Rabu, 5 Januari 2011

PEMUDA UMNO TANJONG

PEMUDA UMNO TANJONG


DAP SEMAKIN BIADAP DI PULAU PINANG

Posted: 05 Jan 2011 07:27 PM PST

Laporan akhbar utusan Malaysia...

Balik India' - Bukti DAP parti rasis tulen, biadap

KUALA LUMPUR 5 Jan. - UMNO Pulau Pinang menganggap tindakan mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik sebagai bukti DAP sebuah parti rasis tulen.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kejadian tersebut jelas menunjukkan apa yang tersirat di dalam perjuangan parti itu yang hanya memperjuangkan kaum Cina semata-mata.

''Perjuangan rasis itu juga terbukti dengan pemilihan DAP baru-baru ini dimonopoli oleh kaum Cina dan ramai pemimpin kaum India yang tewas.

''UMNO Pulau Pinang kesal dengan kebiadaban seorang wakil rakyat yang bertindak seperti samseng dan keadaan amat berbeza semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat sentiasa didahulukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ungkapan "Tutup kedai, balik India," yang diluahkan Ng Wei Aik kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, Syed Kassali mendakwa, pada malam kejadian, Wei Aik bertindak kasar seperti samseng apabila tanpa memperkenalkan diri terus bertindak meluru masuk ke restorannya dan 'mengepak' tangan seorang pekerjanya.

Zainal Abidin berkata, semua rakyat Malaysia ada hak masing-masing mengikut perlembagaan dan hak tersebut tidak boleh dinafikan mana-mana pihak.

Tegas beliau, tindakan mengeluarkan ungkapan seperti itu bukan sahaja menyakitkan hati serta mengguris perasaan orang India Muslim tetapi juga hati seluruh kaum India di negara ini.

Katanya lagi, sebarang masalah perlu diselesaikan mengikut peraturan, bukannya bertindak seperti samseng yang tidak tahu undang-undang.

''Sebagai seorang wakil rakyat, Wei Aik seharusnya menjadi perantara rakyat dengan pihak berkuasa dan jika ada sebarang masalah sudah menjadi kewajipan dia untuk membantu bukan sebaliknya.

''Saya berharap pada masa akan datang jika ada sebarang masalah biarkan pihak berkuasa yang selesaikan tidak perlu campur tangan mana-mana pihak kerana ia hanya memburukkan keadaan,"ujarnya.

....Pemuda UMNO Tanjong memandang serius perkara yang di lakukan oleh Pemimpin DAP di Pulau Pinang ini. Beberapa bulan yang lalu DAP cuba menghalau peniaga2 melayu keluar dari ruang perniagaan di Komtar, kini meraka sudah berani untuk menganggu peniaga yang berniaga di tepi jalan untuk mencari rezeki... Apa perasaan Ng wei aik pulak kalau syed kassali pulak yang kata "letak jawatan dan balik China" sendiri mau ingat la apek.....

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


SUKA PAKSA ORANG BUAT PENGAKUAN BERSUMPAH,TAPI ANWAR SENDIRI PALING TAKUT BERSUMPAH KERANA TAKUT DI MAKAN SUMPAH !!!

Posted: 05 Jan 2011 05:00 PM PST


anda sebelum ini telah melihat Anwar Ibrahim Telah bersumpah.tetapi kenapakah dalam kes liwat tidak boleh bersumpah??? ini yang membuat kan saya pelik.adakah kerana dia ini mendengar nasihat dari Ulama atau pun itu memang perangai dia.tapi masa pegang jawatan sanggup ulak tu bersumpah???

Kepada yang dok bertanya kenapa sekarang cerita dah basi,orang tak mau dengar,hanya mereka-mereka yang takut dengan kebenaran dan hakikat bahawa pemimpin pujaan mereka tak lebih dari sesumpah yg akan bertukar -tukar wajah dan imej mengikut keadaan setempat dan suhu sheikhnya di tahap mana,kalau dia dah naik sheikh ,maka paham-paham je lah segala kopiah,segala serban akan tercampak bertaburan.

Mengetahui sejarah,mengkaji sejarah dan menilai sejarah amat penting wahai penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim,contohnya bagaimana kemerdekaan di capai hasil bermandikan darah dato nenek moyang kita dahulu kala menentang penjajah,bagaimana peristiwa 13 mei 1969 boleh berlaku rusuhan kaum dan lain-lain agar semua peristiwa pahit itu menjadi iktibar untuk kita supaya lebih peka, lebih patriotik,lebih berhati-hati dan lebih menghargai kestabilan ,keamanan dan kejayaan-kejayaan yg telah kita raih selama ini.Jangan lah kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga.Renung-renungkan lah, maka wajib saya membongkar semula peristiwa paling pahit di alaf siber yg penuh kontroversi ketika aljuburin di dakwa di mahkamah pada 1998.Ramai terutama generasi muda hari ni yg masih tidak mengerti mengapa simunafik dipecat, dibicarakan dan dipenjarakan.

