Apo Kono Eh Jang! |
PAS bakal ceraikan PKR dan DAP, tak rela di”jubor”kan lagi..??? Posted: 24 Apr 2011 01:02 AM PDT Sebagaimana yang saya beritakan sebelum ini, kebanyakkan pucuk pimpinan PAS Pusat mahupun negeri kini meragui status kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan partinya setelah pelbagai skandal dan masalah yang mendedahkan tentang "siapa Anwar Ibrahim di sebalik tabir". Memandangkan tembelang Anwar yang sebenar semakin terbongkar di mata rakyat, PAS melalui Setiausaha Agongnya, Mustapha Ali, mengumumkan bahawa PAS bakal mengkaji semula kedudukan parti itu sama ada akan terus bersama PKR dan DAP di dalam pakatan pembangkang atau menarik diri dari pakatan tersebut. Tindakan mengkaji semula kedudukan PAS di dalam pakatan haram pembangkang itu bakal dilakukan selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada pertengahan tahun ini, di mana sebuah majlis syura akan membincangkan tentang perkara ini. Nampaknya, jodoh PAS tidak panjang dengan PKR dan DAP. "Threesome" yang begitu songsang diperkatakan oleh UMNO dan BN akhirnya diakui oleh PAS. Tidur sama katil sama bantal, tapi mimpi lain-lain. Dan PAS nampaknya sudah tidak tahan "diperkosa bergilir-gilir" tanpa rela bakal mengambil keputusan menarik diri dari permainan "luar tabii' tersebut. Sebenarnya, PAS bukan tidak tahu tentang siapa Anwar Ibrahim sebenarnya. Gelaran "Al-Juburi" telah dicipta oleh Naib Presiden PAS sebelum Anwar dipecat dan didakwa oleh Kerajaan lagi. Ketika itu, Anwar masih lagi Timbalan Perdana Menteri apabila Mat Sabu mempopularkan gelaran itu. Seharusnya Mat Sabu tahu apa maksud "Al-Juburi"! Bukan sekadar liwat, PAS sudah lama berdendal dengan Anwar. Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, apa yang tidak di maki Anwar pada PAS? Teruk PAS dimaki, dipermainkan, dipersenda dan dihina oleh Anwar, malah Nik Aziz sendiri pernah digelar "wali selipar/terompah" oleh Anwar. Kembali kepada sejarah, Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan sering menempelak Kerajaan Kelantan pimpinan Nik Aziz secara sinis, makan dalam, dengan menyifatkan negeri itu sebagai mundur, pemalas dan tidak berhemat dalam perbelanjaan kewangan. Anwar 'belasah' Kelantan bagai budak kecil baru menyusu. Pasti orang-orang lama PAS Kelantan masih ingat, bukan? Pembabitan Anwar yang pernah bersahabat baik dengan tokoh judi nombor ekor, Nallakarupan, yang menjadi sumber kewangannya dahulu turut menjadi buah mulut dikalangan pemimpin PAS untuk memerli Anwar. Apatah lagi status Anwar yang bersahabat dengan tokoh-tokoh Yahudi di luar negara seperti Soros, Wolfowitz, dan sebagainya, lagilah menambah gelisah pemimpin PAS. Apa yang nak dijelaskan pada akar umbi PAS tentang perkara itu? Lantaran itu, tabiaat Anwar yang suka menipu di sana sini, temberang sana sini dan "style" politiknya yang keji dan jijik turut menyumbang kepada keraguan PAS terhadap pemimpin "anugerah Tuhan" itu. Isu '16 September' sangat memalukan PAS dan DAP. Anwar dilihat sangat keji apabila cuba mengejar sekumpulan Ahli Parlimen BN ke Taiwan dan cuba memujuk mereka untuk melompat parti membuatkan PAS dan Karpal Singh berang. Karpal dalam kenyataannya mendesak Anwar untuk segera "bertaubat". Sungguh memalukan apabila seorang muslim yang digelar "Pak Syiekh" diminta untuk bertaubat oleh seorang kafir harbi seperti Karpal Singh! Namun, Anwar tetap selamba, tak tahu malu dengan tindakannya itu dan cuba menegakkan benang yang basah. Kemudian, PAS dimalukan lagi dengan dakwaan Anwar telah meliwat Saiful Bukhari. Tindakan Anwar yang lari masuk berlindung di Kedutaan Turki pada hari Saiful melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa sangat meragukan PAS. Mengapa Anwar perlu lari bersembunyi, sedangkan siasatan belum lagi bermula? Nampak sangat Anwar tertekan dengan kesalahan sendiri. Selepas itu, timbul pula kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar. PAS tahu bahawa Eskay yang menjadi sumber video tersebut adalah sahabat baik Anwar yang menguruskan hal berpoya-poya Anwar setelah Nallakarupan menarik diri dari terus di'balaci'kan Anwar. Pengesahan atas kesahihan video tersebut yang menunjukkan bahawa "lelaki bertuala putih" itu sepadan dengan struktur tubuh Anwar begitu memalukan PAS yang selama ini membela Anwar. Apatah lagi dengan isu jam tangan "Omega" yang dikatakan Anwar masih berada di dalam simpanan isterinya, Wan Azizah, gagal dibuktikan sehingga hari ini. Kreadibiliti Anwar semakin kuat diragui oleh pucuk pimpinan PAS. PAS semakin terdesak untuk mengkaji semula hubungan "intim" mereka bersama pakatan PKR dan DAP dalam mengejar kuasa politik. Akar umbi semakin memberontak mendesak PAS keluar dari pakatan haram Anwar dan Karpal! Sedang keadaan semakin kalut, PAS semakin terkejut dengan pendedahan eksklusif Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa bahawa dakwaan pembunuhan Altantuya Shaaribu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan isterinya merupakan fitnah terancang oleh Anwar. Menurut RPK, dia ditekan oleh beberapa tokoh pembangkang, termasuk Anwar, untuk membuat surat Akuan Bersumpah (SD) untuk menghalang Najib dari menerima peralihan jawatan dari Pak Lah kepada beliau. Pengakuan ini sama sekali membunuh kepercayaan majoriti pucuk pimpinan PAS terhadap Anwar Ibrahim. Kini, Anwar hanya menaruh harapan kepada sokongan Nik Aziz melalui proksi erdogannya Husam Musa untuk meneutralkan keadaan dan mengekalkan PAS di dalam pakatan haram. Perkara yang paling PAS tak tahan dengan PKR dan DAP ialah dasar perjuangan PAS yang sering diketepikan sewenang-wenangnya oleh PKR dan DAP. PAS di"keldai"kan begitu saja. PAS dimalukan dengan selamba tanpa rasa bersalah. PKR dan DAP hanya ketawa berdekah-dekah melihat PAS terkial-kial menenangkan resah gelisah penyokong PAS yang memerlukan penjelasan mengenai "suara PAS" yang dibisukan dalam perkongsian kerajaan pakatan haram itu. PAS begitu dipermainkan seperti budak hingusan. Kalau tak percaya, tanya Azizan Razak! Disebabkan itulah maka kini dilihat golongan erdogan begitu aggresif bersaing untuk menguasai PAS pada pemilihan parti itu kali ini. Sekiranya erdogan mampu menang, maka PAS akan kekal bersama pakatan PKR dan DAP, dan sekiranya Hadi terus menjadi Presiden maka dikhabarkan bahawa berkemungkinan besar PAS akan bermufarakah bercerai talak tiga dengan PKR dan DAP. Apapun, kita tunggu saja apa yang berlaku pada muktamar PAS yang bakal berlangsung kelak. Kita tidak punya sebarang hak untuk menentukan masa depan PAS. Biarlah PAS yang menentukan hala tujunya sendiri. Sekiranya PAS kekal bersama PKR dan DAP, itu bermakna PAS masih membenarkan PKR dan DAP men"jubor bontot" mereka lagi. Dan sekiranya PAS berkeputusan untuk bercerai dengan PKR dan DAP, maka PAS akan kembali sebagai mana dahulu, tulin sebagai pembangkang yang sihat di medan tempur politik tanahair. Wallahu'alam. |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan