Selasa, 1 Mac 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SAMBUNG CUTI LAGI KE?

Posted: 28 Feb 2011 05:30 PM PST

Apa suami Normala buat atas pentas PAS Merlimau?


Kalau di PRK Tenang dulu, boleh kata ikut isteri yang jadi calon, peliknya di PRK Merlimau ini, Maarof Abd Mutalib, suami kepada bekas calon PAS DUN Tenang Normala Sudirman pun naik pentas pembangkang juga.
Di Markas PAS As Solihin Merlimau Isnin malam, Maarof duduk atas pentas bersama penceramah-penceramah untuk kempen pilihanraya PAS di situ.
Sungguhpun beliau tidak ceramah, sebaliknya macam selalu setia mengiringi Normala berceramah yang jadi soalannya, esok (Selasa) tidak mengajar ke?
Selain itu, ada juga yang tanya, apa jadi dengan siasat kes menyalahgunakan sijil sakit untuk bercuti daripada tugasnya sebagai guru dan berkempen Tenang.
Semasa panas kempen di Tenang, Kementerian Pelajaran ada kata Maarof "Disiasat menggunakan peruntukan Pekeliling Kerajaan atau Peraturan Perkhidmatan Perintah Am B iaitu salah guna sijil sakit untuk bercuti daripada tugasnya sebagai guru"
Maarof sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila setia berkempen bersama isterinya sedangkan beliau bercuti sakit selama 21 hari menerusi sijil dikeluarkan klinik swasta di Labis bagi 6 dan 7 Januari sebelum Pusat Kesihatan Bandar Putra, Segamat memberinya cuti sakit mulai 10 hingga 28 Januari.
Semoga Kementerian Pelajaran cepat bertindak, supaya contoh buruk yang ditunjukkan segelintir guru tidak menjadi ikutan pada masa akan datang.

Ini baru politik kedai kopi….

Posted: 28 Feb 2011 05:28 PM PST

Ini baru politik kedai kopi….


Sesuatu yang menarik semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Merlimau Isnin adalah beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk 'pekena' kopi dan teh tarik.
Bukan satu tapi dua kedai, mungkin sebab cuaca panas di Merlimau ini, jadi sambil jalan bertemu pengundi di Chin Chin, Muhyiddin singgah minum kopi dan sembang kosong.
Kedai pertama yang dilawatinya, kedai nama Joo Mee, kecil sahaja, boleh muat 15 orang satu-satu masa. Tapi kalau ikut sejarahnya, ia dah dibuka sejak 60 tahun lalu.
Taukenya, Ng Kim Hock,73, memberitahu Muhyiddin, kedai itu warisan daripada ibunya, dan dia memang orang asal Merlimau.
"Saya ada lima anak lelaki, dua perempuan, tapi semua kerja di bandar. Saya meniaga dari kecil di sini, orang kampung semua kenal," Antara perbualan Ng dengan Muhyiddin.
Sebab acara minum kopi ini tidak ada dalam jadual, jadi masa hendak balik, Muhyiddin sendiri bayar minuman semua yang ada dalam kedai itu.
"Tauke, ini minuman saya bayar, jangan susah-sasah," katanya sambil selit duit di tangan Ng.
"Ini orang banyak baik," kata Ng kepada Agendadaily selepas Muhyiddin keluar untuk meneruskan lawatannya.
Mana tauke tu tak teruja, ini kali pertama orang nombor dua negara duduk minum kopi di kedai beliau sambil tanya fasal keluarganya.
Tidak lama kemudian, selang 10 kedai, Muhyiddin bersama isteri dan rombongan sekali lagi masuk ke warung, kali ini minum teh tarik di Noresah Kedai Kopi.
Pemiliknya Zakaria Ali ,70, sudah berniaga di situ sejak tahun 1960 lagi.
"Pak cik apa yang boleh saya tolong?" kata Muhyiddin.
Jawab Zakaria, "Zink kedai saya ini lama dah, berlubang sana sini, kalau boleh hendak tukar zink baru…" katanya bersahaja.
"Minta zink saja?" soal Muhyiddin membuatkan semua yang hadir ketawa. - 28/2/2011

EC: PKR and DAP cannot display party symbols

Posted: 28 Feb 2011 05:20 PM PST

  JASIN: Only PAS from the opposition coalition is allowed to display its party symbol in the simultaneous by-elections in Kerdau and Merlimau, said Election Comm­ission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP would be barred from doing so as the two political parties and PAS were not registered as a coalition, unlike the component parties under Barisan Nasional, he added.
Abdul Aziz said that in both the by-elections, PAS was the contesting party, and therefore only its would be allowed to be displayed.
"The decision was reached after we found that three component parties in the opposition have not registered as one entity; but Barisan has done so," he told reporters after checking the EC's preparation for the Merlimau by-election here yesterday.
However, PKR and DAP were allowed to exhibit the picture of their respective leaders in posters, flags and buntings during the campaigning period.
"We are okay if pictures or portraits of opposition party leaders are displayed. The non-contesting parties' symbols are totally disallowed," he said.
On another matter, Abdul Aziz said that pledges to voters made by the Prime Minister, mentris besar and chief ministers during election campaigns should not be translated as an attempt at vote rigging or a breach of the Election Act.
He explained that some of these pledges made during general or by-elections were based on the allocations set by the Federal and state governments under their respective budgets.
"Furthermore, mentris besar and chief ministers in opposition-controlled states also make the same pledges during elections," he added

PAS gives up on Merlimau

Posted: 28 Feb 2011 05:18 PM PST

 

KUALA LUMPUR: PAS has practically given up on winning the Merlimau by-election even before nomination day. Instead, it is using the poll to test its machinery before the coming general election.
PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar said the party was being realistic about its chances but this did not mean that the Barisan Nasional was in for an easy time.
Mahfuz, who is also Pokok Sena MP, said the party aimed to reduce the Barisan majority.
"We will use this by-election to test our election machinery. It is an opportunity for us to prepare our people for the next general election," he said.
He said the PAS campaign in the by-election would focus on Barisan's integrity and accountability, as there was a dearth of local issues in Merlimau.
"We will use this by-election to highlight national and international issues," he said.
The PAS candidate will be announced on Feb 24 while Barisan will name its choice a day earlier.
Nomination for the by-election is on Feb 26 while polling is set for March 6.
In the 2008 general election, the late Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan retained the seat with 2,154-vote majority, defeating PAS candidate Jasme Tompang.
On the Sarawak election, Mahfuz said PAS was eyeing more seats despite its small presence in the state.
"Hopefully we are allowed to contest more than three, or at least we should maintain the status quo," he said.
In the 2006 election, PAS contested the Beting Maro seat and lost to Barisan by 895 votes.
It did not field any candidate in Sarawak during the 2008 general election

By ZUHRIN AZAM AHMAD
zuhrinazam@thestar.com.my

Bathed in history

Posted: 28 Feb 2011 05:15 PM PST

 By MARTIN CARVALHO

malacca@thestar.com.my Photo by A. MALEX YAHAYA


JASIN: Merlimau, the state seat to be contested here in Malacca on March 6 has a fascinating story behind its name.
It is also a name that would have some bearing on the outlook for Barisan Nasional in the 13th general election.
Located in the district of Jasin, some 30km from the city, Merlimau's history dates back to the Malacca's 14th century Sultanate.
New mosque Ays-Syuja'ah at Bandar Merlimau.
Its name was said to be originated from those seeking the legendary princess of Gunung Ledang located just across the border in Mura, Johor.
Legend has it that those who climb Gunung Ledang were required to spend several days meditating here and to mandi limau (a traditional floral lime bath to cleanse one's spiritual self) before ascending to the mountain.
Hence, the name, Merlimau was observed.
As an evidence to its colorful history, the grave of a famous 15th century Malay woman warrior Tun Teja was found here.
There was also a well which was dug by the Portuguese during the 16th century that became the source of water for the Merlimau residents.
Another well-preserved landmark here is the home of Penghulu Md Nattar, a village headman who served the people here in the early 1900s

KASIH SEORANG MURID KEPADA GURU.

