Ahad, 24 April 2011

Razlan's

Razlan's


Semenjak anwar ada, Cina sudah boleh pegang kuasa !

Posted: 24 Apr 2011 10:43 AM PDT

Kenapa ramai pemimpin cina yang melatah apabila membaca penulisan cuit
dato zaini hassan dari utusan malaysia?

Berkemungkinan mereka tidak sedar bahawa semenjak Anwar dibebaskan,
orang cina sudah boleh melupakan BN kerana boleh mendapat apa yang
mereka mahukan sekiranya bergantung dengan PKR!

Selama ini melalui akhbar cina, mereka sudah memulakan penulisan yang
begitu rasis dan mendesak PM memberikan apa yang mereka mahukandan
sekiranya tidak memberi, jangan diharap undi dari kaum cina.

Jadi apa salahnya kita menolak pemimpin cina hari ini kerana telah
terbukti di semua PRK dan yang terbaru di PRN Sarawak, kaum cina bukan
menyokong BN!!


Sinchew Daily News
Perkara: Utusan Malaysia- 1 Melayu- BN?
Ruangan: Opinion Corner m/s 36
Tarikh: 22 April 2011 (Jumaat)

Tajuk:

Pengetahuan Politik Sifar
Tay Ting Hien/ timabalan editorial akhbar ini

Dalam kepala otak Awang Selamat dan Zaini, terlalu ringkas tidak tahu
di tahap mana? Berkisar di persoalan-persoalan yang nilainya berharga
2 sen.

BN kehilangan kerusi di kawasan Bandar di Sarawak, penulis Utusan
Melayu Awang Selamat yang mempunyai keududukan dalam Utusan Malaysia
menulis: orang-orang Cina tak sokong BN, pihak kerajaan tak perlu
ambil perhatian terhadap keperluan orang-orang Cina, ini adalah
kenyataan dari "peti undi",

Seterusnya yang paling pandai mainkan isu ialah Zaini Hassan, dalam
skrip editorial beliau, galakkan kempen satu Melayu satu Bumi, bagi
memperkukuhkan kuasa kepimpinan orang-orang Melayu.

Di dalam dunia ini di mana lagi yang boleh cari sesuatu alasan
pendirian seperti itu?

Aduh! Sudah tentu itu ialah Utusan Malaysia.

Sudah tentu di dalam dunia hari ini, dalam negara-negara yang
mempunyai konsep pelbagai budaya dan tamadun yang serba moden ini,
Awang Selamat dan Zaini Hassan masih ada tempat lagi hidup di dalam
dunia hari ini, fahaman fanatik yang memihak kepada haluan perkauman,
ia hanya akan menjadi perpecahan kepada 2 aliran di negara ini, satu
aliran kumpulan puak Melayu dan satu aliran lagi kumpulan puak Bumi
dan Cina.

Pengetahuan politik sifar

Sepatutnya ada orang-orang yang ingatkan mereka ini, dalam
perlembagaan negara ini terbahagi kepada berbilang kaum, mempunyai
tatacara pembentangan melalui mesyuarat yang perpegang kepada sistem
perlembagaan berdemokrasi; setiap pengundi yang layak, boleh dengan
tiada sebarang gangguan menjalankan kewajiban mereka dan hak mereka.
Pihak kerajaan bukan sahaja perlu menghormati keputusan pengundi, dan
yang lebih penting perlu fikirkan kenapa pihak pemerintah alami
kegagalan sebagai satu pengalaman pemerintah, cuba bangkit kembali di
mana yang masih tidak mencukupi yang mungkin masih ada kecacatan,
melangkah membuat sesuatu perubahan yang sepatutnya, ini barulah dapat
melihat realitinya tiket undi itu.

Pada masa yang sama undian itu memberi tahu satu mesej kepada mereka;
kerajaan BN yang laksanakan konsep Satu Malayisa; ia perlu lihat dari
segi sudut keseluruhan sistem di negara ini, dan juga melihat dari
segi jangka panjang negera ini, kemukakan satu sistem pentadibiran
yang tidak berbelah bagi kepada semua kaum, supaya semua rakyat di
negara ini termasuk Awang Selamat dan Zaini Hassan serta anak-anak
cucu mereka, semuanya dapat menerima hak yang sama dalam arus kemajuan
di negara ini.

Dalam pengamatan ini tidak nampak konsep 1 Malayisa, ataupun tidak
nampak terbahaginya satu konsep 1 Cina ataupun konsep 1 Bumi.

Dalam masyarakat orang-orang Melayu, ada pertalian darah yang
berbeza-beza juga, yang datangnya dari pelbagai kawasan, orang-orang
Cina juga orang Malaysia; sebuah kerajaan yang berwibawa, sepatutnya
dapatkan sokongan dari semua rakyat di negara ini, tidak kira ia orang
Melayu ataupun orang-orang bukan Melayu.

