Khamis, 17 Februari 2011

Razlan's

Razlan's


Mahathir memerintah 22 tahun secara paksaan ?

Posted: 17 Feb 2011 08:48 PM PST

** Penulis menuduh Tun Mahadhir memerintah negara 22 tahun secara paksaan. Cetek sungguh pemikiran penulis ...

Nanyang Siang Pau
Perkara: isu ISA Tun Mahthir
Ruangan: Opinion Yuan Lun m/s A14
Tarikh: 16 Februari 2011 (Rabu)

Tajuk:

Tun Mahathir Mahu Tutup Keburukan Tetapi Semakin Terbongkar
Tiong Kim Fatt/ Penulis Bebas

Bekas perdana menteri Tun Mahathir boleh dikatakan orang yang mashur, beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun, hari ini umur beliau sudah menjangkau 80 tahun, beliau masih lagi pegang rotan bulu ayam membuat arahan, jika orang-orang yang beliau tidak berkenan, beliau akan gunakan lidah yang tajam seperti pedang, dengan kata-kata yang tajam mengkriti mereka, yang sering timbulkan kontrovesi yang tidak habis-habis.

Semasa waktu beliau merangkap menteri dalam negeri, isu yang paling hangat ialah isu Operasi Lalang yang berlaku pada 27 Oktober 1987, lebih 100 orang-orang politik dan aktivis telah ditangkap di bawah akta ISA, orang-orang yang ditangkap terutama sekali dari kalangan orang-orang pemimpin parti pembangkang; pada masa yang sama pihak kerajaan tarik balik lesen-lesen percetakan akhbar Star, Sinchew Daily News dan Watan.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang secara keras mengutuk berkata itu adalah "sejarah hitam dalam hak asasi manusia"; bapa negara Tunku Abdul Rahman pada masa itu pun berkata, Operasi Lalang berbau politik yang kuat.

Isu utama terjadi Operasi Lalang berlaku kerana isu guru-guru yang tidak tahu berbahasa Cina dihantar ke sekolah-sekolah rendah Cina, berlaku pergeselan yang sengit, dan bukannya isu anti kerajaan; dengan dilatar belakangkan perpecahan UMNO pada masa itu, menyebabkan dalaman UMNO menentang Mahathir.

Cuba Alihkan Pandangan Untuk Perbaiki Keadaan

Selama beberapa tahun ini, orang asing mengatakan penangkapan dibuat semauanya rancangan dan arahan dari Mahathir, kerana mahu meredakan keadaan pada masa itu beliau hadapi pelbagai masalah dan tekanan dalam politik, dengan bermaksud mahu alihkan pandangan orang ramai beliau berbuat kemikian, tetapi selepas 24 tahun orang kuat ini mengatakan itu semua rancangan pihak polis untuk lakukan penangkapan secara besar-besaran.

Bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar juga memberi penjelasan, pihak polis menggunakan akta ISA buat penangkapan besar-besaran kerana pada masa itu memandangkan mungkin akan berlaku huru hara, adakah jawapan itu boleh dipercayai?

Kami percaya jika bukan arahan dari Mahathir untuk lakukannya, siapa yang berani buat? Kerana 10 hari sebelum penangkapan dilakukan, pemuda UMNO di stadium Jalan Raja Muda telah buat perhimpunan secara besar-besaran, mempakarkan sepanduk-sepanduk "13 Mei telah bermula" untuk menghasut orang ramai, tetapi pihak polis tidak lakukan sebarang tindakan, apa pula jawapan ini? Sebab itu orang ramai bertanya adakah akta ISA itu alat untuk parti pemerintah melawan parti pembangkang?

Mengikut apa yang Lim Kit Siang perkatakan, pada 11 November 1988 Mahathir memberi tahu majlah Asia Week, ada sesetengah orang masih lagi dalam tanahan ISA kerana mereka masih tidak mahu lepaskan niat untuk menghasut dan membenci kaum, mereka akan terus ditahan sehingga mereka sedar dan mahu mengaku tidak mahu buat perkara seperti itu lagi.

Cuba Timbulkan Isu Lama Untuk Menutup Tetapi Semakin Terbongkar?

Lim berkata tidak ada seorang polis pun yang memberitahu beliau lepaskan hasrat menghasut ataupun kebencian kaum sebelum beliau dilepaskan pada bulan April 1989. Kenapa isu ini semakin pelik? Kata-kata Mahathir dan Lim Kit Siang tidak sama dan agak berlainan, kenapa lepaskan Lim Kit Siang kedua-dua beranak itu tanpa syarat?

Sebenarnya akta ISA telah disalahgunakan, gunakan hak kepentingan awam untuk jadi alat untuk tujuan dan hasrat peribadi.

Negara kita telah mencapai 53 tahun merdeka, pemerintahan Mahathir selama 22 tahun secara paksaan, dalam pemerintahannya sudah berlaku tidak adil dalam tangani kaum, hari ini sekali lagi beliau menenkankan ketuanan Melayu.

Mempertahankan hak semua kaum memang tidak boleh dielak, tetapi hanya pertahankan satu kaum sahaja, adakah itu sudah menggugat ataupun mengkikis hak-hak kaum-kaum yang lain? Apabila kaum mereka mempertahankan kepentingan hak kaum sendiri, adakah itu boleh diibaratkan menindas perasaan kaum lain, isu itu akhirnya dikatakan boleh dibenarkan untuk ditahan di bawah akta ISA.

Selama ini Mahathir pentingkan nama dan kewibawaannya, tetapi yang hapuskan kuasa raja-raja adalah beliau sendiri, selain memengang jawatan perdana menteri, beliau juga memegang jawatan menteri kewangan dan menteri dalam negeri, semua dilakukan oleh beliau seorang, syarikat-syarikat kerajaan diswastakan pun dilakukan oleh beliau, kerugian syarikat penerbangan MAS dengan harga tinggi beli kembali pun beliau yang lakukannya, perjanjian lebuh raya yang tetap untung tidak rugi pun beliau yang lakukannya, semua berlaku kerana perbuatan beliau.

Hari ini, kenapa beliau masih mahu bangkitkan isu 24 tahun lalu itu dan persalahkan orang lain pula, bukankah semua itu semakin disebut semakin terbongkar semua rahsia keburukannya?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KESILAPAN NIK AJIS....

Posted: 17 Feb 2011 01:59 AM PST

Banyak lagi kesilapan Nik Aziz perlu akui
Oleh Dr Mashitah Ibrahim

2011/02/17

Mursyidul Am PAS akhirnya mohon maaf keterlanjuran guna istilah 'jakun' rujuk perbuatan buruk

MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat akhirnya memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Orang Asli berikutan keterlanjurannya selama bertahun-tahun menggunakan istilah 'jakun' dalam ceramah dan kenyataannya bagi mengaitkan perbuatan buruk seseorang.
Ramai yang kurang percaya seorang Menteri Besar dan tokoh politik tidak tahu perkataan itu merujuk nama satu keturunan Orang Asli. Tak apalah, yang penting beliau mengakui kesilapan dan berjanji "akan menjaga mulut daripada mengeluarkan perkataan yang boleh melukakan hati manusia kerana Islam melarang kita berbuat demikian."
Tindakan Nik Aziz adalah ekoran protes masyarakat Orang Asli yang amat sedih dan terguris hati dengan kekerapan beliau menggunakan perkataan itu dan konotasi negatif terhadap suku kaum itu.

