Rabu, 20 April 2011

Razlan's

Razlan's


Kenyataan Media : Cukup dengan Mejoriti Mudah.

Posted: 19 Apr 2011 11:26 PM PDT

20 April 2011
Salam Saudara Pengarang,
Analisis Pilihanraya Sarawak menunjukkan DAP telah berjaya membawa
semangat perkauman kepada rakyat Sarawak.Sarawak  sebelum ini
mempunyai suasana kehidupan yang harmoni sedikit sebanyak telah di
nodai dengan agenda Perkauman yang dibawa oleh DAP.

SUPP dan MCA juga tidak terdaya untuk berlawan dengan mereka atas isu
perkauman, lantas keputusan yang diperolehi di Pilihanraya Sarawak
menunjukkan permainan isu kaum lebih popular daripada isu pembangunan
dan pendidikan.
Melalui kerajaan Barisan Nasional, pecahan kerusi seringkali diberi
berdasarkan kuota, dan kuota ini diberi bukan berdasarkan mejoriti
kaum di sesebuah kawasan.

Oleh disebabkan semangat BN, sering kali kerusi selesa diberikan
kepada presiden-presiden parti komponen dan juga calon-calon popular
parti komponen untuk memastikan kemenangan kepada pihak BN dan ianya
di agihkan bukan berdasarkan mejoriti kaum.

Dengan pendekatan ini, kita melihat parti-parti komponen selain UMNO
amat selesa dan sering kali di kritik kerana tidak melaksanakan
tanggunjawab mereka menjaga rakyat didalam kawasan.

Ada diantara kawasan yang mejoriti kaum Cina merasakan seumpama tidak
wujud parti komponen kerana langsung tidak mengadakan aktiviti
kemasyarakatan. Dan mereka selesa sekadar nama di atas carta, bukan
dibibir masyarakat tempatan.

BN sememangya berharap akan mendapat mejoriti 2/3 didalam Pilihanraya
yang akan datang, akan tetapi, melihat polar politik perkauman sudah
popular, polar politik perkauman sudah kembali kepada zaman 69, ada
baiknya BN memikirkan bagaimana untuk mendapat mejoriti mudah daripada
meletakkan target yang lebih jauh tinggi.

Sudah masanya kita melaksanakan pembahagian kerusi mengikut mejoriti
kaum, sudah masanya BN memberikan tanggunjawab kepada setiap pemimpin
parti untuk melaksanakan tanggunjawab mereka sekiranya mahu menjadi
pemimpin Kerajaan ataupun Parti.

Dengan perlaksanaan pembahagian kerusi mengikut mejoriti Kaum, BN
tidak mempunyai masalah untuk mendapat sokongan mejoriti mudah di
dalam Pilihanraya yang akan datang,

Melalui Gagasan 1Malaysia, seharusnya tidak menjadi masalah kepada
Pemimpin MCA, MIC dan parti-parti lain untuk membawa perubahan kepada
rakyat, gagasan ini mempunyai objektif yang murni dan ianya perlu di
hebahkan oleh pemimpin parti agar masyarakat tempatan yakin, bukan
memberikan kembali tanggunjawab ini kepada Kerajaan atau Agensi
Kerajaan.

Jesteru itu, Pemimpin-pemimpin Parti komponen yang ada bercita-cita
untuk menjadi Menteri selepas Pilihanraya yang akan datang, buat lah
kerja untuk mendapatkannya, ini bukan masanya untuk kita menumpang
kehebatan orang lain atau menumpang rezeki yang diusahakan oleh orang
lain. Untuk kita menjadi Pemimpin yang hebat, kita tidak perlu
bergantung harap dengan orang lain, kita mesti mempunyai wisdom agar
rakyat boleh melihat kehebatan kita sebagai peminpin.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Felda guna pengalaman 50 tahun

Posted: 19 Apr 2011 10:03 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Tentang anasir cemar kedaulatan raja!

Posted: 20 Apr 2011 10:43 AM PDT

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini berikrar untuk menentang habis-habisan sebarang anasir yang mencemarkan martabat serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata, Raja-Raja Melayu yang diberikan pengiktirafan sebagai ketua agama Islam di negara ini wajib dihormati dan jangan sesekali diperlekeh serta jauh sekali disanggah.

''Sejajar dengan seruan dalam titah ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semasa merasmikan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-12 pada 12 April lalu, setiap warga dan semua pihak di negeri ini akan senantiasa disuntik dengan semangat serta amalan yang memahami dan menghormati Islam.

''Mereka juga akan disuntik dengan semangat yang tidak sama sekali mencabar perkara-perkara yang sensitif menyentuh kesucian Islam yang boleh menghiris perasaan umat Islam," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau dianugerahkan Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia (SPSA) yang membawa gelaran 'Datuk Seri Diraja'.

Dalam pada itu, Zambry berkata, jumlah hasil negeri pada tahun ini dijangka melebihi sasaran RM784 juta yang dianggarkan dalam Bajet 2011 berdasarkan kutipan hasil setakat Mac ini yang melebihi sasaran semasa dengan kadar 26 peratus.

''Dari segi urusan pentadbiran tanah pula, semenjak Barisan Nasional (BN) menerajui semula kerajaan negeri, penyelesaian fail-fail bersabit hal ehwal tanah berjaya ditingkatkan iaitu sebanyak 3,547 kes pada 2009 dan 6,715 kes pada 2010, berbanding 1,092 kes semasa pemerintahan pembangkang pada 2008.

''Selain itu, kerajaan negeri memperkenalkan kaedah pelaburan melalui penggunaan dinar emas yang pertama kali diperkenalkan di negara ini dengan ketulenan emas sebanyak 99 peratus," katanya.

Beliau juga memberitahu, bidang pendidikan di negeri ini akan diperkasakan dengan kewujudan sebanyak empat buah institusi pengajian tinggi yang baru iaitu Premier International University of Perak (PIUP) dan Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) akan dinaik taraf kepada kolej universiti dalam masa terdekat.

Warana-warni politik
Torashah..

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Politik rasis boleh lenyapkan status-quo Melayu pada PRU ke-13 – Syed Ali

Posted: 19 Apr 2011 08:27 PM PDT

DATUK Syed Ali Alhabshee melahirkan rasa bimbang politik rasis yang disemarakkan oleh pihak pembangkang jika tidak ditangani sebaik mungkin dikhuatiri akan menjejaskan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Beliau berkata, politik perkauman dan sikap hipokrit bukan Melayu yang bersandarkan kepada kepentingan politik sejak akhir-akhir ini dilihat semakin aggresif menghasut rakyat supaya membenci kerajaan BN.

"Inilah trend politik yang sudah berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini dengan DAP menjuarai kepentingan kaum Cina walaupun pada hakikatnya BN menang cemerlang," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Dewan Tertinggi BN dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi perhatian serius mengenai peningkatan sokongan pengundi Cina dan bukan Melayu terhadap parti pembangkang terutama DAP yang bersekongkol dengan PKR.

"Secara ikhlas, saya nyatakan bahawa komponen BN yang mewakili masyarakat Cina khususnya harus bertanggungjawab, jujur dan mencari sebab-musabab mengapa fenomena seperti itu boleh berlaku," ujarnya.

Beliau sekali lagi mempersoalkan apakah selama ini perhatian dan sokongan kerajaan BN terhadap kepentingan masyarakat Cina di negara ini masih lagi belum mencukupi sehingga mereka tergamak menjadi 'duri dalam daging' kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu melahirkan rasa bimbang kemungkinan staus-quo orang Melayu akan terhakis pada PRU akan datang dengan berkemungkinan besar calon-calon UMNO tewas walaupun bertanding di kawasan yang asalnya milik BN.

Katanya, hakikat tersebut bukan rekaan untuk menakut-nakutkan mana-mana pihak tetapi berdasarkan kepada aliran politik masa kini yang turut membabitkan generasi muda, ianya boleh berlaku.

"Kita selalu bercakap soal kekuatan dan perpaduan di kalangan ahli-ahli UMNO, tetapi apakah kepimpinan UMNO jujur melihat sejauhmana pula sikap setiakawan dan keikhlasan pengundi Cina yang kononnya 80 peratus daripada mereka menyokong MCA mahupun Gerakan ?," soal beliau lagi.

Justeru itu tegas Syed Ali, sudah tiba masanya BN terutama UMNO tidak lagi bergantung keyakinan berasaskan kepada angka mahupun perangkaan dalam mengukur tahap sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.
Mengenai pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau berasa amat dukacita kerana DAP berjaya memenangi 12 daripada 15 kerusi di Sarawak menerusi politik rasis, Syed Ali menjelaskan itulah hakikat yang sebenarnya berlaku pada masa kini.

"Mantan Presiden UMNO telah melahirkan rasa bimbang beliau kerana khuatir penyakit itu akan menular pula di Semenanjung pada PRU akan datang," tegasnya.

Katanya, sudah sampai masanya pemimpin UMNO mengambil pendekatan yang lebih tegas walaupun tindakan itu mungkin pahit demi menyelamatkan masa depan UMNO dan orang Melayu keseluruhannya.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Lo’Lo’ di Kg Baru, dah nak mati pun dok tabur fitnah lagi?

Posted: 20 Apr 2011 06:19 AM PDT

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'Lo' Ghazali, yang hidup segan mati tak mahu, baru-baru ini menuduh adik Perdana Menteri, Nazir Razak, menguasai projek menaik taraf masjid Kampung Baru yang diberi peruntukan sebanyak RM20 juta.

Lo'Lo' berkata demikian hanya berasaskan pandangan matanya sekali imbas dan berkata, "Tiba-tiba saya lihat menara sudah berbalut, atau mungkin sedang dibaiki?", lalu dia fikir projek tersebut ditawarkan melalui "direct nego"? Kepala hotak dia..!

Apakah dia fikir Perdana Menteri sebodoh pemimpin-pemimpin PAS yang memberikan projek-projek di Kedah dan Kelantan melalui "direct nego" dan kemudiannya dijadikan 'bahan kempen' politik?

Perdana Menteri tidak sebodoh Lo'Lo' yang cepat buruk sangka mengikut telunjuk syaitanirrojimmm…
Sebenarnya, peruntukan RM20 juta untuk projek menaik taraf masjid Kampung Baru disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad. Syarikat itulah yang bertanggungjawab membuka tender untuk projek tersebut.

Mungkin Lo'Lo' tidak tahu hal ini kerana sebok berpolitik dan keluar masuk hospital merawat kanser tahap 4 yang dihidapinya. Tender tersebut sudah lama dibuka dan mungkin IMDB memberikan tender tersebut kepada syarikat yang bekelayakan dan mempunyai prestasi serta piawaian yang mengikut syarat.

Jika diberikan pada Nazir sekalipun, apa salahnya jika syarikat Nazir berkreadibiliti. Takkanlah nak diberikan pada kontraktor-kontraktor PAS yang meng"alibaba"kan projek Kerajaan Negeri Selangor pada "Mommy Foo" (mak tiri Guan Eng) pula? Tak adillah begitu.

Lagi pun, kalau nak diharapkan Lo'Lo' untuk mengusahakan naik taraf Masjid Kampung Baru, alamatnya sampai Lo'Lo' mati sekalipun takkan menjadi. Lihat saja betapa teruknya keadaan pusat khidmat Lo'Lo' di deretan kedai di Kampun Baru, "indons", tikus dan lipas bermahajalela di kawasan tersebut!

Lo'Lo sepatutnya bersyukurlah sikit bila ada pihak yang membangunkan kawasan Parlimen Titiwangsa. Memfitnah PM dan adiknya, bukanlah satu cara bersyukur! Betulkah Nazir yang mendapat projek tersebut? Cuba periksa di 1MDB, setahu saya, syarikat adik PM tidak ada kena mengena dengan ini cerita…

Sudah-sudahlah Lo'Lo', jangan menabur fitnah! Bukan senang nak tempis soal jawab kubur kelak. Usahlah menambah dosa, takut tak sempat nak minta maaf pada PM nanti. Jika benar dakwaan Lo'Lo benar, sila laporkan pada SPRM untuk disiasat. Penulis risau sekiranya dakwaan Lo'Lo' tidak benar, percuma saja dapat dosa. Itu belum lagi di saman Nazir…

Hakikatnya, pemimpin PAS tak kira tua, veteran, pertangahan umur dan muda, sememangnya suka memfitnah. Dah nak mati pun suka menabur fitnah untuk menimbulkan rasa benci rakyat pada Kerajaan BN. Padahal, Kerajaan BN lah yang begitu komited berbakti kepada masyarakat tanpa memikirkan keuntungan sendiri.

Sesungguhnya rakyat sudah jelak dan jijik dengan permainan politik kotor dan fitnah pembangkang terhadap pemimpin BN. Cuma pembangkang saja yang fikir mereka kuat. PRU-13 nanti, tahulah rakyat bagaimana nak ajar juak-juak paksi kejahatan pembangkang ini!

Pengikut