Sabtu, 29 Januari 2011

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Tenang: Masa untuk kuburkan PAS

Posted: 29 Jan 2011 04:40 PM PST




Bookmark and Share

Penyakit Sakit Jiwa Suami Calon Pas Bahayakan Orang Awam

Posted: 28 Jan 2011 02:35 PM PST

LABIS 29 Jan - "Orang yang mengalami kemurungan atau tekanan, kebiasannya wajah mereka tidak ceria, tetapi berbeza dengan Maarof (Abdul Mutalib), dia kelihatan begitu ceria membantu isterinya berkempen dan mampu tersenyum lebar ketika bertemu orang ramai.

"Biasanya mereka yang mengalami penyakit seperti itu tidak mahu bertemu orang ramai, penyakit ini biasanya berpunca daripada masalah tekanan perasaan atau jiwa dan suka memencilkan diri kerana tidak mahu bertemu dengan orang ramai," kata Datuk Hamidah Osman, Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia.

Hamidah berkata, dari apa yang dilihat pada gambar yang disiarkan, raut wajah Maarof tidak seperti mereka yang mengalami masalah atau tekanan jiwa, malah dia nampak begitu ceria dan bersemangat membantu isterinya, Normala Sudirman, calon Pas pilihan raya kecil DUN Tenang, 30 Januari nanti.

"Kemurungan ini sebahagian daripada keluarga penyakit sakit jiwa, mereka yang ada penyakit ini sepatutnya duduk di rumah bukannya bertemu orang ramai, pesakit seperti ini boleh melakukan tindakan tanpa diduga kerana hilang kawalan, dia boleh melakukan tindakan di luar dugaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Hatta Ramli yang menyatakan Maarof mengambil cuti sakit yang panjang kerana mengalami masalah sakit jiwa.

Perbuatan Maarof yang mengambil cuti sakit yang panjang tetapi kelihatan sering bersama isterinya berkempen di DUN Tenang sejak dari tarikh pencalonan PRK DUN Tenang menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak bagaimana dia mendapat cuti akit yang panjang dan berkempen em.

Tindakan menggunakan cuti Maarof untuk berkempen di Tenang telah menimbulkan pelbagai pertanyaan di kalangan orang ramai kerana penyalahan guna cuti sakit yang diberi kepadanya.

"Jika benar dia mengalami masalah itu, sepatutnya sudah di rujuk kepada pihak hospital kerana Maarof dilaporkan sakit sehingga dia diberi cuti sakit sehingga 21 hari, sedangkan dia kelihatan berkempen bersama isterinya.

"Kalau sakit kata sakit, jangan gunakan alasan sakit untuk dapat cuti kemudian pergi bantu isteri berkempen, ini suatu penipuan, pihak terbabit perlu menjalankan siasatan bukan sahaja kepada Maarof tetapi kepada mereka yang mengeluarkan cuti sakit itu", ujarnya.

Sementara itu, Normala kelihatan cuba melindungi suaminya, dengan meminta jawapan mengenai kewajaran cuti sakit suaminya itu daripada pihak yang terbabit dalam pengeluaran sijil cuti sakit.

Hamidah menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan penipuan yang dibuat oleh Pas bukan sahaja membabitkan isu malah turut membuat penipuan mengenai kesihatan diri demi kepentingan politik.

"Benarlah Pas adalah parti penipu, kesihatan diri pun turut dijadikan modal untuk menipu sehingga sanggup mengaku adala masalah kemurungan, kemurungan itu adalah sakit jiwa," katanya. -MediaUMNO


Bookmark and Share

PRK Tenang: Cikgu Mala tak mesra rakyat. Ibunya pula ahli UMNO

Posted: 28 Jan 2011 12:32 PM PST

LABIS, 28 JAN – Penduduk di Felda Sekijang hari ini mengakui calon Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman bukanlah seseorang yang suka bercampur gaul dengan masyarakat setempat.

Malah mereka turut terkejut melihat Pas memilih Cikgu Mala di Tenang kerana sepanjang pengetahuan mereka, calon Pas yang dijaja di seluruh DUN Tenang itu bukanlah seseorang yang mesra rakyat

Saya terkejut apabila Cikgu Mala diumumkan sebagai calon Pas di sini. Bagaimanakah Pas boleh memilih dan meletakkan beliau sebagai calon mereka untuk bertanding di sini. Apakah Pas tidak selidik terlebih dahulu latar belakang beliau.

"Sikapnya yang tidak bergaul dengan masyarakat setempat dan hanya lebih tertumpu kepada "klik-klik" nya yang tersendiri membayangkan peribadi beliau yang tidak suka bergaul dengan penduduk setempat," kata Kamsani Kesut, 45.

Beliau yang telah mengenali dan duduk sekampung dengan Cikgu Mala seterusnya memberitahu kemesraan cikgu Mala sepanjang tempoh berkempen sehingga ke hari ini adalah lakonan semata-mata.

"Kemesraan beliau bersama pengundi di sini hanyalah hipokrit dan sekadar lakonan semata-mata. Saya katakan begitu kerana kalau ada kenduri pun di Felcra Sekijang dia tidak akan hadir.

"Kita ni kalau duduk sekampung sekurang-kurangnya kalau ada kenduri dan majlis tertentu, masa itulah kita boleh bergaul dengan jiran tetangga dan sebagainya," katanya.

Pada masa yang sama beliau turut mengakui dakwaan yang mengatakan ibunya, Murmini Yahya merupakan seorang penggiat UMNO.

"Pada mesyuarat UMNO Cawangan Felcra Sekijang 2010, ibu beliau hadir pada mesyuarat berkenaan. Ini lagi menimbulkan persoalan kepada saya," katanya.

Berdasarkan semakan laman web ini, ibu Cikgu Mala memegang nombor keahlian UMNO 0117148.

Sementara itu seorang lagi penduduk yang tinggal sekampung dengan Cikgu Mala, Mohd Rafi Ngadenyn turut mengakui perkara yang sama dan menggesa pengundi di DUN Tenang menolak calon yang hipokrit.

"Macammana nak jadi pemimpin kalau tidak mesra dengan rakyat. Bukti sudah ada depan mata. Saya dah kenal dan tahu selok belok pergaulan keluarga beliau di sana. Jangan gadaikan masa depan penduduk di Tenang ini kepada seseorang yang tidak berpijak di bumi nyata.

"Kalau di sana pun bersikap sedemikian rupa, apatah lagi di sini. Sikap mesra beliau hari ini itu hanyalah lakonan. Takkan pengundi di sini mahu pilih beliau. Fikirkankah dengan mendalam sebelum buat pilihan nanti," katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi Ngadenyn, 37 dari kampung Felcra Sekijang meminta pengundi muda khususnya memilih calon anak tempatan, Tok Ai sebagai calon pilihan.

"Kalau saya yang duduk dan sekampung dengan Cikgu Mala serta kenal dengan lebih dekat kehidupan beliau mahu memilih Tok Ai, takkan pengundi di DUN Tenang ini mahu pilih Cikgu Mala lagi.

"Saya tidak mahu burukkan Cikgu Mala tetapi secara peribadi, saya akan pilih Tok Ai untuk dijadikan mata dan telinga demi memastikan kebajikan dan kepentingan penduduk Tenang terbela," katanya. -MediaUMNO



Bookmark and Share

Tiada ulasan:

Pengikut