Razlan's |
Mahathir memerintah 22 tahun secara paksaan ? Posted: 17 Feb 2011 08:48 PM PST ** Penulis menuduh Tun Mahadhir memerintah negara 22 tahun secara paksaan. Cetek sungguh pemikiran penulis ... Nanyang Siang Pau Tajuk: Tun Mahathir Mahu Tutup Keburukan Tetapi Semakin Terbongkar Bekas perdana menteri Tun Mahathir boleh dikatakan orang yang mashur, beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun, hari ini umur beliau sudah menjangkau 80 tahun, beliau masih lagi pegang rotan bulu ayam membuat arahan, jika orang-orang yang beliau tidak berkenan, beliau akan gunakan lidah yang tajam seperti pedang, dengan kata-kata yang tajam mengkriti mereka, yang sering timbulkan kontrovesi yang tidak habis-habis. Semasa waktu beliau merangkap menteri dalam negeri, isu yang paling hangat ialah isu Operasi Lalang yang berlaku pada 27 Oktober 1987, lebih 100 orang-orang politik dan aktivis telah ditangkap di bawah akta ISA, orang-orang yang ditangkap terutama sekali dari kalangan orang-orang pemimpin parti pembangkang; pada masa yang sama pihak kerajaan tarik balik lesen-lesen percetakan akhbar Star, Sinchew Daily News dan Watan. Pemimpin DAP Lim Kit Siang secara keras mengutuk berkata itu adalah "sejarah hitam dalam hak asasi manusia"; bapa negara Tunku Abdul Rahman pada masa itu pun berkata, Operasi Lalang berbau politik yang kuat. Isu utama terjadi Operasi Lalang berlaku kerana isu guru-guru yang tidak tahu berbahasa Cina dihantar ke sekolah-sekolah rendah Cina, berlaku pergeselan yang sengit, dan bukannya isu anti kerajaan; dengan dilatar belakangkan perpecahan UMNO pada masa itu, menyebabkan dalaman UMNO menentang Mahathir. Cuba Alihkan Pandangan Untuk Perbaiki Keadaan Selama beberapa tahun ini, orang asing mengatakan penangkapan dibuat semauanya rancangan dan arahan dari Mahathir, kerana mahu meredakan keadaan pada masa itu beliau hadapi pelbagai masalah dan tekanan dalam politik, dengan bermaksud mahu alihkan pandangan orang ramai beliau berbuat kemikian, tetapi selepas 24 tahun orang kuat ini mengatakan itu semua rancangan pihak polis untuk lakukan penangkapan secara besar-besaran. Bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar juga memberi penjelasan, pihak polis menggunakan akta ISA buat penangkapan besar-besaran kerana pada masa itu memandangkan mungkin akan berlaku huru hara, adakah jawapan itu boleh dipercayai? Kami percaya jika bukan arahan dari Mahathir untuk lakukannya, siapa yang berani buat? Kerana 10 hari sebelum penangkapan dilakukan, pemuda UMNO di stadium Jalan Raja Muda telah buat perhimpunan secara besar-besaran, mempakarkan sepanduk-sepanduk "13 Mei telah bermula" untuk menghasut orang ramai, tetapi pihak polis tidak lakukan sebarang tindakan, apa pula jawapan ini? Sebab itu orang ramai bertanya adakah akta ISA itu alat untuk parti pemerintah melawan parti pembangkang? Mengikut apa yang Lim Kit Siang perkatakan, pada 11 November 1988 Mahathir memberi tahu majlah Asia Week, ada sesetengah orang masih lagi dalam tanahan ISA kerana mereka masih tidak mahu lepaskan niat untuk menghasut dan membenci kaum, mereka akan terus ditahan sehingga mereka sedar dan mahu mengaku tidak mahu buat perkara seperti itu lagi. Cuba Timbulkan Isu Lama Untuk Menutup Tetapi Semakin Terbongkar? Lim berkata tidak ada seorang polis pun yang memberitahu beliau lepaskan hasrat menghasut ataupun kebencian kaum sebelum beliau dilepaskan pada bulan April 1989. Kenapa isu ini semakin pelik? Kata-kata Mahathir dan Lim Kit Siang tidak sama dan agak berlainan, kenapa lepaskan Lim Kit Siang kedua-dua beranak itu tanpa syarat? Sebenarnya akta ISA telah disalahgunakan, gunakan hak kepentingan awam untuk jadi alat untuk tujuan dan hasrat peribadi. Negara kita telah mencapai 53 tahun merdeka, pemerintahan Mahathir selama 22 tahun secara paksaan, dalam pemerintahannya sudah berlaku tidak adil dalam tangani kaum, hari ini sekali lagi beliau menenkankan ketuanan Melayu. Mempertahankan hak semua kaum memang tidak boleh dielak, tetapi hanya pertahankan satu kaum sahaja, adakah itu sudah menggugat ataupun mengkikis hak-hak kaum-kaum yang lain? Apabila kaum mereka mempertahankan kepentingan hak kaum sendiri, adakah itu boleh diibaratkan menindas perasaan kaum lain, isu itu akhirnya dikatakan boleh dibenarkan untuk ditahan di bawah akta ISA. Selama ini Mahathir pentingkan nama dan kewibawaannya, tetapi yang hapuskan kuasa raja-raja adalah beliau sendiri, selain memengang jawatan perdana menteri, beliau juga memegang jawatan menteri kewangan dan menteri dalam negeri, semua dilakukan oleh beliau seorang, syarikat-syarikat kerajaan diswastakan pun dilakukan oleh beliau, kerugian syarikat penerbangan MAS dengan harga tinggi beli kembali pun beliau yang lakukannya, perjanjian lebuh raya yang tetap untung tidak rugi pun beliau yang lakukannya, semua berlaku kerana perbuatan beliau. Hari ini, kenapa beliau masih mahu bangkitkan isu 24 tahun lalu itu dan persalahkan orang lain pula, bukankah semua itu semakin disebut semakin terbongkar semua rahsia keburukannya? |
You are subscribed to email updates from Razlan's To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan