Isnin, 2 Mei 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


HANYA DAP SAHAJA YANG UNTUNG....PAS SELAMANYA RUGI

Posted: 01 May 2011 07:08 PM PDT

PM: Kerjasama Pas-Dap Hanya Untungkan Dap
1Share

KUALA TERENGGANU, 30 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Perdana Menteri berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

"Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti UMNO", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP.

"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Perdana Menteri berkata pakatan pembangkang yang disertai PAS selama ini dilihat tidak pernah menguntungkan mereka dalam politik.

"PAS tak dapat apa-apa keuntungan, sebab itu tak ada makna (mereka) kekal dalam pakatan pembangkang, sama ada dia nak bergabung dengan kita (Barisan Nasional), itu soal lain.

"Tapi yang saya nak tekankan, dia (PAS) tidak ada mendapat apa-apa manfaat malah secara tidak langsung menguntungkan parti DAP," katanya.

Najib berkata DAP selama ini dilihat mendominasi pakatan pembangkang.

"Kita tengok dalam banyak isu DAP akan tentang kalau itu (sesuatu perkara atau isu) dianggap sebagai yang tidak boleh diterima berdasarkan ideologi DAP…mereka (PAS dan DAP) mungkin tidak dapat kata sepakat dalam isu-isu utama."

Perdana Menteri berkata sekiranya PAS mahu memperjuangkan Islam, DAP bukanlah rakan sebenar dalam perjuangan berkenaan.

Ditanya usaha perpaduan yang pernah dibincangkan sebelum ini antara Umno dan PAS, Perdana Menteri berkata: "Perkara itu boleh, (tapi) kita tak boleh nak menjangkakan sesuatu, tapi saya nak sebutkan (dalam) pakatan rakyat sekarang ni cuma menguntungkan DAP sahaja.

Berita Bertarikh 30 April 2011 Pada 6:59 PM





Relakah anak cucu anda jadi 'pengemis' di tanah air sendiri......

Posted: 01 May 2011 06:54 PM PDT

Melayu merempat di tanah air sendiri jika terus bersengketa
Oleh Muhammad Anwar Fahmi Abdullah

2011/05/02
SENARIO ledakan globalisasi terkini adalah pancaroba ketamadunan masyarakat dalam pelbagai aspek yang meliputi perpecahan dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat, parti politik mahupun konflik antara negara.

Pada hakikatnya ia tidak langsung memberikan kekuatan untuk pihak berkonflik, bertegang urat, berselisih faham, prasangka, perang mulut dan cantas mencantas sesama sendiri mahupun antara puak, kabilah dan negara. Pada hakikatnya juga setiap tindakan ke arah perpecahan, konflik atau permusuhan bakal menjahanamkan masa depan keluarga, masyarakat, negara mahupun secara afdalnya dirujuk kepada bangsa itu sendiri.
Perkembangan mutakhir ini amat membimbangkan pelbagai pihak kerana konflik ini mampu merencatkan road map atau perancangan serta agenda yang ingin dicapai oleh mana-mana pihak demi kepentingan umum khususnya agama, bangsa dan negara.
Islam malah mana-mana budaya dan norma masyarakat melarang perpecahan antara manusia, perang mulut antara negara malah perpecahan yang menjurus kepada konflik berpanjangan.

Merujuk firman Allah dalam surah al-Anfaat ayat 46 yang bermaksud: "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar."

Namun, dunia pancaroba yang mengharungi ledakan perkembangan globalisasi mengheret manusia saling bersaing sehinggakan kita lupa tanggungjawab sebagai khalifah di bumi yakni menyeru kebaikan dalam setiap urusan kebajikan dan menuju kebenaran serta membawa kesejahteraan.

Namun, benarlah firman Allah SWT, bahawa perbalahan, saling membantah dan kecelaruan berpanjangan bukan saja bakal menjahanamkan masa hadapan antara pihak berbalah, malah nikmat dunia diberikan Allah SWT juga bakal ditarik tanpa disedari kedua-dua pihak yang berbalah.
Perselisihan, percanggahan pendapat, perjuangan kepartian sesama pemimpin, golongan dan parti akhirnya membuka peluang luas untuk pihak tidak bertanggungjawab mengutarakan isu kepentingan hak pribumi dan penghapusan keistimewaan Melayu di negara ini.

Individu berkaitan juga menyatakan beliau akan menyokong penuh parti yang sanggup menggugurkan hak pribumi yang sedia terpelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan dan juga di bawah kemuliaan serta pemeliharaan di bawah kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Sedar atau tidak walaupun pahit bak hempedu, rakyat wajar sensitif dengan kenyataan terbuka dan juga menyentuh hak Bumiputera di negara ini yang sudah lama terpelihara mengikut tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu dan juga Undang-Undang tertinggi di Malaysia yakni Perlembagaan Persekutuan.

Namun, lantaran sikap ingin menegakkan perjuangan mengikut rentak tari sedia ada kita lupa, Temasek melayang dari Malaya, Pulau Batu Putih dihanyutkan Kapal Dagang Singapura kini apa lagi yang tinggal.

Biar seribu ucapan dilaungkan, suatu hari kita akan merempat di tanah air sendiri. Setiap warga negara tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan wajar memahami sensitiviti kaum, jauhi usaha menggugat hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera Sabah, Sarawak.

Kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuka ruang cukup luas, demi menjaga perpaduan kaum di negara ini. Beliau merealisasikan Gagasan 1Malaysia, maka keseluruhan rakyat mendapat pelbagai peluang secara realistik dari semasa ke semasa tanpa menggugat hak keistimewaan golongan Bumiputera.

Namun, perselisihan antara tiga perkara pokok yang membabitkan retorik komunikasi antaranya Ethos, Pathos dan Lagos mengheret pemimpin berkonflik malah penyokong parti turut mengikut rentak tari, apapun perjuangan kita, jangan sampai kita lupa akan keruntuhan tamadun yang sudah lama kita bina.

Sejarah Kesultanan Melayu Melaka turut menjadi saksi lantaran perpecahan pemimpin, umat Islam serta rakyat menyebabkan penjajah mencuri peluang meluaskan sayap dan mengaut segala hasil bumi Malaya, namun siapa yang masih mengenang sejarah lagi, kita bangsa yang jarang sekali ingin merenung apa lagi untuk berfikir.

Penulis ialah Pensyarah Universiti Teknologi Mara Cawangan Melaka

Penyertaan PAS hanya rugikan Melayu-Islam

Posted: 01 May 2011 06:53 PM PDT

Minda Pengarang: PAS sepatutnya sedar penyertaan dalam pakatan rugikan Melayu-Islam


2011/05/02
SEJAK menyertai pakatan pembangkang, PAS dilihat lebih mengikut telunjuk rakan sekutunya terutama DAP. PAS langsung tidak mempunyai ruang untuk menyuarakan pendirian mereka, apatah lagi untuk menegakkan sebuah negara Islam yang menjadi dasar perjuangan mereka. Setiap kali PAS cuba melaksanakan sesuatu usaha berdasarkan kepentingan Islam, awal-awal lagi rakan sekutunya akan menyatakan kurang senang mereka dengan program PAS dengan alasan ia mencetuskan kebimbangan penyokong pakatan khususnya kepada bukan Islam. Hakikatnya, PAS terpinggir dalam pakatan pembangkang dan suara serta tindakannya semata-mata mahu menjaga hati DAP. PAS hanya digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu, tetapi apabila sudah berkuasa DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memonopoli kuasa dan menentukan corak pemerintah seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Justeru, kenyataan Datuk Seri Najib Razak ketika di Terengganu, kelmarin supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang adalah wajar kerana ia bukan saja merugikan PAS, tetapi orang Melayu-Islam di negara ini. Perdana Menteri yakin tiada sebab lagi bagi PAS untuk terus berbaik-baik dengan rakan sekutunya itu kerana sudah jelas bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan Islam, malah menolaknya sama sekali sejak awal lagi.

PAS seharusnya mampu untuk menentukan arah perjuangannya sendiri tanpa perlu didalangi DAP atau PKR. Banyak pihak melihat PAS sebenarnya memiliki jentera parti yang lebih tersusun berbanding rakan sekutunya itu, tetapi kekuatan yang ada hanya diperkudakan oleh DAP untuk kepentingan politik sempit mereka yang berasaskan perkauman. Kita percaya orang Melayu dapat melihat situasi ini dan kita tidak menolak ia antara punca utama PAS tewas kepada calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam beberapa pilihan raya kecil lalu. Kerjasama rapuh PAS-DAP ini hanya menguntungkan sebelah pihak iaitu DAP yang mendapat banyak manfaat. Sokongan terhadap DAP semakin kuat terutama daripada orang Cina seperti yang berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak pada pertengahan April lalu. Kita percaya di kalangan ahli dan pemimpin PAS sendiri turut merasai keadaan yang sama bahawa 'berkawan' dengan DAP hanya merugikan PAS.
Apapun, pertelingkahan tanpa kesudahan antara UMNO dan PAS hanya merugikan orang Melayu-Islam. Apabila orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara ini berbalah dan berpecah mereka sebenarnya akan menjadi lemah, malah menjadi minoriti. Jika keadaan itu berlaku sudah pasti ia akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu terutama DAP untuk memperluaskan pengaruhnya. Kita percaya DAP secara senyap hanya mentertawakan PAS kerana mereka berjaya dipergunakan. Persoalannya, dapatkan PAS melihat keadaan yang berlaku ini. Seperti kata Perdana Menteri jika PAS serius mahu memperjuangkan Islam maka parti itu tidak boleh bekerjasama dengan DAP kerana itu adalah realiti politik, mereka mempunyai ideologi sangat berbeza. Kita tidak mengharapkan antara UMNO-PAS sebagai parti mewakili orang Melayu-Islam terbesar di negara ini dapat bergabung dalam waktu yang singkat ini. Namun, kita mengharapkan PAS sedar penyertaan mereka dalam pakatan pembangkang tidak menguntungkan orang Melayu-Islam. PAS sewajarnya keluar daripada pakatan pembangkang. Saranan Perdana Menteri ini tidak wajar dilihat sebagai satu muslihat politik, tetapi perlu dipertimbangkan secara rasional. PAS perlu memikirkan perkara ini semasak-masaknya. PAS mungkin lupa musuh sebenar mereka bukan UMNO tetapi DAP dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Ahli PAS kena desak kepimpinan buat keputusan keluar pakatan.....

Posted: 01 May 2011 06:50 PM PDT

Keluar pembangkang mampu selamatkan PAS
Oleh Manja Ismail

2011/05/02
Gabungan dengan PKR, DAP tak banyak bantu prestasi parti

JIKA prestasi dalam pilihan raya boleh dijadikan ukuran, kekalahan PAS berturut-turut dalam beberapa pilihan raya kecil dan sekali lagi gagal menapak di Sarawak dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, ternyata sokongan pengundi khususnya Melayu/Islam terhadap parti itu mulai menurun.

Dalam siri pilihan raya kecil yang menyaksikan pertembungan UMNO dengan PAS, parti pembangkang itu hanya berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu tetapi kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan. Dalam beberapa pilihan raya kecil membabitkan kerusi yang disandang Barisan Nasional (BN) selepas itu, PAS bukan saja, kalah tetapi majoriti yang dicatat oleh calon-calonnya menurun secara ketara.
Kegagalan berturut-turut PAS di Tenang, Kerdau dan Merlimau turut mengundang kritikan bukan saja di kalangan parti itu tetapi daripada pemimpin parti lain dalam pakatan pembangkang. Kekalahan calon PAS di DUN Tenang misalnya, mula menghilangkan keyakinan sekutu kuatnya DAP apabila Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng secara terang-terangan menyifatkan jentera kempen PAS lemah. Walaupun PAS berjaya meningkatkan sedikit undi popularnya di lima kerusi DUN di Sarawak, ia lebih berpunca daripada undi protes pemilih di negeri itu berbanding sokongan terhadap perjuangan parti.
Justeru, apabila Datuk Seri Najib Razak kelmarin mempelawa PAS untuk menyertai BN dalam usaha memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara, ia bukan sekadar permainan politik, tetapi lebih kepada survival parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu sendiri.

Ini kerana penyertaan PAS dalam pakatan pembangkang selama ini dilihat tidak pernah menguntungkan mereka dalam politik.

"PAS tak dapat apa-apa keuntungan, sebab itu tak ada makna (mereka) kekal dalam pakatan pembangkang, sama ada dia nak bergabung dengan kita (BN), itu soal lain. Tapi yang saya nak tekankan, dia (PAS) tidak ada mendapat apa-apa manfaat malah secara tidak langsung menguntungkan parti DAP," kata Najib di Kuala Terengganu kelmarin.

Memang jika dilihat kepada keputusan pilihan raya, PAS paling sedikit menerima manfaatnya daripada pakatan pembangkang berbanding DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ini kerana kehadiran dan bantuan PAS di kawasan majoriti bukan Melayu atau kawasan bandar memberi kemenangan besar kepada calon DAP atau calon bukan Melayu daripada PKR.
Bagaimanapun, bagi kawasan luar bandar dengan majoriti pengundi Melayu, PAS terpaksa berjuang sendirian kerana kehadiran DAP bukan saja tidak banyak membantu, malah boleh mengalihkan sokongan pengundi terhadap parti itu. Senario ini jelas dilihat kepada dua pilihan raya kecil terakhir yang menyaksikan BN dapat meningkatkan majoriti kemenangannya baru-baru ini.

Ini belum termasuk prinsip asas perjuangan PAS dan DAP yang jelas amat jauh berbeza. Bukan rahsia lagi, PAS dilihat lebih banyak mengalah kepada DAP terutama membabitkan matlamat perjuangannya seperti yang sering dicanang oleh parti itu, mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Seperti kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang tidak ubah sebagai 'strange bed partner', dengan kepentingan dan tujuan parti itu amat berlainan berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mungkin tidak berfikir sedemikian. Seperti sebelumnya, Menteri Besar Kelantan itu, kelmarin menegaskan bahawa PAS tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang.
"Tolak, tolak, itu perkara lama," kata Nik Aziz kepada pemberita di Kota Bharu sebagai mengulas kenyataan Najib supaya parti itu meninggalkan pakatan pembangkang. Begitupun, umum mengetahui kebanyakan kenyataan Nik Aziz sejak akhir-akhir ini tidak lagi mencerminkan pendirian rasmi PAS.