Atas prinsip sama, Nik Aziz perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara kita, tidak terkecuali ahli UMNO beragama Islam kerana selama berpuluh tahun sudah mengeluarkan pelbagai fatwa dan kenyataan yang mengelirukan serta panggilan dan gelaran yang buruk dan menghina terhadap orang Islam lain.

Terbaru, pada sidang media 28 Januari lalu di Kampung Redong ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, beliau menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah.

Tuduhan ini tidak unik atau spesifik ketika pilihan raya kecil DUN Tenang, malah sudah dilemparkan oleh beliau dan pemimpin PAS kepada UMNO tidak henti-henti sejak 50 tahun lalu.
Orang UMNO pernah dituduh kafir kerana berkongsi kuasa memerintah Malaysia dengan parti bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN). PAS masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO dan Nik Aziz tidak pula mengasingkan dirinya daripada amanat itu. Justeru, untuk sekian lama, orang PAS berpegang kepada kepercayaan bahawa haram bersolat berimamkan seseorang yang diketahui menyokong UMNO atau belajar agama daripada guru agama kerajaan. Aktiviti sosial, majlis kenduri, kematian dan keramaian lain anjuran orang UMNO atau penyokong BN dipulau orang PAS, terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Perlis.

Di Bachok, Kelantan, ada kes suami yang berpegang kepada amanat ini menceraikan isterinya semata-mata kerana isterinya penyokong parti yang tidak sama dengannya. Nyata pegangan politik PAS telah meruntuhkan masjid yang dibina atas dasar kasih sayang dan keluarga.

UMNO juga dikatakan parti assabiyah dan kerajaan BN yang dipimpinnya dituduh taghut kerana kononnya tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Nik Aziz juga pernah berdoa memohon mata pemimpin UMNO menjadi buta. Mengikut jejak beliau, pemimpin PAS mengeluarkan fatwa membolehkan bergaduh dengan orang Islam lain terutama dengan orang UMNO dan jika mati, dianggap mati syahid.

Pernah darah seorang penulis agama sebuah akhbar harian dihalalkan hanya kerana beliau tidak menyokong PAS dalam tulisannya, manakala sekumpulan wartawan akhbar Berita Harian, New Straits Times, Utusan Malaysia dan TV3 yang membuat liputan muktamar PAS pernah diugut akan dibakar hidup-hidup kerana bekerja dengan media sekular.

Nik Aziz dan barisan pemimpin PAS menanam semangat 'PAS adalah Islam, Islam adalah PAS' terhadap ahlinya, justeru jika tidak menyokong PAS bererti menolak Islam. Undi PAS adalah undi Islam, maka jika tidak mengundi calon PAS bererti melakukan dosa dan tidak boleh masuk syurga.

Orang UMNO pernah dihina Nik Aziz dengan pelbagai panggilan seperti menate (binatang), anjing, babi, barua dan kini, digelar jahiliah pula semata-mata kerana tidak mengundi calon PAS.

Apakah ini datangnya daripada orang yang digelar tok guru dan ulama, mewakili pula parti yang kononnya memperjuangkan Islam? Jika benar PAS parti Islam, apakah boleh kita percaya bahawa segala tindakan dan tuduhan liar seperti ini diredai Allah SWT dan sejajar dengan ajaran Rasulullah SAW?

PAS sebenarnya bukanlah sebuah jemaah Islam, tetapi sebuah parti politik yang didaftar dengan kerajaan British selepas ditubuhkan pada 16 September 1951. Ertinya kewujudan PAS hanya selepas mendapat restu dan kelulusan penjajah yang kafir dan latar belakangnya Kristian atau Yahudi.

PAS bukan hizbullah (parti Allah), tetapi sebuah parti politik yang hanya sah bergiat di Malaysia, bukan global, bagi memenuhi keperluan sistem demokrasi berparlimen seperti juga dengan UMNO, Berjasa, Hamim dan parti lain yang dipelopori orang Islam.

Islam adalah addin yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari melalui Malaikat Jibrail yang termaktub dalam Quran.

Islam bukan hak eksklusif PAS Orang Islam lain, juga pertubuhan seperti PERKIM dan IKIM, parti politik seperti UMNO, institusi seperti Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam dan Tabung Haji, juga gerakan seperti persatuan pelajar Islam dan jemaah tabligh turut memperjuangkan Islam, malah dikira dari segi sumbangan, lebih besar relevan dan impaknya daripada aktiviti PAS.

Penulis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

BILA PAS MULA MENGGANAS?

Posted: 17 Feb 2011 01:54 AM PST

Cakap-cakap: PAS berlatih menabur fitnah?


2011/02/17

PAS menganggap penyertaan parti itu pada dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang sebagai medan latihan. Kalau nak berlatih dari segi mengurus logistik atau memperkemas pentadbiran, Mamat boleh terima lagi. Tapi, kalau berlatih untuk menabur fitnah dan memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN), itu tidak boleh dipanggil sebagai latihan.

Mamat - baru berlatih tomoi

Lawatan Kerja Perdana Menteri pada 19/02/2011

Posted: 17 Feb 2011 01:50 AM PST

Wednesday, February 16, 2011

Lawatan Kerja Perdana Menteri pada 19/02/2011

Atucara Lawatan Kerja Sehari YAB Perdana Menteri ke Negeri Melaka dengan memberi Tumpuan di Dun Merlimau pada 19/02/2011 (Sabtu).

• 9.00am     ~ Majlis Pecah Tanah UiTM di Lancang (Sempadan Dun Merlimau/Dun Sg. Rambai

• 11.00am   ~ Taklimat Bilik Gerakan Pilihanraya Kecil BN N27 Dun Merlimau

• 1.00pm     ~ Sembahyang Zohor di Masjid Chenderah
                  ~ Rehat di Bilik VIP (Politeknik Merlimau)

• 3.00pm     ~ Majlis Hari kesedaran Bencana di Melaka International Trade Center (MITC)
                     Ayer Keroh

• 5.00pm     ~ Walkabout di Pekan Merlimau dan Jeti Nelayan

• 7.00pm     ~ Rehat di Bilik VIP (Politeknik Merlimau)

• 9.00pm     ~ Jamuan Rakyat dan Jamuan Tahun Baru Cina di Padang Politeknik Merlimau   
                    dan Penyampaian Bantuan Kebajikan kepada 1,054 orang Penerima Bantuan

8 pemimpin Pakatan Perak jutawan dalam 11 bulan

Posted: 17 Feb 2011 01:47 AM PST

 

IPOH 11 Feb. – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendedahkan terdapat lapan pemimpin kanan PKR, DAP dan Pas menjadi jutawan segera dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.

Berikutan itu Fauzi, 51, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat apa didakwanya berlaku penyelewengan dan salah laku dalam kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.

Untuk tujuan itu, beliau menyerahkan nama lapan individu tersebut yang terkandung dalam laporannya kepada SPRM Perak di pejabat suruhanjaya itu di sini pada pukul 11 pagi ini.

Bekas Ketua Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat, V. Subramaniam yang menyertai Gerakan kelmarin turut menemani Fauzi membuat laporan tersebut.

Salah guna kuasa dan menyamun hak rakyat untuk kepentingan sendiri yang dilakukan oleh penyangak di Perak bukan didedahkan oleh orang luar atau orang UMNO. Perkara ini telah didedahkan dan dilaporkan kepada SPRM oleh pemimpin yang pernah berada dalam Pakatan Rakyat bersama penyamun-penyamun ini. Pendedahan ini turut disusuli dengan bukti yang kukuh untuk mengaitkan kejahatan puak-puak penyamun ini.

SMB yakin Saudara Fauzi dan rakannya pasti kenal sangat dengan golongan penyamun ini dan yakin mereka ini tidak akan mampu lari lagi dari laporan yang telah dibuat. Puak penyamun ini memang sangat teringin untuk hidup mewah setelah sekian lama dihimpit dalam kesusahan. Perjuangan untuk kepentingan peribadi semata-mata pasti akan gagal jika mereka cuba menggunakan platform UMNO. Jadi bilamana PR menjadi kerajaan negeri maka mereka ini terus mengambil kesempatan sepenuhnya untuk mengaut kekayaan.

Fauzi ketika ditemui selepas itu memberitahu, sebelum memperoleh kuasa, lapan individu terbabit termasuk seorang wanita hidup susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta tidak mempunyai pekerjaan.

"Tiba-tiba dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak, lapan individu ini berjaya mengubah taraf dan gaya hidup.

"Mereka mampu membeli rumah dan kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit, membayar hutang dan mendapat rawatan di hospital swasta yang mahal. Dari mana datangnya sumber kewangan ini?" soalnya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama lapan individu tersebut kerana telah membuat akujanji dengan SPRM agar tidak mengganggu siasatan.

Menurut Fauzi, dakwaannya itu mempunyai asas kukuh dan bukannya berunsur fitnah atau dendam terhadap mereka.

Mereka ini mungkin tidak menyangka bahawa Pakatan Rakyat hanya mampu memerintah negeri Perak selama 11 bulan. Sangkaan mereka bahawa PR bakal berkuasa setidak-tidaknya untuk tempoh 1 penggal sebelum PRU 13 berlangsung. Akibat salah jangkaan, puak-puak ini tidak sempat untuk menutup semula lubang duit yang telah digali. Maka segala penyelewengan dan salah laku yang dilakukan telah dapat dihidu ramai pihak termasuk di kalangan Paktan Rakyat sendiri.

Itu baru 11 bulan memerintah. Cuba bayangkan jika kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri Perak selama 1 penggal. Sudah pasti puak penyamun ini akan menyamun habis-habisan harta rakyat. Allah itu Maha Kaya, jadi tidak hairanlah apabila perbuatan mereka terbongkar dan sekurang-kurangnya telah dapat menyelamatkan banyak wang rakyat dari diseleweng oleh manusia seperti mereka.

"Perkara ini bukan saya sahaja yang pertikai tetapi ramai ahli dan pimpinan PKR serta pakatan pembangkang di Perak marah dengan apa yang berlaku.

"Saya akan mengemukakan segala bukti dan saksi yang diperlukan oleh SPRM bagi membantu siasatan," tegasnya.

Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat itu berkata, rakyat perlu melihat betapa rakusnya kepimpinan pakatan pembangkang dalam tempoh sesingkat 11 bulan.

Katanya, semasa berkuasa, pemimpin pakatan pembangkang sibuk berebut jawatan dalam syarikat kerajaan negeri, jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, berebut tanah serta balak dan bukannya membela nasib rakyat.

"Alhamdulillah, 11 bulan sahaja mereka berkuasa di Perak, kalau tidak, saya yakin negeri ini akan hancur kerana tindakan perakus, perompak dan lanun ini," ujarnya. - UMNO Online

HADIAH KEPADA RAKYAT SELANGOR : NAJIB KURANGKAN TOL LAGI !

Posted: 17 Feb 2011 01:31 AM PST

 

 dalam pengumuman terbarunya sempena meraikan perayaan chap goh mei, ds najib umumkan pengurangan kadar tol di PJS taman medan berkuatkuasa malam ini.

sebelum ni kadar yang dikenakan adalah RM1.60 dan dikurangkan menjadi RM 1.

program tadi memang penuh dengan rakyat PJS. nik nazmi tengok konpem terlondeh seluar.

nanti aku keluarkan beberapa foto menarik sepanjang program tadi.

PAS melopong.. DAP juga untung

Posted: 17 Feb 2011 01:23 AM PST

PAS melopong.. DAP juga untung
pada 2/17/2011 04:35:00 PM Posted by Aspirasi

Pernah tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu? Ini ialah siaran drama komedi bersiri dalam TV.Parti politik 3 Sepiling ini pun macam tu juga. Mereka mcam ada lawak sikit, Misalnya Pi Mai Pi PAS,Pi Mai P KR,DAPig juga yang untung,!!


Negara Islam tak dapat, Hudud tak dapat... orang Melayu menolak PAS.. apa yang PAS dapat.. tak dek!!!

Jawatan TPM... Si Juburi Nak bagi Kit Siang DAPigs.. Hadi juga melopong...

Kat Merlimau.. nayris-nyaris PAS terlepas.. itu pun PAS dah kena sindir dengan si Azmin, Tim. Presiden PKR... PAS asyik nak berebut kerusi... kalau pasai kerusi pun dah tak boleh nak bersuara.. ni pulak nak cakap tentang Islam..


MERLIMAU KATA MAI

Bila saja Tenang kalah, PAS bergelora lagi kerana lagi 3 minggu penamaan calon DUN MERLIMAU di Melaka. Bahang kekalahan belum selesai. PAS kena fikir baik-baik siapa calonnya kerana di sini kubu kuat BN dengan 64% Melayu 21% Cina dengan 16% India.Jumlah pengundi 10,600.



SIAPA MANGSA SETERUSNYA?

DUN ini juga pernah ditandingi PKR pada 2004. Sejak 2004 lagi pembangkang kalah dengan penyandang sama. PR mesti hati-hati sebab pada 2004 PKR kalah dengan majoriti lebih 5,000 undi dan pada 2008 PAS kalah lebih 2,000 undi. Nah sekarang bersandarkan kekalahan di Tenang yang lebih 3,000 adakah PAS akan serah beban ini di galas oleh PKR? Mungkin juga ya sebab dulu PKR nya dari bangsa india,sekarang mungkin diletakkan bangsa Melayu. Lihat saja pertaruhan mereka.Mangsanya ialah Melayu.



SIAPA UNTUNG?

Tenang bila kalah ,DAP ambil peluang untuk bangga kononnya dia menang di satu saluran mengundi. Menang maksudnya ialah di kawasan 90% Cina ini bagi daerah mengundi Labis Tengah . Memang pun BN kalah dengan majoriti 200. DAP dia langsung tak hirau daerah mengundi lain, bagi dia DUN TENANG ialah DAERAH MENGUNDI LABIS TENGAH, sehingga kempen setiap malam di buat dalam bahasa Cina dan terkial-kial penyokong PAS Melayu mencangkung di celah celah kedai semata mata atas nama PAKATAN. Lihat saja percaturan DAP. Dia mahu undi Cina saja dan untuk Melayu dia minta PAS buat kerja. Kenapa PAS tak mahu berkempen di kawasan Cina? Yang anih pada waktu penamaan calon, PKR lebih hebat rombongan nya berbanding dengan DAP sehingga bendera DAP pun di pikul oleh orang PAS.Ringkas nya KECELARUAN telah berlaku dalam PAKATAN PEMBANGKANG,mereka bukan lagi PAKATAN RAKYAT.



MIMPI DAP

Jelas bahwa PAS memikul tugas untuk menghuru-harakan pemikiran Melayu, PKR memikul tugas mengganaskan jiwa Melayu dan bila Melayu sesama Melayu bergasak makanya DAP akan untung sebab bukan mudah nak huruharakan minda cina.Mereka mana ada hukum syrie itu dan ini.Mereka apa peduli syurga atau neraka.Yang mereka mahu ialah ekonomi dan sekarang kuasa.

Sumber : Sengat Sayang

ISU-ISU AKHBAR CINA

Posted: 17 Feb 2011 01:16 AM PST



MASYARAKAT CINA TIDAK PERLUKAN MCA

USAHA MCA untuk meraih sokongan kaum Cina mendapat perhatian Loh Hon Chew yang menulis mengenainya dalam akhbar China Press.

Artikel bertajuk 'Mahu berpolitik bukan pergi belanja makan-makan sahaja' disiarkan menerusi ruangan perbincangan rakyat akhbar berkenaan bertarikh 11 Februari lalu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini bahawa hanya parti itu sahaja yang mewakili masyarakat Cina dan sebab itu kaum berkenaan terus menyokong MCA.

Menurut Hon Chew, Tiong Lai telah lupa kata-kata seorang pemimpin MCA lain bahawa parti itu umpama ikan dan masyarakat Cina adalah air.

''Air boleh untuk tidak memerlukan ikan tetapi ikan tidak boleh hidup tanpa air,'' jelasnya.

Jika mahu dihuraikan secara lebih jelas lagi, tulis beliau, air tidak perlukan ikan seperti MCA, kerana masih banyak lagi ikan di luar sana yang boleh masuk ke dalam air itu bagi menggantikan parti berkenaan.

Beliau turut menempelak MCA sebagai ikan yang akan mengalami kepupusan disebabkan wakil rakyat parti itu menang dalam pilihan raya kerana sokongan pengundi Melayu.

''Jika ikan-ikan ini hidup bertautkan pada pengundi Melayu, walaupun MCA mendapat jawatan-jawatan menteri, sudah tentu mereka tidak mewakili suara orang Cina,'' tulis beliau.

Tambah beliau, hakikat itu menyebabkan UMNO tidak menghormati MCA, kerana menganggap parti itu tidak mewakili suara orang Cina yang sebenar.

Sikap UMNO terhadap MCA, tegas beliau, telah mengecewakan masyarakat Cina sehingga menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu dan akhirnya menyebabkan ia semakin lemah dan tidak bermaya.

Dalam pada itu, jelas beliau, sokongan masyarakat Cina telah mula merosot sejak 1950-an yang berpunca kerana terdapat beberapa budaya tradisi tidak baik yang diamalkan MCA termasuk keengganan pemimpin parti itu mempelajari bahasa Mandarin sehingga menyebabkan mereka tidak tahu kehendak kaum itu yang diluahkan dalam akhbar berbahasa berkenaan.

''MCA juga telah melakukan kesilapan besar apabila memisahkan diri dengan Dong Jiao Zong (Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia) dan mahu menghapuskan sistem pendidikan sekolah Cina.

'' Apa yang masyarakat Cina mahukan dianggap menyusahkan oleh MCA. Sebab itu, apabila kita mahu wujudkan sekolah menengah Cina, isu ini diketepikan oleh parti berkenaan.

''Jika MCA tidak tahu mengambil kesempatan daripada isu-isu yang orang Cina sukakan, bagaimana mereka akan mendapat sokongan daripada kaum ini?'' soalnya.

Tegas beliau, jika parti itu mahu terus dihormati dan berkembang di kalangan masyarakat Cina, mereka harus mengubah tradisi lapuk yang terdapat dalam parti itu.

''Maksud berubah ini bukan dengan cara belanja makan untuk isi perut sahaja. Jika di peringkat bawahan MCA masih menggunakan tradisi lama, sudah pasti masyarakat Cina dengan sendirinya akan tinggalkan parti ini,'' tulis Hon Chew.

Sebuah harapan kepada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau

Posted: 17 Feb 2011 01:14 AM PST




RENCANA

SEORANG anak jati Merlimau di perantauan memberitahu saya bahawa beliau turut merasakan dengung gendang pilihan raya kecil (PRK) kian bergema di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka. Yang menang akan dituntut melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat. Setiap omong-omong kosong akan dinilai rakyat dari semasa ke semasa.

Sehubungan ini, kita akan menyaksikan beberapa peruntukan dan bajet pembangunan mengejut akan mencurah-curah datang; terutamanya fenomena mahu menambat hati pengundi bukan Melayu, pengundi atas pagar dan pengundi yang pandai bermain silap mata.

Apa yang kita tidak mahu, pihak yang menaburkan projek jangan terpedaya dengan kelicikan pengundi minoriti yang muncul secara tiba-tiba menangguk di air keruh. Keadilan bukanlah bermakna konsep kesamarataan tetapi keadilan hendaklah kena pada tempatnya.

Kita tidak mahu, masjid Kampung Simpang Pantai yang berusia hampir 100 tahun terbiar reput kerana dimamah usia. Kita juga tidak mahu sekolah agama rakyat yang masih berdinding kayu akan rebah menyembah bumi. Dan kita juga tidak mahu sepanjang jalan antara pekan Merlimau ke bandar Jasin, keadaannya bergelap pada malam hari dan membahayakan penggunanya.

lnilah senario yang patut difokuskan dan antara permintaan penduduk DUN Merlimau untuk kesejahteraan mereka. Usahlah mewawarkan berlebih-lebihan bantuan pembinaan dan penyediaan tapak SJK Tamil yang kelak menikam diri sendiri. Walhal anak-anak kaum lndia yang sekitar ratusan sahaja; biarlah dibantu mengikut peruntukan yang sederhana berdasarkan atas keperluan.

Kita tidak mahu projek jutaan ringgit yang ditaburkan akan lebih terarah kronisme dan korupsi. Kita tahu dan sedia akur dalam apa jua PRK usaha menambat hati pengundi menjadi agenda utama. Namun kita tidak mahu umpama 'ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan'.

Justeru adalah lebih baik kempen dan janji diberikan untuk kesejahteraan rakyat yang menghadapi beban kenaikan harga barangan, minyak dan desakan hidup. Dan berusaha memberi jaminan kepada ribuan graduan menganggur mengisi peluang-peluang pekerjaan di sektor kerajaan dan swasta.

Dan tidak lupa memfokuskan usaha membela nasib anak-anak Melayu/lslam dan bumiputera selaras dengan hak-hak mereka dalam Perlembagaan Persekutuan. Apatah lagi lebih 60 peratus pengundi Merlimau terdiri pengundi Melayu/lslam.

Seperkara yang harus diingat, dalam sibuk-sibuk projek ditaburkan dan tender-tender mula dirangka, pernahkah para pemimpin Melayu /lslam dan bumiputera memikirkan sejenak betapa anak-anak pribumi di menara ganding terpaksa mengikat perut kerana wang pinjaman PTPTN terpaksa ditolak dengan bayaran yuran dan sewa asrama IPT yang mahal sekarang?

Apakah ini kesan dasar penswastaan yang menolak kebajikan rakyat? Jawapannya ada di tangan rakyat. Ketahuilah bahawa dengan wang pinjaman PTPTN yang berbaki kecil itulah digunakan oleh para pelajar yang tidak berkemampuan untuk perbelanjaan makan minum dan buku-buku yang tidak mencukupi.

Apalah salahnya memberi biasiswa kepada semua pelajar bumiputera IPTA dengan beberapa syarat sebagai dorongan motivasi kerana kejayaan mereka mengangkat maruah agama dan bangsa. Pada mulanya ramai antara kita tidak percaya akan keluhan para pelajar di IPT sekarang dan menuduh mereka tidak mahu berdikari.

Tetapi apabila saya sendiri meneliti bayaran-bayaran caj yang dikenakan oleh lPT sekarang, barulah saya akur akan penderitaan mereka. Harapan mereka walau tanpa biasiswa pun, paling kurang jika bayaran asrama dihapuskan atau diminimumkan cajnya sudah memadai.

Ketahuilah anak-anak bumiputera bakal di kelilingi beban hutang dan tekanan hidup pada masa mendatang. Bahkan mereka juga menghadapi pelbagai cabaran kehidupan era ICT ini sama ada yang terpaksa diterima atau ditolak.

lnilah salah satu bahagian episod kehidupan yang tidak pernah pun disentuh dalam PRK! ltu belum lagi masalah keruntuhan akhlak anak-anak remaja Melayu-lslam. Apakah ini kerana para pemimpin kini terlalu banyak politiking. Sebenarnya banyak masalah besar lagi di hadapan kehidupan kita!

DR. RAJIEE HADI

Kuala Lumpur

YANG BERMUSUH HANYA PEMIMPIN, RAKYAT TIDAK?

Posted: 17 Feb 2011 01:13 AM PST

Perpecahan boleh selesai jika UMNO, Pas boleh sepakat

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini boleh diselesaikan sekiranya UMNO dan Pas sedia bersepakat dalam isu-isu yang membabitkan Islam serta survival orang Melayu walaupun ideologi perjuangan masing-masing berbeza.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, memang tidak dinafikan kedua-dua parti orang Melayu itu bermusuh dari segi politik, namun ia bukan penghalang kepada UMNO dan Pas menjalinkan kerjasama kerana asas kedua-duanya adalah sama iaitu Islam serta Melayu.

Justeru, beliau meminta pemimpin UMNO dan Pas menjadikan saranan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya masyarakat Malaysia menghakiskan sikap curiga mencurigai sebagai titik permulaan ke arah itu.

"Yang di-Pertuan Agong telah memberi satu mesej yang cukup jelas kepada kita iaitu baginda mahu umat Islam kembali bersatu padu dan saling mempercayai. Bukan sahaja Seri Paduka malah semua umat Islam mengimpikan hasrat ini benar-benar berlaku.

"Umat Islam di negara ini telah lama berpecah dan punca utamanya adalah pegangan serta ideologi politik yang berbeza. Oleh itu sudah tiba masanya perpaduan ini dikembalikan. Langkah pertama UMNO dan Pas perlu duduk semeja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Seri Paduka bertitah, tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu 1Malaysia 1Ummah mampu menjadi jambatan dalam memupuk perpaduan sama ada di kalangan umat Islam mahu pun sesama masyarakat.

Dalam mengorak langkah ke arah itu titah Seri Paduka, setiap rakyat Malaysia harus menghakis sikap curiga mencurigai antara satu sama lain.

Nakhaie dalam pada itu berkata, permusuhan politik yang tidak ada batas selain tidak bersandarkan al-Quran dan sunah hanya akan merugikan umat Islam.

Beliau berkata, itulah yang berlaku antara UMNO dan Pas sehingga usaha menemukan kedua-dua parti demi masa depan Islam serta bangsa Melayu tidak pernah tercapai.

"Pas sebagai contoh lebih rela bekerjasama dengan orang bukan Islam berbanding dengan orang Islam sendiri. Ia ditambah lagi dengan sikap fanatik dalam berpolitik hingga sanggup mengetepikan seruan dan saranan yang terdapat di dalam al-Quran dan sunah.

"Rasulullah menyuruh kita bersatu padu serta mendamaikan saudara kita yang bertelagah. Asasnya sekarang ahli-ahli dan barisan pemimpin UMNO adalah Islam. Mengapa sukar Pas bekerjasama dengan UMNO atas nama Islam?

"Ini adalah perintah Allah dan rasul-Nya. Sebagai hamba dan umat kita wajib mematuhi arahan ini. Jika tidak kita akan dipertanggungjawabkan apabila bertemu dengan Allah di akhirat kelak," katanya lagi.

Dalam perkembangan sama beliau melahirkan harapan supaya ada di kalangan pemimpin-pemimpin Pas insaf terhadap kesan kepada Islam dan orang Melayu sekiranya masalah perpecahan itu gagal diselesaikan.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid turut menegaskan betapa pentingnya UMNO dan Pas bersepakat dalam isu-isu melibatkan kepentingan umat Islam.

Sambil mengakui kedua-duanya tidak mungkin bergabung dalam satu parti beliau berkata, kedua-dua parti itu tidak harus bermusuh dalam semua perkara kerana ia tidak akan memberi sebarang manfaat kepada umat Islam.

"Sudah menjadi adat dua parti politik bermusuh tetapi ia hendaklah terbatas. Ada sesetengah perkara UMNO dan Pas wajib bersepakat terutama isu berkaitan Islam dan orang Melayu," katanya lagi.

Menjawab satu soalan beliau mahu saranan Yang di-Pertuan Agong diambil serius oleh semua pihak kerana ia melibatkan usaha membina semula perpaduan umat Islam di negara ini.

"Seri Paduka telah menunjukkan komitmen untuk melihat umat Islam lebih bersatu padu dan demi menyahut saranan ini saya amat berharap semua pihak sama ada ulama, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan serta UMNO dan Pas segera mencari titik persamaan agar impian ini terlaksana," ujarnya.

ADAKAH NASIB KERDAU SAMA DENGAN GALAS?

Posted: 17 Feb 2011 01:11 AM PST

Pas Pahang kemuka lima bakal calon

KUANTAN 16 Feb. - Pas Pahang mengenal pasti lima nama untuk dipilih oleh pucuk pimpinan parti itu bagi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lima calon terbabit merupakan anak tempatan yang terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan, bekas pegawai tinggi dan tokoh masyarakat.

"Kita telah meneliti lima calon berkenaan dan akan meneruskan tradisi bahawa kerusi DUN Kerdau merupakan calon daripada Pas.

"Tidak mungkin calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diletakkan untuk bertanding merebut kerusi DUN Kerdau," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerusi DUN Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang mewakili Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Zaharuddin, 64, menewaskan calon Pas, Hasanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

DUN Kerdau mempunyai 8,721 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 88.36 peratus atau 7,706 orang adalah pengundi Melayu, 3.6 peratus atau 455 pengundi Cina, 3.4 peratus atau 300 pemilih India dan 2.98 peratus atau 260 orang daripada lain-lain kaum.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden Pas berkata, Pas bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau apabila parti itu telah mula menyusun gerak kerja sejak dari awal lagi.

"Sebenarnya, gerak kerja awal ini adalah sebagai rutin Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tetapi berdasarkan perkembangan semasa di Kerdau, maka gerak kerja dilipatgandakan.

"Bagaimanapun, semua bergantung kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pas menghormatinya terutama keluarga arwah yang masih dalam kesedihan," katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim memberitahu, tumpuan utama Pas di Kerdau adalah mengutamakan keperluan masyarakat setempat terutama berkaitan janji-janji Barisan Nasional (BN) yang masih belum tertunai.

"Kita akan fokus kepada isu-isu setempat kerana sehingga kini tiada sebarang perubahan di Kerdau dan tiada apa yang boleh dibanggakan di DUN tersebut," katanya.

JANAGAN TERTIPU DENGAN SENDIWARA PAS....

Posted: 17 Feb 2011 01:09 AM PST

Pas anggap PRK DUN Merlimau hanya latihan

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Pas seolah-olah mengaku kalah lebih awal dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac ini apabila hanya menganggapnya sebagai satu latihan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sasaran Pas pada pilihan raya kecil itu adalah untuk mengurangkan jumlah majoriti yang diperolehi Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
"Jentera parti pembangkang ketika ini sedang mengenal pasti berapa jumlah majoriti BN yang boleh kita kurangkan.
"Bagi kita kejayaan pada pilihan raya kecil itu tidak semata-mata menerusi kemenangan, tetapi juga kejayaan menambahkan jumlah undi serta mengurangkan majoriti lawan," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut hari ini.
Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, daripada BN meninggal dunia pada 20 Januari lalu kerana diserang sakit jantung.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.
Mahfuz menambah, Pas sudah mempunyai senarai pendek calonnya yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.
Tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu katanya, calon itu hanya akan diumumkan pada 24 Februari ini.
Dalam perkembangan berkaitan Mahfuz menjelaskan, Pas akan meletakkan calon di sekurang-kurangnya satu kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak iaitu seperti yang dilakukan pada 2006.
Perkara itu kata beliau, akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama pakatan pembangkang yang kini sedang memperincikan pembahagian kerusi untuk pilihan raya negeri tersebut.
"Kita berharap untuk mengekalkan 'status quo' pada pilihan raya Sarawak nanti iaitu sekurang-kurangnya bertanding di satu kerusi," katanya.
Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, Pas hanya bertanding satu daripada 71 kerusi iaitu di DUN Beting Maro dalam kawasan Batang Lupar.
Bagaimanapun, calon Pas iaitu Alem Din tewas kepada calon BN, Bolhassan Di yang juga Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak dengan 895 undi.
Pada pilihan raya negeri yang lalu juga, BN menguasai 63 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memperoleh 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) (12 kerusi) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.
Pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan dalam masa terdekat ini berikutan mandat DUN Sarawak akan berakhir pada Julai ini.
Mahfuz menambah, pakatan pembangkang juga akan berbincang sama ada perlu bekerjasama atau bergabung dengan parti tempatan di Sarawak bagi mengelak berlakunya persaingan tiga penjuru.
"Kita akan lihat perkara ini dan berbincang dengan parti-parti tempatan Sarawak sekiranya ada keperluan," kata beliau.

SEMANGAT TUN TEJA : 5000 TURUN PADANG

Posted: 17 Feb 2011 01:07 AM PST

5,000 jentera Wanita BN turun padang


SHAHRIZAT Abdul Jalil bersalaman dengan Wanita UMNO semasa merasmikan Jentera Wanita UMNO Gelombang Merah di Taman Merlimau Jaya, Merlimau, Jasin, Melaka, semalam.


JASIN 16 Feb. – Seramai 5,000 ahli Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) dari seluruh negara akan turun padang bagi membantu jentera parti menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
Pengerusinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kesemua mereka akan mula berkampung di Merlimau sehari sebelum hari penamaan calon 26 Februari ini hingga selesai pengundian 6 Mac nanti.
Menurutnya, pergerakan itu akan bergerak secara berhemah sepanjang tempoh berkempen untuk memperkukuhkan sokongan rakyat di Merlimau dalam usaha memastikan BN mengekalkan kerusi tersebut yang setakat ini belum pernah terlepas ke tangan pembangkang.
"Saya telah beri arahan jentera ini akan bergerak secara berhemah dengan ada nilai-nilai murni, amanah dan mengikut undang-undang. Hanya dengan cara ini saya yakin jentera Wanita BN dapat menyakinkan rakyat untuk memilih BN.
"Jentera ini juga akan pergi dari rumah ke rumah berjumpa dengan rakyat untuk memberi penjelasan mengenai agenda utama kerajaan pimpinan BN serta menjawab sebarang tohmahan pembangkang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Wanita BN dan Gelombang Merah Wanita 1Malaysia di Bilik Gerakan Wanita DUN Merlimau, Taman Merlimau Jaya di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan kira-kira 1,000 ahli sayap Wanita pelbagai parti komponen BN.
Menurut Shahrizat, strategi jentera Wanita BN yang akan digerakkan di Merlimau adalah sama seperti yang dilaksanakan sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Tenang baru-baru ini.
"Kita ada jentera jalinan rakyat Wanita BN, Skuad Sayang dan Gelombang Merah 1Malaysia yang akan memastikan misi membantu calon BN bukan sahaja menang tetapi memperoleh majoriti yang lebih besar berbanding 2008," ujarnya.
Beliau menambah, berdasarkan kemenangan di DUN Tenang jelas membuktikan rakyat khususnya pengundi wanita sudah kembali yakin dan mahu BN terus memimpin negara.
Di Tenang katanya, beliau telah menemui ramai pengundi wanita yang menunjukkan semangat berkobar-kobar menyokong BN kerana mereka yakin parti itu sahaja dapat menentukan keamanan negara dan perpaduan di antara kaum.
Justeru katanya, beliau tidak menolak BN mampu menang di Merlimau dengan majoriti yang lebih besar bagi meneruskan kecemerlangan di Galas, Batu Sapi, Hulu Selangor dan Bagan Pinang.

ITULAH PAS.....

Posted: 17 Feb 2011 01:03 AM PST

Hanya mahu menang pilihan raya


Mahathir Mohamad


KUALA LUMPUR 16 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tujuan hidup Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.
Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.
''Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.
''Orang UMNO beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong Pas namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli Pas juga adalah orang Islam,'' ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk 'Jawapan Kepada Nik Aziz' di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.
Dr. Mahathir berkata, UMNO tidak pernah mendakwa hanya ahli parti itu sahaja yang Islam atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam, seterusnya membawa ke syurga.
Berhubung isu nasionalisme seperti dibangkitkan oleh Mursyidul Am Pas itu, Dr. Mahathir berkata, terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil daripada perjuangan nasionalis Islam.
Beliau berkata, perjuangan nasionalis terbabit adalah kerana mereka terlalu sayang dan setia kepada negara.
''Hakikatnya mereka (orang lain) tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini tetapi yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.
''Sebenarnya tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT iaitu dengan cara membuat ibadah, memelihara orang Islam dan agama Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di mana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan sahaja yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukannya Nik Abdul Aziz,'' katanya.
Dr. Mahathir dalam pada itu turut mempersoalkan kewibawaan Nik Abdul Aziz kerana hanya berjuang di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang pada hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan serta tekanan.
''Walaupun Nik Abdul Aziz mendakwa beliau berjuang untuk Islam tetapi dengan mengehadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Abdul Aziz juga jahil kerana sebab yang sama,'' katanya lagi.
Mengenai dakwaan Nik Abdul Azizi bahawa UMNO menghapuskan tulisan Jawi sehingga umat Islam tidak boleh membaca al-Quran, beliau berkata, bukankah kerajaan UMNO yang mengadakan sekolah agama, mata pelajaran agama Islam menggunakan tulisan Jawi.
''Mengapa Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta al-Quran, tidak boleh baca Jawi,'' katanya.
Dr. Mahathir di dalam blognya turut mengingatkan Mursyidul Am Pas itu juga akan berdiri di hadapan Allah satu hari nanti dan segala pertuturannya dan perbuatannya ketika di dunia akan diadili.
''Di akhirat nanti lidah, tangan dan kaki Nik Abdul Aziz akan menjadi saksi. Bukan Nik Abdul Aziz yang akan mengadili saya atau sesiapapun dan bukan juga Nik Abdul Aziz mengadili dirinya sendiri,'' ujar Dr. Mahathir.
Mengenai peringatan Nik Abdul Aziz bahawa beliau akan berdiri di hadapan Allah Dr. Mahathir berkata, sedikit sebanyak ia membuktikan keangkuhannya.
''Seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.
''Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Abdul Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika beliau berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT,'' katanya lagi.
Beliau seterusnya meminta Nik Abdul Aziz bertakwa kepada Allah SWT dan menghentikan perbuatan mengeliru umat Islam di negara ini semata-mata ingin menang dalam pilihan raya.

Hati-hati 'lakonan' Kit Siang, Karpal Singh

Posted: 17 Feb 2011 12:59 AM PST



KUALA LUMPUR 16 Feb. - Kerajaan perlu berhati-hati dengan 'lakonan' serta tindakan dua pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh 'menyerang' Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Ops Lalang yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, ini kerana, ia hanya helah supaya kerajaan mengenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka.

Menurut beliau, jika perkara itu berlaku, Kit Siang dan Karpal serta pemimpin pembangkang lain akan menggunakan isu penahanan ISA sebagai umpan meminta simpati rakyat.

"Ia amalan biasa pembangkang. Mereka akan cuba mencari peluang untuk menjolok kerajaan dengan isu-isu sensitif.

"Kalau dikenakan tindakan ISA atas kenyataan yang dikeluarkan, inilah peluang mereka untuk menghentam kerajaan bagi mencari simpati rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Oleh itu, kerajaan perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan keadaan sebegini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai serangan Kit Siang dan Karpal terhadap Dr. Mahathir bahawa terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan pada 1988.

Kenyataan dua pemimpin DAP itu mendapat reaksi beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang menyifatkan serangan berkenaan sebagai tindakan desperado'bagi menutup kelemahan pembangkang.

Beliau turut mencabar kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut supaya bertanyakan mengenai isu Ops Lalang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim juga tidak ketinggalan menghentam Karpal sebagai orang yang tidak layak menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong kerana Pengerusi DAP itu sendiri pembohong dalam kes liwat Anwar.

Mengulas lanjut, Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR berkata, pembangkang terutama Kit Siang dan Karpal sebenarnya sudah ketandusan isu untuk diketengahkan dalam melemahkan kerajaan dan perkara yang dilakukan itu hanya untuk publisiti murah.

"Sudah tiada isu, mereka akan bangkitkan pula isu-isu lama. Inilah kerja mereka," katanya.

Beliau menyokong cabaran Zulkifli agar Kit Siang dan Karpal merujuk kepada Anwar berhubung Ops Lalang.

Mengulas isu sama, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor berkata, Kit Siang dan Karpal perlu 'mencermin' diri sebelum menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong.

Menurutnya, Dr. Mahathir bukan 'kaki pembohong' dan tidak akan mereka-reka cerita seperti yang didakwa dua pemimpin pembangkang itu.

"Perkasa memandang serius tuduhan Kit Siang dan Karpal. Kita tuntut mereka ini mohon maaf kepada Dr. Mahathir.

"Karpal sendiri pun boleh dipertikaikan terutama dalam isu liwat membabitkan Anwar. Dulu dia pernah dedahkan perlakuan liwat Anwar, kini membela Anwar pula," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar memberitahu, apa yang dilakukan oleh Kit Siang dan Karpal hanya sekadar mahu menunjuk-nunjuk kononnya mereka handal dalam semua perkara.

"Apa yang penting, mereka asyik hendak mencari jalan untuk bergaduh. Itu sahaja matlamat mereka. Sudah tidak ada modal, mereka cari apa jua isu yang boleh dibuat bergaduh.

"Kalau hendak tunjuk handal pun, kenalah profesional. Jangan bersikap seperti budak-budak atau orang sudah nyanyuk," katanya.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Mahathir dedah ‘wajah’ sebenar Nik Aziz ; lilitan serban mengabui mata rakyat – Syed Ali

Posted: 17 Feb 2011 12:58 AM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee memuji Tun Dr. Dr. Mahathir Mohamad yang tampil mendedahkan 'wajah' sebenar Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sanggup bekerjasama dengan syaitan bagi menjayakan agenda politiknya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berpendapat, pendedahan oleh Dr. Mahathir akan memberi peluang kepada rakyat negara ini khususnya umat Islam mengenali peribadi Nik Aziz yang selama ini bertopengkan lilitan serban untuk mengabui mata masyarakat.

"Keberanian bekas Perdana Menteri itu mendedahkan siapa sebenarnya Nik Aziz diharapkan akan menyedarkan sebahagian daripada umat Islam yang terpedaya dengan gerakan politik PAS untuk menguasai negara ini dengan kerjasama DAP dan PKR," tegasnya.

Beliau berkata, Nik Aziz selama ini telah banyak menyesatkan pemikiran umat Islam dengan pelbagai fatwa karut termasuk menjadikan isu syurga dan neraka sebagai bahan mainan.

Sambil menyesali sikap Menteri Besar Kelantan itu, Syed Ali menegaskan Nik Aziz sanggup mencipta fatwa dengan menkafirkan orang UMNO tetapi dalam masa yang sama masih bersubahat dengan DAP.

"Itulah maksud bekerjasama dengan syaitan sepertimana dikatakan oleh Dr. Mahathir. DAP terang-terang menolak negara Islam termasuk Hukum Hudud ala-PAS, tetapi Nik Aziz boleh menghalalkan perbuatan tersebut," ujarnya.

Beliau hairan bagaimana pengikut dan penyokong PAS masih boleh bersekongkol dan bersubahat dengan Nik Aziz yang secara jelas mempralatkan agama untuk memenuhi nafsu politik beliau.
Bersetuju dengan pendapat Dr. Mahathir bahawa Nik Aziz hanya mahu memenangi pilihan raya, Syed Ali menambah seseorang apabila dianggap sebagai tok guru tidak akan bercakap bohong dan mendustai rakyat.

"Lazimnya juga apabila seseorang itu memakai serban dan dilebelkan tok guru akan berasa malu untuk bercakap bohong, apatah lagi menjatuhkan hukum seseorang itu sebagai kafir," tegasnya.

Tetapi malangnya kata beliau, tok guru PAS (Nik Aziz) semakin terkenal dengan cakapnya yang berbelit-belit.

"Inilah orang yang telah menjadi punca kepada pertelagahan sesama umat Islam di negara ini sehingga bukan Islam sudah berani memperlekehkan kesucian agama Islam," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Nik Aziz supaya tidak lagi bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebaliknya memberi tumpuan kepada gerakan Islam untuk kepentingan umat keseluruhannya.

"Seperti kata Dr. Mahathir, Nik Aziz mungkin banyak ilmu agama, maka eloklah dia tidak lagi menyertai mana-mana parti politik sebaliknya memberi tumpuan untuk berdakwah," katanya.

Berebut kawasan pilihan raya ; pertelingkahan PKR – PAS semakin terbongkar

Posted: 16 Feb 2011 11:45 PM PST

SAKIT hati pemimpin PAS terhadap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bukan satu perkara baru malah sudah berlaku sejak Pilihan Raya Umum (PKR) ke-12 yang lalu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, perang dingin pemimpin PAS dengan Azmin itu berjaya ditutup seketika bagi mengelak kepincangan dan keretakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) diketahui umum.


























"Sebenarnya pemimpin PAS sudah lama meluat dan bosan dengan isu negatif dalam PKR terutama dalam isu liwat Datuk Seri Anwar ibrahim," ujarnya.

Justeru katanya, kekecewaan dan sakit hati pemimpin PAS terhadap Azmin sampai ke kemuncaknya apabila Ahli Parlimen Gombak itu dikatakan mula bertindak secara didaktor dan cuba mengusai PR.

Menurut beliau, pekung itu akhirnya pecah apabila Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali dilaporkan memberi amaran kepada Azmin supaya 'tutup mulut' dan tidak layak bercakap dalam soal parti itu.

Mustapa dengan nada keras menyelar Azmin sebagai tidak layak bercakap dan mendakawa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah dibincang oleh pemimpin tertinggi PAS.

Dalam hal ini kata Syed Ali, pemimpin PAS semakin sedar Azmin mula meneruskan cengkamannya dalam PR sepertimana yang dilakukan oleh Anwar sebelum ini.

Menurut beliau lagi, pakatan PAS dan PKR sebenarnya tidak pernah ikhlas dan dibuat atas dasar untuk memenangi pilihan raya dengan memusuhi UMNO.

Oleh sebab itu katanya, antara PKR dan PAS masng-masing mencurigai di antara satu sama lain terutama dalam soal pengagihan kerusi pilihan raya.

Beliau turut menempelak PAS dan PKR yang hanya berebut di kawasan pilihan raya yang majoritinya Melayu tetapi takut untuk menutut kawasan dikuasai DAP.

"Sekarang PAS tuduh PKR mahukan kerusi mereka manakala PKR pula mahu kerusi yang telah ditandingi oleh PAS, ini bermaklna perjuangan mereka tidak pernah konsisten untuk membela nasib rakyat," tegasnya.

Dalam hal ini, Syed Ali tidak menolak kemungkinan PAS akan bertanding secara bersendirian pada PRU ke-13 akan datang.
PAS dijangka bertanding bersendirian

"Soal perebutan kerusi sudah menjadi isu hangat dalam PR dan beberapa pemimpin kanan PAS sudah mula bersuara secara terbuka termasuk mengecam perlakuan Azmin," ujarnya.

Selaras dengan itu, beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menegaskan rakyat di negara ini tidak seharusnya terpedaya dengan dakyah PR kononnya impian mereka untk menawan Putrajaya semakin hampir.

Katanya, impian itu hanya dipasang oleh Anwar bagi memenuhi siri pembohongannya terhadap rakyat sebagai salah satu taktik untuk menunjukkan bahawa beliau masih berpengaruh.

"Sebenarnya kredibiliti Anwar sudah lama tercalar apabila didakwa terbabit dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari," tegasnya.

Oleh sebab itu jelas beliau, Anwar sengaja melambat-lambatkan proses perbicaraan kerana sedar kes tersebut bakal menjahanamkan kerjaya politik beliau.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


STATISTIK PILIHANRAYA KECIL 2008 - 2011

Posted: 16 Feb 2011 07:08 PM PST

Menjelang Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin merujuk kepada Statistik Pilihanraya kecil di PARLIMEN / DUN yang telah di adakan sejak dari tahun 2008 hingga 2011.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, ingin menyeru Pemimpin - Pemimpin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus bersama - sama akar umbi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional.



NOTA KAKI : PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS SENTIASA BERDOA BARISAN NASIONAL AKAN MENANG KEDUA-DUA PILIHANRAYA KECIL UNTUK MENYAMAI KEDUDUKAN PAKATAN 8 - 8. KINI BARISAN NASIONAL KETINGGALAN 6 - 8. BARISAN NASIONAL MESTI BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN KEMENANGAN SEBELUM PILIHANRAYA UMUM KE 13.

WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG

WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG


Fw: Satu lapuran Polis akan dibuat...

Posted: 17 Feb 2011 03:16 AM PST

Subject: Satu lapuran Polis akan dibuat...

Satu lapuran Polis akan dibuat oleh Pemuda Umno Kapar pada Jumaat 18/2 jam 2.45pm di Balai Polis Klang Utara (SKI)Bagi mendesak Pihak Berkuasa menghalang Hindraf menganjurkan Forum" END UMNO RACISM &REVOKE INTERLOK pada 19/2 Sabtu jam 8.15mlm di Padang Tmn Sentosa, Kapar" ayoh semua org melayu yg sayang kan Umno bersama2 membuat desakan.Tq
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pengikut