Sabtu, 5 Februari 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


INFO N 27 MERLIMAU, ...

Posted: 04 Feb 2011 06:00 PM PST

UMNO-BN LANCAR JENTERA PENERANGAN HARI INI

MELAKA, 3 Feb – Jentera Penerangan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan dilancarkan di Dewan Masyarakat Air Merbau, Merlimau, Sabtu.
"Jentera kita akan disertai oleh penceramah, penulis dan bloggers yang akan menjawab setiap isu seperti kenaikan harga barangan dan beberapa isu nasional. Penceramah termasuk mereka yang terlibat akan dibekalkan dengan segala maklumat terkini yang mampu menjawab sebarang isu yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang kepada penduduk di Merlimau," Kata Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia. - UMNO Online

TERKINI : CALON PAS DI MERLIMAU....

Posted: 04 Feb 2011 05:52 PM PST

WANITA TETAP PILIHAN PAS...

Walaupun PAS kalah di Dun Tenang dengan calonnya yang dilihat sungguh ayu dan manis, mampu menawan hati pengundi. Namun seperti yang didakwa pemimpin-pemimpin PAS bahawa mereka tidak pernah ketandusan pemimpin terutama di kalangan wanita, kali ini di DUN Merlimau, dikhabarkan wanita juga mendapat tempat sebagai calon mereka.

Di antara yang dikhabarkan ialah bekas pengetua sekolah yang pernah berkhidmat di Dun Merlimau. Jika benar, pasti bekas pengetua sekolah itu seorang yang lebih matang dan meningkat usia. Apakah calonnya seperti ini?


Kedengaran juga, calon yang bakal dipertandingkan ialah seorang doktor yang mempunyai klinik persendirian di Dun Merlimau.

Adakah ini satu kesinambungan sketsa PRK Dun Tenang? Guru dan Klinik!!!

Hanya pada 7 Februari, Isnin akan datang, bakal mengetahui samada PAS atau PKR yang akan bertanding di DUN Merlimau setelah pemimpin2 Pakatan bermesyuarat.

Mengikut perkiraan Salahuddin PAS seharusnya meletakkan calon mereka sekiranya status quo 2008 dikekalkan seperti yang dilaporkan  Malaysia Insider

MELAYU BOLEH BERSATU.......

Posted: 04 Feb 2011 05:08 PM PST

TUN M: KETUK KEPALA NIK AJIS DAN ANWAR, BARU MELAYU BOLEH BERSATU

Apakah benar ni gambar tok guru ketika berkahwin mengikut  lapuran satu blog, kalau benar hebat n dahsyat budaya Islam tah kemana budaya Melayu tah kemana? Jubah n kopiah ala ala pope yang tajam kat atas hilang dan baju mak yong mek kelate pun tak nak. Baju kot n gown lagi. Mana tudung? ala-ala mat saleh pulak Kelassss gitu, bila kena batang hidung semua halal kalau orang semua kafir.Eh kata bersanding tu kan syirik, budaya hindu,yg gambar kat atas tu apa berzanji atau berkhatam,oh peninglah tak paham


Tun M: Ketuk Kepala Nik Ajis Dan Anwar, Baru Melayu Boleh Bersatu.



"Cara mudah, ketuk kepala nik ajis dan anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka," kata beliau menjawab satu soalan bagaimana untuk menyatupadukan orang melayu yang menurutnya sudah berpecah tiga.

"Niat mereka hanya untuk mendapat tempat. anwar dengan dasarnya untuk sampai ke putrajaya dan nik ajis adalah seorang 'opportunist'. tidak ada niat mereka ini untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, itu yang susah hendak berbaik dengan mereka,"

Tun mahathir mendakwa orang melayu sudah berpecah kepada tiga dan kuasa politik semakin mengecil dan tidak menolak kemungkinan akan menjadi macam orang melayu singapura.


Tun juga menyifatkan usaha menyatupadukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin berkenaan, nik ajis dan anwar untuk ke arah itu. klik disini

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Calon Merlimau ; jangan 'tekan' Najib - Syed Ali

Posted: 05 Feb 2011 05:34 AM PST

"JANGAN beri tekanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siapa calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, serahkan kepada beliau buat keputusan terbaik untuk parti dan rakyat," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, Presiden UMNO sudah semestinya akan membuat pertimbangan dengan mengambilkira kepentingan pengundi di kawasan tersebut.

