Sabtu, 29 Januari 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


HARI PENAMAAN CALON DUN MERLIMAU

Posted: 29 Jan 2011 09:31 AM PST

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 26 Februari 2011 bersamaan hari Sabtu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil ke-15 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 itu ditetapkan pada 26 Februari dengan tempoh berkempen selama lapan hari.
Pilihan raya kecil DUN N27 Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra, kira-kira jam 8.10 malam pada 20 Januari lalu.


Pada PRU 2008, Mohamad Hidhir yang memperoleh 4,981 undi, mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di Merlimau, mengalahkan calon PAS, Jasme Tompang, yang memperoleh 2,827 undi dengan majoriti 2,154 undi.

"SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 bagi bahagian pilihan raya yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama hingga Suku Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

"Daftar pemilih itu mengandungi 10,679 pemilih berdaftar merangkumi 10,643 pemilih biasa dan 36 pemilih pos. SPR juga bersetuju menubuhkan tiga pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya yang diketuai seorang pegawai penguat kuasa bagi setiap pasukan," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Abdul Aziz berkata, proses penamaan calon dan pusat penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka.

Katanya, tujuh sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi mengandungi 21 saluran tempat mengundi yang akan dikendalikan 248 petugas pilihan raya diketuai Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Eusoff yang juga Pegawai Daerah Jasin.

Tiada ulasan:

Pengikut