umno bahagian cheras |
Penafian Rais terbabit kes rogol :Syed Ali mahu blogger lebih bertanggungjawab Posted: 05 Jan 2011 12:32 AM PST PETANG ini (5 Januari) Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menafikan dakwaan blogger dan parti pembangkang bahawa beliau terbabit dalam kes merogol pembantu rumah warga Indonesia. Serentak itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan penafian itu sebagai amat wajar ketika pihak pembangkang mula memanipulasikan dakwaan tersebut untuk agenda politik. Beliau berkata, dakwaan yang dimainkan oleh laman-mana blog dan pihak pembangkang berhubung isu tersebut seperti dirancang dengan teliti supaya dilihat sebagai satu kebenaran. "Tuduhan tersebut merupakan satu fitnah dan tidak boleh dimaafkan," tegasnya sambil menyifatkan Rais sengaja dijadikan sasaran korban pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Justeru katanya, para blogger di negara ini sewajarnya mematuhi etika penulisian dan lebih bertanggungjawab untuk tidak menjadikan cerita karut atau fitnah bagi tujuan menjatuhkan seeorang. "Saya sudah lama kenal Rais, beliau seorang tokoh politik serba sederhana yang tegas dengan prinsip perjuangan, pada saya tidak begitu mudah untuk dia terjebak dengan skandal yang memalukan itu," tegasnya. Syed Ali berkata, Ahli Parlimen Jelebu itu juga terkenal dsebagai seorang pejuang Melayu sejak zaman Allahyarham Tun Razak Hussein, yang terus berusaha mengangkat martabat dan identiti Melayu sebagai bangsa yang bermaruah. Menurut beliau lagi, Rais juga terkenal sebagai pengamal undang-undang terkemuka dan tokoh budayawan yang tebal dengan nilai-nilai murni dan kesopanan yang sentiasa dihormati oleh anak-anak muda khususnya dalam UMNO. "Oleh sebab itu, apabila cerita kononnya dia dituduh merogol pembantu rumah warga Indonesia pada tahun 2007, saya menganggapnya sebagai satu pembohongan besar yang sengaja dilakukan pihak pembangkang," tegasnya. Isu Rais didakwa terbabit dalam kes tersebut dikatakan tersebar ketika Tun Abdullah Haji Ahamd Badawi menjadi Perdana Menteri dan sejak itu juga Rais hanya mengambil sikap berdiam diri. Tetapi apabila sejak kebelakagan ini isu tersebut 'dihidupkan' kembali oleh para blogger dan parti pembangkang, petang ini Rais tampil membuat penafian. Rais juga dilaporkan berkata beliau dan keluarganya bersedia memberikan kerjasama jika satu siasatan di jalankan berhubung dakwaan tersebut. Syed Ali menjelaskan, kebebasan media baru tidak bermakna para blogger boleh sesuka hati membuat cerita fitnah atau tuduhan mengaibkan dengan niat tertentu. "Saya menyeru kepada rakan-rakan blogger supaya lebih berhati-hati dan tidak ghairah melaporkan perkara yang tidak berasas dan tuduhan yang mereka buat terhadap Rais adalah amat serius," ujarnya. Sebaliknya beliau menyeru pangamal media baru dan para blogger supaya menjuruskan tulisan mereka untuk mengajak rakyat menolak dakyah pembangkang yang lebih gemar memainkan sentimen perkauman. |
Hina Sultan Selangor : UMNO Cheras kecewa tindakan masih tidak diambil ke atas ADUN Seri Muda Posted: 04 Jan 2011 08:23 PM PST KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee kecewa kerana pihak berkuasa masih juga tidak mengambil sebarang tindakan di bawah akta hasutan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Suhaimi Shafiei yang dilaporkan membayangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seolah-olah sebagai 'beraja di mata, bersultan di hati' dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Beliau menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu penghinaan paling besar dalam sejarah yang pernah dilemparkan oleh seorang pemimpin politik terhadap kewibawaan, intergriti dan kedudukan raja-raja Melayu di negara ini. Lagipun jelas beliau, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan medianya semalam berkata, kenyataan Suhaimi pada 30 Disember 2010 menerusi laman blognya boleh dianggap sebagai cuba mempengaruhi rakyat supaya membenci Sultan Selangor. "Kenyataan istana Sultan Selangor sudah jelas bahawa ADUN Seri Muda itu mengasut dan memfitnah, jadi apa lagi yang hendak ditunggu oleh pihak berkuasa?," soal beliau. "Saya sungguh kecewa, kesal dan sedih kerana pihak berkuasa seperti lepas tangan dan takut untuk mengambil tindakan keatas Suhaimi yang kemungkinan boleh didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berbau hasutan. Sehubungan itu, beliau mahu Peguam Negara supaya meneliti isu tersebut secara terperinci memandangkan sehingga hari ini sudah ada 18 laporan polis dibuat oleh pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (Ngo) terhadap Suhaimi yang dianggap sebagai penderhaka dan biadab. Perang saraf pembangkang timbulkan kebencian terhadap sultan Syed Ali bimbang jika sebarang tindakan tidak diambil keatas Suhaimi, akan timbul persepsi negatif di kalangan rakyat bahawa sindiran dan kenyataan beliau terhadap Sultan Selangor itu sebagai benar. "Jika rakyat terpedaya dengan perang saraf yang dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya khuatir akan timbuil sikap penentangan secara terbuka sesetengah pihak terhadap kedudukan institusi raja-raja Melayu dan ini jelas mencabuli Perlembagaan Persekutuan," katanya. Dalam masa yang sama, Syed Ali sekali lagi menyelar pendirian Pakatan Rakyat (PR) yang mengambil sikap membisu berhubung pertelingkahan Sultan Selangor dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu perlantikan SUK negeri berkenaan. "Mengapa Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) membisu dalam isu ini, sedangkan ianya membabitkan kemuliaan dan kedudukan raja-raja Melayu," katanya. Ini katanya, membuktikan bahawa PR yang didalangi DAP sengaja mencetuskan isu tersebut untuk kepentingan politik mereka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan