mat Sabu...Tuan Ibrahim mencelah mengumumkan beliau akan turut serta.
Ia sebenarnya adalah satu kejutan kerana sebelum ini beliau berkali-kali membayangkan tidak berminat langsung dengan jawatan nombor dua dan hanya mahu mempertahankan jawatan Naib Presiden.
Difahamkan Tuan Ibrahim telah menerima sebanyak 39 untuk jawatan kedua tertinggi dalam hirarki parti dan 97 pencalonan lagi bagi beliau mempertahankan jawatan Naib Presidennya.
Ironinya PAS sendiri secara rasmi tidak menghebahkan jumlah pencalonan yang diterima calon-calon yang bertanding.

ikon-yusofharun150xx
.

Entah apa sebabnya PAS begitu berahsia-rahsia tentang perkara ini, kita pun tak tahu.  Tapi pemimpin parti itu tak bolehlah menyalahkan media arus perdana dan media alternatif lain, sebagaimana yang sudah menjadi kelaziman parti itu, sekiranya spkulasi mengenainya terus dibuat.
Apapun nampaknya dalam pemilihan kali ini, debaran dan keceriaan perebutan jawatan Naib Presiden sudah semacam hilang ummpnya. 
Sebaliknya spotlight media terus bertumpu kepada perebutan jawatan Timbalan Presiden.
Sebenarnya dalam pemilihan-pemilihan terdahulu, kecuali ahli PAS dan penyokongnya sendiri, umum tak berapa minat sangat mengambil tahu tentang perubahan yang berlaku atau bakal berlaku dalam pucuk pimpinan parti tersebut. 
Tapi kali ini, lain sedikit halnya.  Sudah ada tanda-tanda wujudnya 'pengaruh luar' yang berganding dengan pemimpin tertentu dalam PAS yang mencaturkan pemilihan yang bakal berlangsung bulan depan.

Ada pemerhati politik yang melihat Nasha yang akan mempertahankan jawatannya  terpaksa menghadapi ujian getir. Dalam pada itu tidak ada blessing ataupun endorsement dari Presiden.

Datuk Seri Haji Hadi Awang awal-awal lagi sudah mengumumkan beliau berkecuali atau dengan ayat lain Presiden PAS yang sudah menang tanpa bertanding itu tidak akan mempengaruhi mood perwakilan untuk mempertahan Nasha. Macam kata mat salleh, "you're on you own."
Sebenarnya kebebasan itu tidak menjadi masalah besar kepada calon-calon  yang bertanding kerana mereka lebih suka tiada restu dari atas walau dari Presiden sekalipun kerana belum tentu menjamin kemenangan.

Cuma dalam kes Nasha ada yang melihat kali ini beliau bukan saja berdepan dengan pencabar terdekat, Mat Sabu, tetapi menghadapi common enemy,  ibarat berdepan  satu jentera PAS yang kesemuanya mahukan beliau kalah.
Siapa lagi kalau bukan kumpulan Erdogan yakni yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mereka dikatakan sudah set untuk memastikan Nasha bukan saja kalah tapi akan "hilang deposit."
 Bagi kumpulan Erdogan ini musuh sebenar  bukanlah Nasha per se. Dalam sifir politik sekarang, tempat Nasha harus diisi dengan calon lain yang boleh menjadi proksi mereka.
Calon yang paling mereka gemari tentulah yang boleh ke tepi ke tengah dengan  Anwar. Soalnya siapakah calon  yang dianggap proksi Anwar itu?  
Walaupun Nasha berpendidikan lslam dan Barat serta dalam usia yang relatifnya masih muda serta luas pengalaman di pelbagai peringkat dan sangat disenangi oleh kumpulan ulama dalam parti namun masih ada sesuatu yang tidak lengkap sebagaimana yang dilihat oleh kumpulan Erdogan.  
Nasha tidak termasuk ciri-ciri orang yang layak duduk semeja bertukar fikiran dengan kumpulan Erdogan  serta dilihat tidak termasuk dalam inner circle Anwar-PAS.
Seperti umum ketahui Nasha dimusuhi kerana ia dilihat lebih condong kepada usaha penyatuan orang Melayu menerusi kerajaan perpaduan.
Semuanya bermula dari ura-ura penubuhan kerajaan perpaduan tidak lama dulu. Bukan  lagi satu rahsia bahawa Nasha, setelah mendapat restu tokoh-tokoh PAS termasuklah Hadi sendiri (melainkan Datuk  Nik Aziz Nik Mat) mengusahakan pembentukan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Apapun agak malang perpaduan PAS dan UMNO  dalam konteks pembentukan sebuah kerajaan perpaduan ataupun apa yang disebut oleh Hadi sebagai  "unity government" tidak dibuat bersungguh-sungguh. 
Baik UMNO mahupun golongan PAS yang menyokongnya  semacam mudah putus asa apabila ada tokoh tertentu dalam parti mengeluarkan fatwa keras melarang perpaduan sesama Islam sedemikian (walaupun tokoh tersebut lebih selesa berpadu kasih politik dengan bukan Islam). 
UMNO pula sentiasa mengambil sikap terbuka dan sanggup mempertimbangkan apa juga formula yang diusulkan.
 
Untuk rekod Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil masa dua tahun mengadakan siri rundingan sebelum mengumumkan pembentukan BN menggantikan Perikatan dengan melihat kemasukan Gerakan, PAS dan lain-lain ke dalam BN selaku parti komponennya.
Justeru tidak hairanlah apabila Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran secara serius supaya PAS menyertai BN. Namun sebaliknya PAS khususnya Datuk Nik Aziz Nik Mat memperlekeh tawaran itu.

Dalam hal ini Mat Sabu walaupun tidaklah begitu rapat dengan Anwar sejak 20 tahun kebelakangan ini kerana isu-isu tertentu namun  beliau dilihat boleh menerima gagasan Anwar sebagaimana Anwar boleh menerima pemikirannya.
Setidak-tidaknya  inilah kira-kira tolak campur mudah pada peringkat awal pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.
 
Bagi puak itu membiarkan Nasha mempertahankan jawatannya bermakna membiarkan wujudnya peluang dan ruang bagi beliau dan Hadi memikir dan seterusnya  melaksanakan sesuatu usaha untuk menjadikan kerajaan perpaduan itu satu realiti. 
Walaupun umum ahli PAS boleh menerima gagasan ini tetapi ia akan mengakibatkan Parti Keadilan Rakyat bukan sahaja hilang dahan untuk berpaut tetapi menghadapi prospek terus berkubur dan lenyap daripada peta politik Malaysia. 
Yang pasti puak Erdogan tidak akan membenarkan ini berlaku.

Namun di saat-saat akhir ini, perancang dan broker kuasa dalam PAS, yang  berkiblat kepada Anwar, merasa ada risiko dan tidak kena sekiranya Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden.

Umum tahu  Mat Sabu adalah seorang tokoh akar umbi atau grassroot man yang bergaul dengan segenap lapisan ahli, dari pemimpin negeri bertaraf  Pensuruhjaya sehinggalah budak yang diupah memanjang tiang lampu untuk memasang bendera PAS.

Tetapi apa yang tidak diketahui ialah cara berpolitik beliau yang tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai mengamalkan 'high-politics'. Di sebalik cerita kelakarnya tatkala berceramah, sukar untuk mendalami apakah sebenarnya minda politik beliau.
Walaupun congak campur tolak mudah atas kertas menunjukkan memberikan Mat Sabu jawatan Timbalan Presiden adalah lebih selamat dari mengekalkan Nasha tetapi  seperti orang tersedar lamunan,  banyak yang tidak kena di antara Anwar  dan Mat Sabu ini. 
Dengan mengambil kira minda politik beliau 'yang tidak boleh dikawal', maka apa sahaja boleh berlaku sekiranya Mat Sabu berada dalam kedudukan selesa dalam parti.

Untuk menarik balik pencalonan yang diperolehi oleh Mat Sabu sudah agak terlambat.  Difahamkan oleh itu, langkah terbaik selanjutnya ialah ' jolok' Tuan Ibrahim selaku calon alternatif dengan harapan ia dapat menewaskan Nasha dan Mat Sabu. 
Soalnya apakah Tuan Ibrahim sanggup membiarkan dirinya menjadi kuda tunggangan puak Erdogan dalam PAS ?
Politik adalah seni serba kemungkinan. Apa sahaja boleh berlaku dan kita  harus tunggu dan lihat apa cerita selanjutnya. -24/5/2011- OLEH YUSOF HARUN




Tuan Ibrahim buat pengumuman mengejut nak sertai pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS
Senario menjelang pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS menjadi bertambah menarik Selasa berikutan penyertaan mengejut Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bersaing dengan penyandang jawatan sekarang Nasharudin Mat Isa dan Mat Sabu.
Tuan Ibrahim yang juga Persuruhjaya PAS Pahang membuat pengumuman berkenaan menerusi laman blognya.
Beliau sebelum ini beberapa kali menyatakan tidak berminat untuk bertanding jawatan nombor dua parti sekalipun mendapat pencalonan untuknya.Katanya beliau hanya ingin mempertahankan jawatan Naib Presiden sahaja.
Berikut ialah kenyataan Tuan Ibrahim:
Kenyataan media – pencalonan Timbalan Presiden diterima
Saya telah menerima surat rasmi daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS pada 22hb Mei 2011.  Saya telah  mendapat pencalonan untuk dua jawatan, iaitu jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan.
Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai Naib Presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.
Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ianya suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkannya semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan.
Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama saya menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan.
Saya ingin merakamkan ucapan  terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya - dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.
Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.- 24/5/2011
 
________________________________________

 
PAS: Salahuddin tarik diri, Idris Ahmad bertanding Naib, Mahfuz umum Ahad...

MENJELANG 26 Mei ini, makin ramai  pemimpin PAS yang terima pencalonan untuk pemilihan parti itu sibuk call sana sini, tanya sokongan. Ada juga yang sudah berani isytihar tarik diri sebab tahu setakat mana keupayaan masing-masing.
Pada Khamis, jumlah calon bagi merebut kerusi timbalan presiden PAS pada pemilihan semasa Muktamar Pas ke-57 berkurang kepada lima apabila Salahuddin Ayub, menarik diri dari bertanding jawatan itu.
"Selepas saya melihat diri saya sendiri dan keupayaan saya tidak berkelayakan untuk jawatan nombor dua itu.
"Saya tak layak bertanding...terpulanglah kepada orang untuk menilai tetapi saya rasa selepas saya muhasabah diri saya tidak berkemapuan di situ," katanya.
Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itum masih ramai rakan seperjuangan yang layak untuk bertanding jawatan itu.
Selasa lalu, Salahuddin diumumkan antara yang layak bertanding bagi kerusi timbalan presiden selain penyandangnya, Nasharudin Mat Isa; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan dua ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Pada pemilihan PAS 2009, Salahuddin dipilih buat pertama kali sebagai naib presiden selepas memegang jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan mendapat undi kedua terbanyak iaitu 824 undi, selepas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (871 undi).
Seorang lagi naib presiden ialah Datuk Mahfuz Omar dengan 663 undi.
Salahuddin juga layak untuk bertanding mempertahankan kerusi naib presiden, namun keputusannya bergantung kepada pencalonan yang diterimanya dari 146 kawasan.
Beliau berkata, jika jumlah pencalonan itu menggambarkan bahawa anggota parti yakin dengan tanggungjawab yang dipikulnya selama ini maka beliau bersedia pertahankan jawatan naib presiden.
Katanya, keputusan sama ada beliau akan bertanding atau tidak hanya akan diketahui semasa pengumuman calon yang mengesahkan akan bertanding oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Sementara itu, Agendadaily difahamkan calon naib presiden Datuk Mahfuz Omar akan mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat PAS pagi Ahad bagi memaklumkan pendirian beliau samada mempertahankan jawatan itu atau sebaliknya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad Khamis mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS dalam pemilihan parti itu bulan depan.
Idris yang akan bertanding buat julung kalinya bagi jawatan itu berkata beliau menerima pencalonan dari PAS kawasan.
"Ya, saya akan bertanding (jawatan Naib Presiden),"katanya kepada Bernama.
Selain Idris, dan Mahfuz, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub, Bendahari PAS Pusat Mohd Hatta Md Ramli, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Nik Zawawi Nik Salleh layak bertanding Naib Presiden.
Tiga anggota Ahli JawatanKuasa Pusat PAS Mazlan Aliman, Mujahid Hj Yusof Rawa dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut layak bertanding jawatan yang sama.
Bagaimanapun, Mujahid, yang juga bekas calon Naib Presiden PAS pada pemilihan lepas serta Nik Zawawi telah mengumumkan pada Khamis mereka tidak akan bertanding jawatan naib Presiden pada pemilihan kali ini.
Pada pemilihan 2009, Mujahid bertanding jawatan Naib Presiden tetapi kalah. Bagaimanapun, beliau menang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Calon-calon lain yang layak bertanding jawatan Naib Presiden, termasuk penyandang masih belum memutuskan sama ada bertanding atau tidak kecuali Idris, Mujahid dan Nik Zawawi.
Kesemua mereka diberikan masa sehingga 26 Mei ini untuk menentukan sama ada menerima pencalonan tersebut. -19/5/201