Beliau kesal setiap kali berlaku pilihan raya kecil, soal siapa calon mula digembar-gemburkan seolah-olah membelakangkan keputusan Presiden UMNO.

Katanya, tidak perlu untuk mana-mana sayap UMNO khususnya Pergerakan Wanita menagih supaya calon mereka diketengahkan.

"Najib yang juga Perdana Menteri tahu siapa yang buat kerja untuk parti dan rakyat, tak perlu mendahului keputusan pucuk pimpinan," katanya.

Apa yang penting jelas beliau ialah semua pihak harus bekerja keras bagi mamastikan kemenangan kepada calon Barsian Nasional (BN) tanpa mengambil kira siapa calonnya.

Beliau percaya Najib dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mempunyai formula sendiri dalam menentukan calon terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat khususnya di DUN Merlimau.

"Serahkan kepada Presiden untuk tentukan calon berkelayakan, tak payah kita sibuk desak beliau dan tonjolkan orang tertentu sebagai calon," tegasnya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlalu awal mengumumkan mereka mahukan calon wanita bertanding di DUN Merlimau pada 6 Mac depan, seperti disiarkan oleh sebuah akhbar hari ini.

"Terlalu awal dan saya lihat kenyataan tersebut seperti satu tekanan kepada Najib yang boleh menyebabkan beliau berada dalam keadaan serba salah dan tidak selesa," ujarnya.

Tambah beliau lagi, tindakan itu juga seperti tidak menghormati Ali Rustam selaku pemimpin UMNO negeri berkenaan.

Semalam Shahrizat memberitahu media selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai, dekat Jasin supaya calon daripada Wanita dipertimbangkan.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang turut menjelaskan beliau bersedia untuk menerima tanggungjawab sekiranya dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Menurut Syed Ali lagi, kenyataan tersebut dilihat 'tidak manis' kerana ia boleh mengundang pelbagai persepsi di kalangan pemimpin tempatan terutama di peringkat bahagian.

"Semua ahli UMNO bertanggungjawab untuk memastikan kemenangan parti, bukan hanya terpikul di atas bahu satu kumpulan sahaja," ujarnya.

"Saya khuatir berikutan kenyataan tersebut akan berlaku rasa serba salah dan kecewa sesetengah pihak dan ini kemungkinan akan memberi impak yang kurang baik kepada parti.

Dalam hal ini, beliau percaya Najib dan Mohd. Ali akan mengambil kira daripada pelbagai aspek sebelum menentukan siapa calon yang berkelayakan untuk diketengahkan di DUN Merlimau.

"Siapa calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan kita harus sokong, Apa yang penting ialah kita harus mencipta kemenangan selepas keputusan terbaik di Tenang," katanya.


UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


MIC fokus program melonjakkan sosioekonomi masyarakat India

Posted: 04 Feb 2011 02:14 PM PST


MEMBINA kapasiti insan untuk membebaskan komuniti kaum India yang terpinggir daripada belenggu kemiskinan adalah komitmen dan tanggungjawab barisan kepemimpinan baru MIC yang dibentuk 6 Disember lalu.

Program berbentuk kemahiran, keusahawanan kecil serta pendidikan yang mampu mengangkat naik setakuk lagi taraf sosioekonomi kira-kira 30 peratus komuniti kaum itu sedang giat diatur MIC dengan bantuan sekumpulan pakar dan tokoh berpengalaman termasuk bidang perniagaan.

"MIC mahu membina kapasiti mereka kerana saya percaya dengan kemahiran atau skim bantuan kredit mikro yang diberikan, mereka mampu meningkatkan pendapatan sekali gus merubah kehidupan menjadi lebih baik"

"Yang penting, kalau ekonomi mereka baik, kita (MIC) pun tidak ada masalah. Tujuan utama MIC sekarang ialah memperkuatkan ekonomi keluarga yang masih terperangkap dalam masalah kemiskinan," kata Presidennya, Datuk G Palanivel.

Dalam menyusun program penting yang bakal menampilkan bentuk kepemimpinan baru MIC, selain menggariskan pendekatan terkini memenuhi tuntutan landskap semasa serta komitmen memperkasakan sosioekonomi masyarakat India, kepemimpinan tertinggi parti akan menghadiri mesyuarat kedua untuk memperhalusi hala tuju baru itu, pada 17 Februari ini.

Turut akan dibincangkan ialah kandungan draf Program Keusahawanan Masyarakat India yang disarankan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Februari lalu, supaya diatur dan dilaksanakan secepat mungkin oleh kepemimpinan baru parti.

"MIC mewujudkan satu jawatankuasa khas, termasuk pakar berpengalaman dalam perniagaan untuk menyediakan isi program ini dan menyerahkannya kepada kerajaan secepat mungkin untuk mendapatkan peruntukan," katanya.
Biarpun bermula dengan membuat kuih muruku, Timbalan Perdana Menteri nampak apa saja kegiatan keusahawanan secara kecil-kecilan berupaya menjana pendapatan lebih baik peserta program berkenaan.

"Lakukannya (program itu) untuk masa depan anda (kaum India)," katanya yang ditujukan kepada kepemimpinan MIC pada satu majlis di Labis, baru-baru ini sambil menegaskan soal pendapatan diri atau keluarga adalah sesuatu yang sangat penting untuk dicari dan ditingkatkan.

Program Satu Keluarga, Satu Usahawan yang disarankan dan mendapat jaminan peruntukan antara RM10 juta hingga RM20 juta daripada Muhyiddin itu pastinya menepati hasrat seluruh kepemimpinan baru MIC yang akan memberi lebih banyak komitmen kepada pembangunan kapasiti serta potensi insan keseluruhan masyarakat India melalui keusahawanan, kemahiran serta pendidikan.

Palanivel juga ada pengalaman dan tertarik melihat komuniti berpendapatan kecil di India yang setiap keluarga menjalankan perusahaan atau perniagaan kecil dengan bantuan kerajaan sehingga akhirnya taraf kehidupan mereka meningkat.

MIC juga boleh meminta nasihat dan bimbingan daripada pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang ada pengalaman luas dari segi menguruskan serta kutipan balik pinjaman peserta.
Cabaran besar buat Palanivel kini ialah menyempurnakan program keusahawanan itu yang mendapat lampu hijau daripada kerajaan boleh dijadikan sebahagian daripada kandungan transformasi induk dalam MIC dan komuniti kaum India selepas era kepemimpinan 11 penggal Datuk Seri S Samy Vellu, selama 31 tahun lalu.

Beliau perlu membuktikan kepada komuniti India dan pihak yang ragu-ragu kepemimpinannya dengan membentangkan program komprehensif mengenai program itu dalam tempoh paling segera.

Bukan setakat untuk memanjangkan survival MIC dan politiknya, ketangkasan Palanivel melaksanakan program itu akan menjadi faktor penarik sokongan komuniti India kepada parti, sekali gus meningkatkan lagi keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN), amnya. Kesannya akan dinilai oleh rakyat antara lain melalui pilihan raya umum akan datang.

Namun beliau ada rekod baik kerana membawa pelbagai program dan skim membasmi kemiskinan ke dalam komuniti kaum India ketika menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar serta Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti bagi tempoh 1999 hingga 2008.

Antaranya, Program Pembangunan Industri Tembikar, Program Sutera Sari, Program Sutera Sari dan Program 'Cyber Start' yang membabitkan ribuan wanita serta pemimpin akar umbi.

Dengan kedudukan sekarang, Palanivel perlu mempertingkatkan kerjasama MIC dengan pengurusan AIM dan TEKUN untuk membantu lebih ramai kaum India dalam skim bantuan kredit mikro untuk menjayakan projek keusahawanan secara kecil-kecilan.

Jadi, cabaran lain menanti beliau untuk menjayakan transformasi komuniti India ialah bagaimana hendak 'membawa kerajaan' ke dalam komuniti itu? Ini kerana ialah ketiadaan atau ketidakcukupan kakitangan kerajaan keturunan India dalam bidang berkaitan untuk masuk dan melaksanakan program itu dalam komuniti berkenaan.



Bookmark and Share

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Hak kita!

Posted: 04 Feb 2011 07:12 PM PST

Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mahu menggunakan duit kerajaan untuk membela YB Shuhaimi Shafiei didalam dakwaan mengasut rakyat Selangor di Mahkamah Seksyen Shah Alam Isnin ini. Pemerhati melihat Khalid Ibrahim menyalahguna kuasa dengan mengunakan dana kerajaan bagi membela penderhaka Sultan...rakyat Selangor wajar membantah tindakkan Khalid kerana ini bukanlah agenda kerajaan akan tetapi ini adalah agenda peribadi yang sempit. Berani buat berani tanggung !
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pengikut