Sedangkan, rakyat tidak dibahagi-bahagikan berasaskan kaum, ataupun di
kawasan bandar mahupun di kawasan kampung dan pendalaman, mereka hanya
dipisahkan dengan pemikiran terbuka dan pemikiran konsevatif.

Pengundi-pengundi di bandar sama ada orang-orang Cina mahupun
orang-orang Melayu lebih mirip dan condong kepada menyokong parti
pembangkang; mengikut teori Awang Selamat dan Zaini Hassan, pihak
kerajaan sepatutnya tinggalkan penduduk bandar, tidak perlu fikirkan
penduduk di kawasan bandar.

Jika begitu, bukankah kerajaan ini menjadi sebuah kerajaan untuk
penduduk perkampungan sahaja?

Kerajaan BN tidak bersedia untuk menjadi sebuah kerajaan Melayu
mahupun sebuah kerajaan kampung, kerana ini telah melanggar konsep
politik; BN perlu menjadi kerajaan untuk semua rakyat, barulah negara
ini dapat sahut konsep politiknya.

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


23 APRIL 2011

Posted: 24 Apr 2011 10:42 AM PDT

23 APRIL 2011

Posted: 23 Apr 2011 10:25 PM PDT

22 APRIL 2011

Posted: 23 Apr 2011 10:18 PM PDT

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


UMNO-PAS masih berperanan kembalikan penyatuan umat - Syed Ali

Posted: 23 Apr 2011 08:11 PM PDT

UMNO dan PAS masih boleh berperanan untuk mengembalikan kekuatan orang Melayu dan dalam masa yang sama mngukuhkan perpaduan umat Islam di negara ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Bagi mencapai matlamat tersebut jelas beliau, PAS terlebih dahulu perlu ikhlas dan jujur untuk menyertai permuafakatan tanpa melebihkan kepentingan agenda politik.


Katanya, jika PAS terlalu taksub dengan prinsip perjuangan mereka yang hakikatnya semakin kabur, maka jalan permuafakatan itu bagaimanapun pastinya akan gagal.


"Secara peribadi saya lihat tiada tembok pemisah untuk PAS - UMNO duduk semeja, tinggal lagi sejauhmana pula keikhlasan PAS," katanya.


Justeru katanya, PAS perlu mengambil pendekatan secara realistik untuk memihak kepada kepentingan majoriti suara rakyat.


"Hari ini PAS bersekongkol degan PKR yang jelas merupakan sebuah parti yang tidak ada asas perjuangan," tegasnya.


Bagaimanapun kata beliau, PAS sebenarnya berada dipersimpangan - antara kepentingan umat Islam dan kepentingan politik untuk kekal berkuasa.


Kerana itu katanya, PAS sanggup bersubahat dan menjadi keldai politik DAP dan PKR kerana ingin meraih sokongan pengundi bukan Melayu.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan mendakwa, PKR hanya sebuah parti yang memperjuangan kepentingan dan agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.


Beliau berkata, perjuangan PAS dan PKR sebenarnya amat jauh berbeza dan tidak akan ada jalan persefahaman."Oleh sebab itu sejak kebelakangan ini beraku permusuhan dalaman antara PAS dan PKR terutama membabitkan soal prinsip dan kepentingan Pakatan Rakyat (PR)," tegasnya.


Bagaimanapun kata Syed Ali, pendedahan isu video seks membabitkan mirip wajah seorang pemimpin pembangkang semakin melebarkan lagi persengketaan PAS dan PKR.


Katanya, hari ini rata-rata pemimpin dan penyokong PAS mendesak presiden mereka, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian sama ada untuk terus bersama PKR atau sebaliknya.


"Saya difahamkan penyokong PAS kecewa dengan sikap Abdul Hadi yang seperti berdiam diri dan takut untuk membuat keputusan berhubung isu video seks berkenaan," ujarnya.


Mengulas pandangan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Haji Ahmad Maslan bahawa PAS dan UMNO masih lagi boleh berunding untk perpaduan umat Islam, Syed Ali berkata itulah sebaiknya jika PAS ikhlas.


"Bagaimanapun kita tidak boleh terlalu yakin dengan pendirian PAS kerana selama ini pemimpin mereka bercakap berdolak-dalik dan akhirnya UMNO yang disalahkan," katanya.


Mengulas mengenai kredibiliti MCA yang mula dipersoalkan ramai selepas pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu, Syed Ali menjelaskan parti itu perlu membuktikan keikhlasannya selaku sekutu rapat UMNO dalam BN.


"MCA sepatutnya mengkagi peranan mereka dalam usaha memantapkan kedudukan BN menjelang PRU tidak lama lagi dengan mengambil kira tahap sokongan pengundi Cina," katanya.


Menurut beliau, selama ini MCA dilihat tidak berperanan dan gagal meyakinkan pengundi Cina terhadap kemampuan BN sehingga mereka beralih sokongan kepada pembangkang terutama DAP.


Diminta mengulas cabaran Lim Guan Eng terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek supaya membawa keluar MCA daripada BN, Syd Ali menegaskan, ada dua persespsi yang boleh dilihat daripada cabaran tersebut.


Pertama katanya, DAP sengaja ingin menduga kesetiaan MCA terhadap BN selepas melihat kemampuan mereka di Sarawak.


"Keduanya, DAP dan MCA secara sinis seperti ingin memberitahu orang Melayu bahawa mereka juga boleh bersatu jika kedaan terpaksa untuk menyingkirkan penguasaan UMNO," tegasnya.


Yang kedua itu jelas Syed Ali, harus diberikan perhatian serius oleh seluruh orang Melayu kerana kuasa politik yang mereka miliki sekarang ini semakin mencabar.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


PAS bakal ceraikan PKR dan DAP, tak rela di”jubor”kan lagi..???

Posted: 24 Apr 2011 01:02 AM PDT

Sebagaimana yang saya beritakan sebelum ini, kebanyakkan pucuk pimpinan PAS Pusat mahupun negeri kini meragui status kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan partinya setelah pelbagai skandal dan masalah yang mendedahkan tentang "siapa Anwar Ibrahim di sebalik tabir".

Memandangkan tembelang Anwar yang sebenar semakin terbongkar di mata rakyat, PAS melalui Setiausaha Agongnya, Mustapha Ali, mengumumkan bahawa PAS bakal mengkaji semula kedudukan parti itu sama ada akan terus bersama PKR dan DAP di dalam pakatan pembangkang atau menarik diri dari pakatan tersebut.

Tindakan mengkaji semula kedudukan PAS di dalam pakatan haram pembangkang itu bakal dilakukan selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada pertengahan tahun ini, di mana sebuah majlis syura akan membincangkan tentang perkara ini.

Nampaknya, jodoh PAS tidak panjang dengan PKR dan DAP. "Threesome" yang begitu songsang diperkatakan oleh UMNO dan BN akhirnya diakui oleh PAS. Tidur sama katil sama bantal, tapi mimpi lain-lain. Dan PAS nampaknya sudah tidak tahan "diperkosa bergilir-gilir" tanpa rela bakal mengambil keputusan menarik diri dari permainan "luar tabii' tersebut.

Sebenarnya, PAS bukan tidak tahu tentang siapa Anwar Ibrahim sebenarnya. Gelaran "Al-Juburi" telah dicipta oleh Naib Presiden PAS sebelum Anwar dipecat dan didakwa oleh Kerajaan lagi. Ketika itu, Anwar masih lagi Timbalan Perdana Menteri apabila Mat Sabu mempopularkan gelaran itu. Seharusnya Mat Sabu tahu apa maksud "Al-Juburi"!

Bukan sekadar liwat, PAS sudah lama berdendal dengan Anwar. Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, apa yang tidak di maki Anwar pada PAS? Teruk PAS dimaki, dipermainkan, dipersenda dan dihina oleh Anwar, malah Nik Aziz sendiri pernah digelar "wali selipar/terompah" oleh Anwar.

Kembali kepada sejarah, Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan sering menempelak Kerajaan Kelantan pimpinan Nik Aziz secara sinis, makan dalam, dengan menyifatkan negeri itu sebagai mundur, pemalas dan tidak berhemat dalam perbelanjaan kewangan. Anwar 'belasah' Kelantan bagai budak kecil baru menyusu. Pasti orang-orang lama PAS Kelantan masih ingat, bukan?

Pembabitan Anwar yang pernah bersahabat baik dengan tokoh judi nombor ekor, Nallakarupan, yang menjadi sumber kewangannya dahulu turut menjadi buah mulut dikalangan pemimpin PAS untuk memerli Anwar. Apatah lagi status Anwar yang bersahabat dengan tokoh-tokoh Yahudi di luar negara seperti Soros, Wolfowitz, dan sebagainya, lagilah menambah gelisah pemimpin PAS. Apa yang nak dijelaskan pada akar umbi PAS tentang perkara itu?

Lantaran itu, tabiaat Anwar yang suka menipu di sana sini, temberang sana sini dan "style" politiknya yang keji dan jijik turut menyumbang kepada keraguan PAS terhadap pemimpin "anugerah Tuhan" itu. Isu '16 September' sangat memalukan PAS dan DAP. Anwar dilihat sangat keji apabila cuba mengejar sekumpulan Ahli Parlimen BN ke Taiwan dan cuba memujuk mereka untuk melompat parti membuatkan PAS dan Karpal Singh berang.

Karpal dalam kenyataannya mendesak Anwar untuk segera "bertaubat". Sungguh memalukan apabila seorang muslim yang digelar "Pak Syiekh" diminta untuk bertaubat oleh seorang kafir harbi seperti Karpal Singh! Namun, Anwar tetap selamba, tak tahu malu dengan tindakannya itu dan cuba menegakkan benang yang basah.

Kemudian, PAS dimalukan lagi dengan dakwaan Anwar telah meliwat Saiful Bukhari. Tindakan Anwar yang lari masuk berlindung di Kedutaan Turki pada hari Saiful melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa sangat meragukan PAS. Mengapa Anwar perlu lari bersembunyi, sedangkan siasatan belum lagi bermula? Nampak sangat Anwar tertekan dengan kesalahan sendiri.

Selepas itu, timbul pula kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar. PAS tahu bahawa Eskay yang menjadi sumber video tersebut adalah sahabat baik Anwar yang menguruskan hal berpoya-poya Anwar setelah Nallakarupan menarik diri dari terus di'balaci'kan Anwar. Pengesahan atas kesahihan video tersebut yang menunjukkan bahawa "lelaki bertuala putih" itu sepadan dengan struktur tubuh Anwar begitu memalukan PAS yang selama ini membela Anwar.

Apatah lagi dengan isu jam tangan "Omega" yang dikatakan Anwar masih berada di dalam simpanan isterinya, Wan Azizah, gagal dibuktikan sehingga hari ini. Kreadibiliti Anwar semakin kuat diragui oleh pucuk pimpinan PAS. PAS semakin terdesak untuk mengkaji semula hubungan "intim" mereka bersama pakatan PKR dan DAP dalam mengejar kuasa politik. Akar umbi semakin memberontak mendesak PAS keluar dari pakatan haram Anwar dan Karpal!

Sedang keadaan semakin kalut, PAS semakin terkejut dengan pendedahan eksklusif Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa bahawa dakwaan pembunuhan Altantuya Shaaribu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan isterinya merupakan fitnah terancang oleh Anwar. Menurut RPK, dia ditekan oleh beberapa tokoh pembangkang, termasuk Anwar, untuk membuat surat Akuan Bersumpah (SD) untuk menghalang Najib dari menerima peralihan jawatan dari Pak Lah kepada beliau.

Pengakuan ini sama sekali membunuh kepercayaan majoriti pucuk pimpinan PAS terhadap Anwar Ibrahim. Kini, Anwar hanya menaruh harapan kepada sokongan Nik Aziz melalui proksi erdogannya Husam Musa untuk meneutralkan keadaan dan mengekalkan PAS di dalam pakatan haram.

Perkara yang paling PAS tak tahan dengan PKR dan DAP ialah dasar perjuangan PAS yang sering diketepikan sewenang-wenangnya oleh PKR dan DAP. PAS di"keldai"kan begitu saja. PAS dimalukan dengan selamba tanpa rasa bersalah. PKR dan DAP hanya ketawa berdekah-dekah melihat PAS terkial-kial menenangkan resah gelisah penyokong PAS yang memerlukan penjelasan mengenai "suara PAS" yang dibisukan dalam perkongsian kerajaan pakatan haram itu. PAS begitu dipermainkan seperti budak hingusan. Kalau tak percaya, tanya Azizan Razak!

Disebabkan itulah maka kini dilihat golongan erdogan begitu aggresif bersaing untuk menguasai PAS pada pemilihan parti itu kali ini. Sekiranya erdogan mampu menang, maka PAS akan kekal bersama pakatan PKR dan DAP, dan sekiranya Hadi terus menjadi Presiden maka dikhabarkan bahawa berkemungkinan besar PAS akan bermufarakah bercerai talak tiga dengan PKR dan DAP.

Apapun, kita tunggu saja apa yang berlaku pada muktamar PAS yang bakal berlangsung kelak. Kita tidak punya sebarang hak untuk menentukan masa depan PAS. Biarlah PAS yang menentukan hala tujunya sendiri. Sekiranya PAS kekal bersama PKR dan DAP, itu bermakna PAS masih membenarkan PKR dan DAP men"jubor bontot" mereka lagi. Dan sekiranya PAS berkeputusan untuk bercerai dengan PKR dan DAP, maka PAS akan kembali sebagai mana dahulu, tulin sebagai pembangkang yang sihat di medan tempur politik tanahair.

Wallahu'alam.

Pengikut