Pengikut

Nuffnang

Rabu, 25 Mei 2011

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


Syed Ali : Lim Kit Siang pemimpin politik low-class

Posted: 25 May 2011 02:14 AM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan tuduhan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak ada 'standard' mencerminkan diri beliau yang semakin takut dengan kebangkitan sokongan orang Melayu kepada UMNO.

"Lim Kit Siang melemparkan tuduhan tidak berasas itu sebagai helah untuk menyembunyikan keretakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan terbongkarnya isu skandal video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang.


Katanya, Timbalan Perdana Menteri mempunyai asas yang kukuh mengingatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan gerakan DAP yang cuba menguasai negara ini menerusi amalan politik rasis.


"Untuk apa orang Melayu mahu menyokong DAP sedangkan mereka sedar parti rasis itu hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja , inilah yang dibimbangkan oleh Muhyiddin," tegasnya.


Menerusi laman blog Roketkini.Com hari ini, Lim Kit Siang mendakwa Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO langsung tidak ada standard dan tak ada class ekoran kenyataan Muhyiddin yang memberi amaran supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan DAP.


Menurut Ketua UMNO Bahagian itu, Lim Kit Siang adalah pemimpin politik yang sengaja memainkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan pengundi.


"Setiap kali berlakunya pilihan raya, beliau akan meniupkan sentimen kaum supaya bukan Melayu terus memihak kepada DAP," ujarnya.


Katanya, gerakan jahat ini sudah pun berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April lalu apabila DAP berjaya memperdaya orang Cina supaya memusuhi UMNO dan BN.


"Saya menyokong penuh ketegasan Muhyiddin perlu dijadikan ingatan kerana DAP bersama sekutunya dalam PR akan menjadikan Melayu hilang segala-galanya apabila mereka berkuasa kelak," ujarnya.


Sebenarnya kata Syed Ali, Lim Kit Siang tidak mempunyai sebarang pengaruh di kalangan rakyat Malaysia kecuali hanya menonjolkan diri sendiri menerusi isu sentimen perkauman.


"Lim Kit Siang adalah pemimpin politik low-class, bermain politik perkauman untuk kepentingan peribadi," tambahnya lagi.

Apo Kono Eh Jang!

0 ulasan
sumber :-

Apo Kono Eh Jang!


DAP sebenarnya memang Anti Islam..

Posted: 25 May 2011 05:21 AM PDT

Sebelum ini didalam isu yang kononnya Kristian hendak dijadikan agama rasmi menggantikan Islam, pemimpin DAP menyatakan bahawa mereka mengakui Islam sebagai agama rasmi negara. DAP juga akur dengan perlembagaan yang menetapkan Islam wajar dihormati selain dari Raja-Raja Melayu.

ika benar seperti apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin DAP tersebut, mereka perlu memecat dan mengenakan tindakan yang paling tegas terhadap Jeff Oii yang didapati bersalah kerana memfitnah seorang ahli pertubuhan Islam. Ini adalah untuk membuktikan yang DAP hormat kepada Islam yang menjadi agama anutan majoriti rakyat Malaysia.

Jeff Oii didapati bersalah dalam satu kes saman fitnah dan diarahkan membayar sebanyak RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah yang dituduhnya "EKSTREMIS ISLAM".

Sebelum ini Jeff Oii amat lantang menghentam Utusan yang disifatkannya memainkan sentimen agama serta diperkudakan oleh UMNO. Tapi apa yang dilakukan oleh Jeff Oii itu sendiri adalah satu perbuatan yang amat melampau. Jeff Oii bukan saja menghina orang Islam tetapi dia secara langsung menghina sebuah Pertubuhan Islam.

Sekarang ini jelas terbukti, DAP mengamalkan politik yang menyebarkan kebencian terhadap agama Islam didalam negara. Lihat saja bagaimana pemimpin-pemimpin DAP seperti Jeff Oii ini secara sesuka hati menggelarkan orang Islam lain sebagai pelampau Islam ataupun pengganas.

Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP dan juga Ketua Menteri P.Pinang juga patut bertanggung jawab didalam isu fitnah Jeff Oii ini. Jika benar Lim Guan Eng mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan juga hormat terhadap perlembagaan Malaysia, dia perlu buktikan dengan mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Jelutong tersebut.

Jika Lim Guan Eng berdiam diri dan tak mengambil apa-apa tindakan terhadap Jeff Oii, ini bermakna Lim Guan Eng juga bersetuju dan merestui Ahli Parlimen Jelutong tersebut menghina Islam dan memfitnah orang Islam lain.

Dan jika Jeff Oii masih lagi dikekalkan didalam struktur pentadbiran kerajaan DAP negeri P.Pinang yang dikepalai Lim Guan Eng, ini menunjukkan yang DAP itu sebenarnya parti yang memang ANTI Islam didalam negara.

Jeff Oii juga seharusnya didesak supaya meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Jelutong. Rakyat Jelutong yang berbilang kaum pastinya tak akan mahu menerima seorang ahli Parlimen yang kaki fitnah dan tak tahu hormat pada agama lain.

Tindakan Jeff Oii yang seolah-olah memusuhi Islam ini tak harus dipandang ringan oleh semua muslim di Malaysia. Sikap pemimpin DAP ini jelas membuktikan bahawa mentaliti mereka masih menganggap Islam itu sebagai sebuah agama yang kasar dan ganas.

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

0 ulasan
sumber :-

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


DAFTAR PEMILIH (SPR) BERSAMA PUTERI DUN TG.BIDARA

Posted: 24 May 2011 08:10 PM PDT

LOKASI: TAPAK PASAR MALAM TG. BIDARA

UMNO Cawangan Bukit Ampang

0 ulasan
sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PM sampai amanat penting kepada belia Sabtu ini

Posted: 24 May 2011 01:32 AM PDT


2011/05/24

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan menyampaikan amanat dan pengumuman penting kepada sejuta belia yang akan berhimpun pada jam 5 petang Sabtu ini sempena Sambutan Hari Belia 2011 di Putrajaya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata amanat dan pengumuman itu pastinya memberi inspirasi dan pedoman kepada belia yang juga kumpulan terbesar dan terpenting di negara ini.
"Beberapa amanat dan pengumuman penting akan dibuat oleh Perdana Menteri. Saya pun tidak tahu, saya pun tertunggu-tunggu apa yang akan diumumkan," katanya.
Ahmad Shabery bercakap kepada pemberita selepas meninjau persediaan akhir sambutan Hari Belia yang bermula 27 hingga 29 Mei bersama kumpulan media dan pegawai kementerian dengan menaiki dua bas di sini, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan akhir lebih 200 acara menarik membabitkan 80 pertandingan, 93 kerohanian serta keilmuan dan baki persembahan serta pertunjukan.

"Saya berpuas hati dengan persiapan sehingga sekarang dan kita lihat Putrajaya sedang berubah wajahnya dan ia memberi getaran baru membayangkan kekuatan tenaga orang muda yang akan berhimpun di sini," katanya.

Kira-kira sejuta pengunjung dijangka menghadiri sambutan Hari Belia 2011 bertemakan "Seribu Keriangan dan Sejuta Peluang" dari 27 hingga 29 Mei di Putrajaya berbanding 250,000 orang tahun lalu.
Sambutan tiga hari itu turut menawarkan pelbagai peluang pekerjaan, perniagaan, keusahawanan, kewangan, perbankan dan bimbingan daripada teknorat serta pihak korporat.

Sebanyak 17 negara iaitu Asean+3 dan Negara Komanwel di Asia turut serta dalam sambutan itu dengan mempamerkan produk mereka.

Antara persembahan yang pastinya menarik golongan muda ialah kumpulan artis muda Korea, Super Junior, pertandingan Futsal, Cyber Games, Youth Got Talent, Animax Cosplay Rulez, G.I.G Dance, Cabaran Parkour, Pertandingan Inline Skating, YoyoSkeel Central Yoyo Contest, Skyrunner, Street Party, Sasuke Jaguh 1 Malaysia dan Karnival Jom Heboh.

Maklumat lanjut dan terkini berkaitan sambutan itu boleh didapati di Sekretariat Hari Belia Negara di talian 03-8871 3626/3632 atau layari laman web "www.haribelianegara.org.my atau www.kbs.gov.my. - BERNAMA

Khairy Jamaluddin

0 ulasan
sumber :-

Khairy Jamaluddin


Isu Produk Makanan Halal

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) berasa amat terkejut dengan laporan tentang pendedahan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mengenai penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

DunSemarang

0 ulasan
sumber :-

DunSemarang


PAS T Hilang Melayu dan Islam .. Bila mereka Berkuasa....Ibrat Sang Nila Utama

Posted: 24 May 2011 07:22 AM PDT

Tujuh keluarga terima bantuan Program Bantuan Rumah ( PBR )Dun Semarang.

Posted: 24 May 2011 06:30 AM PDT

Kg. Hj Ghaffar 23 Mei – Kerajaan Barisan Nasional sentiasa peka dengan rakyat dan sejak dari dahulu menjadi juara kepada permasalahan rakyat dengan berusaha secara berterusan membela golongan yang tidak bernasib baik. Usaha ini selaras dengan perintah agama yang mahukan golongan yang berkemampuan memberi pertolongan kepada golongan yang tidak berada. Ini bermakna Kerajaan Barisan Nasional berada di landasan yang benar dan menjalankan tugasnya dengan ikhlas dan memntingkan keadilan.Penerima Projak PBR sedang menerima kunci rumah dari YB Datuk Samsolbari Jamali ADUN Semarang di saksikan oleh Pegawai Risda Daerah dan Penghulu Mukim Tg Semberong.

Baru-baru ini seramai tujuh keluarga di DUN Semarang menerima program bantuan rumah (PBR) yang dikelolakan oleh pihak RISDA bagi tujuan membantu keluarga tersebut bernaung di rumah yang lebih selesa dan selamat. Majlis serah terima kunci rumah PBR ini disempurnakan oleh YB Datuk Hj Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang pada 23 mei 2011 di Balai Kegiatan RISDA di jalan no. 3 Kampung Hj Ghaffar Mk 7 Batu Pahat. Mereka yang menerima projek ini ialah puan Fatimah bt Sayed dari Kg Hj Ghaffar, puan Azlina bt Saat dari Kg Talang Bunut, puan Sutonah bt Kasbi dan encik Md Habidin bin Mohd Saim dari Asam Bubuk, puan Norhizat bt Nordin dari Pt. Andin, encik Abd Ghani Bidin dari Kg Parit Shukor dan Ghali@Ghazali Abd Razak dari Kg Pt. Bandan.
YB Datuk Hj Samsolbari Jamali beramah mesra dengan ketua-ketua kampung Mukim Tg Semberong
Selepas majlis serah terima kunci Program Bantuan Rumah (PBR) di Kg Hj Ghaffar.


Di majlis tersebut Yang Berhormat meminta semua Ketua Kampung melengkapkan diri dengan maklumat yang terkini bagi membolehkan system penyampaian maklumat kepada rakyat berkesan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Tg Semberong dan semua kampung dalam kawasan Mukim VII.(Terima Kasih, Sumber berita, teks dan Foto dari S/UBAH Halid Saat)

Sayap Parti

Bahagian