BILA IDEALOGI PKR MERESAPI PEMUDA PAS.....

Posted: 02 Jun 2011 08:30 PM PDT


Pemuda PAS Dibidas Banyak Demonstrasi

June 2, 2011 by Bro Jinggo  
Filed under Berita Sensasi
Pimpinan Dewan Pemuda PAS dibidas kerana lebih banyak mengadakan demostrasi dan mengeluarkan kenyataan media berbanding program untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
Seorang perwakilan dari Jerai, Kedah, Muhamad Ismail, berkata sikap sebegitu tidak akan membolehkan parti itu menawan Putrajaya malah hal berkenaan ditegurnya pada setiap muktamar tahunan.
"Kalau macam ni bagaimana nak tawan Putrajaya. Peruntukan RM3,000 saja untuk program," katanya semasa membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Dewan Pemuda PAS Pusat berakhir Disember 2010, di sini, hari ini.
Perwakilan dari Jerantut Pahang, Abdul Rahman Abdul Malik, berkata terdapat ketua pemuda negeri yang hanya menghadiri mesyuarat ketua-ketua pemuda negeri sekali sepanjang tahun dan ini memberi kesan kepada tanggungjawab ketua pemuda berkenaan.
"Mula-mula tidak hadir bersebab dan berterusan kepada tanpa hadir tanpa sebab," katanya membahaskan perkara yang sama.
Wakil Perlis, Mior Hassan Sazali Mior Hajar, berkata Pemuda PAS perlu memberi tumpuan kepada golongan berusia antara 35 dan 45 tahun yang mana mereka ini dilihat lebih terpengaruh dengan fahaman ketuanan Melayu-Islam.
"Mereka ini mengambil sikap 'play-safe' kerana keadaan ekonomi mereka yang stabil. PAS dilihat terkebelakang berbanding UMNO dalam isu Melayu-Islam ini," katanya.
Wakil Kedah, Ahmad Izzat Shauki, berkata walaupun pilihan raya umum ke-13 semakin hampir sehingga kini belum ada penumpuan khusus yang dimaklumkan kepada pemuda

ERDOGAN VS ULAMA

Posted: 02 Jun 2011 08:26 PM PDT


Pertembungan Puak Erdogan, Ulama Dalam Pemilihan Pas

May 20, 2011 by Bro Jinggo  
Filed under Featured, Utama
Share |
Percaturan pemilihan barisan kepimpinan baru Pas yang dijadual pada bulan depan akan menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan dominan di dalam parti itu, pro-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pro-kepimpinan ulama.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pembentukan dua kumpulan sememangnya wujud di dalam Pas kerana ada beberapa pemimpin parti itu kini dilihat begitu liberal serta sealiran dengan pemikiran Anwar walaupun Ketua Pembangkang itu jelas berfahaman pluralisme.
Beliau berkata, tidak dinafikan kepimpinan ulama masih wujud di dalam Pas apabila jawatan Presiden parti dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi persoalannya bagaimana pula dengan pengisian jawatan nombor dua parti dan ke bawah.
"Saya percaya ada percaturan dalam pemilihan Pas kali ini. Sudah pasti Anwar dan PKR mahukan mereka yang benar-benar sealiran dengannya memegang jawatan nombor dua dan ke bawah secara majoriti. Kumpulan ini digelar sebagai puak Erdogan.
"Tujuannya ialah memastikan Pas sentiasa bersama dengan PKR walau apa pun berlaku. Mengenai kedudukan Abdul Hadi itu tidak menjadi masalah kerana apa yang penting Anwar boleh meletakkan seberapa ramai pemimpin sealiran dengannya di dalam kepimpinan parti itu," katanya.
Nakhaie berkata demikian ketika mengulas kemenangan Abdul Hadi menerajui parti itu sekurang-kurangnya sehingga 2013 iaitu penggal kelima buatnya apabila tidak dicabar pemimpin lain pada pemilihan bulan depan.
Bagaimanapun saingan untuk jawatan Timbalan Presiden pula dijangka menarik pada muktamar ke-57 parti itu bermula 3 hingga 5 Jun ini apabila enam individu disahkan layak bertanding daripada lapan yang dicalonkan.
Nakhaie berkata, Anwar perlu menyusun barisan kepimpinan Pas yang pro kepadanya supaya Penasihat PKR itu sentiasa mendapat sokongan Pas walaupun berhadapan dengan pelbagai kontroversi sama ada berkaitan dengan pluralisme atau isu moral.
"Teorinya mudah sahaja. Jika Pas dikuasai oleh sebahagian besar puak Erdogan, apa jua keputusan akan berpihak kepada kumpulan tersebut.
"Katakanlah berlaku satu kontroversi kepada Anwar. Sudah tentu puak Erdogan sebulat suara akan membuat keputusan membelanya. Dalam hal ini Abdul Hadi sudah pasti tidak boleh berbuat apa-apa kerana keputusan dibuat secara majoriti," katanya lagi.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin ketika mengulas isu sama berkata, berdasarkan maklumat dalaman daripada rakan-rakan dalam Pas, akan berlaku pertembungan hebat antara kumpulan Erdogan dan kepimpinan ulama pada pemilihan Pas kali ini.
"Cuma saya mendapat maklumat sokongan di peringkat bawah lebih menjurus kepada prokepimpinan ulama. Mungkin mereka mula menyisihkan diri daripada badi Anwar yang membuatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot.
"Walau apa pun, pasti akan berlaku pertembungan dua kumpulan ini pada pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat. Puak Erdogan dikatakan sedang merancang untuk menguasai Pas dalam jangka panjang," katanya.
Puak Erdogan

Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Husam Musa, puak Erdogan membuka langkah bertembung dengan puak ulama.
Apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa Husam amat licik kerana tidak mencabar Hadi tetapi mewujudkan geng Erdogan seramai mungkin dalam kepimpinan Pas Pusat untuk mendesak Hadi dan timbalannya.
Ini juga menunjukkan bahawa ia adalah salah satu usaha untuk mengukuhkan kedudukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti itu

ERDOGAN : SATU REALITI DALAM PAS?

Posted: 02 Jun 2011 08:23 PM PDT


Kumpulan 'Erdogan' dalam PAS?

K Pragalath
 | May 25, 2011
Panelis perjelas definasi Erdogan dalam konteks PAS
KUALA LUMPUR: Dua calon jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat, Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad sepakat golongan Erdogan dalam PAS merujuk kepada perbezaan pendekatan dan aliran pemikiran.
"Perbezaan yang wujud hanya dari sudut aliran pemikiran dan pendekatan berbeza untuk mencapai benda yang sama seperti lebih inklusif," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.
Beliau berkata demikian dalam satu forum bertajuk "Pemilihan PAS: Mampukah PAS membuat lonjakan?" di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur malam tadi.
Sementara Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly pula mengatakan bahawa ia merujuk kepada mereka yang berupaya melakukan 'engagement'.
"Umpamanya, allahyarham Fadzil Noor menjadikan PAS bersifat lebih nasional dengan bertanding di kawasan majmuk kerana Islam itu 'rahmatilalamin' atau pembawa rahmat yang merentasi semua kaum dan agama," kata Dr Dzulkefly.
"Garis yang lebih penting adalah kesediaan untuk membawa Islam dalam demokrasi dan bersedia untuk membuat ijtihad dan konsepsi," tambah beliau.

Pro-perubahan

Sementara itu, pemerhati politik PAS dan pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Aziz Bari menjelaskan perbezaan kumpulan 'ulama' dan 'Erdogan' lebih mudah dijelaskan sebagai pro-perubahan yang dianggap penting.
"Selagi PAS tidak menjadi pro-perubahan, PAS akan gagal untuk mewujudkan sistem dua parti. Kita bukan nak cari Imam. Kita nak cari panglima," ujar Aziz.
"Perwakilan kena fikir alternatif untuk rakyat dan PAS terkebelakang dalam hal ini. Jika tidak, PAS tidak layak mengganti Umno," jelas Aziz.
Forum yang turut disertai calon AJK Pusat Dato' Kamaruddin Jaafar ini dianjurkan oleh 'Free Public Forum' (FPF) dan Institut Perihal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas).

1 MALAYSIA.....

Posted: 02 Jun 2011 08:18 PM PDT


photo

Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia

Putrajaya, 02/06/2011 - Saya melahirkan rasa bangga kepada kesemua pelajar Sekolah Menengah Tengku Abdullah di Pekan dan Universiti Malaysia Pahang kerana berjaya menganjurkan ekspedisi sebegini.
Ekspedisi berbasikal sejauh 342 km itu bermula di rumah Saya di Pekan, Pahang pada Isnin lalu yang disertai pelajar Sekolah Menengah Tengku Abdullah di Pekan dan Universiti Malaysia Pahang tiba di perkarangan Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9 pagi hari ini.

GENG "ERDOGAN" MULA KUASAI MUSLIMAT.....

Posted: 02 Jun 2011 08:10 PM PDT


Kehadiran Murysidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat merasmikan pembukaan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat rupanya petanda awal penguasaan 'Geng Erdogan' dalam sayap wanita PAS itu.

Petang tadi, kumpulan yang diketuai oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusoff bersama ahli parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud diumumkan memang pemilihan sebagai sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat yang baru.

Ini bermakna, penyandang selama dua penggal berturut-turut Nuridah Mohd Salleh dan gandingannya Wan Hasrina Wan Hassan tewas.

Siti Zailah mendapat 358 undi daripada 650 perwakilan manakala Dr Siti Mariah Mahmud mendapat 437 undi.

Bagi Naib Presiden pula, jawatan itu dimenangi Senator Mumtaz Md Nawi apabila memperoleh 377 jumlah undi menewaskan tiga calon lain Mastura Mohamad, Dr Najihatussalehah Ahmad, dan bekas calon Dun Tenang Normala Sudirman

Perkara itu diumumkan Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Wan Mutalib Embong selepas sesi penggulungan DMPP lewat petang tadi, namun mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan jumlah undi yang diperoleh bagi calon yang tewas
.
Selain itu, 12 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat sesi 2011-2013 yang baru ialah:

1) Aiman Athirah Al-Jundi
2) Aida Nurul Huda Yusof Rawa
3) Dr Asiah Ali
4) Azizzah Khatib Mat
5) Dr Halimah Ali
6) Kartini Ahmad
7) Mastura Mohamad
8) Dr Najihatussalehah Ahmad
9) Normala Sudirman
10) Siti Ashah Ghazali
11) Wan Ubaidah Omar
12) Dr Rosni Adam

ANTARA PENGAKUAN DAN PENAFIAN?

Posted: 02 Jun 2011 08:03 PM PDT


Blogger Kickdefella mengaku dapat RM350,000 cash dari orang tengah Husam Musa...duit mana tu?

Blogger Kickdefella mengaku dapat RM350,000 cash dari orang tengah Husam Musa...duit mana tu?

Banyak duit Datuk Husam Musa!  Jika tidak... mustahil boleh bagi cash RM350,000 pada blogger Kickdefella @ Syed Azidi Syed Aziz sebagai pampasan selepas  ditamatkan perkhidmatan daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) akhir 2009. (KENYATAAN PENUH SYED AZIDI DI DALAM )
Sebelum ini, Syed Azidi pernah dedahkan bahawa Husam, Exco kerjaan Kelantan yang bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan di Muktamar PAS, Jumaat ini pernah beri RM4 juta sebagai propaganda Ops Perang Saraf menjelang P...

SUKAR SANGATKAH NAK PATUHI PERATURAN ROS ?

Posted: 02 Jun 2011 07:57 PM PDT

Permohonan PKR halang ROS batal parti didengar 8 Jun

KUALA LUMPUR - Permohonan PKR untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan pendaftaran parti itu akan didengar 8 Jun ini.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Azrul Darus menetapkan tarikh terbabit dan turut memberitahu permohonan itu akan didengar hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

Tarikh pendengaran itu dimaklumkan oleh salah seorang peguam mewakili PKR, Fadiah Nadwa Fikri kepada media di sini, semalam.

Kelmarin, PKR memfailkan permohonan menerusi Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail dengan menamakan ROS sebagai responden.

Pemohon diwakili peguam, N Surendran memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah larangan bagi menghalang ROS daripada membuat sebarang tindakan hingga pendengaran kes di mahkamah selesai.

Permohonan itu difailkan kerana ROS mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap PKR bertarikh 9 Mei lalu meminta sebab mengapa pendaftaran parti tidak boleh dibatalkan sedangkan parti itu didakwa memecat seorang ahli secara salah.

Bagaimanapun, pemohon dalam alasan permohonannya mendakwa, dakwaan ROS bahawa ahli, A Rajagopal dipecat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 1 April atau 27 April 2009 adalah tidak berasas kerana lelaki terbabit tidak pernah menganggotai PKR.

Sebaliknya, pemohon menyatakan bahawa ahli yang dipecat adalah A Jayagopal, nombor keahlian K060000280 010 dan pemecatan itu dibuat menerusi keputusan mesyuarat MPT pada 26 April 2009.

Pemecatan itu didakwa dilakukan atas alasan Jayagopal melanggar Pekeliling Setiausaha Agung bertarikh 11 Mac 2009 apabila bertanding sebagai calon bebas dan menentang calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Selambau.

Jayagopal memperoleh 36 undi ketika pilihan raya itu dan berdasarkan pekeliling parti, ahli yang mendaftar sebagai calon tanpa kebenaran PKR akan dipecat serta-merta tanpa merujuk kepada ahli berkenaan.

Justeru itu, pemohon mendakwa keputusan ROS adalah satu perkiraan tidak wajar dan satu salah guna kuasa kerana ia jelas merupakan satu keputusan tidak mempunyai asas yang mencukupi.

Pemohon mendakwa keputusan ROS dibuat berdasarkan niat jahat dan bertujuan untuk menghalang PKR daripada mengambil bahagian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

BERSEDIAKAH PAS MENGANTI UMNO UNTUK DUDUKI PUTRAJAYA ?

Posted: 02 Jun 2011 07:54 PM PDT

Pas diingatkan perlu hati-hati

SHAH ALAM - Pas diingatkan supaya berhati-hati dan jangan terlalu ghairah untuk menawan Putrajaya kerana dibimbangi akan merugikan parti dan Melayu Islam secara keseluruhan.

Wakil Dewan Pemuda Terengganu, Wan Mohd Faizul Abbas berkata, ia adalah kerana Pas perlu meneliti peranan parti terbabit dalam kerajaan sekiranya Kerajaan Pusat berjaya ditumbangkan.

Menurutnya, jika Pas gagal berbuat demikian, ia sekali gus membuka laluan kepada pihak yang hanya mahu mengambil kesempatan di atas kejatuhan kerajaan pusat.

Pas perlu berhati-hati untuk menawan Putrajaya, jangan apabila dapat tawan Putrajaya, Pas hanya dapat Masjid Putra sahaja, sama seperti dalam gambar di poster utama," katanya pada sesi perbahasan usul Dewan Pemuda di sini, semalam.

Selain itu, beliau turut mengingatkan Pas sebagai sebuah gerakan Islam ja-ngan hanya mementingkan jawatan wakil rakyat semata-mata sahaja.

Menurutnya, sebagai sebuah gerakan Islam, Pas perlu mementingkan dakwah dan pembangunan insan serta perkara lain.
Jawatan Kosong

MAMPUKAH STRATEGI MUSLIMAT MENGALAHKAN WANITA UMNO PRU 13 ?

