umno bahagian cheras |
Syed Ali : Lim Kit Siang pemimpin politik low-class Posted: 25 May 2011 02:14 AM PDT DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan tuduhan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak ada 'standard' mencerminkan diri beliau yang semakin takut dengan kebangkitan sokongan orang Melayu kepada UMNO. "Lim Kit Siang melemparkan tuduhan tidak berasas itu sebagai helah untuk menyembunyikan keretakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan terbongkarnya isu skandal video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang. Katanya, Timbalan Perdana Menteri mempunyai asas yang kukuh mengingatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan gerakan DAP yang cuba menguasai negara ini menerusi amalan politik rasis. "Untuk apa orang Melayu mahu menyokong DAP sedangkan mereka sedar parti rasis itu hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja , inilah yang dibimbangkan oleh Muhyiddin," tegasnya. Menerusi laman blog Roketkini.Com hari ini, Lim Kit Siang mendakwa Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO langsung tidak ada standard dan tak ada class ekoran kenyataan Muhyiddin yang memberi amaran supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan DAP. Menurut Ketua UMNO Bahagian itu, Lim Kit Siang adalah pemimpin politik yang sengaja memainkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan pengundi. "Setiap kali berlakunya pilihan raya, beliau akan meniupkan sentimen kaum supaya bukan Melayu terus memihak kepada DAP," ujarnya. Katanya, gerakan jahat ini sudah pun berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April lalu apabila DAP berjaya memperdaya orang Cina supaya memusuhi UMNO dan BN. "Saya menyokong penuh ketegasan Muhyiddin perlu dijadikan ingatan kerana DAP bersama sekutunya dalam PR akan menjadikan Melayu hilang segala-galanya apabila mereka berkuasa kelak," ujarnya. Sebenarnya kata Syed Ali, Lim Kit Siang tidak mempunyai sebarang pengaruh di kalangan rakyat Malaysia kecuali hanya menonjolkan diri sendiri menerusi isu sentimen perkauman. "Lim Kit Siang adalah pemimpin politik low-class, bermain politik perkauman untuk kepentingan peribadi," tambahnya lagi. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan