PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- DEWAN ULAMA TOLAK ISU VIDEO SEKS...ATAS ARAHAN SIAPA?
- JAUHI UMNO AGENDA PAS ATAU YG TAK BERSERBAN?
- APA PULA ULAMA PAS BUAT ? MEMBINA ATAU MEMUSNAH ?
- BAGAIMANA MENYATUKAN KERANGKA POLITIK YANG BERBEZA INI ?
- SERANGAN SELEPAS JUMAAT
- Pas evolves but ulama still dominate
- ISU SAMPUL SURAT MEWARNAI PERSIDANGAN....
- ANGIN "SYURGA' DARI DAP?
- ANALISIS : ULAMA VS PROFESIONAL
- TIMBALAN DAN NAIB PRESIDEN DIKETAHUI HARI INI..
- BILA IDEALOGI PKR MERESAPI PEMUDA PAS.....
- ERDOGAN VS ULAMA
- ERDOGAN : SATU REALITI DALAM PAS?
- 1 MALAYSIA.....
- GENG "ERDOGAN" MULA KUASAI MUSLIMAT.....
- ANTARA PENGAKUAN DAN PENAFIAN?
- SUKAR SANGATKAH NAK PATUHI PERATURAN ROS ?
- BERSEDIAKAH PAS MENGANTI UMNO UNTUK DUDUKI PUTRAJAYA ?
- MAMPUKAH STRATEGI MUSLIMAT MENGALAHKAN WANITA UMNO PRU 13 ?
- DAPATKAH FASAL 82 PERLEMBAGAAN PAS MENGHENTIKAN RASUAH DAN FITNAH ?
- TAHNIAH KEPADA RAKYAT MALAYSIA......
- MIMPI NGERI BOLA BERULANG KEMBALI.....PEMAIN MUDAH LUPA...
- BILA "HARAKAH" MENJADI LIDAH PAS....
- SAMPAI BILAKAH PAS NAK HENTI SALAHKAN ORANG LAIN?
- PALING TAKUT DENGAN DOKTOR GIGI.....
DEWAN ULAMA TOLAK ISU VIDEO SEKS...ATAS ARAHAN SIAPA? Posted: 03 Jun 2011 01:28 AM PDT
| |
JAUHI UMNO AGENDA PAS ATAU YG TAK BERSERBAN? Posted: 03 Jun 2011 01:09 AM PDT PAS terus jarakkan diri dari Umno Untuk tiga tahun berturut-turut, muktamar PAS terus mengulangi penegasan mereka bersama Pakatan Rakyat dan berusaha menjarakkan diri mereka dengan Umno sebagai sebuah lagi parti Melayu-Islam. "Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) yang diamalkan oleh PAS ini telah menjadi sebahagian daripada fekah politik Islam yang wajib dipelajari oleh pimpinan PAS dan diperkenalkannya kepada masyarakat supaya mereka memahami perbezaan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, dengan kerjasama wala antara Umno dalam BN..." kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ucapan itu dilihat sebagai respons kepada pelawaan berterusan Umno dalam isu kerajaan perpaduan yang mula diperkatakan sejurus selepas berlakunya 'tsunami politik' selepas 8 Mac 2008. Ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam muktamar PAS ke-57 di Gombak hari ini, Abdul Hadi juga mendakwa kerjasama dengan Umno dan BN hanya menghilangkan jati diri Islam daripada bangsa Melayu. Menurutnya, sebagai parti yang paling berpengalaman - sama ada sebagai pembangkang atau dalam kerajaan - PAS harus sedar tentang perkara itu. Turut hadir sebagai tetamu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang. Berucap di hadapan lebih 1,000 perwakilan, Abdul Hadi terus mengkritik Umno yang didakwanya gagal membersihkan politik dalam negara yang memisahkan ajaran agama daripadanya. "Pemimpin Melayu Islam yang membebalkan majoriti rakyat beragama Islam dan tidak boleh menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam, kerana dijangkiti keruntuhan moral dan zalim, rasuah dan menyalahgunakan kuasa, sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya," katanya. Beliau terus mengulangi kritikan kerasnya pada Umno yang disifatkannya sebagai "dibarahi penyakit warisan penjajah" serta membutakan dan memekakkan orang Melayu dengan politik wang serta hiburan yang membodohkan. "Maka menjadi tanggungjawab besar kita untuk terus menerus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu kepada seluruh rakyat dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam, supaya membebaskan diri daripada khurafat politik Umno bahawa mereka sahaja boleh memerintah," katanya. | |
APA PULA ULAMA PAS BUAT ? MEMBINA ATAU MEMUSNAH ? Posted: 03 Jun 2011 01:03 AM PDT
03/06/2011 3:16pm KUALA LUMPUR 3 Jun - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa ulama yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai tidak berpijak dengan fiqah politik Islam dan tidak mampu menterjemah kefahaman Islam dengan ilmunya akibat dilahirkan daripada sistem pendidikan Islam yang lemah. Beliau berkata, golongan berkenaan juga akhirnya gagal memahami ideologi dan teori moden yang bercanggah dengan Islam sehingga terperangkap di dalamnya, menjadikan mereka berilmu tetapi tidak fiqah (faham). "Ada juga kalangan ulama di luar sana yang tidak memahami kewajipan berjamaah dan menyertai jamaah yang memenuhi ciri-ciri parti yang menegakkan ajaran Allah yang meneruskan pusaka para Rasul yang berdakwah dan berpolitik. "Oleh yang demikian, anggota Dewan Ulama (Pas) mestilah berdepan dengan para ulama yang berdiam diri melihat kemungkaran di hadapan mata, pada hal sekurang-kurangnya mampu mencegah dengan lisan dan tulisan," katanya dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini. - Bernama | |
BAGAIMANA MENYATUKAN KERANGKA POLITIK YANG BERBEZA INI ? Posted: 03 Jun 2011 01:00 AM PDT
| |
Posted: 03 Jun 2011 12:51 AM PDT
| |
Pas evolves but ulama still dominate Posted: 03 Jun 2011 12:48 AM PDT
| |
ISU SAMPUL SURAT MEWARNAI PERSIDANGAN.... Posted: 03 Jun 2011 12:41 AM PDT
| |
Posted: 02 Jun 2011 08:45 PM PDT Guan Eng boleh berbangga dengan rekod tertinggi tangkapan GRO di Penang sejak dia memerintah negeri.. Guan Eng bukan saja populis didalam isu-isu rakyat, tapi cina Melaka ni juga pandai main wayang dalam mempopularkan Penang jadi Hub Hiburan setaraf dengan Pulau Bali.. Satu Malaysia tau Penang dibawah pentadbiran DAP sudah jadi Pusat GRO.. "Ayam-ayam China" ni bukan saja jadi pelayan pelanggan beb.., tapi boleh juga dijadikan teman mengentot dengan bayaran ekstra.. Begitulah makmurnya negeri yang ditadbir ala-ala pemerintahan Khalifah Umar ni.. Kalau Nik Aziz kata masuk PAS beroleh syurga.., Lim Guan Eng pun akan kata dia juga dah sediakan "SYURGA" di negeri yang dia perintah... Kalau syurga PAS diatas langit..., "SYURGA" Guan Eng pulak terletak di celah kangkang GRO dari China... Sebab tu lah Anwar tak berani angkat kepala dengan Guan Eng ni..., dah dapat "syurga celah kangkang" rupanyaaa..... Hahahahahaha.... DAP suka.., PAS setuju!!! Take Beerrrrr!!! 30 GRO Diberkas Di Kelab 'Ala Istana' Di P.Pinang | |
ANALISIS : ULAMA VS PROFESIONAL Posted: 02 Jun 2011 08:39 PM PDT
| |
TIMBALAN DAN NAIB PRESIDEN DIKETAHUI HARI INI.. Posted: 02 Jun 2011 08:35 PM PDT | |
BILA IDEALOGI PKR MERESAPI PEMUDA PAS..... Posted: 02 Jun 2011 08:30 PM PDT Pemuda PAS Dibidas Banyak DemonstrasiPimpinan Dewan Pemuda PAS dibidas kerana lebih banyak mengadakan demostrasi dan mengeluarkan kenyataan media berbanding program untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. Seorang perwakilan dari Jerai, Kedah, Muhamad Ismail, berkata sikap sebegitu tidak akan membolehkan parti itu menawan Putrajaya malah hal berkenaan ditegurnya pada setiap muktamar tahunan. "Kalau macam ni bagaimana nak tawan Putrajaya. Peruntukan RM3,000 saja untuk program," katanya semasa membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Dewan Pemuda PAS Pusat berakhir Disember 2010, di sini, hari ini. Perwakilan dari Jerantut Pahang, Abdul Rahman Abdul Malik, berkata terdapat ketua pemuda negeri yang hanya menghadiri mesyuarat ketua-ketua pemuda negeri sekali sepanjang tahun dan ini memberi kesan kepada tanggungjawab ketua pemuda berkenaan. "Mula-mula tidak hadir bersebab dan berterusan kepada tanpa hadir tanpa sebab," katanya membahaskan perkara yang sama. Wakil Perlis, Mior Hassan Sazali Mior Hajar, berkata Pemuda PAS perlu memberi tumpuan kepada golongan berusia antara 35 dan 45 tahun yang mana mereka ini dilihat lebih terpengaruh dengan fahaman ketuanan Melayu-Islam. "Mereka ini mengambil sikap 'play-safe' kerana keadaan ekonomi mereka yang stabil. PAS dilihat terkebelakang berbanding UMNO dalam isu Melayu-Islam ini," katanya. Wakil Kedah, Ahmad Izzat Shauki, berkata walaupun pilihan raya umum ke-13 semakin hampir sehingga kini belum ada penumpuan khusus yang dimaklumkan kepada pemuda | |
Posted: 02 Jun 2011 08:26 PM PDT Pertembungan Puak Erdogan, Ulama Dalam Pemilihan PasBekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pembentukan dua kumpulan sememangnya wujud di dalam Pas kerana ada beberapa pemimpin parti itu kini dilihat begitu liberal serta sealiran dengan pemikiran Anwar walaupun Ketua Pembangkang itu jelas berfahaman pluralisme. Beliau berkata, tidak dinafikan kepimpinan ulama masih wujud di dalam Pas apabila jawatan Presiden parti dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi persoalannya bagaimana pula dengan pengisian jawatan nombor dua parti dan ke bawah. "Saya percaya ada percaturan dalam pemilihan Pas kali ini. Sudah pasti Anwar dan PKR mahukan mereka yang benar-benar sealiran dengannya memegang jawatan nombor dua dan ke bawah secara majoriti. Kumpulan ini digelar sebagai puak Erdogan. "Tujuannya ialah memastikan Pas sentiasa bersama dengan PKR walau apa pun berlaku. Mengenai kedudukan Abdul Hadi itu tidak menjadi masalah kerana apa yang penting Anwar boleh meletakkan seberapa ramai pemimpin sealiran dengannya di dalam kepimpinan parti itu," katanya. Nakhaie berkata demikian ketika mengulas kemenangan Abdul Hadi menerajui parti itu sekurang-kurangnya sehingga 2013 iaitu penggal kelima buatnya apabila tidak dicabar pemimpin lain pada pemilihan bulan depan. Bagaimanapun saingan untuk jawatan Timbalan Presiden pula dijangka menarik pada muktamar ke-57 parti itu bermula 3 hingga 5 Jun ini apabila enam individu disahkan layak bertanding daripada lapan yang dicalonkan. Nakhaie berkata, Anwar perlu menyusun barisan kepimpinan Pas yang pro kepadanya supaya Penasihat PKR itu sentiasa mendapat sokongan Pas walaupun berhadapan dengan pelbagai kontroversi sama ada berkaitan dengan pluralisme atau isu moral. "Teorinya mudah sahaja. Jika Pas dikuasai oleh sebahagian besar puak Erdogan, apa jua keputusan akan berpihak kepada kumpulan tersebut. "Katakanlah berlaku satu kontroversi kepada Anwar. Sudah tentu puak Erdogan sebulat suara akan membuat keputusan membelanya. Dalam hal ini Abdul Hadi sudah pasti tidak boleh berbuat apa-apa kerana keputusan dibuat secara majoriti," katanya lagi. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin ketika mengulas isu sama berkata, berdasarkan maklumat dalaman daripada rakan-rakan dalam Pas, akan berlaku pertembungan hebat antara kumpulan Erdogan dan kepimpinan ulama pada pemilihan Pas kali ini. "Cuma saya mendapat maklumat sokongan di peringkat bawah lebih menjurus kepada prokepimpinan ulama. Mungkin mereka mula menyisihkan diri daripada badi Anwar yang membuatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot. "Walau apa pun, pasti akan berlaku pertembungan dua kumpulan ini pada pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat. Puak Erdogan dikatakan sedang merancang untuk menguasai Pas dalam jangka panjang," katanya. Puak Erdogan Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Husam Musa, puak Erdogan membuka langkah bertembung dengan puak ulama. Apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa Husam amat licik kerana tidak mencabar Hadi tetapi mewujudkan geng Erdogan seramai mungkin dalam kepimpinan Pas Pusat untuk mendesak Hadi dan timbalannya. Ini juga menunjukkan bahawa ia adalah salah satu usaha untuk mengukuhkan kedudukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti itu | |
ERDOGAN : SATU REALITI DALAM PAS? Posted: 02 Jun 2011 08:23 PM PDT Kumpulan 'Erdogan' dalam PAS?Panelis perjelas definasi Erdogan dalam konteks PAS KUALA LUMPUR: Dua calon jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat, Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad sepakat golongan Erdogan dalam PAS merujuk kepada perbezaan pendekatan dan aliran pemikiran."Perbezaan yang wujud hanya dari sudut aliran pemikiran dan pendekatan berbeza untuk mencapai benda yang sama seperti lebih inklusif," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam. Beliau berkata demikian dalam satu forum bertajuk "Pemilihan PAS: Mampukah PAS membuat lonjakan?" di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur malam tadi. Sementara Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly pula mengatakan bahawa ia merujuk kepada mereka yang berupaya melakukan 'engagement'. "Umpamanya, allahyarham Fadzil Noor menjadikan PAS bersifat lebih nasional dengan bertanding di kawasan majmuk kerana Islam itu 'rahmatilalamin' atau pembawa rahmat yang merentasi semua kaum dan agama," kata Dr Dzulkefly. "Garis yang lebih penting adalah kesediaan untuk membawa Islam dalam demokrasi dan bersedia untuk membuat ijtihad dan konsepsi," tambah beliau. Pro-perubahan Sementara itu, pemerhati politik PAS dan pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Aziz Bari menjelaskan perbezaan kumpulan 'ulama' dan 'Erdogan' lebih mudah dijelaskan sebagai pro-perubahan yang dianggap penting. "Selagi PAS tidak menjadi pro-perubahan, PAS akan gagal untuk mewujudkan sistem dua parti. Kita bukan nak cari Imam. Kita nak cari panglima," ujar Aziz. "Perwakilan kena fikir alternatif untuk rakyat dan PAS terkebelakang dalam hal ini. Jika tidak, PAS tidak layak mengganti Umno," jelas Aziz. Forum yang turut disertai calon AJK Pusat Dato' Kamaruddin Jaafar ini dianjurkan oleh 'Free Public Forum' (FPF) dan Institut Perihal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas). | |
Posted: 02 Jun 2011 08:18 PM PDT Ekspedisi Berbasikal 1MalaysiaPutrajaya, 02/06/2011 - Saya melahirkan rasa bangga kepada kesemua pelajar Sekolah Menengah Tengku Abdullah di Pekan dan Universiti Malaysia Pahang kerana berjaya menganjurkan ekspedisi sebegini. Ekspedisi berbasikal sejauh 342 km itu bermula di rumah Saya di Pekan, Pahang pada Isnin lalu yang disertai pelajar Sekolah Menengah Tengku Abdullah di Pekan dan Universiti Malaysia Pahang tiba di perkarangan Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9 pagi hari ini. | |
GENG "ERDOGAN" MULA KUASAI MUSLIMAT..... Posted: 02 Jun 2011 08:10 PM PDT Petang tadi, kumpulan yang diketuai oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusoff bersama ahli parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud diumumkan memang pemilihan sebagai sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat yang baru. Ini bermakna, penyandang selama dua penggal berturut-turut Nuridah Mohd Salleh dan gandingannya Wan Hasrina Wan Hassan tewas. Siti Zailah mendapat 358 undi daripada 650 perwakilan manakala Dr Siti Mariah Mahmud mendapat 437 undi. Bagi Naib Presiden pula, jawatan itu dimenangi Senator Mumtaz Md Nawi apabila memperoleh 377 jumlah undi menewaskan tiga calon lain Mastura Mohamad, Dr Najihatussalehah Ahmad, dan bekas calon Dun Tenang Normala Sudirman Perkara itu diumumkan Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Wan Mutalib Embong selepas sesi penggulungan DMPP lewat petang tadi, namun mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan jumlah undi yang diperoleh bagi calon yang tewas . Selain itu, 12 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat sesi 2011-2013 yang baru ialah: 1) Aiman Athirah Al-Jundi 2) Aida Nurul Huda Yusof Rawa 3) Dr Asiah Ali 4) Azizzah Khatib Mat 5) Dr Halimah Ali 6) Kartini Ahmad 7) Mastura Mohamad 8) Dr Najihatussalehah Ahmad 9) Normala Sudirman 10) Siti Ashah Ghazali 11) Wan Ubaidah Omar 12) Dr Rosni Adam | |
ANTARA PENGAKUAN DAN PENAFIAN? Posted: 02 Jun 2011 08:03 PM PDT Blogger Kickdefella mengaku dapat RM350,000 cash dari orang tengah Husam Musa...duit mana tu?Banyak duit Datuk Husam Musa! Jika tidak... mustahil boleh bagi cash RM350,000 pada blogger Kickdefella @ Syed Azidi Syed Aziz sebagai pampasan selepas ditamatkan perkhidmatan daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) akhir 2009. (KENYATAAN PENUH SYED AZIDI DI DALAM )Sebelum ini, Syed Azidi pernah dedahkan bahawa Husam, Exco kerjaan Kelantan yang bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan di Muktamar PAS, Jumaat ini pernah beri RM4 juta sebagai propaganda Ops Perang Saraf menjelang P... | |
SUKAR SANGATKAH NAK PATUHI PERATURAN ROS ? Posted: 02 Jun 2011 07:57 PM PDT Permohonan PKR halang ROS batal parti didengar 8 Jun KUALA LUMPUR - Permohonan PKR untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan pendaftaran parti itu akan didengar 8 Jun ini. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Azrul Darus menetapkan tarikh terbabit dan turut memberitahu permohonan itu akan didengar hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim. Tarikh pendengaran itu dimaklumkan oleh salah seorang peguam mewakili PKR, Fadiah Nadwa Fikri kepada media di sini, semalam. Kelmarin, PKR memfailkan permohonan menerusi Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail dengan menamakan ROS sebagai responden. Pemohon diwakili peguam, N Surendran memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah larangan bagi menghalang ROS daripada membuat sebarang tindakan hingga pendengaran kes di mahkamah selesai. Permohonan itu difailkan kerana ROS mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap PKR bertarikh 9 Mei lalu meminta sebab mengapa pendaftaran parti tidak boleh dibatalkan sedangkan parti itu didakwa memecat seorang ahli secara salah. Bagaimanapun, pemohon dalam alasan permohonannya mendakwa, dakwaan ROS bahawa ahli, A Rajagopal dipecat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 1 April atau 27 April 2009 adalah tidak berasas kerana lelaki terbabit tidak pernah menganggotai PKR. Sebaliknya, pemohon menyatakan bahawa ahli yang dipecat adalah A Jayagopal, nombor keahlian K060000280 010 dan pemecatan itu dibuat menerusi keputusan mesyuarat MPT pada 26 April 2009. Pemecatan itu didakwa dilakukan atas alasan Jayagopal melanggar Pekeliling Setiausaha Agung bertarikh 11 Mac 2009 apabila bertanding sebagai calon bebas dan menentang calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Selambau. Jayagopal memperoleh 36 undi ketika pilihan raya itu dan berdasarkan pekeliling parti, ahli yang mendaftar sebagai calon tanpa kebenaran PKR akan dipecat serta-merta tanpa merujuk kepada ahli berkenaan. Justeru itu, pemohon mendakwa keputusan ROS adalah satu perkiraan tidak wajar dan satu salah guna kuasa kerana ia jelas merupakan satu keputusan tidak mempunyai asas yang mencukupi. Pemohon mendakwa keputusan ROS dibuat berdasarkan niat jahat dan bertujuan untuk menghalang PKR daripada mengambil bahagian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. | |
BERSEDIAKAH PAS MENGANTI UMNO UNTUK DUDUKI PUTRAJAYA ? Posted: 02 Jun 2011 07:54 PM PDT
| |
MAMPUKAH STRATEGI MUSLIMAT MENGALAHKAN WANITA UMNO PRU 13 ? Posted: 02 Jun 2011 07:51 PM PDT
| |
DAPATKAH FASAL 82 PERLEMBAGAAN PAS MENGHENTIKAN RASUAH DAN FITNAH ? Posted: 02 Jun 2011 07:46 PM PDT
| |
TAHNIAH KEPADA RAKYAT MALAYSIA...... Posted: 02 Jun 2011 07:37 PM PDT Tony Fernandes Tony bida beli West HamUSAHAWAN penerbangan Malaysia, Datuk Seri Tony Fernandes mengesahkan dia mengemukakan bidaan untuk membeli kelab bola sepak yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) West Ham."Untuk semua peminat West Ham, satu tawaran dikemukakan kepada pemilik kelab. Kita tunggu dan lihat sama ada mereka menerimanya," kata pemilik syarikat penerbangan AirAsia dan pemilik pasukan Formula Satu (F1) Team Lotus itu dalam laman Twitternya. Namun rundingan terus berjalan hingga Januari apabila bekas pemilik Birmingham City, Sullivan dan Gold melengkapkan pembelian mereka dan mengambil alih kelab Upton Park itu. Ketika itu, Fernandes lega kerana usahanya membeli kelab itu gagal tetapi dia tetap memberi isyarat berminat untuk membeli buat kali kedua. "Ya, (ketika itu) kerana saya sibuk sepenuhnya dengan hal Lotus. Itu sudah stabil sekarang." Dengan West Ham terkeluar daripada EPL yang mewah, Fernandes mungkin merasakan dia boleh membeli kelab itu pada harga jauh lebih murah. Tetapi dia berkata: "Tiada lagi kenyataan mengenai West Ham... kalau sesuatu berlaku, ia berlaku. Kalau senyap, senyaplah." – AFP | |
MIMPI NGERI BOLA BERULANG KEMBALI.....PEMAIN MUDAH LUPA... Posted: 02 Jun 2011 07:32 PM PDT
| |
BILA "HARAKAH" MENJADI LIDAH PAS.... Posted: 02 Jun 2011 07:27 PM PDT
| |
SAMPAI BILAKAH PAS NAK HENTI SALAHKAN ORANG LAIN? Posted: 02 Jun 2011 07:17 PM PDT
