Razlan's |
Kenyataan Media : Cukup dengan Mejoriti Mudah. Posted: 19 Apr 2011 11:26 PM PDT 20 April 2011 Salam Saudara Pengarang, Analisis Pilihanraya Sarawak menunjukkan DAP telah berjaya membawa semangat perkauman kepada rakyat Sarawak.Sarawak sebelum ini mempunyai suasana kehidupan yang harmoni sedikit sebanyak telah di nodai dengan agenda Perkauman yang dibawa oleh DAP. SUPP dan MCA juga tidak terdaya untuk berlawan dengan mereka atas isu perkauman, lantas keputusan yang diperolehi di Pilihanraya Sarawak menunjukkan permainan isu kaum lebih popular daripada isu pembangunan dan pendidikan. Melalui kerajaan Barisan Nasional, pecahan kerusi seringkali diberi berdasarkan kuota, dan kuota ini diberi bukan berdasarkan mejoriti kaum di sesebuah kawasan. Oleh disebabkan semangat BN, sering kali kerusi selesa diberikan kepada presiden-presiden parti komponen dan juga calon-calon popular parti komponen untuk memastikan kemenangan kepada pihak BN dan ianya di agihkan bukan berdasarkan mejoriti kaum. Dengan pendekatan ini, kita melihat parti-parti komponen selain UMNO amat selesa dan sering kali di kritik kerana tidak melaksanakan tanggunjawab mereka menjaga rakyat didalam kawasan. Ada diantara kawasan yang mejoriti kaum Cina merasakan seumpama tidak wujud parti komponen kerana langsung tidak mengadakan aktiviti kemasyarakatan. Dan mereka selesa sekadar nama di atas carta, bukan dibibir masyarakat tempatan. BN sememangya berharap akan mendapat mejoriti 2/3 didalam Pilihanraya yang akan datang, akan tetapi, melihat polar politik perkauman sudah popular, polar politik perkauman sudah kembali kepada zaman 69, ada baiknya BN memikirkan bagaimana untuk mendapat mejoriti mudah daripada meletakkan target yang lebih jauh tinggi. Sudah masanya kita melaksanakan pembahagian kerusi mengikut mejoriti kaum, sudah masanya BN memberikan tanggunjawab kepada setiap pemimpin parti untuk melaksanakan tanggunjawab mereka sekiranya mahu menjadi pemimpin Kerajaan ataupun Parti. Dengan perlaksanaan pembahagian kerusi mengikut mejoriti Kaum, BN tidak mempunyai masalah untuk mendapat sokongan mejoriti mudah di dalam Pilihanraya yang akan datang, Melalui Gagasan 1Malaysia, seharusnya tidak menjadi masalah kepada Pemimpin MCA, MIC dan parti-parti lain untuk membawa perubahan kepada rakyat, gagasan ini mempunyai objektif yang murni dan ianya perlu di hebahkan oleh pemimpin parti agar masyarakat tempatan yakin, bukan memberikan kembali tanggunjawab ini kepada Kerajaan atau Agensi Kerajaan. Jesteru itu, Pemimpin-pemimpin Parti komponen yang ada bercita-cita untuk menjadi Menteri selepas Pilihanraya yang akan datang, buat lah kerja untuk mendapatkannya, ini bukan masanya untuk kita menumpang kehebatan orang lain atau menumpang rezeki yang diusahakan oleh orang lain. Untuk kita menjadi Pemimpin yang hebat, kita tidak perlu bergantung harap dengan orang lain, kita mesti mempunyai wisdom agar rakyat boleh melihat kehebatan kita sebagai peminpin. Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh. |
You are subscribed to email updates from Razlan's To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan