Ahad, 24 April 2011

Razlan's

Razlan's


Semenjak anwar ada, Cina sudah boleh pegang kuasa !

Posted: 24 Apr 2011 10:43 AM PDT

Kenapa ramai pemimpin cina yang melatah apabila membaca penulisan cuit
dato zaini hassan dari utusan malaysia?

Berkemungkinan mereka tidak sedar bahawa semenjak Anwar dibebaskan,
orang cina sudah boleh melupakan BN kerana boleh mendapat apa yang
mereka mahukan sekiranya bergantung dengan PKR!

Selama ini melalui akhbar cina, mereka sudah memulakan penulisan yang
begitu rasis dan mendesak PM memberikan apa yang mereka mahukandan
sekiranya tidak memberi, jangan diharap undi dari kaum cina.

Jadi apa salahnya kita menolak pemimpin cina hari ini kerana telah
terbukti di semua PRK dan yang terbaru di PRN Sarawak, kaum cina bukan
menyokong BN!!


Sinchew Daily News
Perkara: Utusan Malaysia- 1 Melayu- BN?
Ruangan: Opinion Corner m/s 36
Tarikh: 22 April 2011 (Jumaat)

Tajuk:

Pengetahuan Politik Sifar
Tay Ting Hien/ timabalan editorial akhbar ini

Dalam kepala otak Awang Selamat dan Zaini, terlalu ringkas tidak tahu
di tahap mana? Berkisar di persoalan-persoalan yang nilainya berharga
2 sen.

BN kehilangan kerusi di kawasan Bandar di Sarawak, penulis Utusan
Melayu Awang Selamat yang mempunyai keududukan dalam Utusan Malaysia
menulis: orang-orang Cina tak sokong BN, pihak kerajaan tak perlu
ambil perhatian terhadap keperluan orang-orang Cina, ini adalah
kenyataan dari "peti undi",

Seterusnya yang paling pandai mainkan isu ialah Zaini Hassan, dalam
skrip editorial beliau, galakkan kempen satu Melayu satu Bumi, bagi
memperkukuhkan kuasa kepimpinan orang-orang Melayu.

Di dalam dunia ini di mana lagi yang boleh cari sesuatu alasan
pendirian seperti itu?

Aduh! Sudah tentu itu ialah Utusan Malaysia.

Sudah tentu di dalam dunia hari ini, dalam negara-negara yang
mempunyai konsep pelbagai budaya dan tamadun yang serba moden ini,
Awang Selamat dan Zaini Hassan masih ada tempat lagi hidup di dalam
dunia hari ini, fahaman fanatik yang memihak kepada haluan perkauman,
ia hanya akan menjadi perpecahan kepada 2 aliran di negara ini, satu
aliran kumpulan puak Melayu dan satu aliran lagi kumpulan puak Bumi
dan Cina.

Pengetahuan politik sifar

Sepatutnya ada orang-orang yang ingatkan mereka ini, dalam
perlembagaan negara ini terbahagi kepada berbilang kaum, mempunyai
tatacara pembentangan melalui mesyuarat yang perpegang kepada sistem
perlembagaan berdemokrasi; setiap pengundi yang layak, boleh dengan
tiada sebarang gangguan menjalankan kewajiban mereka dan hak mereka.
Pihak kerajaan bukan sahaja perlu menghormati keputusan pengundi, dan
yang lebih penting perlu fikirkan kenapa pihak pemerintah alami
kegagalan sebagai satu pengalaman pemerintah, cuba bangkit kembali di
mana yang masih tidak mencukupi yang mungkin masih ada kecacatan,
melangkah membuat sesuatu perubahan yang sepatutnya, ini barulah dapat
melihat realitinya tiket undi itu.

Pada masa yang sama undian itu memberi tahu satu mesej kepada mereka;
kerajaan BN yang laksanakan konsep Satu Malayisa; ia perlu lihat dari
segi sudut keseluruhan sistem di negara ini, dan juga melihat dari
segi jangka panjang negera ini, kemukakan satu sistem pentadibiran
yang tidak berbelah bagi kepada semua kaum, supaya semua rakyat di
negara ini termasuk Awang Selamat dan Zaini Hassan serta anak-anak
cucu mereka, semuanya dapat menerima hak yang sama dalam arus kemajuan
di negara ini.

Dalam pengamatan ini tidak nampak konsep 1 Malayisa, ataupun tidak
nampak terbahaginya satu konsep 1 Cina ataupun konsep 1 Bumi.

Dalam masyarakat orang-orang Melayu, ada pertalian darah yang
berbeza-beza juga, yang datangnya dari pelbagai kawasan, orang-orang
Cina juga orang Malaysia; sebuah kerajaan yang berwibawa, sepatutnya
dapatkan sokongan dari semua rakyat di negara ini, tidak kira ia orang
Melayu ataupun orang-orang bukan Melayu.

Sedangkan, rakyat tidak dibahagi-bahagikan berasaskan kaum, ataupun di
kawasan bandar mahupun di kawasan kampung dan pendalaman, mereka hanya
dipisahkan dengan pemikiran terbuka dan pemikiran konsevatif.

Pengundi-pengundi di bandar sama ada orang-orang Cina mahupun
orang-orang Melayu lebih mirip dan condong kepada menyokong parti
pembangkang; mengikut teori Awang Selamat dan Zaini Hassan, pihak
kerajaan sepatutnya tinggalkan penduduk bandar, tidak perlu fikirkan
penduduk di kawasan bandar.

Jika begitu, bukankah kerajaan ini menjadi sebuah kerajaan untuk
penduduk perkampungan sahaja?

Kerajaan BN tidak bersedia untuk menjadi sebuah kerajaan Melayu
mahupun sebuah kerajaan kampung, kerana ini telah melanggar konsep
politik; BN perlu menjadi kerajaan untuk semua rakyat, barulah negara
ini dapat sahut konsep politiknya.

Tiada ulasan:

Pengikut