Hakikatnya, di kalangan kepemimpinan PAS sendiri sudah menyedari risiko jalinan kerjasama parti itu dengan DAP sejak dulu lagi. Itulah sebabnya timbul cadangan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO yang dicetuskan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti dua tahun lalu, bagi membincangkan kepentingan umat Islam di negara ini.

Namun, Nik Aziz bukan saja menentang cadangan itu, malah mendesak PAS mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu yang dikategorikan prokerajaan perpaduan iaitu Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Kalau PAS dilihat tidak sekata dengan DAP dari segi prinsip perjuangan yang berbeza, masalah parti itu dengan PKR dilihat lebih menjurus kepada layanan terhadapnya. Lihat saja apa berlaku kepada Hassan Ali bila menyuarakan pandangan parti itu terhadap beberapa keputusan kerajaan PKR di Selangor.
Terbaru ialah kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terhadap kenyataan Mustafa bahawa PAS akan mengkaji semula masa depannya bersama pakatan pembangkang, jika siasatan pihak berkuasa membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman video seks.

"Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan. Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian," kata Azmin seperti dipetik dari laman Twitternya. Walaupun Mustafa kemudian menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian, komen Azmin dilihat oleh kebanyakan ahli PAS agak kasar yang tidak sepatutnya dinyatakan apalagi terhadap seorang pemimpin kanan dan veteran parti itu.

Berdasarkan beberapa perkembangan ini, tidak salah rasanya kepemimpinan PAS menilai secara jujur kedudukan mereka dalam pakatan pembangkang sekarang walaupun cadangan itu datang daripada musuh politiknya. Dalam politik, tidak ada kawan dan musuh yang kekal. Yang utama ialah survival parti untuk mencapai matlamat perjuangan.

MCA IZINKAN PAS SERTAI BN ?

Posted: 01 May 2011 06:46 PM PDT

MCA beri syarat PAS sertai BN


2011/05/02
AYER KEROH: MCA tidak membantah jika PAS mahu menyertai Barisan Nasional (BN) dengan syarat parti itu perlu bersedia mengetepikan dasar menubuhkan negara Islam.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata pendirian MCA yang menolak penubuhan negara Islam adalah jelas dan diketahui parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.
"Saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya PAS keluar pakatan pembangkang adalah baik bagi perpaduan Melayu dan masyarakat Islam.
"Jika mereka (PAS dan UMNO) ingin bertemu dan berbincang, kita tiada masalah. Dalam negara demokrasi, pelbagai pihak bebas mengadakan pertemuan dari masa ke masa bagi membincangkan isu bersama," katanya pada sidang media selepas menghadiri Kem Sumbang Saran Pemimpin MCA Nasional di sini semalam.

Soi Lek diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara. Hadir sama Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Sementara itu, mengulas kem berkenaan, Soi Lek berkata ia diadakan bagi mendapatkan pandangan pucuk pimpinan peringkat bahagian MCA mengenai langkah memantapkan jentera parti itu dan BN sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Walaupun tarikh pilihan raya umum belum diketahui tetapi kami berpendapat adalah menjadi tanggungjawab MCA untuk memastikan jentera parti bersiap sedia di peringkat awal supaya sebaik saja tarikh pilihan raya dimaklumkan, jentera pilihan raya kami dapat bergerak dengan cepat dan tersusun.
"Apa yang kami tekankan kepada ahli supaya sentiasa bersatu, berkeyakinan dan bekerja keras mulai sekarang. Selain itu, mereka perlu bersedia dengan pelbagai serangan terutama daripada DAP yang sentiasa melakukannya tanpa asas di samping mahir memutarbelit pengundi," katanya.

PAS WAJAR UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA DAP.

Posted: 01 May 2011 06:43 PM PDT

Sokong PAS keluar

2011/05/02

KERATAN muka depan Berita Minggu semalam.
KERATAN muka depan Berita Minggu semalam.
Pemimpin, persatuan Melayu setuju syor cerai DAP

KUALA LUMPUR: Pemimpin dan persatuan Melayu menyokong cadangan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang demi kepentingan dan perpaduan Melayu dan Islam.

Mereka mahu PAS melihat isu perpaduan ummah dengan pemikiran lebih matang selaras dengan perkembangan senario politik semasa, selain ideologi perkauman yang dibawa sekutunya, DAP.
Mereka juga sependapat PAS perlu menjauhi DAP yang mahu menjadikannya alat untuk memecahkan perpaduan dan kelangsungan kuasa politik Melayu untuk mencapai cita-cita politik mereka.
Ketua Dua Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berpendapat jika PAS dan UMNO bekerjasama, ia dapat menstabilkan senario politik serta mengukuhkan perpaduan Melayu.

Katanya, sebagai parti yang menggunakan nama Islam, PAS seharusnya memilih parti politik yang dianggotai umat seagama dan Melayu iaitu UMNO.

"Kenapa pilih bersama DAP sedangkan ideologi perjuangan PAS dan DAP amat berbeza kecuali persamaan untuk menjatuhkan UMNO dan BN," katanya.

Beliau percaya perpecahan sesama umat Islam dan Melayu akibat perbezaan fahaman politik akan reda jika ada parti yang mengutamakan perjuangan bangsa seagama.
Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Irmuhizam Ibarahim, berkata PAS perlu sedar mereka dipergunakan DAP dan harus keluar daripada perangkap itu yang hanya menjadikannya alat untuk meraih sokongan Melayu.

"Perdana Menteri sudah membuka ruang untuk penyatuan Melayu dan umat Islam. Mengapa tidak cuba disambut dengan hati terbuka," katanya.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Dr Hasan Mad percaya kepemimpinan PAS terutama generasi mudanya menyokong perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika matlamatnya untuk perpaduan.

Hasan percaya kenyataan Perdana Menteri meminta PAS tinggalkan sekutu pembangkang adalah daripada perspektif nasional, bukan politik dan menjurus kepada kepentingan negara.

"Kepada dua tiga pemimpin PAS yang terlalu taksub kepada pakatan pembangkang... inilah masa untuk sedar mengenai budaya politik DAP yang sebenarnya, ajaklah penyokong PAS beralih arah walaupun tidak bersama UMNO dan BN, tetapi jauhi DAP.

"Jika PAS keluar pakatan, tentunya dapat menyatupadukan Melayu," katanya.
Kelmarin, Najib berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang, khususnya DAP yang tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata partinya menutup pintu perbincangan dengan UMNO dan BN berhubung kerajaan perpaduan bagi mengelak pemimpinnya terus bertelagah sesama sendiri.

Isu itu timbul apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blognya mencadangkan supaya satu Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti yang didakwa bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan properpaduan dengan UMNO.

Di KLUANG, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata permintaan Perdana Menteri bukanlah cadangan yang dibuat Najib terhadap parti itu, tetapi berdasarkan realiti politik semasa.

