Selasa, 2 Ogos 2011

Razlan's

Razlan's


30 Min Bersama Tun Mahathir

Posted: 02 Aug 2011 10:56 PM PDT

3hb Ogos 2011 - Sebentar tadi jam 11am, saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia. Beliau merupakan Perdana Menteri yang bertaggunjawab mencorakkan warna warni Malaysia selama 22 tahun.

Kelihatan YABhg Tun Mahathir Mohamed sihat walaupun badan beliau susut sedikit, tetapi seperti saya mengenali beliau memlalui rakan-rakan dan buku-buku, begitu lah perwatakan Tun, senantiasa senyum dan menjadi seorang pendengar yang baik, dan apabila bercakap, ayat yang dikeluarkan begitu selamba dan penuh dengan kiasan.

Beberapa perkara yang kami bincangkan berkenaan perniagaan dan pandangan kami terhadap lankskap politik hari ini, yang baik dan yang kurang baik bagi pandangan beliau dan juga kami.

Menyentuh isu Bersih, YABhg Tun juga tidak bersetuju BERSIH di beri kebenaran untuk mengadakan demontrasi, tetapi mesti ada konsisten didalam memberi arahan, sekiranya tidak boleh diadakan di Jalanan kerana haram, BERSIH juga sepatutnya tidak diberi mana-mana tempat untuk berhimpun seperti di Stadium. Dizaman Tun memerintah juga terdapat banyak Demontrasi yang dijalankan, tetapi kita mesti menangani perkara ini dengan cara bijak, itu pandangan Tun.

Isu yang lain ... semua sedar tanpa sokongan Cina dan India, mustahil BN akan menang besar didalam Pilihanraya, jesteru itu kita perlu melayan mereka tetapi tidak perlu sampai boleh menyakitkan hati orang Melayu, "Kalau saya tak layan Cina, mereka pun tak sokong kita" - Tun Mahathir.

Pandangan saya pula, di zaman Tun apabila kita melayan orang Cina, akhbar-akhbar Melayu tidak memberikan publisiti dan ia tidak akan menyakitkan hati mana-mana kaum, "Kalau tak siar, orang Melayu tak sedar" - Jawapan Tun kepada saya dengan senyuman.


Tujuan kami berjumpa Tun adalah untuk mendapatkan pandagan beliau berkenaan dengan satu urusan perniagaan yang mempunyai masalah dimana lesen perniagaan ini telah diberikan semasa zaman Tun menjadi Perdana Menteri.

Agenda Bumiputera seharusnya diteruskan untuk kita membela orang Melayu dan kepentingan ekonomi orang Melayu. Saya masih ingat, semasa YAB Dato Seri Najib berucap semasa perhimpunan 2010 yang mana beliau telah berjanji untuk memberikan lesen kepada orang Melayu dan berharap orang Cina tidak akan marah. Dan hasil dari ucapan ini, saya sendiri telah mengulang ucapan YAB PM semasa Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Hari ini, satu-satunya lesen yang ada dalam telekomunikasi untuk orang Melayu hendak ditarik balik oleh SKMM. Ini lah hakikat yang orang Melayu sendiri tanggung apabila Para Pegawai Kementerian tidak menjalankan tanggunjawab dan hanya mahu menjaga kepentingan mereka.

Kalau di zaman Tun Mahathir dulu, setiap yang keluar dari mulut beliau merupakan arahan dan akan diambil tindakan oleh pegawai atau Menteri yang terlibat, setiap ucapan boleh dikatakan Dasar atau janji kepada rakyat. Tetapi hari ini, apa yang diperkatakan oleh Dato Seri Najib atau menteri-menteri, banyak yang tidak diambil tindakan bahkan ada diantara Ketua Pengarah dan KSU tidak mempedulikan arahan yang dikeluarkan, ini lah keadaan sebenar di kebanyakkan Kementerian.

Menyentuh isu kepimpinan dan para penasihat kepada Pemimpin Negara , Tun hanya menjawab .. "Ini lah yang terjadi semasa Tunku menjadi Perdana Menteri satu masa dulu" - Tun Mahathir ???


Banyak lagi perkara yang kami bersembang tetapi terlalu sulit dan mungkin akan menyentuh sensitiviti Kepimpinan yang tidak perlu dikongsi disini, pandangan saya, Tun merupakan seorang Singa yang sedang tidur dan jangan kita kejutkan beliau, perlu kita menaruh harapan yang tinggi terhadap Kepimpinan Negara agar kabinet yang ada hari ini boleh bekerja sekeras YAB Dato Seri Najib.

Cuma apa yang saya sedikit kesal, ramai MT dan Menteri tidak bekerja sekeras Perdana Menteri dan Timbalannya, ramai yang mengambil jalan selamat macam mencari saham untuk bersama Anwar ...

Pikirkanlah sendiri ...

Tiada ulasan:

Pengikut