Razlan's |
- Jangan gadai agama kita demi politik!
- Bisik-bisik Awang Selamat — Awang Selamat
- Pembangkang Semakin Nyanyuk – Hilang Kawalan Propaganda Mainan Mereka
Jangan gadai agama kita demi politik! Posted: 05 Aug 2011 06:16 PM PDT Pendedahan yang dibuat oleh Berita Harian di muka hadapan memberi kejutan kepada ramai pihak. Ini merupakan pendedahan yang tidak lain niatnya selain mahu menjaga perlembagaan persekutuan. Agama Lain tidak boleh diajar kepada orang islam, itu yang dinyatakan didalm perlembagaan demi menjaga kesucian Islam di Malaysia. Tidak seharusnya mengadaikan kepentingan politik lalu sanggup mengadaikan prinsip perlembagaan negara. Ada diantara Pemimpin Politik yang liberal sanggup menyalahkan JAIS kerana tindakan mereka terhadap sebuah gereja yang terletak di PJ. Perkara ini juga telah diceritakan oleh Zulkifli Nordin melalui videonya yang mana operasi menghasut orang islam telah berlaku sudah lama dan ianya dinamakan operasi CALEB. Pikirkan lahhhh |
Bisik-bisik Awang Selamat — Awang Selamat Posted: 05 Aug 2011 05:33 PM PDT August 06, 2011 6 OGOS — MAHU tidak mahu perkembangan di Universiti Selangor (Unisel) memberi kesan kepada integriti dan kredibilitinya sebagai sebuah pusat pengajian tinggi. Pergolakan dalam pentadbiran tertinggi Unisel, milik Kerajaan Negeri Selangor, yang dikaitkan dengan elemen politik kepartian sudah tentu akan merencatkan reputasi dalam membangunkan modal insan. Unisel seperti juga universiti lain perlu dibenarkan diurus dengan lebih bebas tanpa campur tangan luar serta dibiarkan bergerak ke arah autonomi. Keadaan tersebut amat penting untuk memastikan sesebuah universiti selaku institusi ilmu dapat memberi tumpuan secara profesional dalam melaksanakan tanggung jawab tersebut. Atas hakikat itu, Awang tidak hairan apabila Datuk Dr. Rosti Saruwono bertindak melepaskan jawatan Naib Canselor Unisel dengan memberi notis 24 jam. Beliau mempunyai tanggung jawab untuk mempertahankan kredibiliti universiti itu. Malah para pelajar Unisel juga berhak menyatakan kegusaran mereka dalam hal tersebut. Langkah mengemukakan lima tuntutan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah manifestasi kebimbangan mereka terhadap kemerosotan mutu Unisel dalam pelbagai bidang. Justeru amat wajar apabila mereka menuntut supaya jawatankuasa senat Unisel dirombak bagi memastikan pengurusan tertingginya bebas daripada pengaruh politik. Belum terlewat untuk mengembalikan Unisel pada landasan yang sewajarnya. Awang — Simpati. — utusan.com.my Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, tindakan sebegini dibuat didalam institusi pendidikan, kenapa kita perlu lacurkan semua perkara termasuk pendidikan anag bangsa ... Razlan ... |
Pembangkang Semakin Nyanyuk – Hilang Kawalan Propaganda Mainan Mereka Posted: 05 Aug 2011 09:31 AM PDT Kuala Lumpur, 4 Ogos- Pakatan Rapuh semakin hilang dari kawalan propaganda mainan mereka sendiri. Makin banyak mereka bermain, makin banyak tembelang mereka pecah akibat dari seronok mereka penipuan dan tuduhan kepada pihak-pihak yang mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional. Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, isu terbaru yang mereka mainkan kini adalah memujuk Ku Li untuk menjadi Ketua Pembangkang untuk mengantikan Anwar Ibrahim. "Pemain Politik tersenyum sahaja apabila melihat PR menyentuh isu ini. Apa taknya, semua tahu yang Ku Li dari dulu sememangnya mahu menjadi Perdana Menteri, beliau pernah bertanding melawan Tun Mahathir, dan juga pernah berlawan menggunakan parti Semangat 46. Tetapi itu semua cerita lama yang sudah menjadi sejarah, semenjak Ku Li masuk kembali ke dalam UMNO, beliau memainkan peranan yang baik dan kritis tetapi tetap bersama kesetiaan bersama UMNO. Ku Li juga pernah dilaga-lagakan semasa PRK Galas tempoh hari, banyak propaganda jahat pihak pembangkang mainkan untuk melagakan beliau dengan kepimpinan Najib Tun Razak. Hasilnya semua lihat, betapa keras Ku Li bekerja untuk memastikan kemenangan BN di Galas," ujarnya kepada UMNO-Online. Kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrin Hashim yang menyatakan kebenaran pihak-pihak PAS berjumpa dengan Ku Li telah membuktikan betapa pakatan pembangkang ini terlalu terdesak untuk pecah belahkan BN dari dalam dan ketandusan isu. "Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sanggup membutakan mata di atas tindakan pemain propaganda pembangkang. Azmin Ali rela dilacurkan demi melihat penipuan ini berjaya. Ku Li bukanlah bodoh seperti yang mereka sangka, tidak semudah itu Ku Li akan menerima perlawaan yang sudah terang amat sukar untuk ditunaikan. Unit Propaganda pembangkang akan terus memainkan peranan untuk memujuk pemimpin BN dengan menawarkan jawatan-jawatan didalam "kerajaan bayangan" mereka dengan niat mahu memecahkan BN dari dalam," tambahnya. Kegiatan ini semuanya tidak berjaya kerana para pemimpin BN sudah melihat bagaimana keikhlasan kepimpinan dibawah Dato Seri Nqjib melaksanakan tanggunjawab membela rakyat dan agihan kuasa diantara komponen. Dan sudah terbukti, ramai pemimpin pembangkang, Ahli Parlimen serta ADUN meninggalkan pakatan rapuh mereka akibat dari pembohongan dan janji yang tidak di tunaikan oleh PR kepada pemimpin mereka sendiri. "Tetapi perlu diingatkan kepada pemimpin BN, walaupun mereka (pembangkang) belum berjaya memujuk pemimpin BN, pujukkan dan rayuan serta tawaran yang dibuat bukanlah satu perkara yang mudah untuk ditolak. Alhamdulillah sehingga hari ini, semua pemimpin BN teguh dan punyai jati diri yang kuat, walaupun ada diantaranya yang mengambil jalan selamat dengan tidak membuat apa-apa kenyataan membalun pakatan pembangkang ini," ujarnya lagi. |
You are subscribed to email updates from Razlan's To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan