Rabu, 16 Februari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Waspada stretegi pembangkang cetuskan kacau bilau politik – Syed Ali

Posted: 15 Feb 2011 07:40 PM PST

RAKYAT perlu berhati-hati kemungkinan wujud strategi pihak tetentu untuk mencetuskan kacau bilau di dalam negara dengan mencontohi reformasi politik di Mesir, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Kebimbangan ini jelas beliau, berasaskan kepada ada laporan mendakwa Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan mahu PAS memainkan sentimen Islam bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap UMNO.

"Saya difahamkan Anwar dan beberapa pemimpin PAS dipercayai telah mengadakan pertemuan sulit bagi membincangkan straetgi politik berasaskan kepada perkembangan di Mesir," katanya.

Katanya, kemungkinan pakatan pembangkang cuba menggerakkan reformasi jalanan sepertimana berlaku di Mesir dalam usaha rakyat negara tersebut menumbangkan pemerintahan Hosni Mubarak.

Beliau mendakwa, cita-cita pembangkang yang dikuasai oleh DAP sebenarnya mahu melenyapkan sistem demokrasi dan kerajaan berparlimen dengan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Oleh sebab itu kata beliau, pembangkang sengaja mencetuskan konflik di kalangan orang Melayu disamping berterusan menjatuhkan intergriti dan kedudukan raja-raja Melayu.

Tiru reformasi politik di Mesir untuk runtuhkan benteng orang Melayu

"Pembangkang sedar orang Melayu adalah benteng kepada kedaulatan negara ini, oleh sebab itu mereka berusaha untuk meruntuhkan benteng tersebut dengan pelbagai cara," tegasnya lagi.

Justeru tegas beliau, rakyat yang selama ini hidup dalam suasana aman dan menikmati pelbagai kemudahan disediakan kerajaan perlu berhati-hati dengan persepsi negatif yang cuba disebarkan oleh pihak pembangkang.

Katanya lagi, Anwar dalam usaha melepaskan diri daripada kes liwatnya sudah pasti akan mendapatkan bantuan kuasa asing untuk merosakkan kestabilan politik di negara ini.

"Anwar tidak akan memperdulikan kebajikan dan kepentingan rakyat terutama masa depan umat Islam di negara ini, apa yang penting bagi beliau ialah memiliki kuasa walaupun terpaksa menjadi alat kepada pihak asing," tegasnya.

Dalam masa yang sama tegas Syed Ali, kumpulan pelampau Hindraf juga mengambil turut mengambil peluang tersebut dengan cuba mengajurkan perhimpunan haram dengan mempergunakan isu novel Interlok.

"Walaupun cubaan Hindraf itu berjaya dipatahkan oleh polis tetapi kita bimbang pihak pembangkang akan terus melancarkan perang provokasi untuk meruntuhkan sistem demokrasi berparlimen di negara ini," katanya.

Bagai mencapai matlamat tersebut tambah beliau, parti-parti pembangkang dipercayai cuba membangkitkan kegelisahan rakyat terhadap kerajaan dengan menyemarakkan sentimen agama, kaum dan budaya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Hak dan suara rakyat tetap diutamakan oleh kerajaan BN

Dalam hal ini Syed Ali menjelaskan, senario politik di Mesir dengan negara ini terlalu jauh berbeza kerana kedudukan dan pemilihan wakil rakyat termasuk Perdana Menteri dibuat atas kehendak majoriti rakyat menerusi proses pilihan raya berasaskan konsep demokrasi.

Menurut beliau, di sebabkan kuasa di tangan rakyat, kerajaan tetap menghormati keputusan mereka dan jika majoriti rakyat menolak kerajaan yang memerintah, maka akan berlaku proses pertukaran kuasa secara baik dan harmani.

"Tetapi di Mesir, lebih 30 tahun rakyat mereka di nafikan hak untuk memilih seseorang pemimpin yang menyebabkan Mubarak memerintah negara tersebut dengan penuh kekejaman dan kezaliman," tegasnya.

"Sedangkan di negara ini, hak rakyat tetap diutamakan dan mereka bebas menentukan pilihan mereka pada setiap kali berlakunya pilihan raya tanpa rasa takut dan terancam.

Oleh sebab itu jelas beliau, proses peralihan kuasa di negara ini dilihat yang paling baik di dunia dengan lima orang Perdana Menteri silih berganti dengan terus mendapat sokongan rakyat.

Tiada ulasan:

Pengikut