Oleh Nazura Ngah nazura@bharian.com.my 2011/06/03 Perwakilan gagal rencana agenda perjuangan, salahkan pihak lain HAMBAR dan lesu – dua perkataan yang menjelaskan keseluruhan sesi perbahasan pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Ke-51 yang berlangsung semalam walaupun usul dibangkitkan kebanyakannya bersifat nasional dan menyentuh isu semasa. Dewan Jubli Perak, Shah Alam yang menyediakan suasana selesa dilihat tidak mampu membangkitkan suasana 'panas' atau bersemangat di kalangan kira-kira 1,000 yang menghadiri persidangan sehari itu termasuk 622 perwakilan. Mungkin masing-masing 'terlebih selesa' berada di dalam dewan yang luas dan dingin, malah kedinginan itu juga yang mengulit mimpi segelintir perwakilan dan pemerhati yang berada di dalam mahupun luar dewan. Berbalik kepada suasana hambar dan lesu, perwakilan tidak menjadikan muktamar kali ini sebagai pentas untuk merencanakan agenda yang boleh menguatkan parti atau memperkukuhkan ikatan dalam rakan pakatan pembangkang. Sebaliknya, perbahasan sama seperti tahun sebelumnya masih diwarnai sikap menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri dan menjadikan UMNO serta Barisan Nasional (BN) bahan kecaman. Daripada empat usul diterima untuk dibahaskan, hanya satu usul yang menyentuh mengenai kekuatan parti, usul supaya PAS Pusat menubuhkan Pusat Maklumat untuk menyampaikan maklumat secara maya, selaras dan berkesan dalam menangkis segala isu yang datang sama ada pada peringkat kawasan, negeri mahupun nasional. Lebih menarik perwakilan dari Dungun meminta Muslimat mencontohi sikap dan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mendekati rakyat, termasuk menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa Muslimat terutama pemimpin supaya sentiasa memperbaharui entri kandungan dalam laman web. "Kenapa kita tidak menggunakan budaya ini (dibawa Perdana Menteri), ada blog pemimpin yang tidak dikemas kini sejak tiga bulan lalu, mungkin lebih lama lagi... apabila kita bina blog, janganlah tinggalkan begitu saja," katanya. Jika teguran Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh diberi perhatian perwakilan dan ahli supaya menjadikan kekalahan demi kekalahan dialami PAS pada pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebagai pengajaran pastinya parti yang kini meniti usia 60 tahun dapat mengamalkan politik lebih matang. Sewajarnya PAS tidak berterusan cuba menyalahkan pihak lain jika gagal menjayakan misi perjuangan parti itu. Sudah sampai masa mereka bermuhasabah dan menilai kekuatan diri sendiri serta cuba mencari angin perubahan. "Kalaulah setakat beramai-ramai memenuhi markas dan bilik gerakan PAS, tetapi tidak pergi menemui pengundi, hanya berbekalkan poster dan kibaran bendera, jangan impikan kemenangan akan datang bergolek," tegas Nuridah. Selain usul organisasi, muktamar turut meluluskan usul keselamatan yang membincangkan bahaya kewujudan loji nuklear, usul kepenggunaan mengenai makanan tidak halal dan usul pendidikan mengenai pendidikan sekular. Jawatankuasa usul menolak tiga usul untuk dibahaskan dan antaranya usul dikemukakan Muslimat Kawasan Batu supaya Jawatankuasa Pilihan Raya Pas Pusat wajib memberikan satu kerusi strategik khusus kepada Ketua Muslimat PAS Pusat untuk bertanding sebagai calon peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. Mereka mencadangkan pemilihan kerusi hendaklah diberi keutamaan kepada Ketua Muslimat PAS Pusat sebelum dibuka kepada calon peringkat kawasan dan negeri. | |
PALING TAKUT DENGAN DOKTOR GIGI..... Posted: 02 Jun 2011 07:11 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan