SEJARAH TURUT BERJEREBU MACAM CUACA. Posted: 11 Sep 2011 01:42 AM PDT Bila Timbalan Presiden PAS Mat Sabu membangkitkan isu komunis adalah pejuang kemerdeka dari persepektif beliau, satu Malaysia dok marah kat beliau kerana isu tersebut. Semua pihak minta beliau minta maaf, tarik balik kenyataan dan ada juga yang membuat laporan polis. Menidakkan pengorbanan PDRM dalam mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong. Sama juga dengan kesan jerebu yang melanda negara, kualiti udara disesetengah kawasan ada yang tidak sihat malah banyak pula yang sederhana. Daripada bantahan oleh individu tertentu ianya terus merebak ke waris-waris yang masih hidup mahu pun bekas polis. Sudah pasti kemarahan mereka ada relevannya kerana mereka terlibat sendiri secara langsung atau tidak membentras perjuangan dan idealogi kumunis pada waktu itu. Seperti kata pepatah"Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul. Setakat ini belum ada tanda-tanda lagi isu ini akan reda malah diwabakkan lagi dengan isu filem Sarjan Hassan pulak. Tamat nak berdebat dengan YAB Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, kini muncul pula berdebat dengan ahli sejarah. Minta siaran langsung lagi. Benarlak kata sesetengah pemerhati politik, pembangkang di Malaysia tak kan hidup atau kata singkatnya mati jika tiada isu yang hendak digembar gemburkan. Sudah tentu bila ahli politik yang buat kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi orang nombor 2 Parti Islam SeMalaysia (PAS). Terbaru mereka mempersoalkan pula kenyataan Datuk Prof Zainal Kling. Bila ahli akademik bertembung dengan ahli politik, sudah pasti keadaan jerebu ini semakin melata dibau oleh rakyat. Maka zaman sekarang ini orang lebih takut jerebu minda dari jerebu cuaca. |
|
EID RAMADAN 2011 Posted: 27 Jul 2011 10:38 PM PDT SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ALMUBARAK... |
|
DULU LAIN, SEKARANG LAIN Posted: 21 Jul 2011 07:55 PM PDT MENGAPA PAS MENGUBAH HALUAN PERJUANGAN ?
KERANA TUNTUTAN POLITIK SEMASA, KEGAIRAHAN PEMIMPIN UNTU TAKLUK PUTRAJAYA, PRINSIP PERJUANGAN SUDAH BERUBAH, ATAU KENA DI CUCUK HIDUNGNYA? |
DIALOQ PENYOKONG PAS. Posted: 21 Jul 2011 07:51 PM PDT
''Kenapa Pas dah lari daripada matlamat dan perjuangan yang asal? Mana matlamat nak membentuk sebuah negara Islam? Apa yang dah berlaku?
''Kenapa semuanya berubah bila bergabung dengan PKR? Adakah Islam digunakan sebagai alasan politik Pas semata-mata?
DAP tetap dengan perjuangan mereka, perjuangan yg bertentangan dengan Pas, tetapi kenapa hingga hari ini Pas hanya tutup mata?
Adakah ini semata-mata untuk meraih undi daripada kaum lain sehingga sanggup membelakangkan perjuangan asal… apa dah berlaku dalam Pas ni?
Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin Pas menjawab persoalan ini, apa yang pasti pendekatan politik parti itu kini semakin merugikan mereka. |
|
KERAJAAN BN TERUS PERIHATIN KEPADA RAKYAT Posted: 21 Jul 2011 07:46 PM PDT Sebanyak RM18 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan projek penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) dan projek infrastruktur kewangan (PIAS) bagi tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal berkata, sebanyak 474 projek sedang dan akan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 281 projek telah siap dilaksanakan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM11.5 juta. "Sebanyak 193 projek lagi dengan peruntukan sebanyak RM7.4 juta pula sedang dilaksanakan dan dijangka siap menjelang hujung tahun ini," katanya di sini, hari ini. Menurutnya, mengikut pecahan, Jasin mempunyai 237 projek dengan peruntukan RM9.8 juta, Alor Gajah sebanyak 112 projek bernilai RM4.3 juta dan Melaka Tengah dengan 112 projek menerusi peruntukan RM4.7 juta. Beliau menegaskan projek yang diluluskan adalah berdasarkan kepada keutamaan dan keperluan yang mendesak. Perumal berkata, bagi projek PIA, skopnya meliputi penyelenggaraan dan menaik taraf bagi kerja-kerja seperti mengecat bangunan, lantai, dinding, saluran air hujan, tandas, sistem paip air, pendawaian semula elektrik dan sebagainya. "Bagi projek PIAS pula, peruntukan khas ini digunakan untuk membina baru, membaiki, menyelenggara dan menaiktaraf projek-projek infrastruktur asas kegunaan orang awam," katanya. Menurut beliau, antara skop kerja yang dilaksanakan adalah membina titi, jambatan kecil, parit, longkang, jalan kampung, jalan pertanian dan bangunan komuniti kecil. Ujarnya, antara kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat menerusi peruntukan tersebut adalah Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap dan Durian Tunggal. |
PELUANG PEKERJAAN DI MELAKA Posted: 21 Jul 2011 07:06 PM PDT
5,000 peluang kerja di Karnival Kerjaya Pemuda BN di Melaka | Nazir Hussin Akhtar Hussin (kiri) menyerahkan jadual karnival kepada Mohd. Ali Rustam pada sidang akhbar mengenai Karnival Kerjaya Pemuda BN di Melaka, baru-baru ini.
|
KUALA LUMPUR 21 Julai - Mereka yang mencari pekerjaan dijemput ke Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh mulai esok (Jumaat) hingga Ahad ini. Ketua Penyelarasnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, melalui program tersebut, sebanyak 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan dengan 300 daripadanya adalah jawatan jurutera. "Program yang bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada Sabtu ini. "Peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah terbuka kepada mereka yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga lepasan universiti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Nazir Hussin yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, mereka yang berasal dari Negeri Sembilan dan Johor turut dijemput hadir ke program tersebut. Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada golongan muda yang menyokong program anjuran Pemuda BN itu berikutan jumlah pengunjung yang mengunjungi karnival itu di Kedah dan Pahang sebelum ini, cukup tinggi. Jelasnya, aktiviti lain yang turut diadakan adalah ceramah kerjaya dan klinik resume bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Para pengunjung, khususnya golongan muda juga dinasihatkan membawa dokumen yang lengkap dan berpakaian sesuai kerana beberapa syarikat akan turut mengadakan temu duga. |
|
CALON PRU 13 : JAMINAN PRESIDEN UMNO SATU YANG DINANTIKAN, Posted: 03 Jul 2011 05:21 PM PDT Jaminan dan penegasan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sesuatu yang memang dinantikan oleh pengundi berhubung dengan calon UMNO bagi menghadapi PRU 13. Ini adalah satu transformasi yang perlu dilakukan bagi memastikan BN mencapai target dan sasaran yang ditetapkan.
Pengalaman ketika PRU Ke-12 2008 banyak beri pengajaran kepada parti bahawa jika meletakkan calon yang bermasalah ia akan beri kesan kepada parti. Calon yang diterima mestilah bukan sahaja setakat ahli UMNO sahaja tetapi yang paling penting adalah diterima oleh semua pengundi.
Put your stuff here |
|
TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG KEPADA BERSIH. Posted: 03 Jul 2011 04:59 PM PDT Titah khas Yang di-Pertuan Agong kepada Bersih KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini. Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut: "Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara". — BERNAMA |
TAHNIAH DARI NEGERI MAJU KINI SELANGOR BERUBAH JADI DARUL URUT? Posted: 01 Jul 2011 06:26 PM PDT
Kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor baru-baru ini bahawa mereka hanya mengeluarkan sebanyak 60 lesen kepada pusat urut di seluruh negeri itu.
Sejak kebelakangan ini,terdapat ratusan pusat-pusat urut yang tumbuh bagai cendawan di negeri ini, sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan.Dulu cakap lain, kini yang berlaku lain pula, apa dah berlaku? Lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi wujud di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya
Lebih membimbangkan, trend terbaru menunjukkan golongan belia belasan tahun sudah mula berjinak-jinak mengunjungi pusat-pusat urut berkenaan yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks. Ini lagi bala besar......
Keperihatinan ini ditunjukkan oleh bantahan beberapa NGO yang memandang serius isu ini. Wakil-wakil NGO seperti Badan Amal Wanita Petaling Jaya, Pertubuhan Hua Zhong, Pertubuhan Hindu Sangam, Persatuan Wanita Kwang Tun, Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan Ampang dan Persatuan Pembangunan Kerjaya Malaysia. | NAK TAHU SPR BERSIH ATAU TIDAK TANYA NIK AZIZ ? Posted: 30 Jun 2011 05:39 PM PDT KALAU SPR TAK TELUS DAPATKAH MEREKA INI TERUS MEMEGANG JAWATAN MASING-MASING? |
| MEREALISASIKAN MAKSUD JOHAN OLEH PM. Posted: 30 Jun 2011 08:18 AM PDT Dalam politik khususnya apa yang dinamakan politik nombor, menjadi JOHAN adalah matlamat semua parti politik termasuk pembangkang. Tidak ada parti yang bertanding untuk kalah.Seandainya menang dapatlah menduduk bangunan di atas. Untuk menang dan bergelar JOHAN bukanlah setakat kata-kata retrorik sahaja. Usaha yang berterusan disertai dengan strategi yang tepat diikuti calon yang diterima pengundi nisbah untuk menang adalah tinggi. Itulah juga idaman dan harapan YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Malangnya pembangkang adakalanya suka ikut pintu belakang untuk jadi johan sedangkan pintu hadapan terbuka luas. Apa motif mereka, hanya mereka sahaja yang tahu jawapannya namun dalam politik targetnya cumalah KUASA.
Dalam usaha menjadi JOHAN, pertamanya mesti ada niat atau paling kurang pun pasang niat untuk jadi JOHAN. Dengan adanya niat sedemikian maka arah tuju, strategi tektikal dan teknikal perlukan sasaran yang tetap dan juga berterusan. Dengan kata lain berapa ramai kah YB sama ada Parlimen dan ADUN telah berjumpa dengan pengundi. Jumpa ahli parti tu biasalah selalu tetapi pengundi belum tentu. kalau tak jumpa pastilah sokongan kurang dan tidak bermotivasi, keputusannya jawab sendirilah tak kan itu pun tak tahu...
Istilah JOHAN dalam politik menolak sama sekali ungkapan Naib Johan. Tidak ada maknanya jadi naib johan. "habihkan boras ajo" kata bahasa Nogori Sembilan. Bukan mudah nak jadi JOHAN dan TIDAK MUSTAHIL untuk jadi. Rekod telah menunjukkan bahawa kita pernah jadi JOHAN dengan menguasai 2/3 kerusi Dewan Rakyat. Kali ini politik, persekitarannya dan evolusinya berbaza sama sekali. Tsunami yang melanda 2008 telah mengubah landskapnya.
Jawapannya juga mudah bila pengundi rasa tenang poket dan emosi mereka akan kembali sokong. Kini dah ada tanda-tandanya. Soal sama ada berkekalan atau tidak biar jentera parti dan kepimpinan parti Pusat dan Bahagian serta Cawangan yang tentukan Politik orang Melayu kini berada dipersimpangan. Nak undi pembangkang atau Kerajaan yang sedia ada.Untuk memilih antara betul dan salah, ianya banyak bergantung atas dasar kecenderungan pengundi yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Dengan kata lain. KUASA ditangan rakyat. Gunakan dengan bijaksana serta memikirkan generasi (anak-anak kita) untuk masa depan mereka.
Salah atau benar kini pengundi keliru, lebih-lebih lagi yang pertama kali mengundi. Pendidikan dan pendedahan media cyber menjadi sumber rujukan pertama mereka dan dengan siapa mereka berkawan. Kita selalu katakan pengundi telah bijak atau matang untuk memilih tetapi bila 5 buah negeri jatuh ketangan pembangkang, muka yang ceria tadi bertukar jadi masam pula.
Bila senario bertukar kepada emosi dari akal yang membuat keputusan memilih kerajaan maka ianya satu tamparan hebat buat kita. Berjaya atau gagal? Cuma ada satu pilihan sahaja.Tak boleh dapat kedua-dua nya sekali. Lagi pun ikut konsep ekonomi kita gunakan istilah kos melepas. Cuma jangan melepas dan terlepas sudahlah. Pelbagai nasihat, amaran telah diberikan jika tak tahu entahlah "jadi MALANG NASIB PAK KADUK"
|
| SELAMAT DATANG TPM KE-MELAKA. Posted: 29 Jun 2011 05:21 PM PDT TPM lawat Melaka Isnin ini
MELAKA 29 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melakukan lawatan kerja sehari ke negeri ini, Isnin ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Timbalan Perdana Menteri mempunyai jadual ketat dalam lawatan kerja sehari itu menerusi beberapa program yang diatur sepanjang hari.
"Pada sebelah pagi, Muhyiddin akan melawat Pasar Melaka Sentral dan menghadiri majlis sarapan pagi bersama peniaga, pemandu teksi dan orang ramai,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. |
| UMNO JASIN PERLUKAN GENJATAN SENJATA SEBELUM PRU 13? Posted: 29 Jun 2011 05:31 AM PDT PRU 13 yang bakal berlangsung, bolehlah diibaratkan di antara "hidup atau mati" UMNO dan juga Barisan Nasional (BN). Kenyataan ini diperteguhkan lagi oleh kenyataan oleh YAB Timbalan Presiden bahawa pilihanraya umum yang akan datang adalah satu medan pertembungan yang sengit di antara BN dan juga pembangkang. Pelbagai andaian telah dibuat oleh kepimpinan BN malah pembangkang turut sibuk meramalkan bilakah "tarikh" tersebut. Jawapannya hanya ada pada Perdana Menteri.
Melihat kepada senario semasa politik di Jasin, genjatan senjata, itulah tindakan terbaik yang perlu dilakukan oleh kepimpinan dan ahli UMNO sebagai persediaan menhadapi pilihanraya umum ke-13. Persoalan ini tiada kena mengena dengan pembangkang, sebaliknya berdamai sesama sendiri bagi memastikan UMNO Jasin terus kukuh dan bukannya dilemahkan oleh ahli parti sesama sendiri, semata-mata mengejar kepentingan peribadi dan agenda tersembunyi.
Jika dilihat kepada kepada program dan juag Mesyuarat Perwakilan Bahagian, ternyata masih belum ada cukup momentum atau motivasi yang kuat untuk menghadapi ledakan pembangkang ketika berkempen pada PRU ke- 13 nanti. Masih ada lagi Ketua -Ketua UMNO Cawangan yang liat untuk berkursus manakala Wanita, Puteri dan Pemuda juga ada masalah yang tersendiri.
Bahagian Jasin boleh dianggap sebagai kawasan kubu kuat BN atau tradisinya begitu ternyata gelombang "tsunami" PRU ke -13 adalah dua kali ganda kekuatannya. Bersediakah kita untuk ini? Keputusan PRU ke-12 juga menunjukkan bahawa majoriti kemenagan calun BN jauh tersasar jika hendak dibandingkan dengan PRU 11 pada 2004? Persoalannya setakat mana kita belajar adri pengalaman lampau dan cuba memperbaikinya?
Kepimpinan UMNO Bahagian tidak digalakkan untuk menipu diri sendiri, kononnya tiada masalah wujud tetapi keadaan sebenar adalah sebaliknya, sekali gus boleh menjejaskan keutuhan parti.
Mesej ini bukannya kali pertama disampaikan dan dinyatakan oleh pucuk kepimpinan parti. Sudah berbuih mulut, nasihat dan teguran dibuat tetapi masih ada pemimpin bahagian yang memekakkan telinga . Mereka terus bersilat untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.
Pemimpin dan ahli parti perlu menyelesaikan apa jua masalah pada peringkat bahagian dan cawangan masing-masing dengan mengetepikan soal untuk merebut dan mengekalkan jawatan atau siapa mahu jadi calon. PRK Merliamu baru sahaja berlalu dan wajar dijadikan pengajaran untuk menghadapi PRU ke -13 .
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan