Rabu, 16 Februari 2011

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang


kenapa baru sekarang...

Posted: 29 Jan 2009 12:52 AM PST

kenapa sekarang baru hendak dipertikaikan tentang sayap-sayap umno? kenapa tidak sewaktu baru hendak ditubuhkan dulu. kalau semua sayap nak dimansuhkan ke mana pula nak diletakkan mereka tu semua. tidak takutkah kalau sayap2 ini pula hendak bertanding jawatan peringkat MT. kalau di peringkat bahagian pula jangan hairan kalau ketua bahagiannya pula banyak disandang oleh wanita atau puteri. dan di peringkat cawangan bagaimana pula jika ketua cawangan dimonopoli oleh kaum wanita juga.

Razlan's

Razlan's


Surat Khabar Berbahasa Cina terus menerus mengkritik Tun Mahathir.

Posted: 16 Feb 2011 07:59 PM PST

Nanyang Siangpau
Perkara: pandangan Tun Mahathir?
Ruangan: Opinion Yuan Lun m/s A16
Tarikh: 15 Februari 2011 (Selasa)

Tajuk:
Kritis Bahasan Mahathir
Koh See Kien/ Pengkritik semasa

Pada 12 haribulan ini bekas perdana menteri dalam artkel dilema Melayu
memberi pandangan dan berakhir seperti berikut, dalam perbahasan itu
ada 2 perbahasan yang dikatakan amat penting, yang pertama kerana
orang-orang Melayu berpecah menyebabkan orang-orang Melayu perlu dapat
sokongan dari kaum lain untuk menyokong kerajaan dan kerajaan baru
boleh berkuasa, yang kedua DEB disalahguna oleh orang-orang tertentu,
tetapi ia perlu diteruskan jika tidak orang-orang Melayu akan kalah
dan tercicir.

Sebenarnya 2 perkara itu memang perlu dibahaskan pada hari ini, dan ia
bukan sahaja terhenti dengan isu-isu itu begitu sahaja.

Kerana selepas Merdeka pada tahun 1957, orang-orang Melayu berpecah
kepada 3 kumpulan, kumpulan yang terbesar ialah UMNO, kedua Pas
seterusnya kumpulan orang-orang Melayu yang bersayap kiri, tetapi pada
PRU tahun 1959 dan 1964, Perikatan menang besar, kedudukan UMNO
semakin hari semakin kuat, dan tidak diperhatikan oleh Mahathir
sendiri yang tidak mengsyaki berlaku perpecahan dalam orang-orang
Melayu dan pada masa itu bliau tidak kritik orang-orang Melayu telah
berpecah dalam politik.

Pada PRU tahun 1969, Perikatan hadapi kekalahan yang tidak diduga,
parti pembangkang menang besar, pada masa itu Mahathir juga kalah
dalam PRU, menimbulkan kemarahan beliau dan mengkritik Tunku Abdul
Rahman mengatakan pemerintahan Tunku kurang baik. Selain daripada
hampir kehilangan kerajaan Pulau Pinang, pada masa itu juga Perikatan
kehilangan kuasa majoriti 2/3 di Parlimen.

Seterusnya berlaku yang tidak diingini peristiwa 13 Mei tumpah darah
antara kaum, negara dalam keadaan perintah berkurung.

Apabila Mahathir membuat asakan, Tunku terpaksa serahkan kuasa pada
timbalannya Tun Abdul Razak. Pada tahun 1972 Mahathir dibenar masuk
semula UMNO (kerana pada peristiwa 13 Mei Tunku tarik keahlian
Mahathir dari UMNO; pada tahun 1971 Tunku besara dan berundur diri).

Perpecahan Orang Melayu Goyangkan UMNO

Selepas peristiwa 13 Mei, kekuatan orang-orang Melayu berkisar pada
tampuk kekuasaan UMNO, walaupun pada masa itu Pas kuat tetapi Pas
telah dimasukkan ke dalam kerajaan campuran, sehingga pada tahun 1977
Pas keluar dari Perikatan dan tidak lagi sebagai ancaman besar kepada
UMNO walaupun sudah keluar.

Sebaliknya setibanya zaman Mahathir, UMNO terima dua cabaran besar,
yang pertama Tengku Razaleigh Hamzah tubuhkan Semangat 46 pada tahun
1989, pada tahun 1990 mencabar Mahathir mahu merampas kepimpinan
kerajaan.

Pada masa itu akhirnya Mahathir menang besar, Tengku Razaleigh Hamzah
hanya dapat membantu Pas menang kembali kerajaan Kelantan, pada masa
itu Mahathir tidak anggap orang-orang Melayu telah berpecah dan boleh
goyangkan dasar kepimpinan UMNO, (pada tahun 1996 Semangat 46
dibubarkan dan mereka kembali kepada UMNO, sekali lagi Mahathir menang
besar dalam arena politiknya).

Kedua, pada tahun 1998 Mahathir lucutkan jawatan timbalannya Anwar
Ibrahim, seterusnya berlaku Anwar Ibrahim tubuhkan PKR pada tahun 1999
bertanding di PRU.

Walaupun pada masa itu PKR tidak menang besar, tetapi telah membantu
Pas menang dan merampas kerajaan Terengganu (mereka menang 27 kerusi
Parlimen di Terengganu), menyebabkan Mahathir terpaksa susun semula
stategi Barisan Nasional, termasuk mengatakan Malaysia sudah pun
menjadi negara Islam.

Mahathir juga anggap jika bukan Anwar pecahkan UMNO, tidak mungkin Pas
boleh menang besar. Beliau persalahkan orang-orang Melayu tidak
bersatu dan mempersoalkan kenapa orang-orang Melayu tidak hormati
kerajaan dan politik yang berdemokrasi ini?

Tuduhan Hamba Abdi Yang Terlalu Fanatik

Tahun 2004 pemerintahan Abdullah dengan semangat berkubar-kubar dan
mendapat kuasa yang begitu luarbiasa besar, tetapi dalam pilihan raya
tahun 2008 berlaku kekalahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,
kehilangan 5 kerajaan negeri (selepas itu dapat rampas kembali
kerajaan negeri Perak); bukan sahaja kehilangan kuasa 2/3 di Parlimen,
malah menjurus kepada model dwi kuasa politik telah terbentuk di
negara ini.

Sekali lagi Mahathir terus menuding Abdullah, mahu Abdullah letak jawatan.

Pada tahun 2011 Mahathir tidak begitu senang terhadap pemerintahan
Najib, dengan lantang mahu orang-orang Melayu bersatu padu, jika tidak
orang-orang Melayu perlu bergantung sokongan dari kaum lain untuk
terus memerintah.

Jika orang-orang Melayu terus berpecah, orang-orang Melayu akan jadi
hamba abdi di negara ini.

Kata-kata seperti itu sangat fanatik, kerana sama ada Mahathir suka
atau tidak suka, Malaysia adalah negara terdiri daripada berbilang
kaum, kerajaan itu disokong oleh pelbagai kaum adalah memang adat dan
lumrahnya, jika tidak kenapa pada masa dahulu kerajaan Perikatan
ditubukan dan sekarang ini dinamakan Barisan Nasional?

Kenapa dikatakan jadi "Hamba Abdi" pula? Adakah Mahathir tidak anggap
pada tahun 1999 beliau perkukukan kuasa politiknya tidak terlepas
daripada dapat sokongan dari berbilang kaum? Kenapa sekarang ini pula
beliau berkata pada masa itu orang-orang Cina sokong Barisan Nasional
kerana mahu selamatkan harta benda dan asset orang-orang Cina, ini
adalah tomahan yang berat sebelah dan berpandangan tidak adil serta
cuba menyusahkan perasaan orang-orang Cina.

Sebenarnya apa sebab orang-orang Cina sokong kerajaan pada masa itu,
disebabkan kerana orang-orang Cina masih belum tahu matlamat dan tuju
hala parti pembangkang yang sebenar, hanya anggap parti pembangkang
itu sebagai duplikasi daripada model Tengku Razaleigh Hamzah, sebab
itu parti pembangkang tidak dapat sambutan agrasif dari kalangan
orang-orang Cina.

Cuma apabila setibanya PRU tahun 2008 orang-oranag Cina mahukan
perubahan secara terdesak barulah berlakunya Tsunami politik itu.

Cabaran Najib hari ini ialah konsep Satu Malaysia beliau, sama ada ia
dapat dilaksanakan ataupun tidak dan tahap apa pula yang boleh dicapai
yang boleh menggerakan politik dalam negara yang berdemokrasi ini,
Najib tidak langsung menggunakan apa yang dibahaskan oleh Mahathir
berkaitan isu bahasan "Perkauman", dan Najib bukan orangnya yang
berterusan mahu laksanakan program MEB selamanya untuk mendapatkan
sokongan.

Dengan itu apa yang dibahaskan oleh Mahathir seperti telah mundur
kebelakang, menafikan kedudukan Model Ekonomi Baru dan mengkritik
rancangan tersebut.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Waspada stretegi pembangkang cetuskan kacau bilau politik – Syed Ali

Posted: 15 Feb 2011 07:40 PM PST

RAKYAT perlu berhati-hati kemungkinan wujud strategi pihak tetentu untuk mencetuskan kacau bilau di dalam negara dengan mencontohi reformasi politik di Mesir, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Kebimbangan ini jelas beliau, berasaskan kepada ada laporan mendakwa Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan mahu PAS memainkan sentimen Islam bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap UMNO.

"Saya difahamkan Anwar dan beberapa pemimpin PAS dipercayai telah mengadakan pertemuan sulit bagi membincangkan straetgi politik berasaskan kepada perkembangan di Mesir," katanya.

Katanya, kemungkinan pakatan pembangkang cuba menggerakkan reformasi jalanan sepertimana berlaku di Mesir dalam usaha rakyat negara tersebut menumbangkan pemerintahan Hosni Mubarak.

Beliau mendakwa, cita-cita pembangkang yang dikuasai oleh DAP sebenarnya mahu melenyapkan sistem demokrasi dan kerajaan berparlimen dengan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Oleh sebab itu kata beliau, pembangkang sengaja mencetuskan konflik di kalangan orang Melayu disamping berterusan menjatuhkan intergriti dan kedudukan raja-raja Melayu.

Tiru reformasi politik di Mesir untuk runtuhkan benteng orang Melayu

"Pembangkang sedar orang Melayu adalah benteng kepada kedaulatan negara ini, oleh sebab itu mereka berusaha untuk meruntuhkan benteng tersebut dengan pelbagai cara," tegasnya lagi.

Justeru tegas beliau, rakyat yang selama ini hidup dalam suasana aman dan menikmati pelbagai kemudahan disediakan kerajaan perlu berhati-hati dengan persepsi negatif yang cuba disebarkan oleh pihak pembangkang.

Katanya lagi, Anwar dalam usaha melepaskan diri daripada kes liwatnya sudah pasti akan mendapatkan bantuan kuasa asing untuk merosakkan kestabilan politik di negara ini.

"Anwar tidak akan memperdulikan kebajikan dan kepentingan rakyat terutama masa depan umat Islam di negara ini, apa yang penting bagi beliau ialah memiliki kuasa walaupun terpaksa menjadi alat kepada pihak asing," tegasnya.

Dalam masa yang sama tegas Syed Ali, kumpulan pelampau Hindraf juga mengambil turut mengambil peluang tersebut dengan cuba mengajurkan perhimpunan haram dengan mempergunakan isu novel Interlok.

"Walaupun cubaan Hindraf itu berjaya dipatahkan oleh polis tetapi kita bimbang pihak pembangkang akan terus melancarkan perang provokasi untuk meruntuhkan sistem demokrasi berparlimen di negara ini," katanya.

Bagai mencapai matlamat tersebut tambah beliau, parti-parti pembangkang dipercayai cuba membangkitkan kegelisahan rakyat terhadap kerajaan dengan menyemarakkan sentimen agama, kaum dan budaya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Hak dan suara rakyat tetap diutamakan oleh kerajaan BN

Dalam hal ini Syed Ali menjelaskan, senario politik di Mesir dengan negara ini terlalu jauh berbeza kerana kedudukan dan pemilihan wakil rakyat termasuk Perdana Menteri dibuat atas kehendak majoriti rakyat menerusi proses pilihan raya berasaskan konsep demokrasi.

Menurut beliau, di sebabkan kuasa di tangan rakyat, kerajaan tetap menghormati keputusan mereka dan jika majoriti rakyat menolak kerajaan yang memerintah, maka akan berlaku proses pertukaran kuasa secara baik dan harmani.

"Tetapi di Mesir, lebih 30 tahun rakyat mereka di nafikan hak untuk memilih seseorang pemimpin yang menyebabkan Mubarak memerintah negara tersebut dengan penuh kekejaman dan kezaliman," tegasnya.

"Sedangkan di negara ini, hak rakyat tetap diutamakan dan mereka bebas menentukan pilihan mereka pada setiap kali berlakunya pilihan raya tanpa rasa takut dan terancam.

Oleh sebab itu jelas beliau, proses peralihan kuasa di negara ini dilihat yang paling baik di dunia dengan lima orang Perdana Menteri silih berganti dengan terus mendapat sokongan rakyat.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Pemimpin perlu bertanggungjawab!

Posted: 16 Feb 2011 05:50 AM PST

Sultan Azlan Shah diiringi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah (kanan) merasmikan Masjid Jamek Medan Klebang Restu sambil diperhatikan Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ahmad Husni Hanadzlah ketika majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak dan perasmian Masjid Jamek Medan Klebang Restu di Chemor, Perak, semalam.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahukan pemimpin yang diberikan amanah oleh Allah dan mendapat kepercayaan rakyat menjadi pemimpin bertanggungjawab, bersih daripada rasuah, tidak menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa.

Baginda bertitah, rakyat khususnya golongan remaja kini semakin gelisah dengan urusan dunia yang mereka lihat telah menyimpang jauh dari nilai-nilai kepimpinan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Titah baginda, kejadian yang sedang berlaku di beberapa negara di dunia pada waktu ini perlulah dijadikan pengajaran oleh pemimpin.

"Keresahan golongan remaja ini dipamerkan melalui pelbagai cara, melalui saluran media tempatan dan antarabangsa, melalui saluran komunikasi moden, melalui pelbagai gerakan dan bila tidak lagi dapati dikawal dijelmakan melalui tindakan-tindakan yang lebih agresif," titah baginda.

Sultan Perak bertitah demikian pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri dan perasmian Masjid Jamek Medan Klebang Restu, Chemor di sini hari ini.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Kecil Bongsu Perak Raja Datuk Seri Asman Shah.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Ahli Exco Kerajaan negeri Perak.

Sultan Azlan Shah bertitah, demografi penduduk menunjukkan dalam tahun 1990, 20 peratus remaja dunia dalam lingkungan usia 15 ke 29 tahun adalah remaja Islam.

Baginda bertitah, peratusan remaja Islam di dunia meningkat kepada 26 peratus dalam tahun 2010 dan diunjurkan mencapai 29 peratus jumlah remaja di dunia dalam tahun 2030.

"Golongan remaja Islam ini tersebar di serata dunia, meskipun majoriti mereka dilahirkan dan tinggal di negara-negara yang tergolong dalam kategori negara mundur dan miskin, namun bilangan yang berpeluang berhijrah ke negara maju untuk belajar dan bekerja semakin bertambah.

"Mereka ini terdedah kepada pelbagai contoh kemajuan, corak pembangunan serta pelbagai bentuk pemerintahan. Ditambah dengan tekonologi maklumat dan komunikasi yang semakin mudah, remaja Islam di serata dunia semakin terdedah dan terbuka pemikirannya," titah baginda.

Titah Sultan Perak, golongan remaja pada zahirnya memiliki jiwa merdeka, idealisme yang murni dan pengharapan yang tinggi.

Justeru titah baginda, golongan remaja yang terpelajar dan berilmu mempunyai daya analisis yang kritikal dapat membezakan antara kaca dengan permata, antara kepalsuan dengan kebenaran, antara yang baik dengan yang buruk.

"Golongan remaja ini memiliki keberanian mengambil risiko besar dan kesediaan menerima cabaran, golongan ini juga memiliki daya tenaga mahu melakuksna perubahan untuk kebaikan," baginda bertitah.

Dalam pada itu, Sultan Azlan Shah bertitah mahu umat Islam menjadikan rumah Allah atau masjid sebagai simbul perpaduan, persaudaraan serta penyebaran ilmu.

"Rumah Allah ini adalah pusat menjana kebenaran berteraskan ilmu dan fakta ke arah membina umat yang cemerlang, bersaudara, bersatu padu, saling membantu dan kasih mengasihani.

"Jawatankuasa dan pegawai masjid yang telah diberikan amanah menguruskan masjid ini hendaklah sentiasa berikhtiar untuk memakmurkan masjid setiap masa supaya rumah Allah ini berjaya menjana cahaya indah Islam dipersekitarannya," titah Sultan Perak.

Masjid Jamek Medan Klebang Restu dibina dengan kos RM1.9 juta mula dibina di kawasan 0.8 hektar pada 25 Februari 2008 dan siap pada 20 Mei 2009.

Warna-warni politik
Torashah

Datuk Haji Yussof Haji Mahal

Datuk Haji Yussof Haji Mahal


Yussof Lawat Mangsa Kebakaran Di Kg, Pohon Batu

Posted: 15 Feb 2011 06:12 PM PST




Labuan 10 Feb: Ahli Parlimen Labuan YB. Datuk Hj Yussof Mahal telah datang melawat ke lokasi rumah mangsa kebakaran, En. Ahmad @ Amit Budin. di Lot PB0185, Kampung Pohon Batu, WP. Labuan. Beliau yang turut ditemani Wakil Ahli Parlimen kawasan berkenaan En. Ismail Samat meluangkan waktu selama lebih 45 minit meninjau keadaan rumah mangsa

Kebakaran yang berlaku pada 29hb lalu telah memusnahkan rumah dua tingkat mangsa tanpa sempat dipadamkan memandangkan keadaan angin yang bertiup kencang pada malam kejadian. namun,tiada kehilangan nyawa berlaku. Bagi meringankan beban mangsa Yussof berjanji akan memberikan bantuan kewangan sebanyak RM3,000 dan ianya disampaikan pada Program Umno JUARA RAKYAT yang bakal dilangsungkan pada 12hb Februari ini. Yusof turut menggesa agensi lain untuk tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran ini. Atas keprihatinan beliau ini Ahmad dengan rasa gembira mengucapkan ucapan jutaan terima kasih .

WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG

WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG


Fw: Jemputan: Pesta Chop Goh Mei...

Posted: 16 Feb 2011 06:51 AM PST

Jemputan: Pesta Chop Goh Mei Bersama YAB Dato' Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia Merangkap Pengerusi UMNO/BN Selangor Pada 17 Februari,2011(Khamis) jam 11.00 pagi di Padang Dato' Hormat PJS 10,PJ. Kehadiran amat dialukan.tq
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pengikut