Selasa, 2 Ogos 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


“Bukan jenaka, tapi realitinya PAS sisihkan Anwar “ – Syed Ali

Posted: 01 Aug 2011 08:56 PM PDT















DATUK Wira Syed Ali Alhabshee yakin Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim mempunyai bukti mengenai dakwaannya bahawa Tengku Razaleigh Hamzah sedang dirisik bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

"Saya tidak fikir Zahrain membuat pendedahan palsu kerana ini membabitkan seorang tokoh yang berpengaruh seperti Ku Li, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu.

Bagaimanapun kata beliau, cerita sebenar mengenai perkara itu akan diketahui umum apabila Zahrin dikatakan akan membuat satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini.

Sehubungan itu kata beliau, cerita PAS sedang memujuk Ku Li untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat bukan 'jenaka' seperti yang disifatkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ini bukan jenaka, tetapi realiti yang sedang berlaku hari ini amat jelas PAS sudah sisihkan Anwar dan parti itu dijangka akan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR), " tegasnya.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan khabar angin mengaitkan beliau dalam perbincangan rahsia untuk menggantikan Anwar dengan Ku Li sebagai 'lawak jenaka', seperti disiarkan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Menurut Syed Ali, penjelasan itu bukan perkara yang mengejutkan kerana Nik Aziz sememagnya terkenal sebagai seorang ahli politik yang suka menafi atau menidakkan sesuatu perkara termasuk apa yang pernah dicakapkan sebelumnya.

"Sebagai contoh, mula-mula dia kata setuju penggunaan sistem biometrik oleh SPR, tetapi selang sehari dia menafikannya dengan alasan akhbar yang salah lapor," ujarnya.

Katanya lagi, pendedahan Zahrain itu bukan sekadar mengejutkan Anwar, malah membuktikan bahawa PAS sudah tidak lagi sehaluan dalam PR yang didominasikan oleh DAP.

Anwar gula-gulakan pemandu teksi

Sementara itu, Syed Ali menyifatkan janji Anwar akan meluluskan sepuluh tuntutan bagi membaiki taraf hidup pemandu teksi termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat sebagai cerita basi yang dipanaskan kembali.

"Ini semua janji Mat Jenin Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, dulu pun ada lebih 18 janji ditaburkan menerusi manifesto PR di Selangor tetapi sehingga kini tidak semuanya berjaya dilaksanakan," ujarnya.

Mengenai saranan Anwar supaya pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor turut mengedarkan akhbar suara pembangkang, Syed Ali menegaskan Anwar sudah tersepit dan semakin hilang petimbangan.

Baru-baru ini Anwar dilaporkan berucap dalam satu pertemuan dengan kira-kira 500 pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor.

Turut berucap di majlis tersebut Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan EXCO Kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu.

Tiada ulasan:

Pengikut