"Kita lihat ketika ini (pembabitan PAS dalam pembangkang) hanya menguntungkan satu parti iaitu DAP. Ini bukan isu perkauman atau nak menuduh sesiapa. Kita nak ingatkan kepada PAS bahawa apa yang dibuat ini tidak membawa manfaat. Saya harap mereka kaji dan buat pertimbangan yang terbaik," katanya.

Di IPOH, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta PAS memperhalusi dan mempertimbangkan saranan Presiden UMNO itu.

"PAS perlu melihat perkara itu (permintaan keluar pakatan pembangkang) dengan pemikiran lebih matang selaras dengan perkembangan senario politik masa kini.

"Takkan mereka tidak boleh fikirkan siapa yang mendapat manfaat. PAS mengharapkan sesuatu daripada DAP, manakala DAP mengharapkan sesuatu daripada PAS... tetapi akhirnya yang menang DAP," katanya.

Oleh Norfatimah Ahmad, Mohd Anwar Patho Rohman, Norhayati Abllah, Mohamed Farid Noh dan Zanariah Abd Mutalib

 

  

Kenapa Pas perlu tinggalkan DAP?

Posted: 01 May 2011 06:38 PM PDT

Kenapa Pas perlu tinggalkan DAP?

ZACK BEE
Pulau Pinang

APABILA Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Pas meninggalkan pakatan pembangkang jika benar-benar ingin memperjuangkan Islam ia bukanlah satu seruan yang berlandaskan kepada retorik politik.

Tetapi ia seruan ikhlas kepada Pas memandangkan DAP bukanlah parti yang benar-benar jujur bekerjasama dengan sesiapapun.

DAP adalah parti cauvinis yang hanya mementingkan kuasa politik mereka sahaja dan akan bertindak tanpa mempedulikan perasaan rakan-rakan sekutunya.

Mereka bekerjasama dengan Pas bukan kerana hendak membantu Pas mencapai cita-cita perjuangan parti berkenaan tetapi semata-mata untuk memperalatkan Pas bagi mendapat sokongan orang Melayu.

Sebab itulah, jika Pas masih berada dalam pakatan berkenaan, Pas harus melupakan soal perjuangan Islamnya kerana DAP sama sekali tidak akan mengizinkan ia direalisasikan.

Sebelum ini kita sudah menyaksikan bagaimana ada pemimpin DAP dengan lantang memberi amaran kepada Pas supaya 'langkah mayat dia dahulu' kalau mahu menegakkan perjuangan Islam.

Semua itu sepatutnya memberikan peringatan kepada Pas bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak sensitif dan akan melakukan apa sahaja bagi membolehkan ia menjadi parti utama dalam pakatan pembangkang.

Ertinya, apabila Pas sudah berada dalam pakatan berkenaan apa pun mereka hendak lakukan terutamanya dalam soal dasar Islam harus mendapat restu DAP terlalu dahulu.

Selama ini pun kita sudah menyaksikan bagaimana DAP mahu menjadi 'taiko' apabila mereka bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas memerintah di Selangor dan Pulau Pinang.

Di Selangor, walaupun Menteri Besar adalah daripada PKR tetapi exco-exco daripada DAP dilihat jauh lebih berkuasa.

Ia jelas apabila terdapat tindakan-tindakan yang dilakukan tanpa mengambil kira apa pandangan Pas yang turut berada dalam kerajaan negeri.

Di Pulau Pinang tidak perlu dihebahkan lagi kerana semua orang dapat menyaksikan bagaimana cauvinisnya DAP mentadbir di negeri itu, segala-galanya mereka mahu kuasai dan semakin ramai orang Melayu di negeri itu berasa tertindas.

Wakil Pas yang berada dalam kerajaan negeri boleh dianggap hanya sekadar memenuhi kuota sahaja, suara mereka tidak begitu didengari.

Selain itu, apa yang perlu difahami DAP mengamalkan pendekatan politik yang cukup berbahaya kepada masa depan negara.

Politik perkauman yang digunakan oleh DAP seperti mana berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini sudah menjadi bukti bahawa DAP bergantung kepada pendekatan seumpama itu bagi meraih sokongan.

DAP berusaha meraih sokongan kaum Cina dengan mengapi-apikan mereka dari sudut perkauman.

Mereka memburuk-burukkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili kaum Cina dengan melemparkan pelbagai tuduhan.

Semua tindak tanduk DAP ini sepatutnya menginsafkan Pas bahawa mereka hanya membuang masa berada di dalam pakatan.

Nasib Pas menjadi lebih buruk kerana PKR dilihat memihak kepada DAP berbanding Pas.

Sebab itulah seruan Perdana Menteri kepada Pas tidak boleh dipandang sepi, sebaliknya Pas perlu mengkaji dengan mendalam perkara berkenaan.

Ini bukanlah soal Pas hendak bergabung dengan BN atau tidak tetapi soal kita tidak mahu melihat Pas hanya menjadi mangsa buli kepada DAP selagi mereka berada dalam pakatan.

Jika Pas terlalu yakin bahawa DAP sudah berubah dan mampu menerima perjuangan Islam yang diketengahkan oleh parti itu, cubalah pemimpin-pemimpin Pas bercakap berhubung perkara berkenaan,.

Kita percaya jika itu berlaku, pemimpin-pemimpin DAP akan melenting dan bantahan mereka pasti akan mendapat sokongan pemimpin-pemimpin PKR yang talian hayat politik mereka bergantung kepada DAP.

Justeru sebagai orang Melayu, kita berharap kalau pun Pas begitu ingin berkuasa, janganlah terperangkap dengan mainan politik DAP kerana kesudahannya Pas sendiri yang akan rugi.

Apa yang lebih malang lagi, kerugian berkenaan bukan sahaja akan memberi kesan kepada parti itu sahaja tetapi juga orang Melayu keseluruhannya.

Ia kerana orang Melayu akan terus berpecah-belah akibat perbezaan fahaman politik. Tidak salah untuk Pas terus menjadi pembangkang tetapi jadilah pembangkang yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan DAP.

Melalui cara itu Pas akan lebih bebas untuk bercakap soal kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Pandangan ini diberikan kerana kita tidak mahu melihat sebuah parti yang memperjuangkan Islam hanya dilayan bagaikan melukut di tepi gantang oleh DAP.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali tegur pemimpin UMNO tagih 'kuota' calon PRU

Posted: 02 May 2011 04:16 AM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee mengingatkan sayap UMNO - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UNO supaya jangan menagih 'kuota' calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum IPRU) akan datang.


"Saya nak nasihatkan mereka, tak perlu desak ditambahkan kuota wakil mereka bertanding, serahkan lah kepada presiden parti yang tentukan," tegas beliau.


Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegur sikap sedemikain sebagai tidak baik kepada parti dan hanya mengutamakan kepentingan peribadi.


Beliau memberitahu, sudah ada ketua sayap yang lantang mendesak supaya kuotanya ditambahkan seolah-olah seperti mahu membuat ugutan kepada pucuk pimpinan.


"Biasalah,bila mereka minta ditambahkan kuota tetapi jika tidak dapat dipenuhi, maka akan adalah yang merajuk, inilah yang kita tak mahu berlaku dalam parti," tegasnya.


Syed Ali menyatakan demikian ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Cheras oleh bekas Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Seri Rafidah Aziz di Cheras, hari ini.


Turut hadir Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Hajah Faridah Abu Hassan, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Haji Abd. Shukor, Naibnya, Datuk Haji Md. Nasir Ghani dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Puan Sarina Sarif.


Menurut beliau lagi,soal penentuan calon dibuat oleh presiden parti berasaskan kepada beberapa kritia termasuk kepentingan pengundi.


Beliau kesal kerana perbuatan meminta-minta supaya dicalonkan bertanding PRU akan datang hanya akan menimbulkan keburukan kepada parti.


Katanya lagi, jika seseorang itu ikhlas kepada parti, tanpa jawatan pun mereka boleh berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat.


Syed Ali juga melahirkan rasa bimbang beliau melihat umat Melayu semakin berpecah kerana perbezaan ideologi politik.


"Hari ni jurang perpecahan di kalangan orang Melayu semakin ketara, saya takut suatu hari nanti Melayu di negara ini seperti melukut di tepi gantang," tegasnya.


Beliau berkata, keadaan akan menjadi semakin teruk akhirnya apabila orang Melayu hilang segala-galanya.


Beliau juga kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang lantang menolak pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk duduk bersama membincangkan kepentingan masa depan umatMelayu.


"Kenapalah sombong dan bongkaknya pemimpin PAS, kita berjuang atas nama Islam dan masa depan Melayu," katanya lagi.


Bagaimanapun tegas Syed Ali, UMNO sesekali tidak akan menggadaikan maruah agama dan masa depan umat Melayu kerana agenda politik.

'Anwar perlu nyatakan kebenaran jika benar dirinya bersih '

Posted: 02 May 2011 03:41 AM PDT




DATUK Seri Anwar Ibrahim harus bertanggungjawab kepada rakyat negara ini diatas perbuatan yang beliau lakukan selama ini sama ada dari segi politik dan moral, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Katanya, penasihat Umum PKR itu tidak boleh melarikan diri atau melepaskan tanggungjawab tersebut kepada pihak lain.


Beliau berkata, Anwar harus bercakap dengan jujur kepada rakyat negara ini mengenai pembabitan beliau dalam kegiatan tidak bermoral.


"Buatlah pengakuan seikhlas mungkin kerana Allah S.W.T. tahu apa yang disembunyikan selama ini," ujarnya.


Katanya, Anwar harus bersedia memikul tanggungjawab tersebut jika beliau benar-benar seorang pemimpin berakhlak dan berpegang kepada realiti.


"Hari ini Anwar beranggapan dirinya bersih dan tidak melakukan sebarang kesalahan," ujarnya.


Disebabkan itu jelas beliau, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sengaja memutar-belitkan fakta dengan melemparkan pelbagai fitnah kepada UMNO dalam usaha untuk menarik sokongan.


Syed Ali menjelaskan perlakuan politik jalanan yang dibawa oleh Anwar menyebabkan budaya politik negara ini telah berubah menjadi terlalu ekstrim dan bertentangan dengan tatasusila orang Melayu.


"Beliau juga orang yang bertanggungjawab menggunakan media barat dan sekutu Yahudinya untuk memburukkan imej negara," katanya.

Dari segi moral kata Syed Ali, Anwar berdepan dengan kes liwat untuk kali kedua yang menyaksikan pelbagai helah dilakukan bagi melambat-lambatkan kas tersebut.


"Sekarang ujian DNA sudah mengesahkan 'lelaki Y' adalah Anwar dalam kes liwatnya dengan Mohd. Saiful Bukhari," tambahnya.


Syed Ali berkata, kes liwat telah meruntuhkan sama sekali moral Anwar walaupun dianggap oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'anugerah Tuhan'.


Menurut beliau lagi, pendedahan video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur Cina juga turut dikaitkan dengan Anwar.


Berdasarkan pengakuan sumpah laknat bekas sahabat akrab beliau, jelas Syed Ali ternyata pemimpin pembangkang yang terbabit dalam aksi seks itu adalah Anwar.


"Sekarang jelas semuanya menjuruskan kepada peribadi Anwar dan dia harus bertanggungjawab untuk menyatakan kebenarannya kepada rakyat," tegasnya lagi.


Beliau menambah, jika seseorang itu berkelakuan baik dan tinggi pekertinya adalah sukar untuk dikaitkan dengan perbuatan atau kelakuan tidak bermoral seperti meliwat.
















YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERIMA KASIH PM, DAN RAKYAT KUALA NERUS

Posted: 02 May 2011 03:36 AM PDT









Assalamualaikum.


Sebenarnya saya sangat teruja mahu mencatatkan sesuatu sebaik selesai lawatan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Parlimen Kuala Nerus, Sabtu lalu. Namun, disebabkan kekangan waktu, baru sekarang saya mempunyai sedikit kelapangan untuk menulis.


Umumnya, saya mengucapkan terima kasih kapada YAB Perdana Menteri kerana telah memilih Parlimen Kuala Nerus sebagai sebahagian daripada destinasi lawatannya ke Terengganu ini selain di DUN Manir, di Parlimen Hulu Terengganu dan DUN Bandar di Parlimen Kuala Terengganu.


Istimewanya lawatan ini, seperti yang saya ucapkan pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Mampu Milik di Pulau Duyong tempoh hari, ialah kerana YAB Perdana Menteri telah memilih empat tempat di Parlimen Kuala Nerus ini untuk siri lawatannya kali ini.


Selain Pekan Batu Enam, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melawat Kampung Pangkalan Arang, Bukit Tunggal dan Pulau Duyong. Inilah yang saya sifatkan sebagai lawatan berganda dari PM ke Parlimen Kuala Nerus.


Saya juga mahu merakamkan rasa kagum, gembira dan terima kasih kepada rakyat di Parlimen Kuala Nerus ini yang telah memberikan sokongan dan dokongan yang kuat untuk menjayakan program yang diatur.


Dengan kehadiran yang melebihi sasaran, saya terjemahkan ini sebagai satu gelombang baharu rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) terutama dalam mendepani senario politik Terengganu pada masa depan.


Program lawatan PM ini adalah terbuka dan ia bukanlah satu kerahan kehadiran tetapi melihat kepada sambutan luar biasa rakyat, saya sangat terharu sebenarnya.


Tidak dapat saya gambarkan rasa gembira itu, ia benar-benar ada di dalam hati saya seperti adanya rakyat di hati raya. Saya sangat kagum dan gembira di atas sambutan yang diberikan dan berharap, sokongan seperti ini akan berterusan sampai bila-bila.


Kepada YAB Perdana Menteri, saya bagi pihak pengundi dan penduduk Parlimen Kuala Nerus ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih. Kepada Rakyat di Parlimen Kuala Nerus, saya mahu menghargai mereka dan saya ingin nyatakan, mereka sangat membanggakan sebenarnya.


Mudah-mudahan usaha ini akan diberkati oleh Allah s.w.t, insyaAllah.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


DATUK WIRA SYED ALI BIDAS PEMIMPIN UMNO HANYA CARI GLAMOUR

Posted: 02 May 2011 12:49 AM PDT

Pemimpin UMNO diingatkan jangan hanya bermegah dengan jawatan untuk mencari glamour tetapi sebaliknya memberi perkhidmnatan terbaik kepada rakyat, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, jawatan dalam parti merupakan amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Beliau berkata, golongan tersebut sepatutnya disingkirkan daripada parti kerana akibat perbuatan mereka orang Melayu hilang kepercayaan kepada UMNO.

"Hari ini, ramai yang gilakan jawatan untuk glamour, syok sendiri dan cari kepentingan diri dengan memperalatkan parti," tegasnya.

Beliau turut menegur segelintir Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak menampakkan bekerja untuk memantapkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Seri Muhyiddin Yassin.
"Mungkin mereka merajuk, lepas menang MT tetapi tidak terpilih menjadi menteri atau timbalan menteri, merajuk dan tak nak buat kerja untuk parti," tegasnya.

"Kasihan Najib dan Muhyiddin, terpaksa bertungkus lumus turun padang, ada MT UMNO, tetapi tak nampak kerjanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap di majlis perasmian persidangan tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras, oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Saudara Khary Jamaluddin di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras.

Turut hadir timbalannya, Datuk Mahadi Abdul Shukor, Naib Ketua Bahagian, Datuk Haji Md. Nasir Ghani, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hajah Zurainah Musa dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Puan Sarina Sharif.

Syed Ali juga turut mempesoalkan kemantapan barisan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menurut beliau agak lemah dan tidak bersatu.
"Pemilihan dah habis, sepatutnya barisan EXCO lebih mantap dan bersatu di bawah pimpinan Khairy untuk memperkasakan perjuangan pemuda," ujarnya.

Beliau berkata, walaupun Khairy tidak diberikan tempat dalam kabinet bukan bermakna beliau tidak boleh buat kerja untuk parti dan rakyat. "Saya sendiri tak ada jawatan penting, seperti KJ, tetapi kita tetap memberi khidmat bakti kepada rakyat kerana itu adalah amanah yang dipertanggungjawabkan," katanya.
"Kita tak mengemis jawatan, yang penting kita buktikan kepada pucuk pimpinan bahawa kita sentiasa buat kerja parti demi rakyat," tegasnya lagi.

Syed Ali melahirkan keyakinan kepimpinan Khairy mampu membawa perubahan kepada perjuangan pemuda jika mendapat sokongan padu daripada seluruh ahlinya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Syed Mehdhar Syed Abdullah mencadangkan kepada Presiden UMNO supaya Khairy diberikan tempat dalam kabinet berasaskan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
"Di depan perwakilan hari ini, saya minta Datuk Najib berikan jawatan kepada Khairy, bukan kerana KJ, tetapi menghormati jawatannya dalam parti," tegas beliau.

Syed Mehdhar juga menjelaskan bahawa walaupun beliau tidak menyebelahi Khairy semasa pemilihan jawatan Ketua Pemuda, tetapi dalam perjuangan dan kepentingan parti, tetap menyokong kepimpinan Khairy.

"Saya nak jelaskan, demi parti saya tetap menyokong dan teguh di belakang KJ sebagai Ketua Pemuda, ini soal parti, bukan soal peribadi," tegasnya lagi.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Sumpah: Sebetulnya Macam Mana Anwar?

Posted: 01 May 2011 06:46 PM PDT

Banyak yang kita dengar pasal isu sumpah ini, ada kata tiada dalam Islam, ada kata terhad pada suami isteri bergaduh, ada yang tunggu kebenaran daripada ulamak-ulamak terkenal (sekadar menyebut nama) dan sebagainya.

Ketua Pembangkang yang wajahnya terakam dalam adegan seks melampau bersama seorang pelacur china baru-baru ini, mati-matian tidak mahu bersumpah kerana katanya tiada dalam Islam.

Tapi video yang ini menunjukkan bahawa disatu ketika dia mau pulak bersumpah, cuma sumpah itu disebut dalam ceramah, bukan seperti mana lafaz yang sepatutnya, sekadar menyebeut berani bersumpah saja.

Anyway, itu bukan isunya, isunya ialah kenapa yang dulu mahu bersumpah, sekarang ini macam-macam alasan diberi untuk tidak bersumpah? Yang mana satu betul sebenarnya, bersumpah boleh ke tak boleh, ada dalam Islam ke takde dalam Islam?

Sekarang ini isu perut sudah senyap, kalau tidak, itulah yang digendang kesana ke mari bagi membuktikan tidak bersalah. Sebaliknya sekarang yang dijadikan isu ialah sumpah pulak, konon tiada dalam agama Islam.

Wartawan yang tanya pun dipertikaikan status agamanya.

Semakin lama nampaknya Anwar semakin tertekan, bila tertekan semua langkahnya jadi salah dan kelam kabut. Tindakan puak AMK menyerbu sebuah masjid dimana Datuk Eskay dan rakan Trionya ingin membuat sumpah laknat sekadar menambah kecelaruan itu.

Ingat ya, ini semasa Anwar belum berkuasa, cuba bayangkan bila dia sudah berkuasa kelak, yang akan dikerah bukan puak bodoh AMK, sebaliknya pihak berkuasa lainnya seperti polis. Sekadar peringatan, Anwar dipenjarakan 6 tahun kerana menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan polis untuk menukar pengakuan Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar berhubung kes liwatnya.

Balik pada cerita sumpah tadi, sebenarnya macam mana Anwar? Boleh ka tak boleh?

Tak berapa dulu bukan main lagi cakap soal sumpah, maksudnya adalah dalam agama tu. Sekarang tetiba dah tukar pulak? Toksah main wayanglah Anwar, lagi banyak kau main wayang, lagi banyak masalah kau datang.

Benarlah kata ramai orang, sumpah tak salah, agama tak salah tapi Anwar yang salah. Ini kah jenis pemimpin yang nak diletakkan harapan rakyat Malaysia dibahunya?

Cakap berputar-putar macam orang mabuk!!!

Video Seks: Sokongan PAS Hanya Melemahkan Diri Sendiri

Posted: 01 May 2011 06:30 PM PDT

PAS, sejak bekerjasama dengan DAP sudah tidak lagi Islamik. Hudud yang satu ketika dulu menjadi keutamaan, kini sudah tidak lagi. PAS lebih liberal, sempadan yang memisahkan PAS dengan liberal sepenuhnya ialah pakaian para pemimpin utamanya, yang lain tu semua liberal dah.

Termasuk dalam senarai liberalisme PAS ialah bila ia membela penzina.

Apa untung PAS bila mengambil sikap mempertahankan Anwar dalam isu video seksnya? Dah terang-terang lelaki dalam video tersebut ialah Anwar, kenapa PAS masih mau menyokong?

Setakat yang kita tahu sebab kuasa. PAS terlalu sayang nak melepaskan pelbagai kedudukkan pemimpin dan ahli-ahlinya dalam kepimpinan peringkat PBT dan GLC milik negeri dimana Pakatan membentuk kerajaan. Semua itu penting kepada dana PAS, bak kata mat rempit, ada masyukkkk!!

Sebab itu bila Perdana Menteri difitnah Anwar dan RPK berhubung pembunuhan model Mongolia, PAS tidak pun kecoh meminta 4 saksi, tidak kecoh pun meminta bukti, tidak kelam kabut nak buat sembahyang hajat. PAS sebaliknya percaya dan bersama-sama dengan Anwar menyebarkan fitnah tersebut melalui jentera-jentera miliknya.