Posted: 28 Feb 2011 05:09 PM PST

To sir with love: Barisan's Merlimau candidate Roslan Ahmad (centre) with his former teacher Zawawi Zain (left) at SMK Dang Anum yesterday. Looking on is Roslan's wife Zalifah Omar. — Bernama

KASIH PERDANA MENTERI KEPADA RAKYAT.

Posted: 28 Feb 2011 05:02 PM PST

A PICTURE THAT IS WORTH A THOUSAND WORDS...Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (R) gets a hearty hug from delighted former Felda Jengka 22 UMNO head Mat Budin Yasin, 71, when the PM paid Budin a surprise visit at his home in Temerloh, Pahang yesterday. -- Picture by NST/ Sairien Nafis

TERIMA KASIH PDRM

Posted: 28 Feb 2011 04:55 PM PST

ANGGOTA polis membuat sekatan jalan raya bagi memastikan keselamatan menjelang pilihan raya kecil DUN Merlimau. - Foto Rosdan Wahid
ANGGOTA polis membuat sekatan jalan raya bagi memastikan keselamatan menjelang pilihan raya kecil DUN Merlimau. - Foto Rosdan Wahid

SEJAHTERA BN UNTUK SEMUA

Posted: 28 Feb 2011 04:53 PM PST

VETERAN UMNO, Othman Ibrahim, 73, sambil diperhatikan isterinya Aminah Abu, 63, berganding bahu dengan cucunya Mohd Zuhair Suhaimi, 16, (dua dari kanan) dan Mohd Ikram Fauzi, 14, menghiaskan sebuah beca antik dengan poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Merlimau Pasir. -  Foto Mohd Kamil Rahim
VETERAN UMNO, Othman Ibrahim, 73, sambil diperhatikan isterinya Aminah Abu, 63, berganding bahu dengan cucunya Mohd Zuhair Suhaimi, 16, (dua dari kanan) dan Mohd Ikram Fauzi, 14, menghiaskan sebuah beca antik dengan poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Merlimau Pasir. - Foto Mohd Kamil Rahim

SEJAHTERA BN UNTUK SEMUA

Posted: 28 Feb 2011 04:51 PM PST

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan calon Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau, Roslan Ahmad menemui keluarga kaum Cina di Kampung Chin Chin, Merlimau. - Foto Izhari Ariffin

UNDI POS PADA 2 MAC 2011

Posted: 28 Feb 2011 04:48 PM PST

KAKITANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), (dari kiri) Osman Hussin Umar, 52, bersama Lokman Abdullah, 56, dan Zainuddin Ma'sum 58, memeriksa dokumen yang akan digunakan ketika proses membuang undi serta undi pos sebelum diserahkan kepada Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) pada hari Rabu, 2 Mac ini di Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, Menara Persekutuan, Ayer Keroh. Seramai 36 orang anggota polis yang akan menunaikan tanggungjawab membuang undi pos (tidak termasuk petugas SPR) pada pilihan raya kecil DUN Merlimau. - Foto Rosdan Wahid
KAKITANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), (dari kiri) Osman Hussin Umar, 52, bersama Lokman Abdullah, 56, dan Zainuddin Ma'sum 58, memeriksa dokumen yang akan digunakan ketika proses membuang undi serta undi pos sebelum diserahkan kepada Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) pada hari Rabu, 2 Mac ini di Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, Menara Persekutuan, Ayer Keroh. Seramai 36 orang anggota polis yang akan menunaikan tanggungjawab membuang undi pos (tidak termasuk petugas SPR) pada pilihan raya kecil DUN Merlimau. - Foto Rosdan Wahid

