Isnin, 2 Mei 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali tegur pemimpin UMNO tagih 'kuota' calon PRU

Posted: 02 May 2011 04:16 AM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee mengingatkan sayap UMNO - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UNO supaya jangan menagih 'kuota' calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum IPRU) akan datang.


"Saya nak nasihatkan mereka, tak perlu desak ditambahkan kuota wakil mereka bertanding, serahkan lah kepada presiden parti yang tentukan," tegas beliau.


Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegur sikap sedemikain sebagai tidak baik kepada parti dan hanya mengutamakan kepentingan peribadi.


Beliau memberitahu, sudah ada ketua sayap yang lantang mendesak supaya kuotanya ditambahkan seolah-olah seperti mahu membuat ugutan kepada pucuk pimpinan.


"Biasalah,bila mereka minta ditambahkan kuota tetapi jika tidak dapat dipenuhi, maka akan adalah yang merajuk, inilah yang kita tak mahu berlaku dalam parti," tegasnya.


Syed Ali menyatakan demikian ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Cheras oleh bekas Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Seri Rafidah Aziz di Cheras, hari ini.


Turut hadir Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Hajah Faridah Abu Hassan, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Haji Abd. Shukor, Naibnya, Datuk Haji Md. Nasir Ghani dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Puan Sarina Sarif.


Menurut beliau lagi,soal penentuan calon dibuat oleh presiden parti berasaskan kepada beberapa kritia termasuk kepentingan pengundi.


Beliau kesal kerana perbuatan meminta-minta supaya dicalonkan bertanding PRU akan datang hanya akan menimbulkan keburukan kepada parti.


Katanya lagi, jika seseorang itu ikhlas kepada parti, tanpa jawatan pun mereka boleh berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat.


Syed Ali juga melahirkan rasa bimbang beliau melihat umat Melayu semakin berpecah kerana perbezaan ideologi politik.


"Hari ni jurang perpecahan di kalangan orang Melayu semakin ketara, saya takut suatu hari nanti Melayu di negara ini seperti melukut di tepi gantang," tegasnya.


Beliau berkata, keadaan akan menjadi semakin teruk akhirnya apabila orang Melayu hilang segala-galanya.


Beliau juga kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang lantang menolak pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk duduk bersama membincangkan kepentingan masa depan umatMelayu.


"Kenapalah sombong dan bongkaknya pemimpin PAS, kita berjuang atas nama Islam dan masa depan Melayu," katanya lagi.


Bagaimanapun tegas Syed Ali, UMNO sesekali tidak akan menggadaikan maruah agama dan masa depan umat Melayu kerana agenda politik.

'Anwar perlu nyatakan kebenaran jika benar dirinya bersih '

Posted: 02 May 2011 03:41 AM PDT




DATUK Seri Anwar Ibrahim harus bertanggungjawab kepada rakyat negara ini diatas perbuatan yang beliau lakukan selama ini sama ada dari segi politik dan moral, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Katanya, penasihat Umum PKR itu tidak boleh melarikan diri atau melepaskan tanggungjawab tersebut kepada pihak lain.


Beliau berkata, Anwar harus bercakap dengan jujur kepada rakyat negara ini mengenai pembabitan beliau dalam kegiatan tidak bermoral.


"Buatlah pengakuan seikhlas mungkin kerana Allah S.W.T. tahu apa yang disembunyikan selama ini," ujarnya.


Katanya, Anwar harus bersedia memikul tanggungjawab tersebut jika beliau benar-benar seorang pemimpin berakhlak dan berpegang kepada realiti.


"Hari ini Anwar beranggapan dirinya bersih dan tidak melakukan sebarang kesalahan," ujarnya.


Disebabkan itu jelas beliau, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sengaja memutar-belitkan fakta dengan melemparkan pelbagai fitnah kepada UMNO dalam usaha untuk menarik sokongan.


Syed Ali menjelaskan perlakuan politik jalanan yang dibawa oleh Anwar menyebabkan budaya politik negara ini telah berubah menjadi terlalu ekstrim dan bertentangan dengan tatasusila orang Melayu.


"Beliau juga orang yang bertanggungjawab menggunakan media barat dan sekutu Yahudinya untuk memburukkan imej negara," katanya.

Dari segi moral kata Syed Ali, Anwar berdepan dengan kes liwat untuk kali kedua yang menyaksikan pelbagai helah dilakukan bagi melambat-lambatkan kas tersebut.


"Sekarang ujian DNA sudah mengesahkan 'lelaki Y' adalah Anwar dalam kes liwatnya dengan Mohd. Saiful Bukhari," tambahnya.


Syed Ali berkata, kes liwat telah meruntuhkan sama sekali moral Anwar walaupun dianggap oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'anugerah Tuhan'.


Menurut beliau lagi, pendedahan video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur Cina juga turut dikaitkan dengan Anwar.


Berdasarkan pengakuan sumpah laknat bekas sahabat akrab beliau, jelas Syed Ali ternyata pemimpin pembangkang yang terbabit dalam aksi seks itu adalah Anwar.


"Sekarang jelas semuanya menjuruskan kepada peribadi Anwar dan dia harus bertanggungjawab untuk menyatakan kebenarannya kepada rakyat," tegasnya lagi.


Beliau menambah, jika seseorang itu berkelakuan baik dan tinggi pekertinya adalah sukar untuk dikaitkan dengan perbuatan atau kelakuan tidak bermoral seperti meliwat.
















Tiada ulasan:

Pengikut