Tapi dari segi Islam dan perjuangan PAS itu sendiri, tindakan PAS mempertahankan Anwar hanya ibarat mencemar imej Islamiknya yang sudah semakin tercemar dek kerjasama dengan DAP. Mungkin PAS dah tak peduli.

Mana penting, Islam ke kuasa yang tak berapa nak lama tu?

Sekurang-kurangnya PAS menunggulah sehingga siasatan polis yang sedang dijalankan sekarang selesai dahulu sebelum mengambil keputusan untuk membela atau tidak, seperti kata Mostapha Ali.

Ini Setiausaha Agung cakap tunggu hasil siasatan, Nik Aziz pulak dan beria menyokong.

Tapi kita tidak rasa hasil siasatan polis itu penting pada PAS, yang penting ialah kalau Anwar jatuh, bukan dia sorang malah PAS juga sekali jatuh. DAP tidak begitu terkesan kerana mereka sekadar menggunakan undi melayu yang mampu diraih melalui PKR dan PAS bagi mengukuhkan kedudukkan yang sudah sedia kukuh dengan undi cina.

Jemputan Presiden UMNO untuk PAS menyertai BN itu memang tepat pada masa. PAS lemah dahulu dan PAS makin lemah sekarang. Janganlah nak kata PAS kuat, kuat apa kalau keputusan pilihanraya terbaru baik kecil mahupun negeri langsung tidak menyebelahi PAS?

Islam itu universal tapi PAS tidak, sebab itu PAS tewas dibanyak tempat dan kalah 100% di Sarawak.

Tolak Nik Aziz dan puak-puak erdogan dalam PAS, yang lain semua dah sedar tentang kelemahan PAS sekarang dan bagaimana PAS dan jenteranya digunakan sepenuhnya oleh PKR dan DAP untuk kepentingan mereka, tidak terkecuali dalam isu video panas ini.

Bayangkan, dari beria-ia nak menghukum hududkan penzina, PAS dah jadi pembela penzina pulak!!!

DunSemarang

DunSemarang


SeSUMPAH tIAN cHUa

Posted: 01 May 2011 05:50 PM PDT

Sumber dari:http://parpukari.blogspot.com/2011/05/omega-berkunyit-bukti-dr-asri-suruh.html.
Dengarlah wahai anak-anak BangsaKu....Islam itu Mulia...Islam itu Adil...
Mana.... KEadilan PKR DAP...
Wahai anak anak Bangsa DUNSEMARANG.....jadikan ianya satu ilmu, sepadan dan berfikirlah sebelum berhujah..demi Allah..bukan demi angin..demi jembalang..demi demi demi...budaya melayu mana pulak..ada perkataan demi jembalang...
Adakah "...Aku sembahyang ini demi Allah" adakah perkataan ini salah dan ada element politik...."Aku berpuasa kerana Allah" adakah ini juga salah...
Apakah agama baru ciptaan Tian Chua untuk orang Melayu PKR...kita tunggu Fatwa untuk PKR dari tian chua..cara mereka bersumpah..demi apa....demi apa...

KITA SAMA..CINA ma!!!!

Posted: 01 May 2011 03:18 AM PDT

CINA Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.
"Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR," kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

Orang Cina macam Tian Chua adalah antara beribu manusia berbangsa Cina yang rasis dan tidak bertanggungjawab. Dia seorang ahli politik sundal yang kononnya mahu berbakti kepada rakyat tetapi sebenarnya sama saja dengan rakan-rakan cina dalam parti DAP. Mahu kuasa untuk menindas orang melayu.http://www.speakerakyat.blogspot.com/


UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


BN sedia ambil alih pentadbiran Kelantan

Posted: 01 May 2011 07:19 PM PDT

KOTA BHARU 1 Mei - Barisan Nasional (BN) telah bersedia untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang bagi membawa lebih banyak pembangunan ke negeri ini demi kesejahteraan rakyat.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, BN sedia membariskan barisan kepimpinan dinamik yang lebih baik dan dasar-dasar pembangunan yang diyakini berupaya membawa kemajuan kepada negeri dan rakyat.

Malah, katanya, BN juga sedia menggerakkan pelan transformasi ekonomi bagi memajukan lagi negeri ini yang sebenarnya mempunyai banyak potensi tetapi masih ketinggalan dalam banyak aspek akibat kegagalan pemerintahan kerajaan Pas Kelantan.

"Kita berkeyakinan untuk menumbangkan Pas dan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen bagi disumbangkan kepada BN Pusat untuk membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga," katanya semasa membuat penggulungan pada Konvensyen BN Kelantan 2011 di sebuah hotel, di sini hari ini.

Konvensyen itu dihadiri oleh lebih 340 perwakilan parti komponen BN termasuk wakil masyarakat Siam.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pergolakan yang berlaku dalam pakatan pembangkang dan kelemahan kerajaan Pas Kelantan menyelesaikan pelbagai isu rakyat, memberi peluang kepada BN untuk mencapai kemenangan.

"Tetapi kita jangan hanya bergantung harap kepada kelemahan orang lain, itu satu bonus tetapi yang penting kita perlu memperhebatkan gerak kerja dan pelan strategik termasuk mendekati rakyat serta daftar pemilih," katanya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Mustapa berkata, BN menyasarkan untuk mencapai kemenangan mudah di negeri ini pada PRU 13, sekiranya ia diadakan dalam waktu terdekat.

"Kita perlu kerja kuat kerana Pas sebuah kerajaan dan mempunyai beberapa institusi yang boleh digunakan dan (mempunyai) kedudukan kewangan (yang baik).

"Tetapi, (dengan) pelbagai isu terkini termasuk (kes) Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang Pas sendiri resah.., orang kampung ramai pertikai, ini akan memberi kelebihan kepada BN," katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, rakyat perlu menilai kejayaan kerajaan pimpinan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diiktiraf dunia, berbanding pembangkang terutama Anwar yang lebih banyak bergelut dengan krisis moral dan integriti.

Pada masa sama, beliau mengingatkan pemimpin parti komponen supaya meningkatkan perpaduan mereka bagi membentuk satu pasukan yang kuat untuk menjamin kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.

-utusan

225 ahli Pas Kuala Kedah sertai UMNO

Posted: 01 May 2011 07:17 PM PDT

ALOR SETAR 1 Mei - Hilang keyakinan terhadap Pas termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendorong 225 ahli Pas Kuala Kedah keluar parti itu dan menyertai UMNO.

Ketua Pas cawangan Lahar Buluh, Ahmad Marzuki yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah satu majlis di Kubang Rotan, di sini semalam.

Menurut Ahmad, 60, mereka menyertai UMNO setelah kecewa dengan janji kosong yang sering ditabur pemimpin Pas terutama berkaitan bantuan ketika Kuala Kedah dilanda banjir teruk pada November lalu.

"Pemimpin Pas masuk kampung tabur janji dan buat kami tertunggu-tunggu. Baru-baru ini, apabila 150 rumah rosak teruk akibat ribut ada juga pemimpin Pas datang dan tabur janji lagi tetapi sampai hari ini tidak ada apa-apa pun.

"Yang ada cuma UMNO Kuala Kedah yang sentiasa prihatin nasib rakyat," katanya ketika ditemui pada sidang media majlis tersebut.

Sementara itu, menurut ahli Muslimat Pas Kuala Sungai, Rahaiza Abdul Rahim, 31, sudah tiba masanya ahli Pas buka mata dan menyedari perjuangan parti yang dimomokkan pemimpin Pas selama ini hanyalah berlandaskan kepentingan peribadi.

-utusan

Tiada lagi PRK 4 negeri

Posted: 01 May 2011 07:16 PM PDT

KUALA LUMPUR 1 Mei — Pilihan raya kecil (PRK) tidak perlu diadakan lagi di empat negeri sekiranya berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran penggal DUN negeri berkenaan telah genap tiga tahun.

Negeri berkenaan ialah Sabah yang tempoh tiga tahun DUN tamat pada 29 April, Negeri Sembilan (25 April), Selangor (22 April) dan Melaka (21 April).

Kedudukan DUN di negeri berkenaan berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Tiga negeri akan cukup tempoh tiga tahun DUN pada bulan ini adalah Terengganu (6 Mei), Kedah (20 Mei) dan Pahang (21 Mei), manakala DUN yang cukup tempoh tiga tahun bulan hadapan adalah negeri Perlis dan Perak (24 Jun) dan Johor (19 Jun).

Tempoh tiga tahun bagi DUN Kelantan adalah pada 7 Julai manakala Pulau Pinang merupakan negeri terakhir tempoh tiga tahun DUN tamat iaitu pada 21 Julai.

Mandat Kerajaan Persekutuan sekarang akan berakhir pada April 2013.

Rabu lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas 28 April memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya.

Abdul Aziz berkata, tempoh akhir bagi mengadakan pilihan raya kecil kerusi DUN adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, katanya, PRK boleh diadakan selepas tempoh itu sekiranya ada keperluan khas termasuklah jika berlaku situasi kerajaan Pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri. — BERNAMA

Pengundi Cina diminta buat pilihan - PM

Posted: 01 May 2011 07:32 AM PDT

KUALA TERENGGANU 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada mahu menyokong MCA pada pilihan raya umum akan datang atau kehilangan wakil dalam kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, masyarakat Cina telah diberi mesej yang jelas mengenai perkara itu oleh MCA yang menyatakan parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan Pusat dan negeri sekiranya gagal meraih sokongan masyarakat berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Jelasnya, masyarakat itu perlu memilih antara kepentingan suara dalam kerajaan atau menyokong pembangkang.

"Mereka tidak boleh menyokong pembangkang tetapi dalam masa yang sama mengharapkan penyertaan yang kuat kaum itu di dalam kerajaan. Mereka (pengundi Cina) perlu memilih antara dua, jika mahu menyokong pembangkang maknanya mereka perlu korbankan parti-parti dalam kerajaan.

"Namun, jika mahu suara mereka lebih didengari dalam kerajaan, mereka perlu menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN). Mesej itu jelas dan mereka (pengundi Cina) tidak akan dapat apa yang dikehendaki jika mereka tidak memilih," katanya selepas merasmikan Perumahan Rakyat Mampu Milik di Pulau Duyung di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian MCA semalam yang sebulat suara tiada akan menerima sebarang jawatan dalam Kabinet mahupun negeri jika parti itu gagal di dalam pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai kesediaan MCA untuk terus berada dalam BN selepas keputusan itu dibuat, jelas Perdana Menteri, MCA tetap akan bekerjasama dengan BN kerana mereka yakin hanya parti itu dapat mewujudkan keharmonian dalam negara.

"Kita sudah ada rekod, negara aman di bawah parti ini dan apa pun yang diputuskan oleh MCA, mereka tetap akan berada di dalam BN," jelasnya.

-utusan

WASPADA CUBAAN PIHAK TERTENTU CUBA APIKAN SENTIMEN RAKYAT - PM

Posted: 01 May 2011 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 April 2011 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat termasuk komuniti India supaya sentiasa berwaspada dengan pihak-pihak tertentu yang cuba menjadi hero dengan mengapi-apikan sentimen perkauman pelbagai kaum di negara ini.

Mengingatkan rakyat agar berhati-hati dengan cubaan seumpamanya, Perdana Menteri berkata adalah tidak wajar untuk rakyat menggambarkan setiap masalah yang wujud di dalam negara ini sebagai masalah perkauman.

"Kita tidak seharusnya membenarkan mana-mana pihak untuk mengekspoitasi sebarang isu dan menjadi wira sehari dua.

"Kita wajar melihat pendekatan rasional untuk mencapai penyelesaian yang positif, sekali gus memenangi hati masyarakat," katanya pada majlis sambutan Tahun Baru India di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC), Seri Kembangan dekat sini, Jumaat malam.

Perdana Menteri berkata dengan jumlah penduduk 28 juta orang, bermakna terdapat 28 juta impian yang harus diberi perhatian dan menjadi tugas kerajaan untuk memastikan ia tercapai.

"Kita harus membenarkan semua rakyat menggapai impian masing-masing," katanya.

Kira-kira 12,000 masyarakat India dari pelbagai kawasan hadir memeriahkan majlis itu yang turut menyaksikan Perdana Menteri melancarkan 'Astro Community Buletin' iaitu usahasama antara kerajaan, MIC dan Astro untuk memastikan komuniti India sentiasa mengetahui dan memahami inisiatif diambil kerajaan untuk kepentingan rakyat.

Majlis yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Vanavill saluran 201 dan 222 itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden MIC Senator Datuk G Palanivel.

Najib berkata sebagai kerajaan yang prihatin, pendekatan yang diambil bagi menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan adalah dengan lebih memahami masalah dan inspirasi setiap kaum.

Beliau berkata penubuhan Jawatankuasa Kabinet bagi komuniti India adalah antara inisiatif kerajaan untuk menyelesaikan masalah masyarakat kaum itu termasuk masalah ketiadaan kad pengenalan, sijil kelahiran, tiada pekerjaan, pinjaman mikro kredit dan penempatan pelajar di universiti.

"Kerajaan BN sentiasa menjaga kepentingan kaum India bersama kaum lain. Saya beri jaminan bahawa isu penting yang dekat di hati kaum India dan masalah mereka akan diselesaikan kerajaan," katanya.

Mengenai pelancaran Astro Community Bulletin, Najib berkata pendekatan itu membolehkan kerajaan membantu masyarakat India selain membolehkan kerajaan mengenalpasti masalah baru kaum itu.

Perdana Menteri berkata kejayaan pelaksanaan Gagasan 1Malaysia berkait rapat dengan penghayatan nilai empati iaitu kebolehan untuk meletakkan diri dalam kedudukan seseorang ataupun sekumpulan yang lain.

"Nilai empati bukan saja membolehkan rakyat melihat dari sudut pandangan sendiri tetapi juga dapat memahami pandangan dan perspektif pihak lain.

"Jika nilai itu dihayati, banyak masalah dalam negara boleh diselesaikan termasuk masalah kuil. Saya amalkan nilai ini, sebab itu banyak masalah dapat diselesaikan dan dapat mencapai situasi menang-menang," katanya.

SUMBER : BERNAMA

Pengikut