AYER MERBAU KUBU KUAT BN

Posted: 28 Feb 2011 04:45 PM PST


MERLIMAU DUN KU SAYANG

PERMATA BIRU UNTUK MERLIMAU

Posted: 28 Feb 2011 04:41 PM PST

Put your stuff here

UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL

Posted: 28 Feb 2011 04:32 PM PST

Put your stuff here

RUMAH SEJARAH DI MERLIMAU

Posted: 28 Feb 2011 04:10 PM PST


RUMAH PENGHULU/ DEMANG MD NATAR ABD GHANI.

Taktik ‘reverse psychology’ pembangkang

Posted: 28 Feb 2011 04:01 PM PST

Taktik 'reverse psychology' pembangkang

pix_gal0
MOMENTUM sejak kebelakangan ini, memperlihatkan rakyat sedang menuju ke arah memberikan semula nafas kepada Barisan Nasional (BN) atas empat perkara asas walaupun parti pembangkang terus mencari isu dan ruang untuk memastikan dakyah dan penafian terhadap jasa serta kejayaan BN, terus dilakukan.

Pertama, asas itu ialah kepercayaan dan keyakinan kepada kepemimpinan Perdana Menteri. Keduanya, transformasi ekonomi dan politik mula dirasai kumpulan khalayak. Ketiganya, rakyat kini serik dengan janji dan manifesto pembangkang yang tidak dipenuhi langsung. Keempat, bukti terbaru menunjukkan apabila pembangkang berkuasa nampaknya mereka hanya memihak puak mereka, tidak seperti BN yang mementingkan layanan kepada semua tanpa mengira politik.
"Atas empat faktor ini, tentu sekali pihak pakatan rakyat mahu mencari tempat jika boleh, bagi menentukan bahawa satu usaha penafian terhadap kejayaan BN, dapat dilakukan. Oleh demikian, tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau mungkin agak berstrategik kerana jika mereka meletakkan calon, imej parti itu akan tercalar. Oleh demikian, persetujuan (calon PAS bertanding ialah) dengan hasrat supaya sekali lagi imej PAS tercalar dan matlamat mereka ialah menentukan bahawa PKR hanya kalah di beberapa tempat sebaliknya PAS akan lebih banyak kalah di tempat lain," kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengulas perkembangan awal kempen pilihan raya di DUN Merlimau. Sebaliknya, BN mempunyai ramai calon berpotensi dan keadaan itu turut menyukarkan pemilihan calon. Namun kata beliau, apa yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak, dan kepemimpinan UMNO Negeri Johor di DUN Tenang ialah walaupun seseorang itu tidak memegang jawatan parti pada peringkat Bahagian tetapi kalau disenangi dan boleh menang maka itulah orang yang akan terpilih.

"Jadi, di Merlimau pun mungkin kalau kerana terlalu ramai sangat yang layak, tentu pilihannya sekali lagi menjurus ke arah siapa yang boleh memenangi pilihan raya ini kecil itu dan siapa yang disukai pengundi di situ," katanya.

Mengulas perebutan antara PKR dan PAS pada peringkat awal untuk meletakkan calon masing-masing sehingga kata putus terpaksa dibuat oleh kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang, Zahid berkata, PKR pada peringkat awal berminat meletakkan calon tetapi kerana tempat itu sudah diperuntukkan kepada PAS maka parti itu tentu mahu menempatkan semula calonnya tanpa mengetahui bahawa PKR pun ada strategi untuk mencalarkan imej PAS.

"Saya harap dengan tidak rasa takbur, kita menggerakkan jentera UMNO supaya bekerja lebih keras kerana matlamat pembangkang bukan mahu memenangi pilihan raya kecil itu tetapi bagi mereka mengurangkan undi pun satu kejayaan seperti berlaku di DUN Tenang, baru-baru ini," katanya.
Dalam soal isu yang bakal dibangkitkan PAS, beliau yakin ia menjurus kepada isu nasional lantaran tidak ada isu tempatan yang boleh dijaja untuk memperdayakan pengundi DUN Merlimau.

Pada masa sama, rekod menunjukkan masih ramai pengundi Cina dan India di Melaka termasuk DUN Merlimau menyokong calon BN walaupun berlaku tsunami politik dalam pilihan raya umum 2008.

Majoriti Cina di DUN Merlimau ada di peti undi Ayer Merbau (273), Permatang Serai (348), Merlimau Pasir (522) dan Pengkalan Samak (623) selain ada 80 pengundi di Jasin Lalang dan Merlimau Utara (100) menjadikan jumlah keseluruhan 2,247 pengundi atau 20.8 peratus.

Ada 1,576 pengundi India (14.64 peratus) dan daripada jumlah itu 470 ada di Merlimau Pasir, Jasin Lalang (366), Merlimau Utara (236), Chinchin (221) selain Ayer Merbau (139), Pengkalan Samak (134) dan Permatang Serai (10).

"Ini satu fenomena yang amat dinanti-nantikan BN sebenarnya kerana banyak diperkatakan pengundi India menyokong dengan jumlah undi yang tertinggi dan sokongan orang Cina juga naik peratusannya.

"Namun saya fikir, bukan hanya parti komponen BN harus membuktikan kebenaran fakta itu tetapi badan bukan kerajaan, persatuan dan badan sukarelawan Cina tentu sekali mahu memperlihatkan kebersamaan mereka dengan kerajaan BN kerana banyak daripada permintaan mereka diambil peduli oleh Perdana Menteri.

"Selain itu, beberapa soal dulunya dianggap sensitif juga sudah ditangani kerajaan. Penekanan dan keprihatinan juga diberi oleh Perdana Menteri terhadap pendidikan," katanya.

Ditanya apa bukti meningkatnya sokongan pengundi kedua-dua kaum itu, Zahid berkata dari segi peti undi dalam pilihan raya kecil terdahulu yang disemak didapati sokongan di peti undi Cina memperlihatkan peningkatan.

"Contoh di Tenang, daripada empat peti undi Cina yang dulu kita kalah, sekarang kita kalah satu saja. Jadi ini satu petanda pengundi Cina mula mengambil kira faktor politik dan penyertaan mereka dalam menterjemahkan pendemokrasian sistem politik kita ini dengan sepenuhnya," katanya.

Namun beliau memberi amaran bukan saja jentera malah pengundi jangan berasa selesa dan yakin calon BN menang sehingga mereka tidak bekerja atau keluar mengundi.

"Reverse psychology' ini memang dimainkan oleh pembangkang. Mereka akan mendakwa tidak ada bezanya kalau pengundi menyokong pembangkang sebab bukan boleh mengubah kerajaan negeri berkenaan. Oleh itu, pembangkang akan merayu pengundi mengundi calonnya bagi membuktikan tindakan menyokong calon mereka tidak memberi apa-apa kesan.

"Jadi itu adalah 'reverse psychology' kempen politik pembangkang yang lazim kita dengar," katanya

SEJAHTERA BN UNTUK SEMUA

Posted: 28 Feb 2011 03:47 PM PST



Ibu saudara Yuhaizad, Meriani Hassan

Abu Kassim individu keempat paling berpengaruh dunia etika perniagaan

Posted: 28 Feb 2011 03:44 PM PST


Abu Kassim individu keempat paling berpengaruh dunia etika perniagaan

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed disenaraikan sebagai individu keempat daripada 100 orang paling berpengaruh dalam dunia etika perniagaan sepanjang tahun lalu.

Portal berita Ethisphere yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 31 Januari lalu, menyenaraikan 100 individu paling berpengaruh di seluruh dunia berdasarkan penilaian lapan kategori.

Abu Kassim diletakkan sebagai individu keempat paling berpengaruh bagi kategori kerajaan dan amalan peraturan kerana usaha beliau memerangi rasuah bersama negara jiran di Asia Tenggara.

Tujuh lagi kategori ialah kepimpinan pemikir; kepimpinan perniagaan; budaya korporat; pelaburan dan penyelidikan; reka bentuk dan kemampanan; media dan pemberi maklumat; NGO; dan sifat dermawan.

Dalam senarai yang dikeluarkan Ethisphere untuk tahun 2010, dua ahli Parlimen di United Kingdom (UK), Lord Willy Bach dari UK House of Lords dan bekas Setiausaha Kementerian Luar, Jack Straw, berkongsi tempat pertama atas usaha mereka memperkenalkan Akta Pencegahan Rasuah di negara itu.

Tempat ketiga penyenaraian itu menjadi milik Pengerusi Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS, Jon Leibowitz bagi kategori kerajaan dan amalan peraturan.

Menurut laporan portal itu, walaupun ramai daripada yang tersenarai itu wajar diberikan anugerah pencapaian sepanjang hayat, senarai 2010 mengiktiraf mereka yang telah memberikan impak penting khususnya sepanjang tahun tersebut.

"Sesetengahnya orang terkenal di dunia dan ada yang tidak dikenali, tetapi daripada segi reka cipta pakej mapan untuk mendapatkan semula berbilion-bilion dollar daripada penipuan, 100 individu berikut telah memberikan impak dalam dunia etika perniagaan dalam cara yang akan terus memberikan kesan untuk tahun-tahun akan datang," menurut laporan Ethisphere.

Bilionair dan juga dermawan AS, Bill Gates pula hanya sekadar berada pada kedudukan ke-16 manakala pewaris takhta Britain, Putera Charles yang baru-baru ini mengeluarkan dokumentari Harmony: A New Way of Looking at our World menduduki tempat ke-92 bagi kategori kepimpinan alam sekitar.

Hati-hati 'fatwa' songsang Pas - TPM

Posted: 28 Feb 2011 03:37 PM PST


JASIN 28 Feb. - Pengundi diminta membuat penilaian sewajarnya terhadap 'fatwa' songsang yang dikeluarkan pemimpin Pas semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, ini lebih-lebih lagi apabila Pas cuba melabelkan pengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai jahiliah.

"Seperti di Tenang, Pas sewenang-wenangnya mengatakan sesiapa yang mengundi UMNO bukan sahaja kafir tetapi jahiliah, kononnya juga sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan mereka tidak mahu sembahyang (berjemaah) berimamkan orang UMNO.

"Kita tidak memerlukan 'fatwa' sebegitu, masyarakat dan kerajaan sudah ada badan seperti majlis-majlis agama Islam dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

"Saya tidak tahu berapa puluh dan ratus fatwa yang telah dikeluarkan oleh mereka (Pas) setiap kali musim pilihan raya dan semuanya songsang belaka," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Jamuan Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Merlimau, Roslan Ahmad.

Muhyiddin menambah, pihak pembangkang juga tidak bersikap rasional kerana enggan mengakui segala usaha baik yang dilakukan BN selama ini dalam memajukan bangsa dan negara.

Seramai 34 pelajar cemerlang PMR 2010 yang memperoleh 8A dan 9A di sekitar Merlimau diraikan pada majlis itu termasuk 29 orang daripada SMK Dang Anum.

Roslan merupakan bekas pelajar sekolah tersebut.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


PERTIKAI KEPUTUSAN PM ; MENGAPA WAHID OMAR MASIH MEMBISU ?

Posted: 28 Feb 2011 10:24 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee mempersoalkan kenapa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Wahid Omar sehingga kini masih membisu berhubung isu krtitikan terbuka Tengku Zafrul Abdul Aziz terhadap perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.

