Khamis, 17 Februari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Mahathir dedah ‘wajah’ sebenar Nik Aziz ; lilitan serban mengabui mata rakyat – Syed Ali

Posted: 17 Feb 2011 12:58 AM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee memuji Tun Dr. Dr. Mahathir Mohamad yang tampil mendedahkan 'wajah' sebenar Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sanggup bekerjasama dengan syaitan bagi menjayakan agenda politiknya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berpendapat, pendedahan oleh Dr. Mahathir akan memberi peluang kepada rakyat negara ini khususnya umat Islam mengenali peribadi Nik Aziz yang selama ini bertopengkan lilitan serban untuk mengabui mata masyarakat.

"Keberanian bekas Perdana Menteri itu mendedahkan siapa sebenarnya Nik Aziz diharapkan akan menyedarkan sebahagian daripada umat Islam yang terpedaya dengan gerakan politik PAS untuk menguasai negara ini dengan kerjasama DAP dan PKR," tegasnya.

Beliau berkata, Nik Aziz selama ini telah banyak menyesatkan pemikiran umat Islam dengan pelbagai fatwa karut termasuk menjadikan isu syurga dan neraka sebagai bahan mainan.

Sambil menyesali sikap Menteri Besar Kelantan itu, Syed Ali menegaskan Nik Aziz sanggup mencipta fatwa dengan menkafirkan orang UMNO tetapi dalam masa yang sama masih bersubahat dengan DAP.

"Itulah maksud bekerjasama dengan syaitan sepertimana dikatakan oleh Dr. Mahathir. DAP terang-terang menolak negara Islam termasuk Hukum Hudud ala-PAS, tetapi Nik Aziz boleh menghalalkan perbuatan tersebut," ujarnya.

Beliau hairan bagaimana pengikut dan penyokong PAS masih boleh bersekongkol dan bersubahat dengan Nik Aziz yang secara jelas mempralatkan agama untuk memenuhi nafsu politik beliau.
Bersetuju dengan pendapat Dr. Mahathir bahawa Nik Aziz hanya mahu memenangi pilihan raya, Syed Ali menambah seseorang apabila dianggap sebagai tok guru tidak akan bercakap bohong dan mendustai rakyat.

"Lazimnya juga apabila seseorang itu memakai serban dan dilebelkan tok guru akan berasa malu untuk bercakap bohong, apatah lagi menjatuhkan hukum seseorang itu sebagai kafir," tegasnya.

Tetapi malangnya kata beliau, tok guru PAS (Nik Aziz) semakin terkenal dengan cakapnya yang berbelit-belit.

"Inilah orang yang telah menjadi punca kepada pertelagahan sesama umat Islam di negara ini sehingga bukan Islam sudah berani memperlekehkan kesucian agama Islam," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Nik Aziz supaya tidak lagi bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebaliknya memberi tumpuan kepada gerakan Islam untuk kepentingan umat keseluruhannya.

"Seperti kata Dr. Mahathir, Nik Aziz mungkin banyak ilmu agama, maka eloklah dia tidak lagi menyertai mana-mana parti politik sebaliknya memberi tumpuan untuk berdakwah," katanya.

Berebut kawasan pilihan raya ; pertelingkahan PKR – PAS semakin terbongkar

Posted: 16 Feb 2011 11:45 PM PST

SAKIT hati pemimpin PAS terhadap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bukan satu perkara baru malah sudah berlaku sejak Pilihan Raya Umum (PKR) ke-12 yang lalu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, perang dingin pemimpin PAS dengan Azmin itu berjaya ditutup seketika bagi mengelak kepincangan dan keretakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) diketahui umum.


























"Sebenarnya pemimpin PAS sudah lama meluat dan bosan dengan isu negatif dalam PKR terutama dalam isu liwat Datuk Seri Anwar ibrahim," ujarnya.

Justeru katanya, kekecewaan dan sakit hati pemimpin PAS terhadap Azmin sampai ke kemuncaknya apabila Ahli Parlimen Gombak itu dikatakan mula bertindak secara didaktor dan cuba mengusai PR.

Menurut beliau, pekung itu akhirnya pecah apabila Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali dilaporkan memberi amaran kepada Azmin supaya 'tutup mulut' dan tidak layak bercakap dalam soal parti itu.

Mustapa dengan nada keras menyelar Azmin sebagai tidak layak bercakap dan mendakawa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah dibincang oleh pemimpin tertinggi PAS.

Dalam hal ini kata Syed Ali, pemimpin PAS semakin sedar Azmin mula meneruskan cengkamannya dalam PR sepertimana yang dilakukan oleh Anwar sebelum ini.

Menurut beliau lagi, pakatan PAS dan PKR sebenarnya tidak pernah ikhlas dan dibuat atas dasar untuk memenangi pilihan raya dengan memusuhi UMNO.

Oleh sebab itu katanya, antara PKR dan PAS masng-masing mencurigai di antara satu sama lain terutama dalam soal pengagihan kerusi pilihan raya.

Beliau turut menempelak PAS dan PKR yang hanya berebut di kawasan pilihan raya yang majoritinya Melayu tetapi takut untuk menutut kawasan dikuasai DAP.

"Sekarang PAS tuduh PKR mahukan kerusi mereka manakala PKR pula mahu kerusi yang telah ditandingi oleh PAS, ini bermaklna perjuangan mereka tidak pernah konsisten untuk membela nasib rakyat," tegasnya.

Dalam hal ini, Syed Ali tidak menolak kemungkinan PAS akan bertanding secara bersendirian pada PRU ke-13 akan datang.
PAS dijangka bertanding bersendirian

"Soal perebutan kerusi sudah menjadi isu hangat dalam PR dan beberapa pemimpin kanan PAS sudah mula bersuara secara terbuka termasuk mengecam perlakuan Azmin," ujarnya.

Selaras dengan itu, beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menegaskan rakyat di negara ini tidak seharusnya terpedaya dengan dakyah PR kononnya impian mereka untk menawan Putrajaya semakin hampir.

Katanya, impian itu hanya dipasang oleh Anwar bagi memenuhi siri pembohongannya terhadap rakyat sebagai salah satu taktik untuk menunjukkan bahawa beliau masih berpengaruh.

"Sebenarnya kredibiliti Anwar sudah lama tercalar apabila didakwa terbabit dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari," tegasnya.

Oleh sebab itu jelas beliau, Anwar sengaja melambat-lambatkan proses perbicaraan kerana sedar kes tersebut bakal menjahanamkan kerjaya politik beliau.

Tiada ulasan:

Pengikut