Posted: 02 Jun 2011 07:51 PM PDT

Berikutan itu, Muslimat Pas Pusat pada Muktamar kali ini menggariskan 3 strategi utama berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Antaranya, Muslimat diseru supaya menawan hati pengundi melalui penerangan dan dakwah secara berhikmah dan memfokuskan peranan Muslimat Pas dan wanita PR melalui penglibatan mereka dalam pentadbiran Kerajaan Negeri yang diperintah Pakatan.

Strategi kedua adalah memperkukuhkan semangat setia kawan dalam kalangan rakan seperjua�ngan dalam PR dengan mengetepikan segala salah faham dan perkara yang boleh menjadi penghalang dan ketiga adalah mengambil langkah bijaksana dalam menawan hati musuh.

DAPATKAH FASAL 82 PERLEMBAGAAN PAS MENGHENTIKAN RASUAH DAN FITNAH ?

Posted: 02 Jun 2011 07:46 PM PDT

Fitnah dijangka lebih hebat menjelang PRU-13

SEREMBAN – Budaya fitnah dalam politik sukar untuk ketepikan dan akan berterusan sehingga menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Itu pendapat Ahli Jawatankuasa Pas pusat, Mohd Taufek Abd Ghani berhubung senario fitnah yang menjadi sesuatu ancaman buat negara termasuk di kalangan ahli politik.

Beliau yang turut hadir pada Wacana Sinar Harian siri keempat di Shah Alam, kelmarin turut tidak menolak kemungkinan ancaman fitnah akan lebih hebat menjelangnya PRU-13 nanti.

"Pastinya ketika musim pilihan raya nanti, akan bertambah giat budaya fitnah. Perkara ini amat ditakuti apabila parti politik sanggup membuat fitnah demi kepentingan politik semata-mata," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi berkata, Pas sentiasa mengutamakan perjuangan parti dan tidak akan melakukan fitnah hanya untuk kepentingan politik.

"Dalam buku tatatertib Pas sendiri melalui Fasal 82 perlembagaan parti memperuntukkan semua ahli Pas perlu taat dan patuh terhadap ajaran dan hukum Islam.

"Kita mahu jadi contoh budaya politik yang baik dengan tidak mengamalkan budaya fitnah dalam setiap kempen dan perjuangan parti," katanya.

Malah, katanya, Pas juga tidak menggalakkan ahli melakukan ceramah dengan menerapkan elemen tuduhan dan fitnah.

"Fitnah sememangnya dilarang dalam agama. Tuduhan yang terdapat dalam ceramah disertakan dengan fakta sekali bagi menyokong dakwaan yang dibuat," katanya.

TAHNIAH KEPADA RAKYAT MALAYSIA......

Posted: 02 Jun 2011 07:37 PM PDT

Tony Fernandes
Tony Fernandes

Tony bida beli West Ham


2011/06/03

USAHAWAN penerbangan Malaysia, Datuk Seri Tony Fernandes mengesahkan dia mengemukakan bidaan untuk membeli kelab bola sepak yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) West Ham.

"Untuk semua peminat West Ham, satu tawaran dikemukakan kepada pemilik kelab. Kita tunggu dan lihat sama ada mereka menerimanya," kata pemilik syarikat penerbangan AirAsia dan pemilik pasukan Formula Satu (F1) Team Lotus itu dalam laman Twitternya.
Fernandes membuat pengumumannya pada hari sama pemilik kelab itu, David Sullivan dan David Gold, memperkenalkan Sam Allardyce sebagai pengurus baru Hammers selepas Avram Grant dipecat tidak sampai sejam selepas kelab itu terhumban ke Liga Kejuaraan musim depan.
Sebagai seorang yang sudah lama meminati kelab timur London itu, Fernandes pernah menyuarakan minat untuk membeli pegangan saham dalam West Ham November lalu tetapi gagal mencapai persetujuan dengan pengerusi kelab, Andrew Bernhardt di Kuala Lumpur.

Namun rundingan terus berjalan hingga Januari apabila bekas pemilik Birmingham City, Sullivan dan Gold melengkapkan pembelian mereka dan mengambil alih kelab Upton Park itu.

Ketika itu, Fernandes lega kerana usahanya membeli kelab itu gagal tetapi dia tetap memberi isyarat berminat untuk membeli buat kali kedua.

"Ya, (ketika itu) kerana saya sibuk sepenuhnya dengan hal Lotus. Itu sudah stabil sekarang."
Dengan West Ham terkeluar daripada EPL yang mewah, Fernandes mungkin merasakan dia boleh membeli kelab itu pada harga jauh lebih murah.

Tetapi dia berkata: "Tiada lagi kenyataan mengenai West Ham... kalau sesuatu berlaku, ia berlaku. Kalau senyap, senyaplah." – AFP

MIMPI NGERI BOLA BERULANG KEMBALI.....PEMAIN MUDAH LUPA...

Posted: 02 Jun 2011 07:32 PM PDT

Mengaku rasuah
Oleh Zainuddin Muhammad dan Hamid Salleh
bhkt@bharian.com.my
2011/06/03
Bekas pemain Piala Presiden T-Team dedah terima suapan dari bookie

KUALA TERENGGANU: "Saya manusia biasa yang punya keinginan untuk memakai pakaian berjenama, menjamah makanan di restoran mewah dan bergaya seperti anak muda lain. Kini saya sedar semua itu tidak memberikan kepuasan sebenar jika menggunakan wang haram dan lebih rela hidup sederhana dengan punca pendapatan halal."
Demikian pengakuan seorang bekas pemain pasukan bawah 21 tahun Piala Presiden T-Team, Terengganu yang mengambil rasuah daripada bookie dalam kejohanan tahun lalu yang jumlahnya lebih enam kali ganda daripada pendapatannya yang tidak sampai RM1,000 sebulan.
Duit yang saya terima...daripada orang yang saya kenali dalam pasukan. Saya tidak tahu...berapa jumlah diberikan bookie

Bekas pemain
Anak kelahiran Kuala Terengganu yang kini bermain untuk pasukan negeri lain, mengakui dia hanya beberapa kali menerima wang sogokan, tetapi tidak pernah bersemuka dengan bookie yang bertindak sebagai pengatur perlawanan.

