Sabtu, 29 Januari 2011

Razlan's

Razlan's


Undilah Dengan Bijak.

Posted: 29 Jan 2011 07:37 PM PST

Adakah rakyat Tenang akan memilih BN atau pun Pas ?

Amat mudah memilih pada kali ini. Banyak fakta yang terdapat di dalam blog dan laman sosial yang menunjukkan personaliti diatara kedua-dua calon ini.

Apapun, rakyat Malaysia berhak mendapat wakil rakyat yang bersih identitinya dan berhak mendapat wakil rakyat yang mempunyai masa untuk berkhidmat kepada kita.

Pas memilih seorang bekas cikgu dan mempunyai suami yang bekerja sebagai cikgu.

BN pula memilih seorang bekas penjawat awam yang bekerja di Pejabat tanah, mempunyai kelulusan yang tinggi dan lebih rapat dengan penduduk.

Bukan payah memilih... Buat lah pemilihan yang sesuai dan yang boleh berkhitmat kepada anda.

Buang emosi.. Buat pilihan yang cerdik...

Selamat Mengundi..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Gobalakrishnan: Saya bosan dengan Anwar, Azmin

Posted: 29 Jan 2011 01:17 AM PST

KULIM, 29 Jan — Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas berkata, beliau sudah "bosan" dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali.

Wakil rakyat itu meningkatkan serangan ke atas kedua-dua pemimpin itu akhir tahun lalu, memberi bayangan bakal keluar PKR.

"Saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR," kata Gobalakrishnan, 50, pada sidang media di pejabatnya di Paya Besar Lunas dekat sini, hari ini.

Dengan keputusannya itu, katanya beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara itu kepada PKR.

Gobalakrishnan yang dipetik Bernama berkata, beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Gobalakrishnan berkata pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya selama 12 tahun menjadi anggota parti itu tidak pernah dihargai dan merasa amat kecewa dengan sikap Anwar dan Azmin yang mengambil sikap membisu seribu bahasa terhadap semua komennya termasuk dalam Twitter beliau sejak dua bulan lalu.

Beliau berkata selama ini tindakan Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.

Katanya beliau yakin hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya akan tersasar sekali gus gagal kerana bagaimana mahu mentadbir negara dengan masalah dalaman parti pun semakin teruk.

"Kerana itulah saya membuat keputusan keluar parti yang saya juga menjadi salah seorang pengasas ketika penubuhannya. Nampaknya parti ini sudah nak runtuh, jadi biarlah saya keluar sebelum "rumah" ini runtuh," katanya.

Gobalakrishnan berkata tindakannya keluar parti adalah tindakan bersendirian dan terpulanglah kepada penyokong-penyokongnya sama ada mahu ikut bersamanya atau kekal sebagai anggota PKR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TERKINI : PAS MUFLIS IDEA

Posted: 28 Jan 2011 06:01 PM PST

Pas guna 'skrip lama'


Sebahagian penyokong Pas semasa hari penamaan calon di Labis, baru-baru ini.


Gendang perang Pilihan Raya Kecil (PRK) di N5 DUN Tenang dengan rasminya telah dipalu sebaik sahaja proses penamaan calon pada 22 Januari lalu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara dua parti Melayu terbesar di negara ini, UMNO yang mewakili parti kerajaan pemerintah, Barisan Nasional (BN) dan Pas yang mewakili pakatan pembangkang. Secara tradisinya, kedua-dua parti Melayu ini menjadi musuh dalam gelanggang pertarungan politik demokrasi.
Pertarungan untuk menawan hati pengundi menerusi kempen, poster dan siri lawatan ke rumah-rumah pengundi masih giat dijalankan oleh kedua-dua parti yang bertanding. Pelbagai cara digunakan untuk memastikan calon yang bertanding menang pada hari pengundian esok, 30 Januari.
Seperti amalan biasa, sikap pembangkang yang memutarkan 'skrip lama' yang biasa mereka gunakan terutamanya apabila tiba musim pilihan raya berulang kembali di PRK DUN Tenang ini yakni memperalatkan agama untuk tujuan meraih sokongan politik. Sikap ini amatlah dikesalkan.
Menurut laporan media tempatan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak mempunyai hak di sisi agama untuk mengatakan bahawa mengundi calon UMNO pada PRK DUN Tenang adalah haram. Selanjutnya Muhyiddin berkata, rakyat mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi mengundi mana-mana parti pada PRK DUN Tenang.
Beliau juga mendedahkan bahawa Pas pernah mengeluarkan fatwa mengatakan haram wanita bertanding, tetapi Pas kini telah 'menelan' balik fatwa tersebut.
Mungkin generasi muda terutamanya pengundi baru belum pernah mendengar isu 'Undi UMNO berdosa, undi Pas dapat pahala'. Kenyataan penuh polemik sebegini bukanlah kenyataan pertama yang keluar dari mulut pemimpin Pas. Akhbar-akhbar utama sebelum ini pernah melaporkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam sejurus selepas proses penamaan calon PRK N11 DUN Permatang Pasir pada 17 Ogos 2009 lalu bahawa anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Tambah beliau lagi, Islam di bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Di dalam laporan itu juga, Nik Aziz dipetik sebagai berkata, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO. Semasa kempen PRK Manek Urai yang lalu pula, beliau juga pernah dilaporkan mengeluarkan kenyataan mengumpamakan UMNO sebagai komunis dan sesat.
Terkini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua seperti mana dilaporkan akhbar, telah memberi salam dengan mengucapkan 'Assalamualaikum' ketika berceramah di pentas ceramah kempen Pas di Taman Gunung Emas dalam kawasan DUN Tenang. Persoalannya, adakah Pas merestui rakan pakatan pembangkangnya dengan membenarkan Tian Chua melafazkan ucapan salam itu atau mungkinkah Pas cuba membuktikan kepada pengundi di DUN Tenang bahawa Pas telah berjaya mempengaruhi rakan politiknya itu untuk lebih mendalami Islam.
Amalan melafazkan 'Assalamualaikum' yang bermaksud 'sejahtera ke atas kamu' adalah amalan sesama orang Islam bertujuan memohon kepada Allah supaya melimpahkan rahmat kesejahteraan kepada umat Islam satu sama lain.
Sebelum ini pun, ada pemimpin bukan Islam dari parti pembangkang menggunakan ayat suci al-Quran. Menurut laporan akhbar, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dari DAP telah menyelitkan bacaan ayat suci al-Quran ketika berceramah dalam kempen PRK Bukit Gantang dan Wong Kar Who, juga dari DAP pernah menyelitkan bacaan ayat al-Quran ketika membahas pembentangan Bajet 2009 negeri Perak.
Perkara yang sama berlaku semasa Kongres Nasional Tahunan PKR di Petaling Jaya pada tahun lalu apabila perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam membacakan tafsir daripada ayat 190 dan 191 Surah Ali Imran ketika beliau membahaskan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari terakhir kongres tersebut.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed seperti mana yang dilaporkan akhbar ketika mengulas tindakan K.Subramaniam itu berkata, al-Quran merupakan kitab yang kesucian dan kehormatannya perlu dijaga dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya terutama untuk tujuan ceramah politik.
Selanjutnya beliau berkata, tidak salah sekiranya orang bukan Islam berhasrat mempelajari kitab suci umat Islam itu, tetapi ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan dengan cara yang tidak betul sehingga boleh menimbulkan salah faham orang ramai.
Pas seharusnya peka dengan tindakan sekutunya dari pakatan pembangkang yang melibatkan perkara-perkara atau isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti orang Islam. Janganlah kerana inginkan kemenangan atau mendapat kuasa politik, Pas seakan-akan terlepas pandang isu ini.
Datuk Zainal Abidin Osman seperti yang dilaporkan akhbar ketika mengulas isu salam ini berkata, perbuatan Tian Chua itu jelas bermotifkan politik tanpa memikirkan perasaan penganut agama Islam. Selanjutnya beliau berkata, sekiranya perbuatan itu semata-mata untuk mendapat sokongan pengundi Melayu, maka perbuatan itu adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Justeru itu, semua pihak sewajarnya tidak mempolitikkan agama bagi kepentingan peribadi semata-mata, apatah lagi melibatkan orang-orang bukan Islam yang menggunakan dan mentafsirkan ayat-ayat suci al-Quran mengikut kefahaman masing-masing. Hormatilah sensitiviti umat Islam!
Nadzir Awang Ahmad @ Said
Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi Mara Perlis

TERIMA KASIH BN

Posted: 28 Jan 2011 05:59 PM PST

Tiada kenaikan tol 5 tahun


Najib Tun Razak ceria selepas mengadakan sidang akhbar di Putrajaya, semalam. Turut hadir Shaziman Abu Mansor.


PUTRAJAYA 28 Jan. - Kerajaan mengumumkan tidak ada kenaikan tol untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1.
Khabar gembira itu diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berdasarkan cadangan penstrukturan tol untuk mengurangkan beban rakyat.
Berikutan itu, Perdana Menteri berkata, tempoh konsesi lebuh raya-lebuh raya berkenaan tidak akan dilanjutkan dan kerajaan tidak memberikan pampasan untuk semakan tol yang tertunggak.
"Atas semangat 1Malaysia, yang mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, saya telah meminta para pemegang konsesi mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing sebagai langkah membantu kerajaan memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat.
"Menyahut seruan kerajaan ini, dua orang ahli korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol telah tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi yang akan memberi impak yang besar kepada rakyat.
"Berdasarkan cadangan ini, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa tiada kenaikan tol untuk lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 yang dicadangkan bakal dimiliki oleh dua orang ahli korporat tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini.
Kumpulan MTD adalah syarikat konsesi kedua-dua lebuh raya berkenaan.
Menurut Najib, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mengkaji semula kos sara hidup termasuk soal belanja pengangkutan sebagai satu cara mengurangkan bebanan rakyat.
Justeru, kata beliau, semakan semula kos pengangkutan perlu dilaksanakan dengan berhemah dan betul demi masa depan negara.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak membuat keputusan secara tiba-tiba terhadap setiap cadangan penstrukturan tol sebaliknya ia melalui proses tertentu.
"(Antaranya) kita minta pihak konsesi supaya cuba mengekalkan kadar tol untuk tempoh tertentu, kurangkan atau hapuskan (terus). Dan mereka buat pelbagai cadangan kepada pihak kerajaan dan yang mana kita boleh terima, kita terima dan kita jalankan dulu.
"Bagi isu lain, kita masih dalam pertimbangan dan fikirkan cadangan yang boleh dikemukakan kepada Kabinet," katanya.
Mengulas lanjut, Najib berkata, beliau mempunyai banyak lagi pengumuman yang akan menyusul serta memberi khabar gembira kepada rakyat.
"Satu persatulah, saya ada banyak lagi pengumuman selepas ini, jangan bimbang, ia mengejutkan," jelas Perdana Menteri.

PRK N 27 MERLIMAU

Posted: 28 Jan 2011 05:53 PM PST

Pilihanraya Kecil DUN Merlimau 6 Mac, Penamaan Calon 26 Feb

Share|

LABIS, 29 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau ialah pada 26 Feb depan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Jan lepas berhubung kekosongan kerusi DUN Merlimau berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada hari sebelumnya (20 Jan).

"Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini malam tadi.

Mohamad Hidhir, 54, meninggal dunia pada 19 Jan lepas akibat serangan jantung. Pada pilihan raya umum 2008, beliau menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemas kini sehingga 20 Januari 2011.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pemilih biasa dan 36 pemilih pos.

Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 Saluran Tempat Mengundi. Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

Abdul Aziz berkata, SPR yang bermesyuarat pada hari ini juga telah bersetuju untuk melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dilantik ialah Roslan Eusoff yang juga Pegawai Daerah Jasin.

"Bagi memastikan proses pelaksanaan pilihan raya kecil ini berjalan lancar, semua pihak diminta mematuhi arahan pihak polis yang bertanggungjawab dalam menjaga ketenteraman awam dan keselamatan urusan pilihan raya.

"Parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas dan para penyokong parti serta mana-mana individu lain yang akan terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata daftar Pemilih Pilihan Raya bagi bahagian pilihan raya berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011.

Para pengundi dalam bahagian pilihan raya berkenaan juga boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui Laman Web SPR (www.spr.gov.my) dan melalui SMS dengan menaip SPR jarak; SEMAK; jarak ; NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 11 Februari 2011.

Selain itu, para pengundi juga boleh menelefon Ibu Pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6500 dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka di talian 06-2824124.

MARI BACA KOMIK

Posted: 28 Jan 2011 05:47 PM PST

Thursday, January 27, 2011

PRK TENANG: HIKAYAT NORMALA!

[click image for larger view]

Wednesday, January 26, 2011

Monday, January 24, 2011

Sunday, January 23, 2011

Saturday, January 22, 2011

PRK TENANG: TAKBIR KHAWARIJ...

0 comments

DEMI POLITIK PAS SEMUANYA BOLEH.............

Posted: 28 Jan 2011 05:39 PM PST

PAS Merendahkan Peranan Wanita

Berita Harian, 24 Januari 2011. (baca sini)

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik……siapa adik kakak ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO" )….Ha…..UMNO…..Apa hukum orang ni!……. (Pendengar jawab "Munafiq" ) dan disambung "Munafiq".
Dulu PAS kata UMNO ini kafir dan munafik kerana berkawan dengan MCA dan MIC, namun sekarang bila PAS berkawan dengan DAP apa pula hukumnya? Menafsirkan semula yang dulunya haram menjadi halal hanya menurut selera politik semata-mata.

PAS pernah menghalang calon wanita untuk bertanding dalam PAS mengikut buku yang dikeluarkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat ini. Sekarang ini PAS halalkan pula.

"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidal adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga," kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu. PAS pernah merendahkan martabat wanita untuk bekerja.
Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata "cadangan kerajaan negeri untuk memberi pekerjaan kepada wanita kurang rupawan kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka". Hari ini PAS telah gunakan wajah yang rupawan untuk memancing undi daripada rakyat. PAS bukanlah parti yang boleh dipercayai oleh rakyat, esok lusa mereka boleh berubah-berubah pendirian setelah dipengaruhi oleh DAP. Usah terpedaya dengan taktik PAS.

http://anginperubahan.blogspot.com/

TERKINI : DEMI POLITIK SEMUANYA HALAL.....

Posted: 28 Jan 2011 05:38 PM PST

TOK GURU NIK AZIZ SIFATKAN PKR BERCELARU



Dahulu Nik Aziz sendiri pernah menyifatkan Pakatan Koyak Rabak (PKR) memang bercelaru, tetapi sekarang demi maruah PARTI dalaman komponennya, beliau sanggup buat U-Turn korner lipat baring dengan PKR demi cita-cita memegang tampuk pemerintahan.

Jika Tok Guru Nik Aziz mendoakan yang buruk-buruk dan bala buat UMNO, tetapi UMNO tidak mengikut jejak PAS untuk melacurkan Islam. Sepatutnya TGNA harus menjadi contoh yang terbaik dalam memperjuangkan Islam.

Cuba tengok contoh ini :-





Surah Asy-Syuuraa ayat 14: 

"Tiadalah mereka berpecah-belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan kerana berdengki-dengkian sesama mereka.Jikalau tiadalah terdahulu perkataan Tuhanmu sampai waktu yang ditentukan,niscaya dihukum antara mereka.Sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kitab kepadanya,kemudian mereka,adalah dalam syak dan ragu-ragu."

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu akan berebut pemerintahan,dan akan menjadi penyesalan pada hari Qiyamat - Hadis riwayat Bukhary.

Abu Bakrah r.a. berkata: Saya telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang menghina Raja (Pemerintah),Allah akan menghinakannya - Hadis riwayat Attirmidzy.

TERKINI : TERIMA KASIH DARI ORANG KAMPUNG.....

Posted: 28 Jan 2011 05:33 PM PST

UNDI BN

UNDI BN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Tenang: Masa untuk kuburkan PAS

Posted: 29 Jan 2011 04:40 PM PST




Bookmark and Share

Penyakit Sakit Jiwa Suami Calon Pas Bahayakan Orang Awam

Posted: 28 Jan 2011 02:35 PM PST

LABIS 29 Jan - "Orang yang mengalami kemurungan atau tekanan, kebiasannya wajah mereka tidak ceria, tetapi berbeza dengan Maarof (Abdul Mutalib), dia kelihatan begitu ceria membantu isterinya berkempen dan mampu tersenyum lebar ketika bertemu orang ramai.

"Biasanya mereka yang mengalami penyakit seperti itu tidak mahu bertemu orang ramai, penyakit ini biasanya berpunca daripada masalah tekanan perasaan atau jiwa dan suka memencilkan diri kerana tidak mahu bertemu dengan orang ramai," kata Datuk Hamidah Osman, Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia.

Hamidah berkata, dari apa yang dilihat pada gambar yang disiarkan, raut wajah Maarof tidak seperti mereka yang mengalami masalah atau tekanan jiwa, malah dia nampak begitu ceria dan bersemangat membantu isterinya, Normala Sudirman, calon Pas pilihan raya kecil DUN Tenang, 30 Januari nanti.

"Kemurungan ini sebahagian daripada keluarga penyakit sakit jiwa, mereka yang ada penyakit ini sepatutnya duduk di rumah bukannya bertemu orang ramai, pesakit seperti ini boleh melakukan tindakan tanpa diduga kerana hilang kawalan, dia boleh melakukan tindakan di luar dugaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Hatta Ramli yang menyatakan Maarof mengambil cuti sakit yang panjang kerana mengalami masalah sakit jiwa.

Perbuatan Maarof yang mengambil cuti sakit yang panjang tetapi kelihatan sering bersama isterinya berkempen di DUN Tenang sejak dari tarikh pencalonan PRK DUN Tenang menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak bagaimana dia mendapat cuti akit yang panjang dan berkempen em.

Tindakan menggunakan cuti Maarof untuk berkempen di Tenang telah menimbulkan pelbagai pertanyaan di kalangan orang ramai kerana penyalahan guna cuti sakit yang diberi kepadanya.

"Jika benar dia mengalami masalah itu, sepatutnya sudah di rujuk kepada pihak hospital kerana Maarof dilaporkan sakit sehingga dia diberi cuti sakit sehingga 21 hari, sedangkan dia kelihatan berkempen bersama isterinya.

"Kalau sakit kata sakit, jangan gunakan alasan sakit untuk dapat cuti kemudian pergi bantu isteri berkempen, ini suatu penipuan, pihak terbabit perlu menjalankan siasatan bukan sahaja kepada Maarof tetapi kepada mereka yang mengeluarkan cuti sakit itu", ujarnya.

Sementara itu, Normala kelihatan cuba melindungi suaminya, dengan meminta jawapan mengenai kewajaran cuti sakit suaminya itu daripada pihak yang terbabit dalam pengeluaran sijil cuti sakit.

Hamidah menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan penipuan yang dibuat oleh Pas bukan sahaja membabitkan isu malah turut membuat penipuan mengenai kesihatan diri demi kepentingan politik.

"Benarlah Pas adalah parti penipu, kesihatan diri pun turut dijadikan modal untuk menipu sehingga sanggup mengaku adala masalah kemurungan, kemurungan itu adalah sakit jiwa," katanya. -MediaUMNO


Bookmark and Share

PRK Tenang: Cikgu Mala tak mesra rakyat. Ibunya pula ahli UMNO

Posted: 28 Jan 2011 12:32 PM PST

LABIS, 28 JAN – Penduduk di Felda Sekijang hari ini mengakui calon Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman bukanlah seseorang yang suka bercampur gaul dengan masyarakat setempat.

Malah mereka turut terkejut melihat Pas memilih Cikgu Mala di Tenang kerana sepanjang pengetahuan mereka, calon Pas yang dijaja di seluruh DUN Tenang itu bukanlah seseorang yang mesra rakyat

Saya terkejut apabila Cikgu Mala diumumkan sebagai calon Pas di sini. Bagaimanakah Pas boleh memilih dan meletakkan beliau sebagai calon mereka untuk bertanding di sini. Apakah Pas tidak selidik terlebih dahulu latar belakang beliau.

"Sikapnya yang tidak bergaul dengan masyarakat setempat dan hanya lebih tertumpu kepada "klik-klik" nya yang tersendiri membayangkan peribadi beliau yang tidak suka bergaul dengan penduduk setempat," kata Kamsani Kesut, 45.

Beliau yang telah mengenali dan duduk sekampung dengan Cikgu Mala seterusnya memberitahu kemesraan cikgu Mala sepanjang tempoh berkempen sehingga ke hari ini adalah lakonan semata-mata.

"Kemesraan beliau bersama pengundi di sini hanyalah hipokrit dan sekadar lakonan semata-mata. Saya katakan begitu kerana kalau ada kenduri pun di Felcra Sekijang dia tidak akan hadir.

"Kita ni kalau duduk sekampung sekurang-kurangnya kalau ada kenduri dan majlis tertentu, masa itulah kita boleh bergaul dengan jiran tetangga dan sebagainya," katanya.

Pada masa yang sama beliau turut mengakui dakwaan yang mengatakan ibunya, Murmini Yahya merupakan seorang penggiat UMNO.

"Pada mesyuarat UMNO Cawangan Felcra Sekijang 2010, ibu beliau hadir pada mesyuarat berkenaan. Ini lagi menimbulkan persoalan kepada saya," katanya.

Berdasarkan semakan laman web ini, ibu Cikgu Mala memegang nombor keahlian UMNO 0117148.

Sementara itu seorang lagi penduduk yang tinggal sekampung dengan Cikgu Mala, Mohd Rafi Ngadenyn turut mengakui perkara yang sama dan menggesa pengundi di DUN Tenang menolak calon yang hipokrit.

"Macammana nak jadi pemimpin kalau tidak mesra dengan rakyat. Bukti sudah ada depan mata. Saya dah kenal dan tahu selok belok pergaulan keluarga beliau di sana. Jangan gadaikan masa depan penduduk di Tenang ini kepada seseorang yang tidak berpijak di bumi nyata.

"Kalau di sana pun bersikap sedemikian rupa, apatah lagi di sini. Sikap mesra beliau hari ini itu hanyalah lakonan. Takkan pengundi di sini mahu pilih beliau. Fikirkankah dengan mendalam sebelum buat pilihan nanti," katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi Ngadenyn, 37 dari kampung Felcra Sekijang meminta pengundi muda khususnya memilih calon anak tempatan, Tok Ai sebagai calon pilihan.

"Kalau saya yang duduk dan sekampung dengan Cikgu Mala serta kenal dengan lebih dekat kehidupan beliau mahu memilih Tok Ai, takkan pengundi di DUN Tenang ini mahu pilih Cikgu Mala lagi.

"Saya tidak mahu burukkan Cikgu Mala tetapi secara peribadi, saya akan pilih Tok Ai untuk dijadikan mata dan telinga demi memastikan kebajikan dan kepentingan penduduk Tenang terbela," katanya. -MediaUMNO



Bookmark and Share

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


HARI PENAMAAN CALON DUN MERLIMAU

Posted: 29 Jan 2011 09:31 AM PST

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 26 Februari 2011 bersamaan hari Sabtu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil ke-15 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 itu ditetapkan pada 26 Februari dengan tempoh berkempen selama lapan hari.
Pilihan raya kecil DUN N27 Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra, kira-kira jam 8.10 malam pada 20 Januari lalu.


Pada PRU 2008, Mohamad Hidhir yang memperoleh 4,981 undi, mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di Merlimau, mengalahkan calon PAS, Jasme Tompang, yang memperoleh 2,827 undi dengan majoriti 2,154 undi.

"SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 bagi bahagian pilihan raya yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama hingga Suku Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

"Daftar pemilih itu mengandungi 10,679 pemilih berdaftar merangkumi 10,643 pemilih biasa dan 36 pemilih pos. SPR juga bersetuju menubuhkan tiga pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya yang diketuai seorang pegawai penguat kuasa bagi setiap pasukan," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Abdul Aziz berkata, proses penamaan calon dan pusat penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka.

Katanya, tujuh sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi mengandungi 21 saluran tempat mengundi yang akan dikendalikan 248 petugas pilihan raya diketuai Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Eusoff yang juga Pegawai Daerah Jasin.

DunSemarang

DunSemarang


Marilah Kita MengUNDI..dengan TENANG..untuk UMNO BN Kerana Allah SWT.

Posted: 28 Jan 2011 08:57 PM PST





Pengikut