UNTUK SELANJUTNYA

SILA KLIK DI SINI

POST BY DR. ME...

DAULAT TUANKU......

Posted: 05 Jan 2011 08:28 AM PST










PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


138 Students Selected For Permata Pintar High School Program

Posted: 04 Jan 2011 07:01 PM PST

  
BANGI, 138 outstanding Form Four students have been selected for the Permata Pintar High School Program at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) starting Jan 17.
 
Permata Pintar Negara Program patron Datin Seri Rosmah Mansor said so far 115 of them, including 44 girls, had agreed to enrol for the program.
 
She said, however, 23 more student had yet to reply as their parents needed more information such as the entrance fee.
 
"Some of the parents are earning below RM3,000 a month. They should not worry about the fees as I will negotiate with certain parties, particularly the prime minister, who is very keen on this school.
 
"God willing, we will find ways to address the needs of families who cannot afford to send their children  here," she told reporters after visiting the site earmarked for the school at UKM here today.
 
The proposed fee is RM1,000 per semester (six months).
 
The two-year program comprises six components, namely academic, international language communication, scientific projects, portfolio assessment, co-curriculum and personality development.
 
Apart from following the mainstream curriculum at the Sijil Pelajaran Malaysia level, the students will also be offered international curriculum including the SAT (Scholastic Assessment Test), O-Level, A-Level and Advance Placement course, as well as several first-year courses of the Faculty of Science and Technology.
 
Rosmah said the first phase of the project which involved the construction of an administrative building, laboratories and classrooms had been completed while residential colleges would be completed early next year.
 
For the time being the students will be housed temporarily at the Zaaba Residential College, she said, adding that the training for teachers had begun on weekends and during school holidays.
 
She said the training was conducted by lecturers from the UKM Permata Pintar, Johns Hopkins University Center for Talented Youths, Indiana State Gifted Program and University of California.
 
Pusat Permata Pintar Negara director Prof Madya Dr Noriah Mohd Ishak said students, who were ready to sit the A Level or Advanced Placement while pursuing there studies at the centre, were allowed to take the examinations.
 
"If they are offered places at foreign universities, we will allow them go and they need not complete the program with us. This can happen during the first or second stage with us," she said.
 
The school calendar will follow that of the Education Ministry while the school session is from 8am to 4.30pm
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Penafian Rais terbabit kes rogol :Syed Ali mahu blogger lebih bertanggungjawab

Posted: 05 Jan 2011 12:32 AM PST
















PETANG ini (5 Januari) Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menafikan dakwaan blogger dan parti pembangkang bahawa beliau terbabit dalam kes merogol pembantu rumah warga Indonesia.

Serentak itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan penafian itu sebagai amat wajar ketika pihak pembangkang mula memanipulasikan dakwaan tersebut untuk agenda politik.

Beliau berkata, dakwaan yang dimainkan oleh laman-mana blog dan pihak pembangkang berhubung isu tersebut seperti dirancang dengan teliti supaya dilihat sebagai satu kebenaran.

"Tuduhan tersebut merupakan satu fitnah dan tidak boleh dimaafkan," tegasnya sambil menyifatkan Rais sengaja dijadikan sasaran korban pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Justeru katanya, para blogger di negara ini sewajarnya mematuhi etika penulisian dan lebih bertanggungjawab untuk tidak menjadikan cerita karut atau fitnah bagi tujuan menjatuhkan seeorang.

"Saya sudah lama kenal Rais, beliau seorang tokoh politik serba sederhana yang tegas dengan prinsip perjuangan, pada saya tidak begitu mudah untuk dia terjebak dengan skandal yang memalukan itu," tegasnya.

Syed Ali berkata, Ahli Parlimen Jelebu itu juga terkenal dsebagai seorang pejuang Melayu sejak zaman Allahyarham Tun Razak Hussein, yang terus berusaha mengangkat martabat dan identiti Melayu sebagai bangsa yang bermaruah.

Menurut beliau lagi, Rais juga terkenal sebagai pengamal undang-undang terkemuka dan tokoh budayawan yang tebal dengan nilai-nilai murni dan kesopanan yang sentiasa dihormati oleh anak-anak muda khususnya dalam UMNO.

"Oleh sebab itu, apabila cerita kononnya dia dituduh merogol pembantu rumah warga Indonesia pada tahun 2007, saya menganggapnya sebagai satu pembohongan besar yang sengaja dilakukan pihak pembangkang," tegasnya.

Isu Rais didakwa terbabit dalam kes tersebut dikatakan tersebar ketika Tun Abdullah Haji Ahamd Badawi menjadi Perdana Menteri dan sejak itu juga Rais hanya mengambil sikap berdiam diri.

Tetapi apabila sejak kebelakagan ini isu tersebut 'dihidupkan' kembali oleh para blogger dan parti pembangkang, petang ini Rais tampil membuat penafian.

Rais juga dilaporkan berkata beliau dan keluarganya bersedia memberikan kerjasama jika satu siasatan di jalankan berhubung dakwaan tersebut.

Syed Ali menjelaskan, kebebasan media baru tidak bermakna para blogger boleh sesuka hati membuat cerita fitnah atau tuduhan mengaibkan dengan niat tertentu.

"Saya menyeru kepada rakan-rakan blogger supaya lebih berhati-hati dan tidak ghairah melaporkan perkara yang tidak berasas dan tuduhan yang mereka buat terhadap Rais adalah amat serius," ujarnya.

Sebaliknya beliau menyeru pangamal media baru dan para blogger supaya menjuruskan tulisan mereka untuk mengajak rakyat menolak dakyah pembangkang yang lebih gemar memainkan sentimen perkauman.

Hina Sultan Selangor : UMNO Cheras kecewa tindakan masih tidak diambil ke atas ADUN Seri Muda

Posted: 04 Jan 2011 08:23 PM PST

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee kecewa kerana pihak berkuasa masih juga tidak mengambil sebarang tindakan di bawah akta hasutan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Suhaimi Shafiei yang dilaporkan membayangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seolah-olah sebagai 'beraja di mata, bersultan di hati' dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Beliau menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu penghinaan paling besar dalam sejarah yang pernah dilemparkan oleh seorang pemimpin politik terhadap kewibawaan, intergriti dan kedudukan raja-raja Melayu di negara ini.

Lagipun jelas beliau, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan medianya semalam berkata, kenyataan Suhaimi pada 30 Disember 2010 menerusi laman blognya boleh dianggap sebagai cuba mempengaruhi rakyat supaya membenci Sultan Selangor.

"Kenyataan istana Sultan Selangor sudah jelas bahawa ADUN Seri Muda itu mengasut dan memfitnah, jadi apa lagi yang hendak ditunggu oleh pihak berkuasa?," soal beliau.

"Saya sungguh kecewa, kesal dan sedih kerana pihak berkuasa seperti lepas tangan dan takut untuk mengambil tindakan keatas Suhaimi yang kemungkinan boleh didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berbau hasutan.

Sehubungan itu, beliau mahu Peguam Negara supaya meneliti isu tersebut secara terperinci memandangkan sehingga hari ini sudah ada 18 laporan polis dibuat oleh pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (Ngo) terhadap Suhaimi yang dianggap sebagai penderhaka dan biadab.

Perang saraf pembangkang timbulkan kebencian terhadap sultan

Syed Ali bimbang jika sebarang tindakan tidak diambil keatas Suhaimi, akan timbul persepsi negatif di kalangan rakyat bahawa sindiran dan kenyataan beliau terhadap Sultan Selangor itu sebagai benar.

"Jika rakyat terpedaya dengan perang saraf yang dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya khuatir akan timbuil sikap penentangan secara terbuka sesetengah pihak terhadap kedudukan institusi raja-raja Melayu dan ini jelas mencabuli Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dalam masa yang sama, Syed Ali sekali lagi menyelar pendirian Pakatan Rakyat (PR) yang mengambil sikap membisu berhubung pertelingkahan Sultan Selangor dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu perlantikan SUK negeri berkenaan.

"Mengapa Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) membisu dalam isu ini, sedangkan ianya membabitkan kemuliaan dan kedudukan raja-raja Melayu," katanya.

Ini katanya, membuktikan bahawa PR yang didalangi DAP sengaja mencetuskan isu tersebut untuk kepentingan politik mereka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Khairy Jamaluddin Undur Diri?

Posted: 04 Jan 2011 08:28 PM PST

1. 2-3 hari ini, dada akhbar byk paparkan laporan yg mengatakan MP Rembau yg juga Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin(KJ) tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau. 2. Ia bermula dengan twitter KJ  yang menulis “Hope to help win more … Continue reading

Khairy umum Ungku Salleh Ketua Pemuda UMNO Selangor

Posted: 03 Jan 2011 01:38 AM PST

KUALA LUMPUR 3  Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pemuda UMNO Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal sebagai Ketua Pemuda Selangor yang baru berkuat kuasa serta merta. Sambil mengucapkan tahniah kepada Ungku Salleh, beliau … Continue reading

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Jangan Bebankan Rakyat Dengan Kos Kesihatan

Posted: 04 Jan 2011 09:16 PM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Live: Sedang berarak

Posted: 04 Jan 2011 11:56 PM PST

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Live.Dataran Shah Alam

Posted: 04 Jan 2011 11:37 PM PST

Sebahagian yang berhimpun di Dataran S.Alam sebelum berarak ke SUK
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pengikut