"Nipisnya iman saya ketika itu dan menyesal kerana termakan hasutan kawan yang menyebabkan saya sanggup menerima suapan wang untuk memastikan pasukan tewas di tangan lawan. Gelap mata saya seketika apabila disogokkan wang lebih enam kali ganda pendapatan bulanan saya.

"Saya sememangnya takut dengan rasuah bola sepak dan enggan terbabit, namun apakan daya, saya terlalu lemah untuk menolak hasutan syaitan dan akhirnya sanggup menggadai maruah demi wang.

"Duit yang saya terima beberapa kali itu datangnya daripada orang yang saya kenali dalam pasukan. Saya tidak tahu dan tidak mahu tahu berapa jumlah sebenar yang diberikan bookie," katanya sambil mengakui jiwanya tidak tenang selepas terbabit rasuah walaupun mengaku puas seketika kerana dapat berbelanja seperti orang berada.
Namun, dia kini saya sedar semua itu tidak memberikan kepuasan sebenar dan kini lebih rela hidup sederhana dengan sumber pendapatan yang halal.

Rakannya dalam skuad musim lalu tetapi kini mewakili pasukan di selatan tanah air pula berkata ramai pemain terjebak dalam rasuah mengatur keputusan perlawanan akibat pujuk rayu rakan sepasukan yang mewakili bookie.

"Tanpa individu itu, saya percaya kami tidak mungkin dapat dipengaruhi oleh bookie dan kemungkinan besar kebanyakan kami masih boleh mewakili pasukan negeri kelahiran. Saya harap pemain baru tidak mengikut jejak kami walaupun ganjaran bookie melimpah ruah jumlahnya," katanya.

Seorang lagi pemain berkata dia bersyukur kerana masih berpeluang mencari rezeki dengan bermain bola sepak walaupun bukan dengan pasukan T-Team atau Terengganu.

"Sebagai anak jati negeri ini, memang saya lebih suka tinggal di sini, namun atas kesilapan sendiri yang gagal mengawal nafsu dan termakan hasutan bookie, saya terpaksa merantau mencari rezeki," katanya yang yakin dia dan rakan lain akan berfikir banyak kali jika gaji yang dibayar oleh pasukan itu tahun lalu lebih tinggi.

Ini kerana pendapatannya sebagai pemain kini lebih RM2,500, sedangkan gaji ketika bersama T-Team tidak sampai RM1,000.

"Setakat yang saya tahu, tahun ini pun tidak ada pemain Piala Presiden T-Team menerima pendapatan melebihi RM1,000. Pengurusan perlu memikirkan semula ganjaran kepada pemain kerana mereka tidak mempunyai pendapatan lain sedangkan terpaksa berlatih pagi dan petang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pengurusan T-Team musim lalu, memaklumkan mereka sudah dihubungi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRRM) dan akan memberi keterangan dalam masa terdekat berhubung pendedahan rasuah membabitkan bekas pemain pasukan itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Yusoff Mohd Zin, berkata pihaknya belum menerima laporan berhubung kegiatan mengatur perlawanan membabitkan pasukan T-Team dan skuad Piala Presiden.

"Bagaimanapun, kita harap kerjasama daripada orang ramai untuk membuat laporan jika ada maklumat mengenai kegiatan mengatur perlawanan membabitkan mana-mana pasukan," katanya.

Ketua Jurulatih semasa T-Team, Yunus Alif, pula menjelaskan pihaknya tidak mengesan mana-mana pemain yang terbabit rasuah dan mengatur perlawanan walaupun prestasi mereka tahun ini tidak konsisten.

"Prestasi tidak menentu pasukan disebabkan keletihan kerana jadual perlawanan agak ketat dan tidak dapat menurunkan kesebelasan utama kerana kecederaan. Kita sentiasa memantau dan setakat ini tiada tanda mereka terbabit rasuah," katanya ketika diminta mengulas prestasi pasukan T-Team yang mencetuskan kemarahan penyokong hingga ramai yang mendesak jurulatih dan pengurusan pasukan ditukar.

BILA "HARAKAH" MENJADI LIDAH PAS....

Posted: 02 Jun 2011 07:27 PM PDT

Sebuah akhbar parti politik sudah sah sebagai penyebar khabar fitnah kepada UMNO. Paling jelas, acap kali akhbar itu memutar dan mempolitikkan isu-isu yang dicakapkan oleh pemimpin UMNO secara songsang. Malah turut menyiarkan tomahan dan kenyataan prasangka pemimpin PAS terhadap UMNO.

Akhbar yang dikatakan "Membangun Bersama Islam" itu adalah sebenarnya sudah menjadi surat beracun yang mempamerkan nilai fikiran "celaru" (mental disorder) tatkala menyiarkan berita dan ulasan terhadap UMNO dan Kepimpinan pusat. Ia sudah sah sebagai akhbar yang mewakili "golongan penentang" kepada segala usaha pentadbiran pusat dan negeri yang dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri dan juga Menteri Besar serta Ketua Menteri BN/UMNO.

SAMPAI BILAKAH PAS NAK HENTI SALAHKAN ORANG LAIN?

Posted: 02 Jun 2011 07:17 PM PDT

Put your stuff here
Muktamar Muslimat PAS hambar, lesu
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2011/06/03

Perwakilan gagal rencana agenda perjuangan, salahkan pihak lain

HAMBAR dan lesu – dua perkataan yang menjelaskan keseluruhan sesi perbahasan pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Ke-51 yang berlangsung semalam walaupun usul dibangkitkan kebanyakannya bersifat nasional dan menyentuh isu semasa.
Dewan Jubli Perak, Shah Alam yang menyediakan suasana selesa dilihat tidak mampu membangkitkan suasana 'panas' atau bersemangat di kalangan kira-kira 1,000 yang menghadiri persidangan sehari itu termasuk 622 perwakilan.

Mungkin masing-masing 'terlebih selesa' berada di dalam dewan yang luas dan dingin, malah kedinginan itu juga yang mengulit mimpi segelintir perwakilan dan pemerhati yang berada di dalam mahupun luar dewan.

Berbalik kepada suasana hambar dan lesu, perwakilan tidak menjadikan muktamar kali ini sebagai pentas untuk merencanakan agenda yang boleh menguatkan parti atau memperkukuhkan ikatan dalam rakan pakatan pembangkang.

Sebaliknya, perbahasan sama seperti tahun sebelumnya masih diwarnai sikap menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri dan menjadikan UMNO serta Barisan Nasional (BN) bahan kecaman.

Daripada empat usul diterima untuk dibahaskan, hanya satu usul yang menyentuh mengenai kekuatan parti, usul supaya PAS Pusat menubuhkan Pusat Maklumat untuk menyampaikan maklumat secara maya, selaras dan berkesan dalam menangkis segala isu yang datang sama ada pada peringkat kawasan, negeri mahupun nasional.
Lebih menarik perwakilan dari Dungun meminta Muslimat mencontohi sikap dan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mendekati rakyat, termasuk menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa Muslimat terutama pemimpin supaya sentiasa memperbaharui entri kandungan dalam laman web.

"Kenapa kita tidak menggunakan budaya ini (dibawa Perdana Menteri), ada blog pemimpin yang tidak dikemas kini sejak tiga bulan lalu, mungkin lebih lama lagi... apabila kita bina blog, janganlah tinggalkan begitu saja," katanya.

Jika teguran Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh diberi perhatian perwakilan dan ahli supaya menjadikan kekalahan demi kekalahan dialami PAS pada pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebagai pengajaran pastinya parti yang kini meniti usia 60 tahun dapat mengamalkan politik lebih matang.

Sewajarnya PAS tidak berterusan cuba menyalahkan pihak lain jika gagal menjayakan misi perjuangan parti itu. Sudah sampai masa mereka bermuhasabah dan menilai kekuatan diri sendiri serta cuba mencari angin perubahan.

"Kalaulah setakat beramai-ramai memenuhi markas dan bilik gerakan PAS, tetapi tidak pergi menemui pengundi, hanya berbekalkan poster dan kibaran bendera, jangan impikan kemenangan akan datang bergolek," tegas Nuridah.

Selain usul organisasi, muktamar turut meluluskan usul keselamatan yang membincangkan bahaya kewujudan loji nuklear, usul kepenggunaan mengenai makanan tidak halal dan usul pendidikan mengenai pendidikan sekular.

Jawatankuasa usul menolak tiga usul untuk dibahaskan dan antaranya usul dikemukakan Muslimat Kawasan Batu supaya Jawatankuasa Pilihan Raya Pas Pusat wajib memberikan satu kerusi strategik khusus kepada Ketua Muslimat PAS Pusat untuk bertanding sebagai calon peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri.

Mereka mencadangkan pemilihan kerusi hendaklah diberi keutamaan kepada Ketua Muslimat PAS Pusat sebelum dibuka kepada calon peringkat kawasan dan negeri.

PALING TAKUT DENGAN DOKTOR GIGI.....

Posted: 02 Jun 2011 07:11 PM PDT

Negara kini ada 32,979 doktor


2011/06/03

MELAKA: Negara kini memiliki seramai 32,979 doktor perubatan dengan nisbah setiap seorang untuk 857 populasi sehingga tahun lalu, berbanding seorang bagi setiap 1,490 populasi kira-kira 10 tahun lalu.

Daripada bilangan itu, kira-kira 22,429 atau 68 peratus daripadanya berkhidmat dalam sektor awam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata perkembangan itu memberi keyakinan kepada pihaknya untuk mencapai sasaran mengurangkan nisbah berkenaan kepada 400 bagi seorang doktor pada 2020.

"Sasaran ini dijangka dapat dicapai seiring dengan pertambahan jumlah institusi perubatan dan kuota pengambilan pelajar jurusan perubatan di institusi pendidikan yang menawarkan program itu. Sehingga Disember 2010, negara mempunyai 33 institusi pendidikan perubatan berbanding 10 pada 2000.

"Sebanyak 11 daripadanya adalah milik kerajaan, manakala 22 lagi di bawah kendalian swasta. Majlis Perubatan Malaysia (MMA) juga mengiktiraf 371 ijazah perubatan yang ditawarkan di dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pelajar Perubatan Antarabangsa Malaysia (MIMSC) 2011 kali ketiga di Kolej Perubatan Melaka-Manipal (MMMC) di sini, semalam.

Hadir sama Pegawai Eksekutif MMMC, Prof Datuk Dr Abdul Razzak Mohd Said dan Pengerusi Penganjur MIMSC 2011, Vincent Khor Wei Sheng.
Dr Hasan berkata, selain sasaran kadar nisbah berkenaan, kementerian turut menumpukan kepada usaha untuk meningkatkan pengagihan doktor perubatan klinik di kawasan luar dan dalam bandar yang masih rendah.

Katanya, di Sabah dan Sarawak misalnya, kebanyakan klinik masih dikendalikan pembantu pegawai perubatan.

"Pada tahun lalu, daripada 19,429 doktor di bawah kementerian, hanya 1,339 doktor perubatan berkhidmat di Sabah sementara di Sarawak pula 1,254 doktor," katanyae

Pengikut