Jumaat, 3 Jun 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Siapa sebenarnya ulamak dalam PAS ?

Posted: 03 Jun 2011 04:41 AM PDT

Orang kata dalam PAS ada ulamak, kita pun ikut cakap orang dan percaya dalam PAS memang ada ulamak.. Tapi apakah kita tau apa sebenarnya ulamak tu? Dalam PAS artis boleh jadi ulamak.., pemain bola boleh jadi ulamak.., penyanyi boleh jadi ulamak.., dan kafir pun dah setaraf dengan ulamak… Boleh ke macam tu?

Sepatutnya, nak jadi ulamak mestilah terdiri dari orang-orang yang layak. Tambahan pulak kalau ulamak tu berfungsi mendidik masyarakat. Mana boleh main tangkap muat saja untuk ditabalkan jadi ulamak?

Ulamak bukan boleh main pilih ikut suka.. Ulamak pun tak boleh dinilai dengan jubah, serban, janggut serta tanda hitam kat dahi. Jadi bukannya senang seseorang manusia tu kalau nak dianggap sebagai ulamak..

Tahu tak.., orang yang kita nak panggil ulamak tu mestilah yang bukan dari ahli dunia. Dia pula mestilah ahli ugama yang tidak berpihak ke mana-mana kecuali Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.

Kalau hanya menyebelahi satu-satu pihak demi parti, itu tak layak digelar ulamak..

Bila ulamak tak memihak dan juga tak terpengaruh dengan urusan duniawi, barulah segala kenyataan dan nasihat serta tunjuk ajarnya tegas. Ini selari dengan syariat dan amalan yang dituntut oleh agama..

Kalau dah kriteria nya macam ni, barulah dia boleh menjadi contoh. Ulamak macam ni lah yang menjadi pelita kepada masyarakat. Orang pun dah tentu akan dengar apa yang dia cakap sebab kesederhanaan dan juga keikhlasan yang terpancar dari percakapannya.

Ahli dunia yang menyamar jadi ulamak tak layak untuk mendidik masyarakat. Mereka-mereka tu sendiri dah rosak dirinya dan perlu dididik kembali ke jalan yang betul. Orang yang selalu menyamar ulamak ni banyak kita boleh jumpa dalam politik..

Kita sebenarnya kena berjaga-jaga dengan orang yang tak malu menyamar ulamak ni… Perkara dunia akan sentiasa diduniakan…, perkara Akhirat pun akan diduniakannya juga. Senang cakap.., segala-galanya akan ditransfer jadi keduniaan.

Bila ada orang buat yang baik dan yang makruf, ada sahaja komennya dan ada sahaja yang tak kena. Tapi.., yang maksiat dan mungkar berlaku di tepi hidungnya, dia buat-buat tak nampak pasal kepentingan peribadi dan juga pasal mileage politik.

Orang macam ini tak lagi menyuruh kepada yang baik dan mencegah kepada yang jahat. Siapa yang memihak dan setuju dengan dia, orang itu dia akan pertahankan walaupun berbuat dosa.. Tapi kalau ada yang membantah dan tak memihak pada dia, alamatnya difatwakan masuk neraka…

Kesimpulannya.., dengan ulama dunia macam ini, masyarakat akan jadi huru hara dan lintang-pukang. Jika ulamak dipilih dikalangan ahli-ahli politik, rosaklah kesyumulan Islam sebab ukhwah islamiyah tak lagi diutamakan sebab sudah dikaburi dengan perjuangan politik semata-mata..

Tiada ulasan:

Pengikut