"Rakyat mahukan penjelasan dan tindakan Wahid, mengapa beliau masih juga berdiam diri, seolah-olah merestui tindakan biadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd melemparkan kritikan pedas yang sekaligus memperlekehkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.

Katanya, tindakan Tengku Zafrul mempertikaikan perlantikan Isa secara terbuka jelas menunjukkan beliau mempersoal kemampuan dan kebijaksanaan Najib membuat keputusan sebagai seorang Perdana Menteri.
"Sekali lagi saya mencabar beliau (Tengku Zafrul) supaya segera meletakan jawatan jika tidak menyenangi pentadbiran Najib, tidak perlu melarikan diri dengan membisu seribu bahasa," tegasnya.


Dalam hubungan ini kata beliau, adalah terlalu malang kepada Perdana Menteri jika Wahid turut bersekongkol dengan Tengku Zafrul untuk mencemarkan reputasi Najib berhubung isu perlantikan Isa selaku Pengerusi Felda.


Wahid sekongkol dengan Tengku Zafrul cemarkan imej Najib ?


"Peneraju GLC seperti Wahid sepatutnya bertanggungjawab dan ikhlas kepada pentadbiran Perdana Menteri, bukannya bisu dan seperti cuba melarikan diri," ujarnya lagi.

Beliau kesal sehingga sekarang Wahid dilihat seperti lepas tangan dan tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab berhubung isu tersebut yang menjadi perhatian banyak pihak.

Serentak itu, Syed Ali sekali lagi mendesak Pengarah Urusan Khazanah Nasional (Khazanah), Tan Seri Azman Haji Mokhtar mengambil tindakan sewajarnya terhadap Tengku Zafrul.

Pada 24 Februari lalu, Ketua UMNO Bahagian Cheras itu telah mendesak Wahid dan Azman supaya megambil perhatian serius berhubung tindakan Tengku Zafrul mempertikaikan tindakan Najib melantik Isa sebagai Pengerusi Felda menggantikan Tan Seri Dr. Mohd. Yusoff Noor.

Menurut Syed Ali lagi, Azman perlu mengambil tindakan tegas bagi menyelesaikan isu tersebut yang bukan sahaja merendahkan kewibawaan Isa malah turut mengaibkan Perdana Menteri.

"Apakah Azman dan Wahid bersetuju dengan Tengku Zafrul yang memperlehkan Isa dan mempersendakan Najib selaku Perdana Menteri ? soal beliau.

Katanya, tindakan tegas perlu diambil segera supaya menjadi teladan kepada peneraju GLC agar tidak mengeluarkan kenyataan sesuka hati dan mempunyai niat tidak baik terhadap peneraju GLC yang lain.
















































Hindraf : Syed Ali bidas pemimpin India

Posted: 28 Feb 2011 09:19 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee membidas pemimpin India terutama pemimpin politik pembangkang di Selangor yang mempertahankan kumpulan Hindraf mengadakan demontrasi haram sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau menolak tuduhan pembangkang yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan penindasan terhadap masyarakat India di negara ini.

Sambil menyifatkannya sebagai strategi jahat pembangkang , beliau menjelaskan penyokong Hindraf sengaja mencetuskan keadaan tidak tenteram dengan harapan mendapat perhatian media barat.

"Ini helah mereka untuk memberitahu dunia bahawa keadaan di Malaysia sudah teruk, sepertimana berlaku di Timur tengah," katanya.

Bagaimanapun kata Ketua UMNO Bahagian Cheras itu, terbukti bahawa majoriti masyarakat India di negara ini tidak terikut-ikut dengan 'perangai bodoh' segelintir pemimpin India yang berkepentingan.

Beliau mengulas kenyataan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar yang mendakwa rakyat berbilang bangsa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis menangkap penyokong Hindraf di KLCC baru-baru ini.

Dalam sebuah laman blog pro-pembangkang semalam, Jayakumar dipetik sebagai berkata " tindakan tersebut bakal menyemarakan kebencian masyarakat India terhadap regim Umno / BN" dan "satu bentuk penindasan terhadap masyarakat India".


Menurut Syed Ali lagi, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana demontrasi anjuran Hindraf itu tidak mendapat sambutan daripada masyarakat India.

"Tak ada pun yang sokong kerja gila itu, malah rakyat pelbagai kaum mengutuk perbuatan tersebut kerana menyusahkan pergerakan harian mereka," tegasnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Beliau menjelaskan, yang menolak BN hanyalah segelintir masyarakat India yang pemikiran mereka sudah 'dirosakkan' oleh pembangkang terutama PKR di Selangor.

Sehubungan itu, beliau menasihati Jayakumar supaya memberi perhatian terhadap nasib masyarakat India di Selangor yang terus tertekan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Mereka yang marahkan kerajaan hanyalah sedikit, sedangkan majorirti kaum India menikmati pelbagai kemudahan dan kelesaan hidup di bawah kerajaan BN," tegasnya.

Katanya, Hindraf sudah tidak ada isu lagi untuk diketengahkan sebagai umpan untuk menarik perhatian masyarakat India di negara ini.

"Oleh sebab itu, mereka (Hindraf) jadikan novel Interlok sebagai batu loncatan untuk popular, bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat India," tegasnya.

Katanya, mereka sengaja melakukan perhimpunan haram di sekitar ibu kota dengan harapan pihak berkuasa (polis) bertindak aggresif supaya dirakamkan oleh wartawan luar negeri.

"Malangnya strategi bodoh mereka tidak menjadi apabila polis mengambil tindakan berhemah mengawal keadaan disamping menahan mereka yang terbabit," ujarnya.

Sebaliknya jelas beliau, ramai yang tertawa melihat telatah pemimpin Hindraf yang menjerirt-jetrit dan meronta seolah-olah dikasari polis sedangkan mereka hanya berlakon sepertimana aksi filem Tamil dan Bollywood.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Nik Aziz tidak reda ketentuan Allah - Perkasa!

Posted: 01 Mar 2011 12:36 AM PST

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersyukur dan tidak reda dengan ketentuan Allah apabila menyatakan beliau tidak meminta dilahirkan sebagai seorang Melayu.

Naib Yang Dipertuanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah menyesal dilahirkan sebagai orang Melayu dan beliau juga tidak reda dengan takdir Allah yang menjadikannya sebagai orang Melayu.

Beliau berkata, sesiapa yang tidak reda dengan takdir Allah maka mereka adalah dari golongan orang yang kufur kepada nikmat Allah.

"Dia mungkin terlupa dengan firman Allah yang bermaksud 'sesungguhnya Aku telah jadikan kamu (manusia) berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk kamu kenal mengenal antara satu dengan yang lain. Dan orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu'.

"Nik Abdul Aziz juga lupa Allah menjadikan manusia di muka bumi ini sebagai khalifah. Nabi Muhammad SAW seorang bangsa Arab yang diangkat sebagai nabi dan rasul untuk seluruh umat manusia tanpa baginda menyesal dilahirkan sebagai seorang berbangsa Arab malah Rasulullah bangga sebagai seorang Arab," katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli dan tidak meminta untuk dilahirkan sebagai orang Melayu.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan, beliau tidak perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Melayu kerana ia adalah ketentuan Allah kepada setiap manusia di atas muka bumi.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Abdul Aziz patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam.

Mustapa berkata, sesiapa yang tidak reda dengan takdir Allah maka mereka adalah dari golongan orang yang kufur kepada nikmat Allah.

"Perkasa Negeri Kelantan meminta supaya Nik Aziz bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT dan janganlah terlalu angkuh dan sombong kepada nikmat Allah yang telah menciptanya sebagai manusia dan bukan sebagai haiwan," katanya.

Warna-warni politik
Torashah..

Pengikut