Rabu, 25 Mei 2011

DunSemarang

DunSemarang


PAS T Hilang Melayu dan Islam .. Bila mereka Berkuasa....Ibrat Sang Nila Utama

Posted: 24 May 2011 07:22 AM PDT

Tujuh keluarga terima bantuan Program Bantuan Rumah ( PBR )Dun Semarang.

Posted: 24 May 2011 06:30 AM PDT

Kg. Hj Ghaffar 23 Mei – Kerajaan Barisan Nasional sentiasa peka dengan rakyat dan sejak dari dahulu menjadi juara kepada permasalahan rakyat dengan berusaha secara berterusan membela golongan yang tidak bernasib baik. Usaha ini selaras dengan perintah agama yang mahukan golongan yang berkemampuan memberi pertolongan kepada golongan yang tidak berada. Ini bermakna Kerajaan Barisan Nasional berada di landasan yang benar dan menjalankan tugasnya dengan ikhlas dan memntingkan keadilan.Penerima Projak PBR sedang menerima kunci rumah dari YB Datuk Samsolbari Jamali ADUN Semarang di saksikan oleh Pegawai Risda Daerah dan Penghulu Mukim Tg Semberong.

Baru-baru ini seramai tujuh keluarga di DUN Semarang menerima program bantuan rumah (PBR) yang dikelolakan oleh pihak RISDA bagi tujuan membantu keluarga tersebut bernaung di rumah yang lebih selesa dan selamat. Majlis serah terima kunci rumah PBR ini disempurnakan oleh YB Datuk Hj Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang pada 23 mei 2011 di Balai Kegiatan RISDA di jalan no. 3 Kampung Hj Ghaffar Mk 7 Batu Pahat. Mereka yang menerima projek ini ialah puan Fatimah bt Sayed dari Kg Hj Ghaffar, puan Azlina bt Saat dari Kg Talang Bunut, puan Sutonah bt Kasbi dan encik Md Habidin bin Mohd Saim dari Asam Bubuk, puan Norhizat bt Nordin dari Pt. Andin, encik Abd Ghani Bidin dari Kg Parit Shukor dan Ghali@Ghazali Abd Razak dari Kg Pt. Bandan.
YB Datuk Hj Samsolbari Jamali beramah mesra dengan ketua-ketua kampung Mukim Tg Semberong
Selepas majlis serah terima kunci Program Bantuan Rumah (PBR) di Kg Hj Ghaffar.


Di majlis tersebut Yang Berhormat meminta semua Ketua Kampung melengkapkan diri dengan maklumat yang terkini bagi membolehkan system penyampaian maklumat kepada rakyat berkesan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Tg Semberong dan semua kampung dalam kawasan Mukim VII.(Terima Kasih, Sumber berita, teks dan Foto dari S/UBAH Halid Saat)

Tiada ulasan:

Pengikut