Selasa, 19 Julai 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Polis ada asas terus tahan ahli PSM di bawah Ordinan Darurat

Posted: 19 Jul 2011 12:35 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan polis mempunyai asas yang kukuh untuk terus menahan enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Oleh itu katanya, pembangkang tidak seharusnya mempolitikkan isu penahanan tersebut kerana ianya dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Langkah penahanan enam ahli PSM itu kemungkinan bagi polis sebagai sesuatu yang wajar demi keselamatan negara," tegasnya.

Menurut beliau, mereka di tahan sebelum perhimpunan haram anjuran Bersih 2.0 pada 9 Jualai lalu dan dipercayai kegiatan mereka ada kaitan dengan unsur-unsur komunis.

Dalam hal ini, Syed Ali berkata wajar bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz mempertahankan tindakan polis menahan mereka yang terbabit.

Oleh itu katanya, tidak ada asas untuk pembangkang mempertikaikan tindakan tersebut kerana polis dipercayai mempunyai bukti yang kukuh.

Syed Ali menyifatkan tindakan pembangkang terus mempertikaikann tindakan tersebut bertujuan untuk menarik simpati rakyat.

Katanya, mereka mempolitikkan isu tersebut untuk menyalahkan pihak kerajaan kerana bertindak tegas menangani keganasan.

Syed Ali juga turut menyokong ketegasan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan pembangkang untuk meneruskan perhimpunan haram pada masa depan.

Katanya, jika pembangkang masih tidak berpuashati kepada kerajaan ianya boleh ditentukan menerusi proses Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Apa niat sebenar mereka untuk berdemontrasi secara haram ?, sudah tentu mereka cuba menghancurkan keamanan negara dan perpaduan rakyat bagi memenuhi cita-cita politik mereka," tegasnya.

Katanya, perbuatan seperti itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya mendorong kepada kekacauan dalam negara.

Beliau kesal kerana pembangkang cuba memperalatkan rakyat dengan dakyah dan propaganda jahat dalam usaha mereka menumbangkan kerajaan BN.

Tiada ulasan:

Pengikut